Anda di halaman 1dari 1

PSIKOLOGI PENDIDIKAN DAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN

NURIN ALIA NATASHA BINTI KAMARUZZAMAN – J2.13

Jawapan :

Psikologi pendidikan adalah ilmu yang mempelajari, meneliti serta membahas


seluruh tingkah laku manusia seperti bagaimana manusia belajar dalam sesuatu pendidikan.
Psikologi pendidikan ini berkait rapat dengan perkembangan murid-murid di sekolah.
Tambahan pula, penguasaan ilmu psikologi membolehkan ahli pendidikan atau guru
menentukan strategi dan kaedah pembelajaran serta pengajaran yang bersesuaian dengan
murid-murid. Contohnya, pelaksanaan psikologi pendidikan adalah dengan terdapatnya unit
bimbingan dan kaunseling di sekolah. Tidak kira di sekolah menengah mahupun sekolah
rendah, sudah pasti terdapat pelbagai pelajar yang mempunyai latar belakang dan
personaliti yang berlainan. Pelajar yang mungkin mengalami masalah tertentu yang
berkaitan dengan motivasi belajar boleh mendapatkan nasihat daripada guru bimbingan dan
kaunseling supaya dapat meningkatkan semangat dalam pembelajaran.

Sosiologi pendidikan adalah sains social yang menggunakan ilmu sosiologi untuk
mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Ilmu sosiologi mempelajari
tentang masyarakat, iaitu perilaku masyarakat dan sosial manusia akibat pergaulan dalam
masyarakatnya, Dalam pendidikan, guru menjelaskan sesebuah kurikulum dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang merupakan suatu tindakan untuk berhubungan dan
berkomunikasi antara satu sama lain. Dalam pada itu, guru dapat menganalisis
perkembangan sosiologi murid-murid dalam pendidikan. Sebagai contoh terdapat teori
interaksionalis dalam pendidikan. Teori ini menfokuskan interaksi yang dibentuk oleh
masyarakat, terutamanya antara guru dan murid. Contohnya, melihat bagaimana murid
mempunyai perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan
guru. Kelakuan tidak baik ini dapat dikaitakan dengan latar belakang kelas social dalam
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai