Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

Penghargaan ii
Bab 1 : Kepentingan Permuafakatan Komuniti 1
1.0.Pengenalan 1
1.1. Definisi Permuafakatan dan Komuniti 1
1.2. Kepentingan Permuafakatan Komuniti Terutamanya Institusi Keluarga
Dalam Pendidikan Abad Ke-21 2-3
Bab 2 : Cabaran dan Isu-Isu Pendidikan Masa Kini 4
2.0. Pengenalan 4
2.1. Isu-isu Pendidikan Masa Kini 4
2.2. Cabaran Pendidikan Masa Kini 5
Bab 3 : Peranan Institusi Keluarga 6
3.0. Pengenalan 6
3.1. Definisi Keluarga 6
3.2. Peranan Keluarga dalam Membentuk Pelajar yang Bermoral 6-7
4.0. Penutup 7
Rujukan 8

Penghargaan

Alhamdulillah, pertama-tamanya saya ingin bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana diberi


ii
kesempatan untuk menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam, GPI 1083 , Sem 2

dalam kursus PPISMP ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi- tinggi

penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk menghasilkan

kerja kursus ini. Khasnya kepada En. Fouzai Bin Yusof selaku tenaga pengajar atau

pensyarah yang tidak putus-putus memberi ilmu dan bimbingan kepada warga kelas

V11 dalam menjayakan kerja kursus ini.

Seterusnya, kepada ayah saya, Ismail Mohd Noh dan ibu saya, Ummi Kalsom

Awang yang sentiasa memberi sokongan serta tunjuk ajar agar tidak putus asa dalam

menghasilkan kerja kursus ini.Tidak lupa juga rakan-rakan sekelas V11 yang telah

banyak membantu, memberi kerjasama dan komitmen yang memberansangkan dalam

menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa mereka, sudah tentu saya tidak dapat

menghasilkan kerja kursus ini dengan sempurna.

ii
BAB SATU
KEPENTINGAN PERMUAFAKATAN KOMUNITI

1.0. Pengenalan
Nilai permuafakatan dan perpaduan menatijahkan solidariti ummah. Kekuatan ummah

amat penting sebagai maslahat untuk membentuk sebuah negara bangsa yang utuh,

dinamik lagi makmur. Rasulullah bersabda:

ْ‫ْن أَ ِبي بُرْ َد َة َعن‬ ِ ‫َح َّد َث َنا َخاَّل ُد بْنُ َيحْ َيى َقا َل َح َّد َث َنا ُس ْف َيانُ َعنْ أَ ِبي بُرْ دَ َة ب‬
ِ ‫ْن َع ْب ِد هَّللا ِ ب‬

ِ ‫صلَّى هَّللا ُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َقا َل إِنَّ ْالم ُْؤم َِن ل ِْلم ُْؤم‬
ِ ‫ِن َك ْال ُب ْن َي‬
‫ان‬ َ ‫َج ِّد ِه َعنْ أَ ِبي م‬
َ ِّ‫ُوسى َعنْ ال َّن ِبي‬

َ َ‫َّك أ‬
‫ص ِاب َعه‬ َ ‫ض ُه َبعْ ضًا َو َشب‬ ُ ‫َي‬
ُ ْ‫ش ُّد َبع‬
Maksudnya:
Telah menceritakan kepada kami [Khallad bin Yahya] berkata, telah menceritakan

kepada kami [Sufyan] dari [Abu Burdah bin 'Abdullah bin Abu Burdah] dari [Kakeknya]

dari [Abu Musa] dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:

"Sesungguhnya seorang mukmin dengan mukmin lainnya seperti satu bangunan yang

saling menguatkan satu sama lain." kemudian beliau menganyam jari jemarinya."

(Shahih Bukhari, 459)

Permuafakatan dalam komuniti juga akan mewujudkan sebuah negara yang

teguh perpaduan dalam kalangan rakyatnya. Masyarakat beriltizam untuk

mencurahkan bakti dan taat setia kepada negara melalui agenda permuafakatan

sejajar dengan peribahasa ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana

muafakat’.

1.1. Definisi Permuafakatan dan Komuniti


Friend and Cook (1990), mendefinisikan permuafakatan sebagai interaksi sekurang-

kurangnya dua kumpulan, secara sukarela dan membuat keputusan untuk mencapai

matlamat bersama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), muafakat

1
bekmaksud perundingan, pembicaraan dan permesyuaratan.

