Anda di halaman 1dari 1

Pencemaran Alam Sekitar

Antara punca utama yang boleh menyebabkan pencemaran alam


sekitar berada di tahap yang kritikal adalah disebabkan tangan manusia
sendiri. Pada kebiasaannya manusia sering kali melakukan pencemaran
alam sekitar dalam keadaan sedar ataupun tidak seperti udara, air, tanah,
bunyi dan radiasi. Kesan terhadap pencemaran alam sekitar sudah pun
disebarkan melalui media massa namun manusia ”durjana” yang tidak
mencintai alam memandang  “enteng”  terhadap permasalahan
pencemaran alam sekitar. Sifat materialistik yang ada dalam masyarakat
pada hari ini juga sukar untuk kita mengurangi masalah pencemaran di atas
muka bumi ini. Terdapat juga individu yang mengambil mudah tentang
aspek kebersihan lalu membuang sampah ke dalam sungai.

Individu yang membuang sampah ke dalam sungai ini akan


menyebabkan sungai dipenuhi dengan sampah sarap lalu sungai menjadi
kotor. Selain itu, perbuatan membuang puntung rokok ke dalam semak
pula akan menyebabkan kebakaran yang boleh mencemarkan udara. Minda
manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan masih dangkal
kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini menyebabkan
pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok
ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan.
Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan
oleh manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya
kian merudum.

Anda mungkin juga menyukai