Anda di halaman 1dari 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/317710438

PERSEPSI TENAGA AKADEMIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TERHADAP


KEMAMPUAN BAHASA MELAYU BERFUNGSI SEBAGAI BAHASA PENGANTAR
UTAMA ILMU

Article · November 2013

CITATIONS READS
2 411

2 authors, including:

Noor Rohana Mansor


Universiti Malaysia Terengganu
59 PUBLICATIONS   28 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

IMTIAZ SCHOOLS View project

KNOWLEDGE View project

All content following this page was uploaded by Noor Rohana Mansor on 22 June 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 41-48 41

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

PERSEPSI TENAGA AKADEMIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TERHADAP


KEMAMPUAN BAHASA MELAYU BERFUNGSI SEBAGAI BAHASA
PENGANTAR UTAMA ILMU
(Perception of Academic Staff towards Malay Language Ability to Function as Primary
Medium of Instruction in Higher Learning Institutions)

HAMDAN AZMI ABD. Abstrak: Kajian ini bertujuan meninjau persepsi tenaga akademik terhadap kemampuan Bahasa
AZIZ Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar utama ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi di
hamdan@tatiuc.edu.my Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Selain itu, fokus kajian turut merangkumi analisis terhadap
Universiti Malaysia penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di IPT dalam bidang tersebut. Secara keseluruhannya, kajian ini berlandaskan kepada perubahan
Terengganu dasar bahasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam pada tahun 1993 yang memberi fokus terhadap
penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama khususnya dalam bidang Sains dan
NOOR ROHANA MANSOR Teknologi. Dalam pada itu, kelonggaran dalam Akta Pendidikan 1996 kepada Institusi Pengajian
noor_rohana@umt.edu.my Tinggi Swasta (IPTS) dalam isu penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar turut
Universiti Malaysia memberi kesan terhadap fungsi dan kedudukan Bahasa Melayu. Perubahan dasar kerajaan ini
Terengganu dibuat dengan alasan penggunaan bahasa Inggeris akan dapat mempercepatkan kemajuan bidang
Sains dan Teknologi negara. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Hasil kajian mendapati
tenaga akademik di IPT yakin dengan kemampuan Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa
pengantar utama ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi di IPT. Walau bagaimanapun,
Diserah pada: keyakinan ini dapat diterjemahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana
20 Mei 2013 dasar penggunaan bahasa pengantar di peringkat pengajian tinggi lebih memberi fokus terhadap
penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Implikasi kajian ini memperlihatkan
Bahasa Melayu mampu dijadikan bahasa pengantar utama ilmu di IPT berdasarkan kepada
Diterima pada:
keyakinan yang tinggi oleh tenaga akademik di negara ini. Dengan kata lain, Akta Pendidikan
24 Julai 2013 1996 dapat dikuatkuasakan dengan berkesan sekiranya pihak kerajaan dan pengurusan tertinggi di
setiap IPT memberi fokus terhadap usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama
Koresponden: ilmu.
hamdan@tatiuc.edu.my
Kata kunci: Bahasa Melayu, institusi pengajian tinggi, persepsi tenaga akademik, pengajaran dan
pembelajaran, bahasa pengantar utama

Abstract: The study looked at academic staff perception towards the ability of Malay language to
function as the medium of instruction in science and technology in Institutions of Higher Learning
(IHL). Apart from that, the focus of the study includes an analysis of the use of Malay language as
the medium of teaching and learning in the aforementioned fields. Overall, this study is based on
not only language policy changes in IHL (1993) that focuses on the use of English as the main
medium of instruction, especially in the field of science and technology; but also as a result of
weak implementation of Education Act (1996) in private IHL whereby English is primarily used as
medium of instruction. Government policy changes are made due to the belief that the use of
English will accelerate the development of science and technology in the country. This study uses
the questionnaire. The study found that academic staffs were confident with the ability of Malay
language to function as a medium of knowledge in science and technology in learning.
Nevertheless, this confidence can not be interpreted in the process of teaching and learning. This
is due to the fact that language of instruction at tertiary level is English. Implications of this study
Malay able be the main medium of learning science based on high confidence by academic staff in
the country. In other words ,the Education Act 1996 can be effectively enforced if the government
and top management at each university is to focus on upholding the Malay language as the main
knowledge language.

