Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

PROJEK
PARENTHON
SKRCB 2016
BERMULA PADA:
30 JUN 2016 -30 JULAI 2016
ANJURAN:

PIBG SKRCB
DISEDIAKAN OLEH:
AZIZUL BIN JAMIN
SETIAUSAHA PIBG SKRCB
1. RASIONAL

SK Ramuan Cina Besar merupakan sebuah sekolah harian luar bandar yang besar dengan
kapasiti murid seramai 213 orang sudah tentu memerlukan biaya besar untuk mengupayakannya
menjadi salah sebuah sekolah cemerlang di negeri Melaka menjelang 2016. Sekolah ini harus
bersedia dari pelbagai segi untuk melonjakkan dirinya dalam arus transformasi pendidikan
berkualiti. Aspek kemudahan dan prasarana pengajaran pembelajaran, aspek keilmuan, inovasi,
kebajikan dan keselamatan adalah menjadi fokus utama kami. Segala persediaan yang dirancang
ke arah melahirkan modal insan berkualiti di sekolah ini amat memerlukan sokongan moral dan
sumbangan dana secukupnya . Justeru diilhamkan projek Parenthon ini untuk mengumpul dana
kewangan bagi menjayakan transformasi pendidikan di sekolah ini. Projek ini akan melibatkan
penyertaan semua murid, guru-guru, ibubapa, staf sokongan, masyarakat setempat, pemimpin
politik, orang perseorangan, dermawan, peniaga, agensi swasta, NGO dan agensi kerajaan secara
sukarela.

2. MATLAMAT

Matlamat Projek Parenthon ini untuk mengumpulkan dana kewangan dari pelbagai pihak secara
muafakat dan ikhlas ke arah menjayakan proses transformasi sekolah.

3. OBJEKTIF KHUSUS

3.1 Membaik pulih surau SKRCB


3.2 Membeli buku-buku khusus untuk murid menghadapi peperiksaan dan penilaian
berasaskan sekolah.
3.3 Menaiktaraf tapak perhimpunan dimana program membaca setiap pagi dijalankan.
3.5 Membiayai program-program kecemerlangan dan inovasi murid.

4. TEMPOH PROJEK – 30 Jun 2016 hingga 30 Julai 2016 (tertakluk kepada pindaan)

5. KUMPULAN SASARAN : 1. Ibubapa


2. Guru-guru
3. Pemimpin politik
4. Masyarakat setempat
5. Orang perseorangan
6. Agensi Kerajaan
7. Agensi swasta / NGO
6. KAEDAH PELAKSANAAN

1. Setiap murid akan diberikan sekeping kad Parenthon dan diminta menyerahkan
kepada ibubapa masing-masing untuk mencari sponsor minimum sebanyak RM50.00
dan maksimum tiada had ditetapkan.
2. Guru-guru diberi kad Parenthon dan diminta mencari sponsor minimum RM100.00
dan maksimum tiada had ditetapkan.
3. Semua AJK diberikan kad Parenthon dan diminta mencari sponsor minimum RM
150.00
4. Semua staf sokongan sekolah diberikan kad Parenthon dan diminta mencari sponsor
minimum RM100.00 dan maksimum tiada had ditetapkan.
5. Kad-kad Parenthon juga akan diedarkan kepada semua sekolah di negeri Melaka
sama ada secara pos (disertakan sampul surat berstem dan beralamat sekolah) atau
oleh jawatankuasa dilantik.
6. Kad-kad Parenthon juga akan di edarkan ke agensi-agensi kerajaan dan swasta di
kawasan setempat melalui jawatankuasa dilantik.
7. Kad-kad juga akan diedarkan kepada semua peniaga di kawasan Masjid Tanah dan
Alor Gajah.
8. Kad-kad juga akan diedarkan kepada pemimpin politik, dermawan, JKKK, individu
berpengaruh dan suka menabur bakti.
9. Derma boleh berbentuk wang tunai, kiriman wang atau cek atas nama Bendahari
PIBG SK Ramuan China Besar.
10. Kehilangan kad akan dikenakan denda bayaran sebanyak RM50.00.

