Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Jika diperlihatkan dunia yang kian tenat saban hari dek kerana krisis dan konflik yang
tiada hujung penceritaannya menyebabkan timbulnya pertanyaan dalam diri rakyat
bagaimanakah khabar dunia pada masa hadapan nanti. Biarpun diteliti jelas daripada pelbagai
aspek, dunia yang sepatutnya semakin bertambah ketamadunannya sejajar dengan kemajuan
serta kecanggihan yang lebih baik, tetap jelas terlihat berada dalam krisis yang melibatkan
banyak pihak. Konflik berlaku akibat persaingan politik secara kotor atau desakan ekonomi
yang menimpa sesebuah negara. Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), konflik
bermaksud pertelingkahan atau ketidak sehaluan antara individu mahupun kumpulan, pendapat
dan manfaat yang akan diperoleh oleh setiap pihak. Isu-isu konflik dunia semasa adalah seperti
isu konflik yang berlaku di Timur Tengah, konflik etnik dan konflik persempadanan dan tuntutan
bertindih di ASEAN. Namun, tugasan kali ini berfokus kepada isu -isu konflik yang berlaku di
Timur Tengah dan kaitannya dengan Malaysia.

ISU KONFLIK PALESTIN - ISRAEL

Konflik pertama yang paling umum kita ketahui iaitu Konflik antara Palestin dan Israel
yang telah bermula pada pertengahan kurun-20 dan masih tiada pengakhirannya sehingga kini.
Konflik ini telah menjadi induk kepada konflik yang lebih besar iaitu konflik Arab dan Israel.
Palestin terletak di bahagian barat benua Asia. Hal demikian menjadi keistimewaan buat negara
Palestin kerana kedudukan geografi yang strategik yang menjadi penghubung antara Afrika,
Asia dan Eropah serta mempunyai tanah yang subur dan kawasannya yang luas telah menarik
perhatian para penjajah untuk menakluki negara Palestin. Melalui peta dunia dari abad ke abad
kawasan Palestin dilihat semakin pudar kerana diambil alih oleh Israel yang semakin
meluaskan empayarnya. Malah mereka juga sering melakukan serangan ke atas Palestin yang
menyebabkan warga Palestin, ramai yang terkorban dan cedera parah serta kehilangan tempat
tinggal yang menjadi punca utama mereka terpaksa hidup berpindah randah. Perkara ini
memperlihatkan kegiatan Israel menindas negara dan rakyat Palestin dengan begitu kejam dan
tidak berperikemanusiaan. Sebagai bukti yang ada di surat khabar telah dipaparkan bahawa
Israel menggunakan kanak-kanak seawal umur 13 tahun dijadikan sebagai perisai manusia.

Walaupun perlembangan telah dirangka di antara Israel dengan Jordan dan Mesir,
penyelesaian mutlak konflik Palestin dan Israel masih belum berlaku tetapi bertambah lagi
teruk. Peperangan yang berlaku di antara dua negara ini melibatkan ratusan nyawa yang tidak
bersalah turut terkorban dan berlakunya kemusnahan infrastruktur. Malaysia sentiasa
menyokong dan membantu Palestin memperjuangkan kebebasan dan kemerdekaan serta hak
umat Islam secara bertolak ansur. Malaysia masih tetap pendirian dengan isu Palestin iaitu
membantah sekeras-kerasnya rancangan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk
memperluaskan empayarnya dengan mengalihkan sebahagian wilayah Palestin. Pendekatan
untuk memastikan tekad bagi menentang sebarang bentuk penindasan yang dialami penduduk
palestin oleh mana mana pihak amat dititikberatkan agar berupaya ditangani sepenuhnya.
Perkara ini diperkatakan oleh Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM). Tindakan
Parlimen Malaysia yang mendesak penyingkiran keahlian Israel daripada Persatuan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) dan menegakkan hak asasi manusia di seluruh dunia. Hal ini telah
menimbulkan rasa berterima kasih oleh warga Palestin untuk Malaysia kerana mempromosikan
keadilan dan keamanan Palestin.

Isu konflik Palestin dan Israel juga turut memberi impak terhadap pendidikan di negara
kita, iaitu Malaysia dengan secara tidak langsung. Isu ini dapat diklasifikasikan sebagai isu
politik. Sebahagian masyarakat Malaysia kelihatannya mudah terpengaruh dengan ideologi
negara luar atau melalui media elektronik, terutamanya remaja dan pelajar yang mempunyai
sifat ingin tahu dan mencuba perkara baru yang tinggi dalam diri mereka. Perkara ini akan
mempengaruhi fikiran mereka, sehinggakan mereka tidak menyedari kelayakan umur untuk
membincangkan suatu isu politik. Begitu juga dengan pelajar yang melibatkan diri secara tidak
langsung akan mewujudkan pemahaman sendiri seterusnya menjurus kepada perselisihan
faham dan berlakunya pertelingkahan sesama mereka. Hal ini berpunca daripada beberapa
pelajar yang menyokong tindakan Israel dan segelintir pelajar yang mendukung Palestin atau
Gaza. Tambahan pula, mereka yang terlibat secara aktif dengan mengikuti perhimpunan atau
perkongsian dalam media social. Hal ini akan menjejaskan pelajaran mereka serta
menyukarkan impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.

