Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 14

DISEMPURNAKAN OLEH :
YANG SETIA TUAN SUB INSPEKTOR MOHAMED ZULKIFLEE BIN MOHD AMIN
KETUA POLIS BALAI, TELOK PANGLIMA GARANG
TARIKH:

15 FEBRUARI 2014 (SABTU)

Assalamualaikum w.b.t…Salam Sejahtera.


1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14
Pengumuman :
Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan program perasmian Mesyuarat Agung PIBG yang akan
berlangsung sebentar lagi.
1. Tuan/Puan diminta untuk memastikan telah melakukan pendaftaran di kaunter yang telah disediakan.
2. Apabila Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkeflee sampai di Foyer, kita akan sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik.
3. Majlis kita akan dibahagikan kepada 2 slot iaitu :
Slot 1 : Majlis Perasmian dan Penyampaian Sumbangan Pelajar Asnaf.
Slot 2 : Mesyuarat Agung PIBG
4. Majlis mengharapkan kerjasama daripada semua ibu bapa untuk dapat bersama-sama sehingga mesyuarat
Agung kita selesai
5. Para hadirin akan dipersilakan duduk untuk kita memulakan majlis perasmian.
6. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan pada hari ini sangat dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, harap maklum. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

TEKS PENGERUSI MAJLIS

2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14


PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SIJANGKANG JAYA KE-14
MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAI PENYAMPAI
Ketibaan Mengumumkan ketibaan: En.
tetamu khas Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee Saharuddin
bin Mohd Amin,
Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang.
diiringi oleh Yang DiPertua PIBG, Pegawai Pelajaran
Daerah, Tuan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan.

Para hadirin dipohon untuk berdiri.

Nyanyian lagu Kita mulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku.


Para hadirin diminta bersedia.
( Nyanyian lagu dimainkan)

Tetamu duduk Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk En.


Saharuddin
Ucapan aluan Kasihnya ibu membawa ke syurga En.
pengerusi Kasihnya ayah berkorban nyawa Saharuddin
majlis Kasihnya guru mencurah ilmu
Pemacu segala pelita dan lampu
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Menjalankan tugas dengan amanah
Untuk mendapat redha illahi dan keberkatan
Seribu tahun menjadi hikmat

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan


3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14
dan salam Satu Malaysia.

Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee


bin Mohd Amin,
Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang.

Yang Dihormati Tn Hj Zulkapli b. Mohamed,


Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor
Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran
Daerah Kuala Langat,

Yang Berusaha
Pn Hajjah Salbiah bt Ibrahim
Tuan Pengetua, SMK Sijangkang Jaya.

Yang Berusaha,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya,
Tn Hj Zulkapli bin Md Taib dan Kepimpinan Ahli
Jawatankuasa PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2013.

Yang Dihormati lagi dikasihi,


Saf Kepimpinan Penolong Kanan,
Pn. Ramlah bt Hj Hashim – PK Pentadbiran.
Tn Hj Kowangid bin Taufek – PK Hal Ehwal Murid
Pn Zaleha bt Selamat – PK Kokurikulum
Pn. Hjh Rubia’ah bt Hayat – PK Petang

4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14


Pn. Sharifah bt Shaari – PK Pendidikan Khas.

guru-guru, para ibu bapa, para pelajar dan hadirin


sekalian

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan


kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta
limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
14 dan secara tidak langsung kita dapat bersua muka,
berkenal mesra dan dapat menyatukan idea untuk
membina kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang


Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin
Mohd Amin,
Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang ke majlis
perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14.

Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan


ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-
guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah
sebagai Ahli PIBG.

Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk


kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik

5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14


persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan
untuk anak-anak kita dalam bidang akademik,
kokurikulum, disiplin dan sahsiah.

Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak


dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,

justeru itu, kalau kita dapat satukan minda, selaras


pandangan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan
menjadi milik kita bersama.

Bak kata pepatah secekak bak serai, serumpun bak


buluh. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama
kita pikul – jika itu dapat kita kesepaduan itu dapat kita
realisasikan, Insya Allah SMK Sijangkang Jaya mampu
melahirkan putera dan puteri yang cemerlang dan
terbilang.

Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi, marilah sama- En
sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, Saharuddin
agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis
dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz
Dawami b. Shaien untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Selesai Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz En. Faizal

6 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14


bacaan doa Dawami b. Shalen atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan aluan Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, En. Faizal


Pengetua
Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasi,
Muafakat kata menjadi paksi
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam
mimpi

Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan


mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Salbiah bt
Ibrahim, Tuan Pengetua, SMK Sijangkang Jaya
merangkap Penasihat PIBG SMK Sijangkang Jaya
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Hormat
dipersilakan.

Selesai Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha En.


ucapan Tuan Pengetua. Majlis mengucapkan ribuan terima Saharuddin
Pengetua kasih.
Ucapan aluan Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput En.
YDP PIBG Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Saharuddin
Berusaha Tn Hj Zulkapli bin Md Taib untuk
menyampaian ucapan. Dipersilakan..

Selesai Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SMK En. Faizal
7 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14
ucapan YDP Sijangkang Jaya. Majlis mengucapkan ribuan terima
PIBG kasih.
Ucapan Sidang hadirin yang budiman, En Faizal
Perasmian
Kalau tuan’ pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan’ ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

majlis dengan sukacita dan penuh takzim


mempersilakan Yang Setia, Tuan Sub Inspektor
Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin,
Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang bagi
menyampaikan ucaptama dan seterusnya
menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung
PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke-14.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Selesai Dengan Bismillah kita mulai, En.


ucapan Alhamdulillah wassola tannabi, Saharuddin
perasmian Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


diucapkan kepada Yang Setia Tuan Sub Inspektor
Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin,
Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang,
atas ucapan perasmian sebentar tadi.

8 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14


Penyampaian Yang Alim Menjadi Imam En
Sumbangan Yang Bijak Menjadi Pemimpin Saharuddin
Pakaian Sukan Yang Arif Menjadi Hakim
Sekolah Yang Kekurangan kita ingati
Kepada
Pelajar Asnaf Sebagai tanda kasih tiada bertepi
Sebagai ihsan tanda simpati

Alhamdulillah, Pusat Zakat Selangor dan pihak PIBG


telah sudi untuk menyumbangkan barangan kepada
pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di sekolah ini.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringan beban dan
membolehkan mereka mengikut pembelajaran dengan
sempurna.

Untuk menyempurnakan majlis, saya dengan


sukacitanya mempersilakan Yang DiPertua PIBG dan
Pn Pengetua untuk menjemput dan mengiringi
Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd
Amin,Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang naik
ke pentas untuk menyampaikan sumbangan. Hormat
dipersilakan.

Dipersilakan adik …………………… bersama


ibu/bapa/penjaga ……..

9 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14


( Bacakan nama pelajar mengikut senarai nama yang
disediakan )

Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Sub Inspektor Mohamed Zulkeflee, YDP PIBG dan Tn
Pengetua atas penyempurnaan majlis penyampaian
sumbangan itu tadi.
Penyampaian Biar Mati anak Jangan Mati Adat, En. Faizal
Cenderamata Secekak bak padi, serumpun bak serai
kepada Orang berbudi, Kita berbahasa.
Tetamu VVIP.

Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan ini


mempersilakan Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang
Jaya, Tn Hj Zulkapli bin Md Taib untuk menyampaikan
cenderamata tanda penghargaan kepada Tuan Sub
Inspektor Mohamed Zulkefle atas kesudian menghadiri
majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG dan
menyempurnakan penyampaian anugerah
kecemerlangan PMR 2012.

Terima kasih kepada YDP PIBG kerana


menyempurnakan penyampaian tanda hati kepada
tetamu.

10 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14


Penutup Acara kita sampai ke penghujung. En.
Saya bagi pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi Saharuddin
penghargaan kepada semua tetamu. Ibu bapa, guru-
guru dan pelajar yang menghadiri Perasmian
Mesyuarat Agung PIBG kali ini.

Sekalung budi, Segunung Penghargaan jug ditujukan


kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus
membuat persiapan untuk memastika majlis kita
berjalan lancer.

Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari


segi tuturkata, lengok bicara atau renungan mata –
sepuluh jari disusun, seribu kemaafan dipohon.

Marilah kita sama-sama mengakhiri majlis dengan


membaca tasbih kafarah dan surah al asr….

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI KA ASY HA


DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU
ILAIK...

Wal Asr…
11 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Saya serahkan majlis kepada En. Suhaimi Mohamed


Sayuti (SU Agong Kehormat PIBG) untuk
mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG.

12 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

Anda mungkin juga menyukai