Anda di halaman 1dari 9

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

PENGGUNAAN LAMAN WEB DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SEJARAH
Siti Aishah Hassan1, Norfiza Afpandy2, Che Suriani Kiflee3 Rorlinda Yusof4
Pusat PERMATApintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pengajaran berasaskan laman web merupakan alternatif atau kaedah baru pengajaran bersifat
interaktif dan berpotensi untuk menarik minat pelajar dalam kelas. Penggunaan laman web dalam
pengajaran dan pembelajan (P&P) di sekolah menjana pemikiran inkuisitif menggalakkan semangat
inkuiri serta minat pelajar untuk lebih meneroka yang biasanya dikaitan dengan pembelajaran
pemikiran tahap tinggi. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan laman web dalam
pembelajaran sejarah. Seramai 100 orang pelajar yang telah menggunakan aplikasi ini dijadikan
sebagai responden dalam menjalankan kajian ini. Justeru, laman web wix, dijadikan sebagai salah satu
kajian pemerhatian untuk melihat keberkesannya dalam P&P. Hasil kajian mendapati penggunakan
laman web ini sebagai satu kaedah yang sangat bekesan dalam mengubah persepsi para pelajar dan
guru terhadap pembelajaran sejarah sebagai satu subjek yang sangat membosankan. Hal ini kerana
dengan menggunakan laman web ini pembelajaran secara berterusan dijalankan, meningkatkan
inkuirisiti pelajar serta fleksibiliti pelajar dalam mengakses maklumat dan meneroka ilmu.

Kata Kunci: Pedagogi, Laman Web, ICT, Pengajaran dan pembelajaran.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENDAHULUAN

Pada masa kini, kaedah pendidikan secara tradisional seperti”chalk and talk” bagi subjek sejarah dilihat
kurang menarik minat pelajar generasi kini. Pendidikan sejarah bukanlah sebagai sesuatu yang
membincangkan tentang masa lalu dan hanya terikat kepada tarikh, masa, peristiwa dan hafalan fakta
semata-mata. Tetapi dengan mempelajari sejarah seseorang pelajar itu akan menjadi lebih
bertanggungjawab dan boleh memperoleh banyak pengajaran juteru dapat dijadikan sebagai pemangkin
kepada pembangunan diri manusia yang merangkumi aspek, rohani, jasmani, intelek dan emosi
sebagaimana yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini akan menjadikan matapelajaran
Sejarah lebih bermakna dan memberi persepsi baru kepada minda pelajar bahawa ia bukanlah satu
subjek yang kaku dan membosankan. Sejarah sangat penting untuk dipelajari kerana menjadi panduan
dan iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta
kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa
lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu
tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa. Selain itu, pelajar juga
akan mengetahui bagaimana seseorang ahli sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran
yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel, Gracia & Valvada 1997).

Dalam bidang pendidikan guru seharusnya memainkan peranan dan perlu bersifat kreatif agar kelas
pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang lebih menarik. Guru tidak boleh lagi
mempraktikan pengajaran yang sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana pelajar pada hari ini
semakin bijak seiring dan pengetahuan semakin mencabar dan sebab itu, guru harus bersedia membuat
perubahan ini. Proses P&P perlu diberikan sentuhan yang dapat menarik minat para pelajar agar setiap
isi pembelajaran yang disampaikan memberi input kepada kefahaman mereka.

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).