Komuniti pula merujuk kepada keluarga, kejiranan, sektor kerajaan, institusi

pendidikan, syarikat perniagaan serta institusi kebudayaan dan

rekreasi.Permuafakatan komuniti adalah elemen yang amat penting. Ianya hanya

boleh dicapai sekiranya wujud hubungan yang erat dan kerjasama antara beberapa

pihak. Komuniti yang mengamalkan permuafakatan sedikit sebanyak dapat memberi

impak positif, iaitu dapat menyelesaikan masalah dengan harmoni serta dapat

merapatkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

1.2. Kepentingan Permuafakatan Komuniti Terutamanya Institusi Keluarga Dalam

Pendidikan abad ke 21
Pelbagai pihak berperanan penting untuk mewujudkan permuafakatan komuniti dalam

kalangan masyarakat terutamanya institusi keluarga. Pendidikan abad ke 21 yang

menekankan pembelajaran berpusatkan murid serta kemahiran-kemahiran tertentu

seperti kemahiran maklumat dan media, kemahiran inovasi serta kemahiran hidup dan

kerjaya memerlukan sokongan dan dorongan daripada institusi keluarga terutamanya

ibu bapa.

Cara hidup kanak-kanak di rumah dan persekitaran tempat tinggal merupakan

pengaruh sosial yang menentukan pencapaian persekolahan mereka. Kanak-kanak

yang diasuh dengan cara yang baik dan mendapat perhatian serta dorongan ibu bapa

akan mencapai prestasi persekolahan yang lebih tinggi dan dapat menguasai elemen-

elemen pembelajaran abad ke 21 dengan mudah. Ibu bapa dan keluarga mampu

memberi aspirasi dan harapan kepada anak-anak serta membantu kebolehan anak-

anak mereka.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil tahu tentang pelajaran anak-anak

mereka dengan bermuafakat serta bekerjasama dengan guru-guru melalui Persatuan

2
Ibu Bapa Dan Guru ( PIBG). Al-Quran juga mementingkan permuafakatan dan tidak

berpecah belah :

Maksudnya:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu

bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa

Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah

kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di

tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah

menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.


(Ali Imran ayat 103)

3
BAB DUA
CABARAN DAN ISU-ISU PENDIDIKAN MASA KINI

2.0. Pengenalan
Dalam era globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia politik, sosial,

ekonomi dan pendidikan, terdapat juga beberapa isu yang kini hangat diperkatakan

berkenaan dengan pendidikan masa kini.

2.1. Isu-isu pendidikan masa kini


Antara isu yang pernah diketengahkan adalah isu pelaksanaan semula Pengajaran

dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) oleh YAB Tun

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan

Malaysia. Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) melihat bahawa pembelajaran

dan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda adalah lebih berkesan

berbanding penggunaan Bahasa Inggeris. Kegagalan PPSMI dahulu telah terbukti

dalam ujian TIMSS dan PISA di mana prestasi murid menjunam hampir 100 mata ke

bawah dengan wujudnya PPSMI. PPSMI telah dimansuhkan pada tahun 2012 dan

peningkatan prestasi murid boleh dilihat pada tahun 2015.

Selain itu, terdapat juga isu guru yang mengajar subjek di luar opsyen atau luar

bidang. Pengambilan guru interim (guru sementara) oleh Jabatan Pendidikan Negara

(JPN) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak sepenuhnya mengikut

opsyen pengkhususan graduan pendidikan,sebaliknya mengikut kekosongan guru

yang ada. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku dan seterusnya akan menyebabkan

kualiti pendidikan yang diterima tidak berjaya memenuhi kehendak yang sepatutnya.

4
2.2 Cabaran Pendidikan Masa Kini
Menurut Mohamad Muda (1991), sistem pendidikan negara kita memerlukan usaha-

usaha yang strategik serta boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan

amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-

cabaran abad ke-21. Mulai tahun 2000, Pembangunan Pendidikan abad ke-21

mengambil kira Dasar Wawasan Negara yang bertujuan membina bangsa yang

berdaya tahan, menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama, membangunkan

ekonomi berasaskan pengetahuan dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang

mapan.

Selain itu, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam

perkembangan dunia global terutamanya dari segi penggunaan teknologi

telekomunikasi dan pengkomputeran. Sebagai contoh, perisian baru iaitu Pengurusan

Maklumat Sekolah (School Management Information System) membantu

mempermudahkan pengurusan sekolah, tingkatkan kecekapan pengurusan,

mengurangkan beban pengurus dan banyak lagi. Proses globalisasi yang melanda

dunia telah membawa perubahan yang mendadak terhadap norma kehidupan

manusia.