Keywords: Malay Language, higher education institutions, academic energy perception, teaching
and learning, medium lead

Fakulti Pendidikan, UKM @ Nov. 2013


ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 41-48 42

PENGENALAN akan menganalisis tahap penggunaan bahasa


Melayu dalam proses pengajaran dan
Perubahan dasar bahasa di Institusi Pengajian pembelajaran dalam bidang Sains dan Teknologi.
Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 1993 serta
kelonggaran dalam Akta Pendidikan 1996 yang PERNYATAAN MASALAH
telah diberikan kepada Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) dalam isu penggunaan bahasa Sejarah perkembangan bahasa Melayu dalam
Inggeris sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan di negara ini telah
sememangnya memberi kesan negatif terhadap memperlihatkan suatu kemajuan yang amat baik
fungsi dan kedudukan bahasa Melayu di IPT. Hal pada tahun 1970 apabila bahasa Melayu telah
ini menggambarkan usaha yang dilakukan oleh mengambil alih peranan bahasa Inggeris pada
kerajaan sebelum ini melalui pengenalan Dasar peringkat rendah hinggalah ke peringkat
Pelajaran Kebangsaan 1970 seakan-akan tidak menengah. Manakala di peringkat pengajian
mencapai objektifnya. Dengan kata lain, tinggi, bahasa Melayu telah mula memainkan
perubahan ini telah menunjukkan pihak kerajaan peranan penting pada tahun 1983 apabila semua
tidak yakin dengan kemampuan bahasa Melayu kursus di IPTA telah diajar dalam bahasa
berfungsi sebagai bahasa pengantar utama ilmu Melayu.
dalam bidang Sains dan Teknologi di IPT. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu telah
Sebaliknya, fungsi tersebut telah diserahkan mengalami zaman kegawatan bermula pada tahun
kepada bahasa Inggeris atas alasan penggunaan 1993.Atas alasan untuk mempercepatkan
bahasa ini dapat mempercepatkan kemajuan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi
bidang Sains dan Teknologi negara. negara, kerajaan telah mengambil langkah dengan
Walau bagaimanapun, langkah kerajaan ini menjadikan bahasa Inggeris sebagai medium
tidak dipersetujui oleh segelintir tenaga akademik utama pengembangan ilmu di peringkat pengajian
di IPT dalam negara. Golongan ini berpendapat tinggi (Abdullah, 2008). Perubahan dasar ini telah
dasar tersebut merupakan satu langkah menggambarkan wujudnya krisis keyakinan
pemunduran terhadap fungsi dan kedudukan terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai
bahasa Melayu. Hal ini kerana pengenalan Dasar bahasa pengantar utama ilmu sama ada di
Pelajaran Kebangsaan 1970 telah berjaya peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang
meletakkan kedudukan bahasa Melayu pada tahap lebih tinggi.
yang boleh dibanggakan. Buktinya, pada tahun Ketidakyakinan inilah yang membawa
1987 semua kursus pada peringkat ijazah pertama kepada wujudnya dua sistem pendidikan peringkat
di IPTA telah diajar dalam bahasa Melayu. pengajian tinggi. Pertamanya menggunakan
Justeru, perubahan dasar kerajaan ini telah bahasa Melayu di IPTA dan keduanya
mengakibatkan kedudukan dan fungsi bahasa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama semakin pengantar yang tunggal di IPTS. Malah dalam
terpinggir di IPT. Realitinya, taraf dan peranan kajian Kamal (2007) telah memperlihatkan kesan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah pun ekoran daripada ketidakyakinan ini terhadap
disebut dalam Perkara 17(1) Akta Pendidikan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan
1996. Namun demikian, dari segi pelaksanaan pembelajaran khususnya di Universiti Pertanian
ianya tidak selari dengan apa yang telah Malaysia (UPM). Merujuk kepada kenyataan Naib
diwartakan. Keadaan ini telah memberi kesan Canselor UPM pada tahun 2004, kursus perubatan
terhadap usaha-usaha memartabatkan penggunaan dan perakaunan telah menggunakan bahasa
bahasa Melayu di IPT. Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantar,
Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan manakala dalam bidang kejuruteraan pula 80
untuk melihat sejauh manakah persepsi tenaga peratus, sains tulen 60 peratus dan pendidikan 50
akademik di IPT terhadap kemampuan bahasa peratus (Kamal, 2007). Kenyataan sedemikian
Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar utama telah menggambarkan bahasa Melayu
ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi setelah sememangnya tidak digunakan dalam proses
pihak kerajaan mengubah dasar bahasa bermula pemerolehan ilmu di UPM.
pada tahun 1993. Dalam pada itu, kajian ini juga
ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 41-48 43