(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 120
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Perkembangan dunia teknologi dan digital pada hari ini mampu melahirkan pendidik yang lebih kreatif
dan sentiasa mempunyai idea-idea baru dalam proses P&P. Laman web merupakan salah satu daripada
cabang komunikasi yang boleh digunakan oleh para pendidik sebagai salah satu pedagogi mereka di
samping dapat menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu topik mahupun subjek. Menurut Mohd
Arif (2000) sebuah laman web adalah merupakan laman yang mengandungi pelbagai maklumat dalam
bentuk teks, grafik, animasi, audio dan video yang berdasarkan kepada citarasa dan kreativiti pembina
laman web tersebut. Justeru, laman web merupakan satu halaman komputer yang melibatkan teks, audi
dan grafik yang boleh digunakan sebagai media pengajaran yang disediakan oleh para pendidik untuk
digunakan dalam proses P&P dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kaedah pembelajaran penggunakan
Laman Web juga dilihat sebagai satu pendidikan ke arah abad 21 secara tidak langsung. Hal ini kerana,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis
pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015 sejajar dengan usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Pembelajaran berasaskan laman web ini mungkin berbeza dengan pembelajaran secara maya (vitual
learning) atau pembelajaran dalam talian (online learning). Ini adalah kerana pembelajaran secara maya
atau online lebih luas dan lebih banyak lagi kos serta kepakaran yang diperlukan. Kaedah ini mungkin
boleh dilakukan oleh intitusi yang lebih bersifat koporat kerana ia mampu menyediakan peralatan,
menyediakan dan menguruskan bahan pembelajaran, namun mungkin tidak dapat dilakukan oleh guru-
guru biasa di sekolah kerana melibatkan kepakaran serta masa yang banyak, sedangkan guru telah sedia
dibebankan dengan berbagai tugas dan masa pengajaran yang banyak.

Pembelajaran berasaskan web boleh dilakukan oleh semua guru sebagai tambahan kepada pengajaran
di dalam kelas. Guru boleh menggunakan laman-laman web percuma yang sedia ada atau membinanya
sendiri sebagai alternatif. Guru boleh membuat sendiri laman web menggunakan perisian yang mudah.
Antara laman web yang boleh digunakan seperti Netscape Composer, Publisher dan sebagainya.
Sebagai contoh sekiranya seorang guru memilih untuk menggunakan Publisher, tidak memerlukan
kemahiran yang tinggi kerana rekabentuknya masih boleh melakukannya dengan menggunakan web
site wizard. Guru hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan semasa membina sebuah laman web
yang diingini. Seterusnya guru hanya perlu menukar ilustrasi, tajuk dan kandungan yang sesuai dengan
topik pembelajaran. Ilustrasi boleh diperolehi daripada klip art atau download dari laman-laman web
lain dengan syarat tidak melebihi had yang dibenarkan dalam akta hak cipta. (Sajap Maswan, 2013)

KAJIAN LITERATURE

Beberapa kajian telah dijalankan mengenai peranan guru untuk menjadikan pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan kreatif. Perkembangan dalam bidang pendidikan menuntut
semua pendidikan memainkan peranan dan mengambil langkah yang lebih praktikal bagi memastikan
kecemerlangan pelajar dalam pendidikan. Kualiti pencapaian pelajar sangat bergantung kepada
pengajaran dan guru di dalam kelas. (Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasuln & Roseamnah Abd.
Rauf 2013). Pelajar di dapati sukar untuk memberikan tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terutamanya terutamanya pengajaran yang yang
melibatkan kaedah berpusatkan guru semata-mata. (Norazura, Juliza Adira & Siti Hazwani 2010 ).

Pembelajaran berasaskan komputer akan dapat menonjolkan situasi pembelajaran yang interaktif di
antara pelajar dengan isi pembelajaran. Proses ini akan dapat mempercepatkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana guru boleh meminta pelajar mendapatkan bahan dan membaca bahan
pengajaran sebelum kelas bermula. Kaedah ini berkesan dan berupaya untuk membimbing dan
membentuk mental serta pemikiran pelajar agar lebih kreatif dan memahami konsep ilmu dengan lebih
berkesan. (Hee Jee Mei & Norahidah Mamat @ Abdul Rashid. 2001)
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 121
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Penggunaan sumber berbentuk digital dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu revolusi
dalam Pendidikan Sejarah yang selama ini bergantung kepada sumber bercetak. (Bolick, 2006).

Satu kajian tentang ciri-ciri amalan kesan pembelajaran pada abad ke-21 yang menekankan ciri-ciri
amalan pedagogi inovatif guru yang akan membawa pembaharuan terhadap pembelajaran telah
dijalankan oleh Law et al. (2002). Dapatan kajian beliau membuktikan pelajar bersikap lebih positif,
mereka berupaya mempelajari kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan internet, mereka
bentuk laman web bagi mempersembahkan projek mereka. Di samping itu, mereka juga berupaya untuk
berfikir secara kritis, belajar dari pelbagai sumber, serta berupaya belajar dari komuniti mereka dengan
saling hormat-menghormati idea di antara satu sama lain.

Rodriguez (2003) menyatakan banyak strategi dan pendekatan telah diperihalkan dalam kajian
kepustakaan tentang penggunaan internet sebagai alat pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Pengajaran berasaskan Laman web merupakan program pengajaran berasaskan hipermedia yang
menggunakan atribut dan sumber Jejaring Sedunia (World Wide Web atau WWW) untuk mereka cipta
dan mendokong suasana pembelajaran yang bermakna (Badrul Khan, 1997).

Ciri-ciri utama pembelajaran dalam talian ialah capaian dan pemudahcara komunikasi. Dengan itu
pembelajaran dalam talian mampu menyokong pembelajaran yang berbentuk konstruktivisme yang
bercirikan pembinaan pengetahuan yang berpusatkan pelajar, dan berinteraktif. Peranan guru ialah
sebagai fasilitator dan tidak sebagai pakar, manakala peranan pelajar ialah sebagai kolaborator yang
aktif dan tidak sebagai pendengarjpenerima pengetahuan yang pasif. Pembelajaran ini menggalakkan
pemikiran yang kritis di kalangan pelajar dan melibatkan proses interaksi dan kolaboratif dalam
penjanaan pengetahuan (Jonassen, 1999).

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana dua kaedah metodologi iaitu kajian pemerhatian dan
temubual digunakan. Data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang
tingkah laku manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984). Penyelidikan kualitatif
merupakan suatu kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara
terperinci serta mendalam. Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara
berlaku.

Kaedah pengumpulan data ini telah dijalankan selama dua tahun sepanjang kelas pembelajaran dan
pengajaran berlangsung. Dalam kajian ini, guru telah menggunakan laman web percuma iaitu wixsite
dan telah membina satu laman web untuk pembelajaran sejarah iaitu
http://eisyah.wixsite.com/belajarsejarah. Guru telah memuat naik bahan bacaan serta latihan dalam
laman web tersebut. Laman web tersebut digunakan semasa kelas pembelajaran berlansung ketika guru
berada di dalam kelas atau ketika guru mempunyai tugasan luar seperti ke seminar, mesyuarat dan
sebagainya. Aktiviti berbentuk forum sering digunakan dalam kelas pembelajaran untuk subjek sejarah
kerana membolehkan pelajar memberi hujahan mereka dan berkongsi idea dengan topik yang
dikemukakan. Justeru, dalam laman web ini, aktiviti forum juga diterapkan sebagai salah satu kaedah
pengajaran bagi membolehkan pelajar berkongsi dan mengemukakan pendapat mereka masing-masing.

Pelajar boleh menulis komen atau memberi maklum balas menerusi akaun mukabuku masing-masing.
Di samping berbincang, pelajar boleh mengakses bahan bacaan daripada laman web lain. Selain itu,
dalam laman web ini juga dimasukkan hasil-hasil karya atau kerja pelajar untuk dikongsi sama ada
dalam bentuk video, slid pembentangan ataupun bahan bacaan lain. Justeru, pemerhatian dilakukan
semasa pelajar berinteraksi antara satu sama lain menerusi aktiviti yang dijalankan.

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).


(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 122
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Guru juga menemubual pelajar dan merakamkannya ketika mereka berkomunikasi atau membuat
perbincangan dengan menggunakan laman web ini. Secara tidak langsung dapat meneliti situasi atau
kejadian yang berlaku, setiap kali pemerhatian dan temubual dicatatkan dalam nota dan juga menerusi
rakaman video. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian ini banyak menggunakan kaedah
interaksi, bersemuka dengan responden kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Kutipan
data dijalankan secara berterusan selama dua tahun kajian dilakukan.

DAPATAN KAJIAN

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SEJARAH MELALUI LAMAN WEB

1. Menambah minat pelajar dan melahirkan pelajar berfikir aras tinggi.

Sepanjang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas apabila menggunakan laman web ini, guru
mendapati pelajar mempunyai lebih banyak idea dan mampu berfikir aras tinggi. Sebagai contoh ketika
guru membuat aktiviti perbincangan melalui forum. Didapati pelajar mampu untuk bertanyakan soalan
berfikir aras tinggi (menganalisis dan mengaplikasi) dan mampu berdebat dengan lebih mendalam
menerusi topik yang dibincangkan. Pelajar menampakkan minat untuk meneroka dan mengetahui
dengan lebih lanjut tentang topik yang dibincangkan. Skop pembelajaran pelajar juga lebih luas tanpa
mengharapkan sumber daripada buku teks semata-mata. Pelajar dapat memperolehi maklumat secara
terus melalui pembacaan mereka di laman-laman web yang berkaitan dan membincangkan topik yang
diberikan dalam forum tersebut. Justeru menerusi temubual bersama pelajar kajian rata-rata menyatakan
mereka lebih faham serta menambah minat dalam pembelajaran sejarah. Hampir 85% pelajar
memperolehi markah yang tinggi dalam kuiz yang mengemukakan soalan berfikir aras tinggi dalam
topik yang dibincangkan. Pemikiran aras tinggi mampu mencabar pelajar untuk menginterpretasi,
menganalisis atau memanipulasi maklumat.

Dapatan kajian ini telah disokong oleh Anderson dan Joerg (1996), yang melaporkan dalam kajian
mereka bahawa laman web berperanan sebagai suatu alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar serta
pengajar untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran. Hasil kajian ini turut
disokong oleh kajian daripada Chang (2001) yang menyatakan bahawa pembelajaran menerusi laman
web melalui proses pengajaran secara praktikal. Dalam kajian beliau ini, beliau melihat proses
pembelajaran secara laman web dapat membantu memberikan kefahaman kepada pelajar semasa proses
pembelajaran dijalankan dan mempertingkatkan kemajuan pembelajaran di kalangan pelajar. Dalam
dapatan kajian beliau, 85.84 peratus pelajar mengatakan pembelajaran web sangat sesuai dan ia
memberikan keseronokan semasa proses pembelajaran dijalankan.

Pembelajaran melalui laman web mengajak para guru untuk mengalih paradigma pengajaran mereka
daripada yang bercorak behavioris dan kognitivis kepada konstruktivis. Konstruktif dikaitkan dengan
pendekatan pedagogi berdasarkan “learning by doing”. Justeru, membolehkan pelajar meningkatkan
kompetensi, pengetahuan atau teknologi dan lain-lain perkara yang boleh mengembangkan diri sendiri.
Konstruktivis dikatakan berupaya mengubah sikap memindah maklumat secara pasif kepada yang aktif
dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat mempertingkat kemahiran
berfikir tahap tinggi (high- order thinking skills).

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).


(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 123
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

GAMBAR 1
Menunjukkan Contoh Jawapan Pemikiran Aras Tinggi oleh Pelajar

(Sumber: Siti Aishah Hassan. 2014. History is Fun, Kolej PERMATApintar Negara, UKM di akses dari
http://eisyah.wix.com/belajarsejarah)

GAMBAR 2
Menunjukkan Contoh Jawapan Pemikiran Aras Tinggi oleh Pelajar

(Sumber: Siti Aishah Hassan. 2014. History is Fun, Kolej PERMATApintar Negara, UKM di akses dari
http://eisyah.wix.com/belajarsejarah)

Berdasarkan gambar 1 dan 2 di atas, menunjukkan contoh jawapan pemikiran aras tinggi oleh
pelajar ketika membuat perbincangan dalam topik yang diberikan. Pelajar juga dapat berkongsi idea
tentang pemikiran mereka dan saling memberi pendapat tentang topik yang dibincangkan. Secara tidak
langsung, menerusi pemerhatian kajian melihat perbincangan secara berkumpulan dalam sesuatu topik

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).


(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 124
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

membolehkan guru merangsang perbincangan dalam kelas secara alam maya. Ianya merupakan satu
kaedah alternatif bagi membolehkan pelajar berkongsi majlumat dan ilmu pengetahuan mereka. Di
samping itu, pelajar juga tidak segan untuk bertanyakan soalan dan rakan-rakan dapat membantu pelajar
dalam satu- satu topik yang dibincangkan.

