Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN WARDEN BERTUGAS 2020

Alhamdulillah, asrama dalam keaadan bersih, namun masih terdapat segelintir pelajar yang
meletakkan barang peribadi seperti baju, tuala, buku dan lain-lain ditempat yang tidak
sepatutnya.
Pelajar telah diingatkan supaya senantiasa menjaga kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal
ketika berada di asrama.
Pergerakan pelajar ke kelas persediaan, ke dewan makan, ke surau dan ke sekolah lancar.
Pelajar telah diingatkan supaya senantiasa bersegera di asrama.
Makanan yang disediakan sedap, berkualiti dan mencukupi.
Pelajar telah diingatkan supaya senantiasa mematuhi penjarakan fizikal dan SOP yang
ditetapkan ketika berada di dewan makan.
Aktiviti surau seperti solat fardu berjemaah, bacaan taklim selepas solat dan bacaan surah al-
Mulk selepas solat Isyak berjalan lancar.
Pelajar telah diingatkan supaya senantiasa bersegera melaksanakan ibadah solat fardhu secara
berjemaah dengan mematuhi penjarakan fizikal dan SOP yang ditetapkan ketika berada di
surau.
Aktiviti kelas persediaan (prep) berjalan lancar, pelajar yang membawa telefon ke asrama
menngunakan medium internet untuk mendapatkan bahan ulangkaji pelajaran.
Pelajar telah diingatkan supaya senantiasa menggunakan ruang kelas persediaan untuk
mengulangkaji pelajaran dengan mematuhi penjarakan fizikal dan SOP yang ditetapkan ketika
berada di kelas persediaan.
Pelajar telah diingatkan supaya senantiasa mematuhi peraturan sekolah dan asrama serta tidak
melakukan apa-apa kesalah dan pelanggaran disiplin yang ditetapkan.
Pelajar telah diingatkan supaya segera melaporkan kerosakan kemudahan asrama kepada
warden bertugas untuk diambil tindakan.
Tiada laporan kerosakan diterima. Tiada laporan pelajar sakit diterima. Pelajar telah diingatkan
supaya segera memaklumkan warden jika mengalami simptom seperti demam, batuk, selsema
dan lain-lain simptom bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di asrama.

Anda mungkin juga menyukai