Kesan paling ketara tahap penggunaan OBJEKTIF KAJIAN


bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
ilmu dapat dilihat dengan jelas dalam kajian Secara keseluruhannya, kajian ini memberi
penggunaan bahasa pengantar di IPT (2011) oleh tumpuan terhadap dua objektif utama, antaranya:
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).Kajian ini 1. Meninjau persepsi tenaga akademik terhadap
menunjukkan 68peratus kursus di IPTA kemampuan bahasa Melayu berfungsi sebagai
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa bahasa pengantar utama ilmu di IPT.
utama, manakala hanya 28 peratus sahaja yang 2. Melihat sejauh manakah penggunaan bahasa
menggunakan bahasa Melayu. Keadaan ini Melayu digunakan dalam proses pengajaran dan
menggambarkan fungsi bahasa Melayu sebagai pembelajaran di IPT.
bahasa pengantar utama ilmu di IPTA semakin
terpinggir. Senario ini juga menunjukkan METODOLOGI
perubahan dasar bahasa di IPT pada tahun 1993
sememangnya memberi kesan negatif terhadap Reka Bentuk Kajian
fungsi dan keupayaan bahasa Melayu di peringkat
pengajian tinggi. Secara amnya, kajian ini berbentuk deskriptif
Keadaan ini menggambarkan pemahaman yang menggunakan kaedah tinjauan melalui soal
dan penghayatan masyarakat yang kabur selidik. Kajian ini dijalankan di IPTA dan IPTS
termasuklah pemimpin telah mengakibatkan terpilih yang terdapat dalam negara. Pemilihan
fungsi bahasa kebangsaan sebagai bahasa kaedah soal selidik ini dibuat berdasarkan
pengantar utama ilmu semakin tidak dihiraukan. keupayaan kaedah ini menggeneralisasikan saiz
Dalam Akta Pendidikan 1996 Fasal 17 (1) telah populasi yang lebih besar, berkesan dan tepat.
menyebut bahawa semua IPT di negara ini
perlulah menjadikan bahasa Melayu sebagai Sampel Kajian
bahasa pengantar utama ilmu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Walau Secara khususnya, responden yang dipilih
bagaimanapun, dasar yang dilaksanakan sekarang merupakan tenaga akademik yang mengajar
ini jelas tidak selari dengan undang-undang yang dalam bidang sains dan teknologi. Dalam kajian
telah diwartakan. ini, kaedah pensampelan dibuat mengikut
Justeru, berdasarkan kepada senario pensampelan rawak sistematik strata
permasalahan dan persoalan tentang bahasa berkumpulan. Sampel dipilih dalam kalangan
Melayu di atas, kajian terbaru ini dilakukan bagi Universiti Penyelidikan, Universiti Berfokus,
meninjau tahap keyakinan tenaga akademik di IPT Kolej Universiti, Politeknik dan juga Kolej-Kolej
terhadap kemampuan bahasa Melayu berfungsi Swasta. Seramai 212 responden telah memberikan
sebagai bahasa pengantar utama ilmu di IPT serta komitmen untuk menjawab borang soal selidik
menganalisis penggunaan bahasa kebangsaan ini yang telah diedarkan. Responden dari setiap IPT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bidang dipilih dalam kalangan fakulti ataupun jabatan
Sains dan Teknologi. yang sama. Berikut adalah senarai IPT mengikut
kategori (rujuk Jadual 1) dan senarai responden
yang terlibat dalam kajian ini berdasarkan jawatan
akademiknya (rujuk Jadual 2).
ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 41-48 44