Justeru ia, dapat melahirkan pelajar yang mampu berfikir di luar kotak dengan memberi idea-
idea baru yang dilihat relevan dan bernas. Khan (1999) menyatakan bahawa laman web boleh dilihat
sebagai satu inovatif dalam menyampaikan pengajaran kepada para pelajar sebagai medium
perantaraan. Antara ciri utama laman web yang tidak terdapat dalam media lain ialah kebolehan
menyediakan persekitaran yang membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru, pelajar berinteraksi
dengan pelajar-pelajar lain atau pelajar berinteraksi dengan persekitaran laman web itu sendiri.
Pembelajaran perbincangan melalui forum ini boleh melibatkan pembabitan pelajar dalam satu kelas
pada masa yang sama. Guru juga boleh mandapatkan refleksi daripada pelajar selepas tamat kelas
pembelajaran. Refleksi boleh digunakan sebagai penilaian guru bagi menilai kefahaman pelajar dalam
topik yang dibincangkan. Penglibatan pelajar secara aktif merupakan salah satu komponen penting
dalam kejayaan sesuatu proses pembelajaran melalui laman web. Oleh otu dapatan kajian ini telah
disokong oleh Baharudin (2001) yang menyatakan bahawa pembelajaran melalui laman web
seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
• Menghasilkan konteks pembelajaran yang tulen dan melibatkan penyelesaian masalah
sebenar.
• Pelajar bertanggungjawab dan mempunyai initiatif belajar secara kendiri dalam membentuk
sesuatu kemahiran.
• Guru bertindak sebagai fasilitator dan memberikan panduan, dan bukan sebagai sumber
maklumat.
• Perbincangan yang aktif di antara pelajar dan guru.
• Kaedah pembelajaran secara berkumpulan-pembelajaran secara kolaboratif dan kooperatif.
• Strategi penilaian pembelajaran yang tulen dalam menilai kemahiran sebenar.

2. Memudahkan guru memberi tugasan dan bahan bacaan.

Selain daripada itu, menggunakan laman web dalam pembelajaran sejarah juga memudahkan guru
untuk memuat masuk beberapa artikel yang membincangkan topik-topik dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar juga dapat menambahkan pengetahuan mereka melalui pembacaan bahan-bahan
yang dimuat naik. Selain itu, artikel atau bahan bacaan yang dimuat naik, digunakan sebagai kaedah
pembelajaran yang menarik di mana pelajar bukan hanya membaca untuk menambahkan ilmu
pengetahuan mereka malahan pelajar juga dapat membuat kesimpulan pembacaan, memberi
maklumbalas dalam pembacaan di samping pelajar dapat membincangkan isi kandungan bahan yang
telah dimuat naik. Hal ini juga memudahkan tugasan guru ketika tidak dapat hadir ke kelas disebabkan
mesyuarat, berkursus dan terlibat dengan tugasan rasmi luar. hasil temubual bersama pelajar dalam
kajian ini, pelajar menyatakan mereka masih boleh mendapat maklumat dan belajar secara maya dengan
guru walaupun dalam jarak yang jauh. Penyataan ini dibuktikan melalui temubual antara guru dan
pelajar: “Kelas seolah-olah berlangsung seperti biasa walaupun guru tiada depan mata”.
“Pembelajaran secara maya membolehkan kami mengakses bahan bacaan yang diberikan oleh guru
dan kami juga dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan sekelas.” “Pembelajaran menggunakan
laman web menyebabkan pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa di dalam kelas, tapi pada bila-
bila masa pelajar mempunyai kelapangan kerana nota dan latihan yang telah dimuat naik sentiasa ada
dalam laman web berkenaan”.

Melalui laman web yang dilayari oleh para pelajar mereka akan memperolehi pengalaman-pengalaman
baru yang di luar daripada apa yang biasa ditemui di dalam buku teks. Pengalaman yang diperolehi oleh
setiap pelajar mungkin berbeza diantara satu sama lain. Di dalam sesi pembentangan pelajar seharusnya
mempunyai pandangan tertentu dengan membuat hujahan berdasarkan perspektif masing-masing.
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 125
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Sekiranya keadaan seperti ini berlaku pembelajaran tentunya lebih aktif jika dibandingkan dengan
pembelajaran yang lebih banyak pergantungan kepada maklumat yang diberikan oleh guru.

