Anda di halaman 1dari 1

19-2-2021 * JUMAAT 10-11 AM*

MORAL TING 1 UNIT 3

UNIT 3 HIDUP Dalam unit ini, dipelajari tentang:


BERMORAL • kepentingan mempelajari moral.
• cara hidup bermoral dan tidak bermoral.
PEMANGKIN • manfaat mempelajari moral dalam kehidupan.
KESEJAHTERAAN • cara mempraktikkan perlakuan bermoral dalam kehidupan seharian.
• Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup.
• Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.
• Kerjasama  Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan
semua.
 Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara
bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat
atau negara untuk mencapai kesejahteraan sesuatu
matlamat.
• Hemah tinggi Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian
• Harga diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan
menjaga maruah diri dalam kehidupan
Berterima Kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan
dan penghargaan.
Kepentingan Mempelajari Moral
Menjadi Insan Berakhlak Mulia
Sebagai insan yang berakhlak mulia, saya sentiasa berfikir dan bertingkah laku selaras nilai-nilai murni yang
sepatutnya. Misalnya, saya sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga dengan mentaati ibu bapa saya dan
belajar sehingga berjaya. Saya juga mengamalkan perlakuan yang sopan pada setiap masa.
Mengamalkan Integriti
Sebagai seorang yang berintegriti, saya perlu berpegang teguh kepada agama, nilai dan peraturan ketika
bertindak dan bertingkah laku dalam pelbagai situasi. Misalnya, saya menjalankan tanggungjawab saya
dengan amanah.
Mempunyai Nilai Sejagat
Sebagai seorang yang mengamalkan nilai sejagat, saya sentiasa bersedia menghayati dan mengamalkan nilai-
nilai murni yang diterima oleh semua. Misalnya, saya sentiasa menghormati sesama manusia dan
menyayangi haiwan.
Membentuk Perpaduan
Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, budaya dan agama, saya perlu
berganding bahu untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu. Misalnya, saya sentiasa
menghormati individu lain walaupun
berbeza amalan dan pegangan daripada saya.
Mengamalkan Kesejahteraan Sejagat
Sebagai seorang yang mementingkan kesejahteraan, saya perlu peka dan
prihatin serta memainkan peranan dalam usaha mengatasi isu-isu sejagat demi
kesejahteraan kehidupan bersama. Misalnya, saya berusaha menjaga alam
sekitar dan menghindari pertelingkahan demi keamanan dan keharmonian hidup.
Cara Hidup Bermoral
BERADAB * BIJAK MENANGANI STRES * SUKA MEMBANTU * MENEPATI MASA *
BERSIKAP JUJUR * BERADAB * BERINTEGRITI *
Cara Hidup Tidak Bermoral
MENCURI * MEMBULI * GANGSTERISME * MENIPU
MELEPAK * MEMBAZIR

Anda mungkin juga menyukai