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Membaik pulih Surau SKRCB – RM 20,000.00


7.2 Membeli buku-buku khusus untuk murid menghadapi peperiksaan dan penilaian
berasaskan sekolah.- RM 5,000.00
7.3 Menaiktaraf tapak perhimpunan dimana program membaca setiap pagi dijalankan.
RM 10,000.00
7.4 Membiayai program-program kecemerlangan dan inovasi murid. RM 15,000.00

8. INSENTIF GALAKAN

Hadiah akan disediakan bagi sesiapa yang berjaya mencari sponsor /kutipan yang tinggi
merangkumi individu, kelas atau kumpulan. Hadiah-hadiah insentif akan diperincikan kemudian
berdasar kutipan terkumpul.
9. SASARAN KUTIPAN DANA PARENTHON

Bil Kumpulan Sasaran Pungutan RM Jumlah RM


1. Murid-murid 213 x RM 50.00 RM 10,650.00
2. Guru-guru 29 x RM 100.00 RM 2,900.00
3. Staf sokongan 4 x RM 50.00 RM 200.00
4 AJK PIBG 10 x RM 150.00 RM 1500.00
5. Sekolah-sekolah 500x RM 30.00 RM 15,000.00
6. Agensi Kerajaan 10 x RM 100.00 RM 1,000.00
7. Agensi swasta /NGO 10 x RM 100.00 RM 1,000.00
8 Sumbangan YB DUN A.Limau 1 x RM 1,5000.00 RM 1500.00
9. YB Kawasan 4 x RM 1,000.00 RM 4,000.00
10. Sumbangan Penaung 1 x RM 3,000.00 RM 3,000.00
11. Bekas Murid SKRCB 50 x RM 100.00 RM 5,000.00
12. Peniaga- Peniaga Kecil 30 x RM 30.00 RM 900.00
13. JKKK 2 x RM 100.00 RM 200.00
14. Lain-lain 50 x RM 50.00 RM 2,500.00
JUMLAH RM 49,350.00

10. MAJLIS PELANCARAN PARENTHON

Majlis Pelancaran Bacathon akan dijalankan di sekolah pada 30 JUN 2016 oleh Penaung Projek
Bacathon.

11. PENAUNG

Mesyuarat AJK PIBG mencadangkan YB Timbalan Menteri Pelancongan , Datuk Hajjah Mas
Ermieyati bt. Samsudin merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah sebagai Penaung Projek
Parenthon 2016.

12. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati bt. Samsudin


Timbalan Menteri Pelancongan / Ahli Parlimen Masjid Tanah

Pengerusi
Bersama : Encik Nawawi b. Manaf / YDP PIBG SK Ramuan Cina Besar

: Puan Normah bte. Awal


Guru Besar SK Ramuan Cina Besar

Timb.Pengerusi : Encik Nazdley b. Sharif – Naib YDP PIBG


Naib Pengerusi : Encik Azaman b. Abu Hasan
: Pn. Dalilah bte Harun
: Encik Ahmad Nor Khushairy b. Jamali

Setiausaha : En.Azizul b. Jamin


Timb.S/U :

Bendahari : Ustaz Mohd Hafizan b. Yaacob


Timb.B/hari : Pn. Norziana bte Abu Bakar

BIL SKOP TUGAS NAMA JAWATANKUASA MELAKSANA


1. REKABENTUK
DAN TEMPAHAN 1. ROHAIZAM B. AHMAD MEREKABENTUK KAD
KAD PARENTHON 1. EN. MOHD FAIRUS B. DAN JUGA MEMBUAT
MARJANI TEMPAHAN LEBIH
KURANG 900 KEPING
KAD PARENTHON

2. MENGEDAR DAN 1. PN. NORA BT. INTANG MENGURUS,MENGEPOS


MEMUNGUT 2. PN. SITI ATIKAH BINTI DAN URUSAN TERIMA
SEMULA KAD ISMAIL BALIK KAD
PARENTHON KE 3. PN. NORFADHILAH BT. PARENTHON YANG
SEKOLAH – OTHMAN TELAH DIEDARKAN.
SEKOLAH 4. CIK SOLEHAH BT. HJ.
(500 KEPING) HANAFIAH
5. PN. NORMUNYATI BT.
HASHIM
6. KAMALIA B.
MOHAMED

3. MENGEDAR DAN 1. EN. ASMANIZA B. MENGURUS,MENGEPOS


MEMUNGUT MOHAMED DAN URUSAN TERIMA
SEMULA KAD 2. EN. YUSSAINI B. MD BALIK KAD
PARENTHON KE YUSOFF PARENTHON YANG
AGENSI –AGENSI TELAH DIEDARKAN
KERAJAAN
(10 KEPING)