GAMBAR 3
Menunjukkan tugasan dan bahan bacaan dalam laman web

(Sumber: Siti Aishah Hassan. 2014. History is Fun, Kolej PERMATApintar Negara, UKM di akses dari
http://eisyah.wix.com/belajarsejarah)

Guru juga dapat memuat naik video, tugasan pelajar dalam laman web ini bagi membolehkan
pelajar berkongsi idea dan melihat hasil karya serta memanfaatkan tugasan yang diberikan. Pelajar juga
dibenarkan untuk melihat hasil kerja rakan mereka seterusnya memberi respon dan berbincang tentang
hasil kerja berkenaan, secara tidak langsung ianya meningkatkan kefahaman mereka dalam topik yang
mereka bincangkan. Melalui pemerhatian ketika menggunakann dalam web dalam kaedah
pembelajaran didapati memudahkan guru memberi arahan perbincangan secara berkumpulan.
Penyataan ini dibuktikan melalui temubual antara guru dan pelajar:“Kami juga dapat melihat hasil
kerja rakan-rakan lain dan pada masa yang sama dapat memberi komen serta penilaian tentang hasil
kerja mereka, jadi secara tidak langsung pelajar akan membuat sesuatu tugasan segara bersungguh-
sungguh bagi mendapatkan penilaian yang baik.

3. Sebagai medium komunikasi

Pengajaran berasaskan Laman web juga boleh ditambah dengan penyediaan kemudahan komunikasi
secara sinkroni, misalnya melalui sesi perbualan dan juga asinkroni seperti menghantar email.
Kemudahan seperti ini dapat menyediakan peluang kepada pengguna berkomunikasi dan bekerjasama
merentasi jarak yang jauh, terutama ketika cuti sekolah. Komunikasi sinkroni (perbualan)
membolehkan interaksi berlaku pada masa sebenar antara pelajar, seperti dalam diskusi bilik darjah,
bezanya pelajar dalam suasana Internet menggunakan papan kekunci untuk menaip mesej. Manakala
komunikasi asinkroni (email) membolehkan interaksi berlaku pada masa dan lokasi berlainan antara
dua atau lebih pengguna. Pengguna boleh berkomunikasi pada bila-bila masa sahaja. Kedua-dua jenis
komunikasi ini mengembangkan akses maklumat pengguna, sumber, bekerjasama, dan meningkatkan
sikap pelajar terhadap kerjasama dan pencapaian. Kedah ini membuktikan bahawa pengajaran dan
pembelajaran adalah secara berterusan. Penyataan ini dibuktikan melalui temubual antara guru dan
pelajar: “ Perbincangan forum dalam laman web membolehkan pelajar melontarkan idea-idea tanpa
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).
(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 126
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

gangguan rakan-rakan lain serta dapat memahami dengan jelas soalan-soalan atau jawapan yang
dikemukakan oleh rakan-rakan melalui pembacaan”.

4. Mendapatkan lebih banyak bahan bacaan selain buku teks.

Berbeza dengan buku, laman web dilihat lebih mudah di tambah dengan maklumat-maklumat terbaru
atau membuangkan maklumat-maklumat lama yang kurang sesuai. Perubahan tersebut boleh dilakukan
dalam masa yang singkat. Sebaliknya buku teks akan digunakan sehingga beberapa tahun dengan
kandungan yang sama, walaupun keadaan serta situasi penggunaan sentiasa berubah. Penggunaan
laman web dianggap memberi nilai tambah dalam sesatu subjek. Hal ini juga dilihat pembelajaran
sejarah sebenar dapat berlaku di mana pelajar boleh merujuk pelagai sumber sama ada sumber primer
mahupun sekunder untuk dijadikan bahan rujukan. Fleksibiliti pelajar dalam mengakses dan mencari
maklumat adalah tidak terhad, justeru, menggalakkan pelajar tidak “bias” dalam satu-satu topik. Pelajar
bebas mengemukakan idea dan menyampaikan apa yang mereka tahu dan faham. Di samping itu
kandungan laman web juga boleh disimpan sebagai arkib untuk rujukan jika diperlukan.