JADUAL 1: Senarai IPT mengikut kategori

Bil IPT Sampel Kategori


1 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan 15 Universiti
Malaysia Penyelidikan
2 Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia 14
3 Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Mara 14 Universiti
Komprehensif
4 Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia 14 Universiti Berfokus
Pahang.
5 Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu 11
6 Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi, Universiti Sultan 8
Zainal Abidin
7 Universiti Kuala Lumpur 10 Universiti
8 Fakulti Kejururawatan, Kolej Universiti Shahputra 12 Kolej Universiti
9 Fakulti Teknologi Maklumat dan Sains Komputer, Kolej 11
Universiti Bestari
10 Jabatan Perubatan dan Sains Kesihatan, Kolej Universiti Master 10
Skill
11 Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Automasi Kolej 13
Universiti TATI

12 Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah 13 Politeknik


13 Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Politeknik Sultan 11
Mizan Zainal Abidin
14 Kolej Teknologi Perda 12 Kolej
15 Jabatan Matematik dan Sains Komputer, Kolej Poly-Tech Mara 12
16 Ruane TATI Sdn. Bhd 7
17 Sekolah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kolej Islam 5
Pahang Sultan Ahmad Shah
18 Kolej Teknologi Darul Naim 10
19 Kolej Perubatan Lincon 9

JADUAL 2: Jawatan responden

IPT Kekerapan Peratus (%)


Profesor 5 2.4
Profesor Madya 8 3.8
Pensyarah Kanan 22 10.4
Pensyarah 144 67.9
Tutor 11 5.2
Instruktor 22 10.4
Jumlah 212 100

Instrumen selidik. Melalui kaedah ini, setiap responden


disoal dengan soalan yang sama, oleh itu
Penyediaan instrumen kajian yang sesuai adalah penyelidik boleh membuat perbandingan
penting untuk sesuatu kajian. Instrumen yang antara seorang responden dengan responden
berkualiti amat mempengaruhi proses yang lain. Justeru, data yang dikumpul
pengumpulan data kajian yang dijalankan. Dalam mudah diproses dengan komputer.
kajian ini, instrumen yang digunakan adalah soal
ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 41-48 45