4. MENGEDAR DAN 1. EN. MUHD HAFIZAN B. MENGURUS,MENGEPOS


MEMUNGUT YAACOB DAN URUSAN TERIMA
SEMULA KAD 2. PN. NOOR HAMIZA BT. BALIK KAD
PARENTHON KE AB. KARIM PARENTHON YANG
AGENSI –AGENSI 3. TELAH DIEDARKAN
SWASTA
(10 KEPING)
5 MENGEDAR DAN 1. PN. NORZIANA BT. MENGURUS,MENGEPOS
MEMUNGUT ISMAIL DAN URUSAN TERIMA
SEMULA KAD 2. PN SITI HAJAR BT. AB BALIK KAD
PARENTHON KE RAHIM PARENTHON YANG
PENIAGA- 3. PN. SITI AFIZAH BT. TELAH DIEDARKAN
PENIAGA KECIL ISHAK
(50 KEPING) 4. PN. ZAHARAH BT.
SARIP
5. PN.
RABIATULADAWIYYA
H BT. MOHAMED

6. KAD PARENTHON 1. SEMUA AJK PIBG MENGURUS,MENGEPOS


UNTUK : (IBUBAPA) DAN URUSAN TERIMA
1.YB KAWASAN BALIK KAD
2. YB DUN PARENTHON YANG
3.PENAUNG TELAH DIEDARKAN
4.BEKAS PELAJAR
6. JKKK
7.LAIN-LAIN
(80 KEPING )

7. KAD PARENTHON 1. G4 MENGURUS,MENGEPOS


UNTUK : DAN URUSAN TERIMA
1.LAIN-LAIN BALIK KAD
PERSEORANGAN PARENTHON YANG
(30 KEPING ) TELAH DIEDARKAN

8. KAD PARENTHON 1. PN. MASLINA BT. MENGURUS,MENGEPOS


UNTUK : MAHTAR DAN URUSAN TERIMA
1.MURID-MURID 2. PN. NORLIAH BT. BALIK KAD
SALEH PARENTHON YANG
TELAH DIEDARKAN

9. KAD PARENTHON 1. PN. SITI NUR MENGURUS,MENGEPOS


UNTUK : SHAHIDAH BT. DAN URUSAN TERIMA
1.GURU-GURU OTHMAN BALIK KAD
PARENTHON YANG
TELAH DIEDARKAN

10. KAD PARENTHON 1. EN.AZIZUL B. JAMIN MENGURUS,MENGEPOS


UNTUK : DAN URUSAN TERIMA
1.AJK PIBG BALIK KAD
(IBUBAPA) PARENTHON YANG
TELAH DIEDARKAN
13. JURU AUDIT AWAM

Jawatankuasa akan melantik Juruaudit Awam Bertauliah bagi menguruskan akaun Parenthon
2016 nanti.

14. PERMIT / KEBENARAN

Kebenaran permit polis akan dipohon terlebih dahulu di IPD Alor Gajah dan tempoh kebenaran
permit selama 1 bulan. Jika perlu permohon tambahan setiap bulan akan dibuat.

15. PENUTUP

Semoga Projek Parenthon ini mendapat sokongan semua pihak dan dapat dilaksanakan seperti
yang dirancangkan. Dana yang terkumpul akan digunakan sepenuhnya untuk membaik pulih
surau sekolah agar murid dapat beribadah dengan lebih selesa.Selain itu juga ,iaya dapat
mengupayakan ilmu pengetahuan murid dan menjayakan program-program kecemerlangan
khususnya terhadap usaha menyuburkan budaya membaca. Setiap pagi, seawal 7.00 pagi murid-
murid telah berkumpul di dataran perhimpunan untuk membaca buku selaras dengan slogan
Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya yang diterapkan oleh kepimpinan sekolah ini. Namun dataran
ini perlu dinaiktaraf demi keselesaan murid membaca ; bahan-bahan bacaan berkualiti mesti
diperbanyakkan seiring keperluan semasa ; kemudahan-kemudahan pembelajaran berkualiti perlu
ditambah demi melahirkan murid cemerlang ; program-program untuk mencanai minda kreatif
dan inovasi mesti dijayakan segera – semua ini dapat direalisasikan melalui dana Parenthon yang
kita sumbangkan bersama-sama secara ikhlas. Hulurkanlah sumbangan anda sekarang dan
marilah kita bersama-sama menjayakan niat murni ini.

Disediakan oleh Disahkan oleh Disahkan oleh

.................................. ................................. ................................