5
BAB TIGA
PERANAN INSTITUSI KELUARGA

3.0. Pengenalan
Keluarga berperanan penting untuk membentuk sahsiah dan keperibadian seseorang.

Kehidupan pada tahap kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh keluarga iaitu sokongan

dan kebergantungan suasana psikologi. Ego berkembang perlahan dan dipengaruhi

oleh ibu bapa.Hal ini merupakan satu cabaran untuk keluarga dalam membentuk

pelajar yang bermoral dan mempunyai nilai yang baik.

3.1. Definisi Keluarga


Menurut Murdork(1965), keluarga merupakan kelompok sosial yang mempunyai

karakteristik tinggal bersama, terdapat kerjasama ekonomi dan terjadi proses

reproduksi. Oleh itu, keluarga merupakan unit sosial penting dan berperanan dalam

membentuk pelajar yang bermoral dan mempunyai nilai yang baik kearah

pembentukan masyarakat yang sejahtera.

3.2. Peranan keluarga dalam membentuk pelajar yang bermoral


Ibu bapa tidak hanya berperanan menyediakan kepada anak keperluan-keperluan

material semata-mata, keperluan rohani iaitu pendidikan agama dan moral juga perlu

diambil cakna bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

‫ َفأ َ َب َواهُ ُي َهوِّ دَا ِن ِه أَ ْو‬،ِ‫ُي َنص َِّرا ِن ِه أَ ْو ُي َمجِّ َسا ِن ِه ُك ُّل َم ْولُو ٍد يُو َل ُد َع َلى ْالف ِْط َرة‬
Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itudalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua

ibu bapanyalah yang mencorakkannya yahudi, nasrani atau majusi.


( Riwayat Thabarani: 830)

Antara peranan ibu bapa adalah memberi pendidikan agama yang secukupnya

kepada anak-anak. Ibu bapa harus mempunyai pendekatan yang mendalam tentang

6
agama dan mengaplikasikan sewaktu bersama anak-anak agar mereka dapat menilai

sesuatu perkara sama ada baik atau buruk berasaskan hukum agama dan hukum

moral masyarakat. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak ke program

atau majlis-majlis kerohanian untuk membiasakan diri mereka dengan sifat-sifat

kerohanian dan moral. Anak-anak akan belajar melalui proses peniruan perilaku.

Selain itu, komunikasi yang baik diantara ahli keluarga juga dapat mewujudkan

nilai yang baik dalam kalangan mereka. Komunikasi yang baik dapat membantu

mengurangkan hal-hal negatif yang sering terjadi kepada golongan kanak-kanak dan

remaja seperti kemurungan, kurang kasih sayang dan perhatian, penderhakaan serta

penglibatan dalam jenayah. Perhatian dan kasih sayang yang secukupnya perlu

diberikan kepada ahli keluarga serta saling menghormati pandangan masing-masing

agar komunikasi yang baik akan berlaku sepanjang masa.

4.0. Penutup
Berdasarkan hujah-hujah yang telah dikemukakan,jelaslah bahawa masyarakat yang

bermuafakat dapat memberi impak positif dalam kehidupan, mewujudkan bangsa yang

utuh serta membina kekuatan ummah. Keluarga juga berperanan penting dalam

membentuk pelajar yang bermoral dan mempunyai nilai yang baik ke arah masyarakat

yang sejahtera dengan memberi pendidikan agama yang mencukupi serta komunikasi

yang baik antara ahli keluarga.Oleh itu, wujudlah negara yang harmoni, bangsa yang

utuh, dinamik lagi makmur.

7
Rujukan

Som, H. M., & Daud, M. A. K. M. (2008). Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di


Malaysia [Globalization Educational Challenges in Malaysia]. Masalah
Pendidikan, 31(1), 91-101.

Mohammad Muda (1991) . Malaysia’s Foreign Policy and the Commonwealth. In The
Round Table 320: 455-466, October.

Murdock, G.P. (1965). Social Structure. Tenth printing. New York : The McMillan
Company.

Kamus Dewan Edisi Keempat( 2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Friend, M dan Cook, L (1990) . Collaboration as a Predictor for Success in School


Reform. Journal of Education and Psycologikal Consultant, 1(1) : 69-86.

Azizie Hasan (tt) . Isu Pelaksanaan Sains Dan Matematik . daripada https://www.
i-gurumuslim.com/2020/02/03/kenyataan-media-isu-pelaksanaan-sains-dan-mate
matik-di-dalam -bahasa-inggeris-31-januari-2020/

Izyana Abdullah (2016) . Isu dan Cabaran Semasa Dalam Pendidikan . http://ya
hanana-edu3093.blogspot.com/2015/03/bab-1-isu-dan-cabaran-semasa-dalam.ht
ml

Anda mungkin juga menyukai