Analisis Data JADUAL 3: Min persepsi tenaga akademik


terhadap kemampuan Bahasa Melayu
Data melalui soal selidik dikumpul dan disemak
terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam IPT Bil Min Sisihan Tahap
komputer.Dalam kajian ini, data diproses dengan Piawai
menggunakan perisian SPSS for Windows. Untuk Persepsi 212 3.82 1.083 Tinggi
melihat tahap persepsi tenaga akademik terhadap
kemampuan bahasa Melayu, kajian menentukannya JADUAL 4: Petunjuk penetapan tahap
melalui jadual min. Manakala, untuk melihat tahap
penggunaan bahasa Melayu dalam proses Nilai Tahap
pengajaran dan pembelajaran pula kajian ini 1.00 - 2.50 Rendah
mengukur melalui jadual peratusan hasil soal 2.51 - 3.50 Sederhana
selidik yang dijalankan. 3.51- 5.00 Tinggi
Sumber: Mohd Yusri (2010)
Kajian Rintis
Dapat dirumuskan bahawa tenaga akademik
Satu kajian rintis telah dijalankan di Kolej amat yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu
Universiti TATI (IPTS) dan Politeknik Sultan Haji berfungsi sebagai bahasa pengantar utama ilmu di
Ahmad Shah (IPTA).Tujuannya adalah untuk IPT. Keyakinan ini dapat dilihat dengan jelas
menguji kebolehpercayaan setiap item dalam soal melalui nilai min persepsi tenaga akademik 3.82
selidik. Kebolehpercayaan bermaksud kebolehan iaitu berada pada tahap tinggi berdasarkan kepada
sesuatu alat ukur atau ukur instrumen kajian Jadual Petunjuk Penetapan Tahap(Jadual
menghasilkan keputusan yang tekal atau konsisten 4).Walaupun perubahan dasar bahasa yang
setiap kali pengukuran dibuat (Mohd Yusri, dilakukan oleh kerajaan di IPT sejak 1993, namun
2010).Seramai 29 sampel dipilih secara rawak responden tetap yakin dengan kemampuan bahasa
dalam kalangan tenaga pengajar yang mengajar Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar utama
subjek Sains dan Teknologi. Ujian ilmu di IPT.
kebolehpercayaan mendapati nilai alpha untuk item
soal selidik ini ialah 0.8. Penggunaan Bahasa Melayu dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Bidang Sains
DAPATAN KAJIAN dan Teknologi
Persepsi Tenaga Akademik Terhadap Beberapa aspek dalam proses pengajaran dan
Kemampuan Bahasa Melayu Berfungsi sebagai pembelajaran telah dikaji dalam penyelidikan ini.
Bahasa Pengantar Utama Ilmu dalam Bidang Berikut adalah peratusan penggunaan bahasa
Sains dan Teknologi Melayu sebagai bahasa pengantar utama ilmu
dalam bidang Sains dan Teknologi di IPT.
Analisis deskriptif hasil maklum balas responden Secara keseluruhan, dapatan kajian
seramai 212 orang menunjukkan persepsi tenaga menunjukkan penggunaan bahasa Melayu hanya
akademik terhadap kemampuan bahasa Melayu tinggi dalam aspek penyampaian kuliah iaitu 62.7
berfungsi sebagai bahasa pengantar utama ilmu di peratus dan perbincangan dalam kuliah 54.7
IPT berada pada tahap tinggi iaitu min peratus. Peratusan yang tinggi dalam kedua-dua
keseluruhannya ialah 3.82 (rujuk Jadual aspek ini kerana penggunaan bahasa Melayu
3).Berdasarkan jadual Petunjuk Penetapan Tahap dapat mempercepatkan pemahaman proses
(Jadual 3), nilai tinggi terletak di antara 3.51 - pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
5.00.Ini menunjukkan tenaga akademik yakin Dalam pada itu, faktor penguasaan bahasa
dengan kemampuan bahasa Melayu untuk Inggeris dalam kalangan pelajar serta tenaga
berfungsi sebagai bahasa pengantar utama ilmu di akademik turut mempengaruhi penggunaan
IPT. bahasa pengantar dalam kedua-dua aspek ini.
ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 41-48 46

JADUAL 5: Peratusan penggunaan Bahasa keyakinan terhadap bahasa sendiri ini juga telah
Melayu dalam proses pengajaran dan dikupas dalam kajian Shaharir (2006) mengenai
pembelajaran sikap masyarakat di negara-negara maju seperti
German, Perancis dan Sepanyol. Keyakinan inilah
Aspek Pengajaran dan Ya Tidak yang mendorong pemimpin utama kerajaan di
Pembelajaran (%) (%) negara mereka untuk memartabatkan penggunaan
Penyampaian kuliah 62.7 37.3 bahasa sendiri dalam semua aspek pembangunan
Nota kuliah 15.6 84.4 ilmu. Keyakinan ini sekiranya diterjemahkan
Peperiksaan akhir, ujian dan kuiz 18.9 81.1 dalam dasar bahasa yang dilaksanakan oleh
Latihan amali 37.3 62.7 kerajaan akan mampu memberi kesan positif
Penulisan tesis tahun akhir 26.9 73.1 terhadap perkembangan bahasa Melayu.
Buku rujukan 27.8 72.2 Keyakinan yang tinggi terhadap bahasa
Laporan industry 38.2 61.6 Melayu menunjukkan dasar bahasa yang diubah
Perbincangan dalam kuliah 54.7 45.3 oleh kerajaan pada tahun 1993 sebenarnya tidak
disokong sepenuhnya oleh tenaga akademik di
Walau bagaimanapun, tahap penggunaan IPT. Mereka lebih yakin dengan keupayaan
bahasa Melayu dalam aspek-aspek lain seperti bahasa Melayu ini untuk menggalas tanggung-
dalam nota kuliah, latihan amali, penulisan tesis jawab tersebut. Dengan kata lain, pelaksanaan dan
tahun akhir, penggunaan buku rujukan dan penguatkuasaan dasar bahasa di negara ini akan
penulisan laporan industri adalah rendah. lebih tersusun dan berkesan jika pelaksananya
Peratusan penggunaan bahasa Inggeris sebagai menyokong, menghayati serta memahami dasar
bahasa pengantar utama ilmu dapat dilihat dengan bahasa yang dilaksanakan.
jelas dalam aspek nota kuliah iaitu 84.4 peratus, Kesimpulannya, keyakinan terhadap bahasa
aspek peperiksaan akhir, kuiz dan ujian 81.1 Melayu tetap tinggi walaupun bahasa Melayu
peratus, aspek penulisan tesis 73.1 peratus dan tidak lagi dijadikan bahasa utama di IPT. Walau
penggunaan buku rujukan 72.2 peratus. Peratusan bagaimanapun keyakinan ini tidak dapat
yang tinggi ini dipengaruhi oleh dasar kerajaan diterjemahkan secara terus dalam proses
serta polisi yang telah ditetapkan oleh pengurusan pengajaran dan pembelajaran bidang Sains dan
tertinggi IPT masing-masing. Selain itu, Teknologi ekoran daripada fokus kerajaan yang
penggunaan bahasa Inggeris dalam beberapa lebih terarah kepada penggunaan bahasa Inggeris.
aspek ini juga bertujuan untuk menggalakkan para
pelajar meningkatkan kemahiran penulisan dalam Penggunaan Bahasa Melayu dalam Proses
bahasa Inggeris. Pengajaran dan Pembelajaran di IPT

