Anda di halaman 1dari 5

AS-SYIFA' : JENIS PENYAKIT : BATU KARANG (As-Syifa' Iq Insan

Melaka)

MERAWAT BATU KARANG


Setiap penyakit ada ubatnya. Berpandukan ilmu yang diturunkan oleh Tok Guru dan sedikit
pengalaman merawat beberapa pesakit yang mengidap batu karang maka dicatatkan disini
kaedah merawat batu karang ikhtiar As-Syifa Iq Insan Melaka. Sesungguhnya masih banyak
usaha dan ikhtiar sama ada bersamaan atau berbeza kaedah dan cara rawatannya maka,
kesemuanya adalah usaha dan pengharapan setiap yang berhajat untuk sembuh dari
penderitaan penyakit yang dilalui.
DOA YANG DIBACA : dikenali sebagai Asas 10
1. Al-Fatihah
2. Disiplin 2 Asas 10
3. Disiplin 3 Asas 10
4. Selawat Syifa
5. Selawat Tafrijiyyah
6. Selawat Syifa
7. Ayatul-Kursi : Al-Baqarah : 225-226
8. Al-Hasyr : 21-24
9. Al-Mukminuun : 115-118
10. Doa Menghidar Syaitan
11. Doa pilihan untuk sembuhkan batu karang
12. Al-Baqarah : Ayat 60

Al-Baqarah : 60 : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami
berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua
belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya
masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah
kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

BAHAN-BAHAN RAWATAN
1. Air
2. Lobak Putih : 3 biji
3. Gula Batu
KAEDAH RAWATAN
Dibacakan Asas 10 dan surah serta doa yang tertentu pada semua bahan di atas. Lobak putih
akan dibuat jus serta dicampurkan gula batu. Cara menyediakan dengan membersih lobak dan
memotong halus dan dimasukkan dalam blender bersama gula batu dikisar sehingga lumat.
Campuran perlu ditapis dan dimasukkan dalam 3 botol untuk tiga biji lobak yang dikisar itu
dan diletakkan dalam peti ais. Perlu diminum oleh pesakit selama 3 hari berturut-turut setiap
pagi. Maknanya sebiji setiap hari sehingga habis.
Manusia wajib berusaha dan berikhtiar untuk kesembuhan penyakit yang dialami namun
kesembuhan milik Allah jua. InsyaAllah akan menolong kepada sesiapa yang berhajat walau
ilmu yang ada hanya sedikit tapi tak salah untuk kita sama-sama berikhtiar dan berniat untuk
tujuan kebaikan dan yang penting keikhlasan semua perbuatan yang kita lakukan.
Sejak akhir-akhir ini,kita bayak mendengar ramai yang terkena penyakit batu karang, samada
hempedu atau buah pinggang.Ada yang mengambil jalan singkat terus buat pembedahan
sahaja.Malangnya,ada yang berbulan-bulan tidak dapat buat pembedahan,sebab barisan
menunggu panjang sangat.

