Anda di halaman 1dari 2

MUHAMAD ARIF FIKRI

Jelas dua contoh yang menunjukkan perbezaan di antara akhlak dan moral

Pengertian akhlak menurut imam Al-Ghazali bermaksud suatu sifat di dalam jiwa yang
daripadanya timbul perbuatan tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu. Daripada
definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu perlakuan yang tidak
memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu. Manakala pengertian moral
menurut (J.L Mackic ,1971) ialah satu sistem perlakuan yang berdasarkan kepada prinsip-
prinsip yang dianggap benar,baik dan patut dilakukan. Secara umumnya moral dianggap
tetap dan membawa maksud peraturan yang dikenalpasti oleh masyarakat sedunia.

Berdasarkan kepada definisi akhlak dan moral tersebut, terdapat perbezaan yang
boleh kita lihat. Antara contoh yang menunjukkan perbezaan antara akhlak dan moral ialah
dari aspek pemakaian. Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup
aurat. Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang
tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Perkara ini ada disebutkan di dalam surah an-nur ayat 31-32 mafhumnya:

Katakanlah kepada orang laki–laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan


pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi
mereka, sesungguhnya Allâh maha mengatahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah
kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke
dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau
ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera–putera mereka, atau putera–putera
suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki
mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau
budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai
keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan
janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allâh, wahai orang-orang yang
beriman supaya kamu beruntung.

Berdasarkan kepada firman allah di dalam surah An-Nnur ayat 31 di atas, allah telah
memerintahkan supaya hambanya menutup aurat. Dalam islam, menutup aurat itu
merupakan suatu kewajipan, jadi sekiranya seseorang muslim itu tidak menutup aurat, maka
dia telah melanggar perintah allah dan tidak berakhlak bukan sahaja pada pemakaiannya
tetapi dia juga tidak berakhlak terhadap allah. Berbeza pula dengan moral, jika seseorang
itu mendedahkan aurat tetapi masih mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka masih
MUHAMAD ARIF FIKRI

dianggap bermoral oleh sesetengah pihak. Misalnya kita ambil contoh pemakaian
masyarakat di negara barat seperti di eropah , kebanyakkan masyarakatnya memakai
pakaian yang mendedahkan aurat, mengikut bentuk tubuh badan, dan kemas. Bagi
mereka,pemakain yang kemas dan teratur sudah memadai.

Selain itu, antara aspek yang membezakan antara akhlak dan moral ialah pergaulan
antara lelaki dan perempuan. Di dalam islam, pergaulan antara lelaki dan perempuan ada
batasan dan syaratnya. Lelaki dan perempuan itu boleh bergaul atas tujuan yang baik dan
betul seperti menuntut ilmu, bergaul dengan orang yang solih dan solehah dan bukan
sebaliknya. Hal ini demikian kerana, untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan
zina. Seperti firman allah dalam surah al-mu’minun ayat 7 mafhumnya:

Barang siapa mencari zina maka mereka itulah orang orang yang melampaui batas”.

Sebaliknya, berdasarkan penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral. Di negara
barat, pergaulan bebas ini sudah menjadi lumrah dan kebiasaan masyarakat di negara
mereka. Mereka beranggapan, pergaulan bebas ini menjadi keseronokkan mereka dalam
menjalinkan hubungan.

Kesimpulannya, akhlak dan moral itu mempunyai maksud dan tafsirannya yang
tersendiri. Dapat simpulkan bahawa istilah akhlak ini digunakan dalam pendidikan islam
manakala istilah moral ini digunkan oleh ahli falsafah. Kedua-keduanya penting bagi
melahirkan masyarakat yang berhemah dan bertamadun.

Anda mungkin juga menyukai

  • Real Esei
    Real Esei
    Dokumen14 halaman
    Real Esei
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • GBM III
    GBM III
    Dokumen15 halaman
    GBM III
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 1.10
    Tutorial 1.10
    Dokumen2 halaman
    Tutorial 1.10
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Pendapat Ulama
    Pendapat Ulama
    Dokumen2 halaman
    Pendapat Ulama
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • KKP Permainan
    KKP Permainan
    Dokumen7 halaman
    KKP Permainan
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • Nota AQ 1
    Nota AQ 1
    Dokumen16 halaman
    Nota AQ 1
    arif fikrisailatsea
    Belum ada peringkat
  • SOALAN
    SOALAN
    Dokumen2 halaman
    SOALAN
    arif fikrisailatsea
    100% (1)