PERBINCANGAN Jadual peratusan penggunaan bahasa Melayu


(Jadual 5) jelas menunjukkan bahasa Melayu
Persepsi Tenaga Akademik di IPT Terhadap bukanlah bahasa pengantar utama ilmu dalam
Kemampuan Bahasa Melayu Berfungsi sebagai proses pengajaran dan pembelajaran bidang Sains
Bahasa Pengantar Utama Ilmu dan Teknologi di IPT. Dengan kata lain, peranan
tersebut telah dimainkan sepenuhnya oleh bahasa
Nilai min, iaitu 3.82 menunjukkan tenaga Inggeris sebagai bahasa utama. Perubahan dasar
akademik di negara ini amat yakin dengan bahasa di IPT oleh kerajaan sejak tahun 1993
kemampuan bahasa Melayu berfungsi sebagai sememangnya memberi kesan terhadap fungsi dan
bahasa pengantar utama ilmu di IPT. Keyakinan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
ini selari dengan teori Ferguson yang menyatakan Bagi kerajaan, penggunaan bahasa Inggeris
bahawa penggunaan bahasa nasional atau bahasa sebagai bahasa utama ilmu di IPT akan dapat
sendiri merupakan langkah yang paling signifikan mempercepatkan kemajuan bidang Sains dan
untuk membangunkan sesebuah negara. Malah, Teknologi negara. Perubahan ini adalah selari
teori ini juga telah disokong oleh pengkaji- dengan teori Fishman yang menyatakan bahawa
pengkaji bahasa seperti Awang (2006), Hassan penggunaan bahasa yang telah maju iaitu bahasa
(2006), Shaharir (2006) dan Abdullah (2008).Isu
ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 41-48 47