ISU KONFLIK DI SYRIA

Begitu juga dengan konflik pemberontakan di Syria yang tercetus pada 15 Mac 2011
juga masih tiada jalan penyelesaian sehingga ke hari ini. Konflik ini juga dikenali sebagai
perang saudara Syria yang berpunca daripada kelemahan sistem pemerintahan. Hal ini
demikian kerana rakyat Syria mempercayai bahawa pemerintahnya menggunakan sistem
kediktator yang berasaskan kekerasan dalam pemerintahan. Perkara ini menyebabkan
rakyatnya hidup dalam penderitaan. Bukan itu sahaja pemerintahnya juga telah melakukan
korupsi dan penyalahgunaan kuasa, perkara ini telah menyedarkan rakyat Syria untuk bangkit
menentang kerajaan yang durjana. Kerajaan bawah pimpinan Bashar al-Assad telah
mengabaikan pengambilan pekerja dalam sektor kerajaan sendiri dan mengakibatkan kadar
pengangguran dalam kalangan rakyat bertambah. Di samping itu, ramai penduduk tempatan
terpaksa berhijrah atau berpindah ke bandar yang lebih membangun seperti di Damsyik dan
Aleppo bagi mencari peluang pekerjaan kerana pembaharuan dan pembukaan kawasan di luar
bandar juga telah dipinggirkan. Oleh kerana rakyat Syria mendapat layanan yang tidak
sepatutnya daripada Presiden Bashar mendorong berlakunya konflik antara mereka iaitu
perbezaan ideologi rakyat Syria dengan pemerintahnya. Hal ini kerana Presiden Bashar
merupakan penganut Islam Syiah yang memiliki ideologi berbeza dengan Islam Sunni, namun
rakyatnya rata-rata beragama Islam Sunni.

Implikasi konflik ini terhadap sistem pendidikan di Malaysia, kita dapati apabila
terjadinya peperangan antara rakyat Syria dengan pihak pemerintah maka negara tersebut
akan menjadi huru hara. Oleh sebab itu, bagi aspek keselamatan pelajar Malaysia yang
menyambung pelajaran di negara tersebut. terpaksa dihantar pulang agar terhindar daripada
perkara-perkara yang tidak diingini. Hal ini menyebabkan berlakunya gangguan terhadap
proses pembelajaran pelajar-pelajar Malaysia yang di sana. Sementara itu, terdapat juga
pelajar Malaysia yang mengikuti demonstrasi yang dianjurkan oleh rakyat Syria sebagai tanda
sokongan. Perkara ini mempengaruhi proses pendidikan di Malaysia kerana pembelajaran
pelajar Malaysia terpaksa ditanggguhkan buat sementara waktu sehingga masalah yang
dihadapi oleh kerajaan Syria dapat diselesaikan. Tambahan lagi, kemungkinan dalam mata
pelajaran Sejarah, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menambah skop subtopik mengenai
revolusi Arab agar dapat ditunjukkan kepada masyarakat Malaysia bagi mengambil iktibar
betapa kesejahteraan yang dituntut secara kekerasan tidak dapat memberi kesejahteraan
rakyat secara keseluruhan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penerangan di atas jelas membuktikan bahawa isu-isu konflik dunia


semasa memberi impak terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Namun begitu, konflik dan
perbezaan pendapat ini tidak dapat kita hindari selagi manusia diberi hak untuk menentukan
hala tuju masing-masing dan hak kebebasan berfikir serta bersuara. Oleh itu, pihak kerajaan
mestilah bijak membuat keputusan seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus,
tepung tidak berselarak, yang bermaksud kita perlu membuat keputusan dengan berhati-hati
dan berteraskan keadilan. Dalam pada itu, pengamalan nilai-nilai murni dan membuat
perundingan bagi menyelesaikan masalah dapat menjamin keamanan dan keharmonian
sesebuah negara itu.
(1048 patah perkataan)

RUJUKAN

 Berita Astro Awani, Madiha Abdullah (17 Disember 2016)


https://www.astroawani.com/berita-dunia/konflik-syria-6-perkara-untuk-difahami-
125862
 Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, Meor Aris Meor Hamzah (2016) Cabaran dan
Isu Semasa Dunia. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.
 Nurul Afini Sarifudin (2018)
https://www.academia.edu/38473971/Konflik_Dunia_Dan_Implikasinya_Terhada
p_Bidang_Pendidikan_Di_Negara_Malaysia
 Sing Kiat Lee (2016) https://www.slideshare.net/SkyLee1/esei-cabaran-dan-isu-
semasa
 Lim Tian Chai (2018) Padlet GCI1022
https://padlet.com/tianchai1402/c16lsmvhqicc

Anda mungkin juga menyukai