RUMUSAN

Pembelajaran menggunakan laman web merupakan satu anjakan paradigma baru kepada guru-guru
dalam subjek sejarah. Pada masa kini, pembelajaran berpusatkan pelajar dilihat lebih menarik dan
mampu memberi nafas baru dalam subjek sejarah. Kemudahan internet dan lambakan teknologi boleh
melahirkan guru-guru yang lebih kreatif terutama di abad ke 21 ini. penggunaan Laman web adalah
salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat sesuai pada masa ini, berbanding dengan
pendekatan konvensional yang lazim. Dalam kajian ini jelas menunjukkan bahawa penggunakan laman
web dalam pengajaran sejarah ini bukan sahaja memudahkan tetapi secara tidak langsung meningkatkan
inkuirisiti pelajar dalam pembelajaran seejarah kerana pelajar diberi peluang untuk meneroka dan
memberi pendapat dalam berdasarkan pemahaman mereka. Selain itu, kaedah ini adalah berbentuk
berpusatkan pelajar di mana pelajar perlu baca bahan bacaan yang disediakan serta mengemukakan idea
dan guru hanya terlibat sebagai fasilitator dalam kelas. Penggunaan laman web dalam subjek sejarah
juga menunjukkan proses pemebelajaran berjalan secara berterusan. Kaedah ini juga membuktikan
pembelajaran dan pengajaran adalah fleksibel dalam mendapatkan dan mengakses maklumat. Justeru,
kaedah ini boleh memupuk minat pelajar terhadap subjek sejarah sebagai satu subjek yang menarik
bukan lagi membosankan. Justeru, penilaian pelajar dapat dijalankan dengan lebih mudah dan berkesan
ke atas seseorang pelajar itu.

Rujukan

Anderson, T.D. & Joerg, W.B. 1996 . WWW to support classroom teaching. Canadian Journal of
Educational Communication, 25(1), m.s. 19-35.

Chang, Chi-Cheng. 2001. A study on the evaluation and effectiveness analysis of webbased learning
portfolio (WBLP). British Journal of Educational Technology; 32(4): 435-459.

Khan, B.H. 1999. Web Based Instruction. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications.
Mohd Arif Ismail & Mohd Jasmy Abd Rahman. 2000. Pembinaan laman web untuk pengajaran fokus
terhadap kursus GE2123 : Teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Prosiding Seminar Pendidikan
Kebangsaan 2000. Hotel Equatorial Bangi. 14 – 15 November 2000.

Law. N., Y. Lee & A. Chow. 2002. Practice characteristics that lead to 21st century learning outcomes.
Journal of Computer Assisted Learning. 18: 415-426 Blackwell Science Ltd

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).


(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 127
E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017

Rodriguez, S., Dodge, B., N. & Menchaca, M. 2003. WebQuest Design and Application Strategies. In
C. Crawford et al. (Eds.), Proceeding of Society for Information Technology and Teacher Education
International Conference 2002, hlm. 2478-2481.

Norazah Mohd. Nordin & Ngau Chai Hong Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT (Development and Evaluation of
Webquest for Informationand Communication Technology Subject): Jurnal Pendidikan Malaysia
34(1)(2009): 111 – 129

Bolick, C. M. (2006). Digital archives: Democratizing the doing of history. International Journal of
Social Education, 21(1), 122-134.

Sajap Maswan, Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Laman Web di Sekolah Jabatan
teknologi Pendidikan Institut Perguruan Tuanku Bainun

Baharuddin, Rio Sumarni, dan Manimegalai Subramaniam. 2002. Reka Bentuk Perisian Multimedia.
Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Jonassen, H. D. (1999) Constructivist learning enviro·nment on the Web: Engaging students in


meaningful learning. Paper presented at Education Technology Conference and Exhibition, 9-11 "
February, SUNTEC City, Singapore.

http://www.utusan.com.my/rencana/harapan-sistem-pendidikan-malaysia-
1.140638#sthash.isxaLEY3.dpuf more at:

E-PROCEEDING OF THE 6TH GLOBAL SUMMIT ON EDUCATION 2017 (GSE 2017).


(e-ISBN 978-967-0792-22-4). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by
https://worldconferences.net Page 128

Anda mungkin juga menyukai