Inggeris merupakan kaedah yang paling berkesan dasar bahasa di IPT boleh dilaksanakan secara
untuk memajukan sesebuah negara. berkesan dengan menggunakan bahasa Melayu
Kesimpulannya, bahasa Melayu bukanlah sekali gus dapat memperkasakan bahasa
bahasa pengantar utama ilmu dalam proses kebangsaan ini sebagai bahasa ilmu moden dalam
pengajaran dan pembelajaran di IPT sekarang ini. semua peringkat pendidikan. Keyakinan tenaga
Walaupun kedudukan bahasa Melayu ini telah akademik ini boleh diterjemahkan dalam proses
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan pengajaran dan pembelajaran bidang Sains dan
Akta Pendidikan 1996, namun realitinya bahasa Teknologi di IPT.
Melayu bukanlah bahasa utama dalam sistem
pendidikan peringkat pengajian tinggi. Sebaliknya Implikasi Terhadap Proses Pengajaran dan
peranan bahasa pengantar telah dimainkan Pembelajaran
sepenuhnya oleh bahasa Inggeris. Dasar
penggunaan bahasa pengantar di IPT yang selari Peratusan yang tinggi dalam aspek perbincangan
dengan teori Fishman ini telah meletakkan dalam kuliah dan penyampaian kuliah
kedudukan bahasa Inggeris melebihi bahasa menunjukkan bahasa Melayu masih lagi berfungsi
Melayu dalam proses pengajaran dan sebagai bahasa pengantar utama dalam proses
pembelajaran bidang Sains dan Teknologi di IPT. pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini
menunjukkan tenaga akademik di negara ini
IMPLIKASI KAJIAN masih lagi yakin dengan kemampuan bahasa
Melayu menjadi medium utama untuk
Implikasi Terhadap Bahasa Melayu mempercepatkan pemahaman para pelajar dalam
bidang Sains dan Teknologi. Dengan kata lain,
Kajian ini memperlihatkan majoriti tenaga proses pengajaran dan pembelajaran di IPT
akademik di negara ini amat yakin dengan mampu dilaksanakan dengan menggunakan
kemampuan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
bahasa pengantar utama ilmu di IPT. Dengan kata ilmu kerana tenaga akademik yakin penggunaan
lain, bahasa Melayu juga berupaya menjadi bahasa ini dapat mempercepatkan proses
medium utama pengembangan ilmu dalam bidang pemahaman bidang Sains dan Teknologi.
Sains dan Teknologi di IPT. Malah, perkara ini
telah pun keberkesanannya di Universiti CADANGAN
Kebangsaan Malaysia (UKM) (Shaharir, 2006).
UKM telah menjadikan bahasa Melayu sebagai Nilai Kembali Dasar Bahasa yang Sedia
bahasa pengantar utama ilmu dalam semua bidang
akademik yang ditawarkan termasuklah bidang Persepsi positif terhadap kemampuan bahasa
perubatan, sains dan kejuruteraan. Keberkesanan Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar utama
bahasa Melayu di UKM jika digabungkan dengan ilmu perlu dilihat secara positif oleh pihak
keyakinan tenaga akademik terhadap kemampuan kerajaan. Pelaksanaan dasar bahasa yang memberi
bahasa Melayu ini akan dapat membantu fokus terhadap usaha memartabatkan bahasa
memperkasakan fungsi dan taraf bahasa Melayu Melayu sebagai bahasa ilmu moden di IPT dapat
dalam di IPT. dilaksanakan dengan berkesan kerana majoriti
tenaga akademik amat yakin dengan kemampuan
Implikasi Terhadap Dasar Bahasa bahasa Melayu. Malah pelaksanaan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
Dasar bahasa dalam Akta Pendidikan1996 ilmu di IPT merupakan kesinambungan daripada
jelas menyatakan bahasa Melayu merupakan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan
bahasa pengantar utama ilmu di IPT. Justeru, jika Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di
dinilai kembali hasil daripada kajian ini peringkat sekolah. Justeru, diharapkan pihak
menunjukkan tidak timbul isu ketidakyakinan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat menilai
tenaga akademik terhadap kemampuan bahasa kembali dasar bahasa yang sedia ada agar bahasa
Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar utama Melayu dapat dijadikan bahasa pengantar utama
ilmu bidang Sains dan Teknologi di IPT. Malah, ilmu selari dengan Akta Pendidikan 1996.
ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 41-48 48