Tiba-tiba mak saya membuka buku resepi lama,resepi memecahkan batu karang.Tidak kira
dalam hempedu atau buah pinggang,lalu beliau beritahu nak kongsi bersama.Bagi yang dah
tahu anggaplah ini ulangtayang cerita P.Ramlee,tidak jemu,kan
Resepinya begini..
2 inci lempoyang
3 gelas air
Lempoyang dipotong dan diketuk.Rebus sehingga air tinggal cawan.Seeloknya rebuslah
dalam periuk tanah atau kaca,untuk mengelakkan tindakbalas kimia yang
keterlaluan,sekiranya kita menggunakan periuk aluminium.Minumlah setiap hari,sehinnga
batu karang pecah.Lempoyang juga bagus untuk orang berdarah tinggi dan sakit jantung.
ENCIK perlu minum banyak air, elak mengambil makanan yang mengandungi sumber
protein berlebihan, demikian kata jururawat muda kepada Azman sebelum dia meninggalkan
.kaunter farmasi hospital swasta di ibu kota
Dalam keadaan lemah Azman hanya mengangguk perlahan. Dia baru sahaja dibenarkan
pulang setelah ditahan hampir seminggu kerana menjalani pembedahan membuang batu
.karang bersaiz enam milimeter pada bahagian kiri buah pinggangnya
Secara peribadi Azman sendiri sudah dapat mengagak kesakitan yang ditanggung sejak dua
minggu lalu termasuk kesukaran membuang air kecil, diikuti sakit pada bahagian pinggang,
kemungkinan dia diserang penyakit batu karang _ sama seperti penyakit yang dialami ibunya
.kira-kira dua tahun lalu
Bimbang perkara sama berulang, Azman mengambil keputusan berjumpa doktor lebih awal
kerana setahunya keturunan turut menjadi faktor kepada penyakit itu. Setelah melakukan
ujian darah, air kencing dan ujian sinaran X, tepat seperti diramal, doktor mengesahkan
.terdapat ketulan batu di sebelah kiri buah pinggangnya
Menurut Pakar Urologi, Hospital Pusrawi Sdn. Bhd., Jalan Tun Razak, Dr. Abdul Rashid
.Abdul Subahan, penyakit batu karang turut disebabkan faktor keturunan
Oleh kerana itu adalah tidak mustahil penyakit yang sama dialami ibu Azman sebelum itu,
.kemungkinan diwarisi Azman
Gaya hidup keluarga yang suka kepada pengambilan makanan yang terlalu banyak
mengandungi asid urik seperti ikan sardin, ikan bilis, limpa, hati dan kerang tidak dinafikan
.menjadikan peratusan kemungkinan Azman menghidapi penyakit batu karang adalah tinggi
Membincangkan mengenai bagaimana penyakit batu karang terjadi, Dr. Abdul Rahsid
berkata, ia berlaku apabila wujud serpihan kristal kecil yang membentuk ketulan di dalam
.saluran pundi kencing atau buah pinggang
Serpihan kristal kecil itu tidak diketahui puncanya, bagaimanapun pengambilan makanan
yang mengandungi banyak asid urik dan oxalate merupakan penyebab utama kandungan asid
.urik bertambah
Penambahan kandungan asid urik di dalam badan menyebabkan hablur kecil yang
.dinamakan kristal lama-kelamaan membentuk batu karang

Pesakit batu karang akan mengadu sakit, kencing berdarah dan kerap mengalami jangkitan
kuman di sistem aliran kencing. Tempat di mana kesakitan berlaku bergantung kepada tempat
.batu itu berada, ujarnya ketika ditemui baru-baru ini
Menerangkan lebih lanjut mengenainya, beliau berkata, pembentukan batu karang mengambil
masa lama dan kebanyakan pesakit tidak sedar kewujudannya, sehinggalah beberapa gejala
.yang menyebabkan kesakitan pada sisi perut iaitu kiri dan kanan pinggang
Bagi kes serius, kata Dr. Abdul Rashid, pesakit akan mengalami kesakitan pada saluran
.kencing kerana batu karang akan menyekat pengaliran air kencing
Keadaan ini menyebabkan penghidap tidak boleh membuang air kecil. Apabila ini berlaku,
.wujud jangkitan kuman yang menyebabkan demam panas
Seseorang mungkin mengalami demam sementara, tetapi bagi sesetengah kes pula, air
.kencing penghidap mungkin mengandungi darah atau nanah
Beliau berkata, penyakit batu karang boleh menyerang setiap orang dan melibatkan kedua.dua jantina
Namun, ia lebih kerap berlaku dalam kategori umur pertengahan dan ia lebih kerap berlaku di
.kalangan lelaki
Ia dipanggil batu kerana yang terbentuk dalam badan adalah sejenis zat yang keras seperti
batu jalan dan pada asasnya mengandungi unsur kalsium. Ia diberi nama karang kerana
menyerupai karang laut iaitu boleh tumbuh dan membesar, mempunyai pelbagai warna dan
.bentuk serta mempunyai ciri kekerasan yang berbeza, ujarnya
.Penyakit ini boleh terjadi pada organ tertentu seperti buah pinggang dan pundi kencing
Pada umumnya, sebutan batu karang merujuk kepada batu yang terjadi di dalam saluran air
kencing, bermula dari buah pinggang, salur ureter, pundi kencing, kelenjar prostat hingga ke
.salur urethra
Terang beliau lagi, batu karang bukan penyakit baru dan memang biasa dialami masyarakat di
negara ini. Bagaimanapun, masih ramai yang tidak mengetahui punca sebenar penyakit ini
.terjadi
Kata Dr. Rashid, jumlah penghidap penyakit itu semakin bertambah berikutan perubahan
.taraf dan gaya hidup masyarakat di negara ini
Pada masa sama juga perkhidmatan kesihatan berteknologi tinggi juga menjadikan rawatan
.untuk penyakit ini lebih mudah dan selamat
Menerangkan kategori utama batu karang, beliau berkata, terdapat tiga jenis utama iaitu jenis
.kecil, sederhana dan besar

Batu karang kecil bersaiz kurang daripada lima milimeter, manakala sederhana antara enam
milimeter hingga satu sentimeter dan batu karang besar boleh mencecah antara satu hingga
.dua sentimeter sehingga tiga hingga empat sentimeter atau lebih besar
Mengenai rawatan, kata beliau, bagi batu karang kecil rawatan yang biasa digunakan adalah
menggunakan ubat yang memecahkan kristal dan kemudian dikeluarkan daripada badan
.melalui air kencing
Rawatan batu karang ditentukan mengikut saiznya, kesihatan pesakit, kedudukan dan jumlah
.batu karang itu sendiri sama ada di dalam saluran kencing atau buah pinggang
Sebelum menjalani rawatan, pesakit perlu menjalani ujian sinaran X, sama ada ultra sound
atau contras media bagi menentukan kedudukan batu karang pada buah pinggang atau salur
.kencing
X-ray contras media yang dikenali sebagai Intra Venous Urogram (IVU) digunakan bagi
mengenal pasti kedudukan batu karang sama ada penyebab sumbatan atau halangan di dalam
.sistem air kencing dan buah pinggang
Adalah lebih baik pesakit mendapatkan rawatan awal jika mengalami sakit pada buah
pinggang. Jika batu masih kecil, memadai makan ubat untuk menghancurkannya dan dibuang
.secara semula jadi melalui air kencing, ujarnya lagi
Jika batu karang tersangkut dan ukurannya lebih besar lebih satu sentimeter, kaedah
.menembak dilakukan untuk mengecilkan batu tersebut
Rawatan yang diguna untuk menghancur atau membuang batu karang adalah melalui kaedah
tembak batu atau lithotripsy. Kaedah itu menggunakan tenaga dari luar atau dikenali sebagai
Extra Corporeal Shockwave Lithoripsy (ESWL). Ia berfungsi untuk memecah batu karang
yang berukuran kurang dua sentimeter. Sejenis mesin khas digunakan dalam proses
.penembakan dari luar badan
Batu karang juga katanya, boleh dibuang menggunakan endoscopic lithotripsy. Kebiasaannya
endoskop dimasukkan ke dalam saluran kencing untuk dijadikan panduan memasukkan satu
.lagi alat bagi memecahkan batu dari dalam badan
.Selepas batu dipecahkan, cebisannya disedut keluar melalui endoskop
.Bagi kes batu karang besar, pesakit dinasihatkan menjalani pembedahan
Menurutnya, bagi pesakit yang sudah menjalani rawatan membuang batu karang perlu
mendapatkan rawatan susulan kerana dikhuatiri masih ada serpihan batu karang yang
.tertinggal

Anda mungkin juga menyukai