Anda di halaman 1dari 4

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Terdapat beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

Kajian-kajian tersebut banyak menyentuh cabaran-cabaran bagi mencapai perpaduan

antara kaum. Menurut Arumugam (2010), terdapat beberapa halangan bagi mencapai

perpaduan antara kaum. Antaranya adalah disebabkan dasar pecah dan perintah yang

diamalkan oleh pihak British semasa penjajahan mereka yang menyebabkan

perpecahan kaum masih lagi berterusan sehingga sekarang akibat segregasi dari segi

ekonomi, tempat tinggal dan pendidikan. Hal in berlaku kerana mereka ingin

menjarakkan hubungan antara etnik-etnik di Tanah Melayu pada ketika itu demi

kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.

Dari segi ekonomi, kebanyakannya dikuasai oleh kaum Cina di mana mereka

menguasai bidang perdagangan dan perniagaan manakala kaum Melayu pula

kebanyakannya bercucuk tanam di kawasan kampung dan kaum India bekerja di

ladang. Hal ini menyebabkan wujudnya jurang perbezaan dari segi ekonomi antara

etnik. Selain itu, segregasi ini juga menimbulkan kesan dari segi tempat tinggal dimana

kaum Melayu ditempatkan di kawasan kampung, kaum Cina di kawasan bandar dan

kaum India di ladang atau estet. Manakala dari segi pendidikan pula, pihak British

mewujudkan sekolah jenis bagi mengelakkan interaksi antara kaum.

Dengan menggunakan dasar pecah dan perintah ini pihak British dapat

mengukuhkan penguasaan mereka terhadap Tanah Melayu pada ketika itu. Namun

begitu, kesan terhadap dasar pecah dan perintah ini masih dapat dilihat sehingga hari

ini.
Menurut Aziz Ujang (2015), terdapat banyak pendapat yang mengatakan

bahawa semangat patriotisme dan perpaduan nasional generasi muda di Malaysia kini

semakin merosot. Kurangnya kesedaran tersebut akan memberi kesan atau impak

yang amat tinggi terhadap sesebuah negara. Generasi muda tersebut yang terdapat

dalam pelbagai kaum juga memandang remeh mengenai perpaduan walaupun ianya

telah terbukti memberi kejayaan mengekalkan keamanan negara sehingga ke hari ini.

Situasi ini boleh memberi kesan negatif terhadap usaha negara mengekalkan

keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara maju seperti mana dirancang.

Generasi muda yang wujud pada hari ini adalah hasil atau produk yang dilahirkan oleh

pembentukan dan pelaksanaan dasar yang dijalankan oleh pemimpin terdahulu.

Semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda semakin pupus

disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah kerana pengaruh persekitaran dan

keperluan semasa generasi muda di mana mereka mengamalkan sikap mementingkan

diri sendiri dan tidak mementingkan orang lain.

Terdapat banyak pendapat yang mengatakan bahawa semangat patriotisme dan

perpaduan nasional generasi muda di Malaysia kini semakin merosot. Kurangnya

kesedaran tersebut akan memberi kesan atau impak yang amat tinggi terhadap

sesebuah negara. Generasi muda tersebut yang terdapat dalam pelbagai kaum juga

memandang remeh mengenai perpaduan walaupun ianya telah terbukti memberi

kejayaan mengekalkan keamanan negara sehingga ke hari ini. Tidak boleh dinafikan

bahawa patriotisme dan perpaduan tidak boleh dipisahkan di mana ianya saling

berkaitan.
Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan

fungsional daripada hubungan empatetik. Makudnya kita sekadar berhubungan di

pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang

melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

Hal ini kerana mereka berinteraksi disebabkan mereka mempunyai sebab-sebab

yang spesifik dan mereka hanya berinteraksi sekiranya situasi itu memerlukan. Selain

itu, mereka sukar untuk berinteraksi dengan kaum lain kerana mereka tidak mempunyai

persamaan antara satu sama lain. Hal ini kerana kadang kala mereka menghadapi

masalah yang tidak dapat difahami oleh kaum yang lain. Kaum yang lain mungkin tidak

akan memahami masalah yang dihadapi kerana mereka tidak pernah berada di dalam

situasi tersebut.

Oleh yang demikian, pengkaji akan memberi fokus terhadap persepsi pelajar

mengenai cabaran modenisasi dari segi ekonomi, sosial dan pendidikan dan kesan

persepsi tersebut dalam megeratkan hubungan etnik antara kaum.

Anda mungkin juga menyukai