pembangunan ilmu di peringkat tertinggi. Apa


Perbanyakan Usaha Menterjemahkan Buku- yang diharapkan melalui kajian ini serta Pelan
Buku Sains dan Teknologi untuk Kegunaan Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
IPT ilmu di IPT yang dilancarkan oleh pihak kerajaan
dapat diterjemahkan dengan baik oleh tenaga
Pihak kerajaan, Institut Terjemahan Negara akademik di negara ini. Pihak kerajaan juga
Malaysia Berhad (ITNMB) dan IPT perlu hendaklah sentiasa terbuka menerima cadangan
melakukan sesuatu untuk menterjemahkan lebih daripada pejuang-pejuang bahasa agar bahasa
banyak buku-buku dalam bidang Sains dan Melayu mampu berkembang selari dengan
Teknologi bagi kegunaan pelajar-pelajar di IPT. perkembangan sistem pendidikan negara.
Malah, jurnal-jurnal serta buku-buku dalam
bidang tersebut hendaklah diterbitkan dalam RUJUKAN
bahasa Melayu. Dengan cara ini, sumber rujukan
dalam bahasa Melayu dapat diperbanyakkan lagi Abdullah Hassan. (2008). Bahasa Melayu sebagai
di samping memperkukuhkan lagi kedudukan dan wadah ilmu dan komunikasi praktik: Hakikat,
fungsi kebangsaan ini sebagai bahasa ilmu. cabaran dan hala tuju. Kertas kerja di
Dengan cara ini juga, keyakinan masyarakat Seminar Bahasa Melayu: Pengetahuan dan
terhadap kemampuan bahasa Melayu dapat Komunikasi di Leiden University, Belanda,
dipertingkatkan. pada 26-28 Mac 2008.
Awang Sariyan. (2006) Bahasa Melayu setengah
KESIMPULAN abad lalu dan setengah abad mendatang:
Upaya pemerkasaannya. Kertas kerja di
Secara keseluruhannya, amalan dan persepsi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke
tenaga akademik terhadap penggunaan bahasa VII di Kuala Lumpur pada 6 – 8 November
Melayu sebagai bahasa pengantar utama ilmu di 2006.
IPT adalah berbeza. Pada hakikatnya tenaga Azizul Ismail. (2009). Memanifestasikan
akademik yakin dengan kemampuan bahasa penghayatan bahasa jiwa bangsa. Majalah
Melayu berfungsi sebagai bahasa pengantar utama Dewan Bahasa, 9 (10): 23-26.
ilmu di IPT namun dari segi amalannya dalam Hassan Ahmad. (2006). Masalah bahasa atau
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa masalah pengguna bahasa? Kertas kerja
Melayu tidak digunakan sebagai bahasa utama. dalam Kongres Bahasa dan Persuratan
Sebaliknya, tenaga akademik menggunakan bahasa Melayu ke-VII di Kuala Lumpur pada 6 – 8
Inggeris sebagai bahasa pengantar utama ilmu. November 2006.
Realitinya, penggunaan bahasa pengantar di IPT Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa
adalah tertakluk kepada dasar bahasa dan juga Melayu: Apa sudah jadi? Selangor: PTS
polisi di setiap IPT. Walaupun tenaga akademik Professional Publishing Sdn. Bhd.
yakin dengan kemampuan bahasa Melayu tetapi Kementerian Pengajian Tinggi. (2011). Kajian
atas dasar polisi yang telah ditetapkan, proses penggunaan bahasa di institusi pengajian
pengajaran dan pembelajaran hendaklah tinggi awam. Putrajaya: Kementerian
menggunakan bahasa Inggeris. Bagi kerajaan, Pengajian Malaysia.
penggunaan bahasa Inggeris ini akan dapat Mohd Yusri Ibrahim. (2010). Analisis data
mempercepatkan kemajuan bidang Sains dan penyelidikan untuk pendidikan dan sains
Teknologi negara. sosial. Kuantan: Bandar Ilmu.
Kesannya bahasa Melayu telah menjadi Shaharir Mohamad Zain. (2006). Bahasa jiwa
bahasa pengantar kedua dalam sistem pendidikan pemaju bangsa: Dari desa ke kota, dari petani
peringkat pengajian tinggi. Walaupun fungsi dan ke industri, dari setempat ke sejagat. Jurnal
kedudukan bahasa Melayu telah termaktub dalam Antarabangsa Dunia Melayu,5 (2): 169-236.
Dasar Pelajaran Kebangsaan 1970 dan Akta
Bahasa Kebangsaan 1963 serta Akta Pendidikan
1996 namun itu semua bukan jaminan kukuh untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai wadah utama

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai