Anda di halaman 1dari 3

Program permuafakatan adalah satu program yang boleh mengeratkan hubungan ,

meninggikan kerjasama dan hubungan serta menwujudkan persefahaman diantara


pemimpin sekolah dan guru. Nilai permuafakatan dan kesejawatan perlu dikekalkan dalam
sesebuah organisasi, di mana sepatutnya tiada orang yang melakukan sesuatu kerja itu
secara berseorangan ( Mohd Faiz Mohd Yaakob & Jamal Nordin Yunus. 2018). Guru
memerlukan sokongan padu, kerjasama dan kebajikan mereka dijaga oleh pemimpin
sekolah. Oleh itu, pemahaman diantara satu sama lain perlu dibina. Program permuafakatan
seperti “Team Game”, sukan dan rekreasi, gotong royong, majlis anugerah kecemerlangan
dan sebagainya lagi boleh dilakukan bersama-sama antara pemimpin sekolah dengan guru.
Program ini juga dapat mengurangkan stres semua individu yang mengambil bahagian.
Menurut kesimpulan kajian yang dibuat oleh Abdul Said Ambotang & Norhayati
Bayong (2018), tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana boleh
membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan amnya dan kepada
pembangunan murid. Maka itu, seminar-seminar pengurangan stres perlu diadakan bagi
seluruh warga pendidik. Pemimpin sekolah juga harus menghadiri kursus pengurusan
manusia supaya dapat memahami kelakuan-kelakuan orang bawahannya dan
menyelesaikan masalah mereka dalam tugas masing-masing.

Murid bergantung kepada guru yang mengajarnya supaya menguasai suatu


kemahiran atau mencapai kecermalangan dalam akedemiknya. Abdul Razif Zaini et al.
(2020) Menyatakan bahawa kompetensi merupakan elemen penting dalam profesion
pendidikan dan kejayaan ataupun kegagalan proses pengajaran pembelajaran di dalam
kelas bergantung sepenuhnya kepada tahap kompetensi guru. Maka itu, guru kena sentiasa
memastikan bahawa kompentensi mereka dalam pelbagai aspek dipertingkatkan untuk
kekal relevan dalam dunia pendidikan. Latihan dalam perkhidmatan adalah salah satu
kaedahnya mendapat pngetahuan terkini dalam bidang pendidikan. Dalam masa ke semasa
latihan guru akan memastikan guru tidak ketinggalan zaman. Menghantar guru ke luar
negara akan memastikan guru kita menerima input yang betul dan terkini.
Lepas itu guru yang pulang dari luar negara bolehlah memberikan kursus yang
mengubah atau menambahbaikan pedagogi guru. Mengundang guru-guru dari luar negara
memberi latihan juga dapat membantu guru-guru mendapat info terkini dalam dunia
pendidikan. Di samping itu juga, dapat juga pertukaran budaya antara guru luar negara
dengan guru negara kita. Akhir kata, kompentasi guru mesti dijaga melalui latihan dan
bengkel. “hand on, mind on” bengkel akan menolong guru mengingat lebih lama apa yang
belajar.
Menurut Evertson & Weinstein (2013), Pengurusan kelas adalah satu topik yang
selalu menjadi topik kebimbangan berterusan bagi guru, pentadbir sekolah dan masyarakat.
Syarat yang paling utama bagi menjamin satu proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah aspek pengurusan bilik darjah. Ilmu dan kemahiran guru adalah penting
tetapi tanpa ilmu pengurusan bilik darjah ia akan menjadi sia-sia. Pengurusan bilik darjah
yang berkesan melibatkan pelbagai aspek seperti ciri peribadi seorang guru, rutin dan
peraturan bilik darjah, iklim bilik darjah, dan hubungan antara aspek pengurusan dan
pengajaran. Kekurangan kemahiran pengurusan bilik darjah ini akan menjadi kekangan
kepada guru membantu MBK kita. Di sinilah latihan pengurusan bilik darjah akan menjadi
satu keperluan bagi semua guru yang mengurus kelas.
Mendapatkan guru pakar membantu memberi seminar dan bengkel kepada guru.
Latihan-latihan ini akan membantu guru-guru menjadikan bilik darjah lebih kondusif,
berkesan dan dapat diurus dengan cekap. Ruang yang lebih besar akan dapat menjalankan
pelbagai aktivti dengan selesa khasnya bagi Murid Berkeperluan Khas
(MBK) yang sukar pergerakannya, maka permohonan kepada kerajaan untuk bilik darjah
yang lebih luas diperlukan.

Guru resos adalah guru pendidikan Khas di sekolah harian yang mempunyai
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Bilik resos digunakan oleh guru resos untuk
membantu murid Program Pendidikan Inklusif (PPI) dari segi pengajaran dan pembelajaran
serta penyimpan bahan membantu mengajar. Mengikut kajian Siti Fatimah & Mustafa Che
Omar (2018) pelaksanaan PPI MBK adalah kurang berjaya kerana terdapat kekangan-
kekangan yang menjadi halangan dan cabaran kepada guru-guru aliran perdana mata
pelajaran bagi melaksanakan PdP mengikut cara pedagogi inklusif di kelas mereka. Maka
wajarlah kerajaan menambah bilangan guru resos untuk membantu PPI. PPKI memerlukan
banyak sumber dan kepelbagai kepakaran untuk membantu untuk menjalankan aktivti.

Oleh itu, dengan pemotong cukai pendapatan, mungkin akan menambah bilangan
orang yang menderma kepada PPKI. Penyebaran maklumat golongan MBK menerusi media
secara percuma akan membantu masyarakat lebih faham kekurangan pada MBK dan
seterusnya boleh menambahkan lagi pelbagai khidmat sokongan kepada MBK.
Penambahan peruntukan dana PPKI oleh kerajaan akan membantu PPKI menjalankan
aktiviti lebih selesa dan lancar serta lebih banyak bahan membantu mengajar dapat
dibekalkan kepada MBK.
Senarai Rujukan
Abdul Razif Zaini, Noor Shamshinar Zakaria, Mohd Rofian Ismail, Mohd Redzauddin Ghazali
& Hasmadi Hamdan (2020). Kompetensi Guru Bahasa Arab Sekolah Rendah di
Malaysia: Competency of Arabic Teachers in Primary School in Malaysia. The Sultan
Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 7(1), 103-113.

Abdul Said Ambotang & Norhayati Bayong (2018). The relationship between the burden of
duties and stress towards teacher’s commitment at the primary school. Jurnal
Pendidikan Bitara UPSI, 11, 11-21.

Evertson, C. M., & Weinstein, C. S. (Eds.). (2013). Handbook of classroom management:


Research, practice, and contemporary issues. Routledge

Mohd Faiz Mohd Yaakob & Jamal Nordin Yunus (2018). Pembinaan Dan Pengujian
Kesahan Model Budaya Sekolah. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 13, 146-163.

Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar (2018). Masalah Pengajaran Guru Dalam Program
Pendidikan inklusif di Sekolah. Asian People Journal (APJ), 1(2), 243-263.

Anda mungkin juga menyukai