Setiausaha PIBG SKRCB Guru Besar SKRCB YDP PIBG SKRCB
JADUAL KERJA AWAL PROJEK PARENTHON 2016
TARIKH SKOP KERJA / PEGAWAI TUGASANNYA
Mac. 2016 Mengumpul maklumat dan Mencari contoh kertas kerja dan berbincang
membuat kertas kerja . dengan rakan sekolah lain yang pernah
Membentuk JK Pelaksana. melaksana projek mengumpul dana.
Membuat contoh-contoh surat.
(Cikgu Azizul b. Jamin ) Mengambil borang permit di IPD A.Gajah.
Memahami prosedur berkaitannya.
Menyediakan senarai semak tugasan.

3. Mei.2016 Mesyuarat JK Pelaksana Membentangkan kertas kerja/ memurnikan.


Parenthon Menerangkan prosedur yg perlu dipatuhi.
(cikgu Azizul b. Jamin) Membuat agihan tugas awal
Menetapkan tarikh / sasaran/ penaung.
Membentuk JK Kerja Parenthon.
Membincang skim galakan.

9.Mei.2016 Memohon Permit dan Surat kepada Pengarah JPM.(Unit


kebenaran JPM. Perhubungan)
(Setiausaha dan Timb. S/U) Surat kepada IPD A.Gajah untuk mohon
permit dan lampiran 11 perkara iaitu :
1. Borang permohonan lesen
2. Surat rasmi permohonan sekolah
3. Surat kebenaran JPM
4. Sijil Akta Pertubuhan PIBG
5. Satu salinan perlembagaan PIBG
6. Senarai nama AJK PIBG
7. Senarai nama murid pemungut
Parenthon
8. Senarai nama ibubapa/penjaga murid
bawah 16 tahun
9. Minit Mesyuarat PIBG meluluskan
Bacathon.
10. Contoh kad Parenthon.
11. Kertas Kerja Parenthon SKRCB.

Mesyuarat AJK PIBG untuk Membentangkan kertas kerja dan meluluskan


11 Mei .2016 Parenthon. sebulat suara.
(S/U PIBG) Membuat agihan tugas berkaitan.
Meluluskan penaung.
Membincangkan skim galakan.
Membincang majlis pelancaran.

Mei.2016 Mencetak kad Parenthon Dapatkan makluman drpd IPD A.Gajah iaitu
sebanyak 900 kad. sebaik dimaklumkan borang permohonan
(En.Rohaizam) permit telah dihantar ke Bukit Aman.
Jun. 2016 Mesyuarat JK Kerja Parenthon Membentangkan tugasan setiap jawatankuasa
Mesyuarat JK Kerja Parenthon bersama senarai semak tugasan/ time frame
(Setiausaha dan semua Menerangkan konsep pelaksanaan.
jawatankuasa kerja) Membincangkan majlis pelancaran.
Semua urusan surat disiapkan.

Jun. 2016 Permit diluluskan. Hubungi IPK - surat permohonan – bawa


Memohon ke IPK Melaka semua kad bacathon – bawa 4 murid untuk
(Bhg.Pelesenan Ting.4) untuk bantu cop di IPK.
cop semua kad bacathon.

Jun .2016 Mesyuarat AJK PIBG Bacathon Memantau semua aspek projek Parenthon
(S/U PIBG) sebelum majlis pelancaran.

30 Jun.2016 Majlis Pelancaran Parenthon Menguruskan semua aspek majlis pelancaran


2016 di Masjid Ramuan China Kutipan Parenthon spontan drpd warga
Besar jam 8.00 malam. majlis.
( JK Kerja) Gimik pelancaran.

Sepanjang Kutipan bacathon berjalan 1 JK terlibat bergerak keluar untuk kumpul


bulan Julai bulan. sumbangan.
(semua guru, staf, murid dan JK JK Kutipan memantau kutipan bacathon.
Kerja, Bendahari) Kempen dan publisiti digerakkan berterusan.
Bendahari merekodkan kutipan.
Mesyuarat JK Kerja dijalankan Mempamerkan angka kutipan setiap hari dan
mengikut keperluan/ berfokus. skim galakkan di papan khas seperti kelas
tertinggi kutipan, murid / guru tertinggi
Memperbaharui permit setiap kutipan dll.
bulan.(jika ada tambahan)
(Setiausaha)

29 Julai 2016 Mesyuarat AJK PIBG dan JK Membincangkan dana terkumpul .


Kerja Terakhir / Post mortem Membincangkan skim galakkan.
Membuat post mortem – laporan.

1 Ogos 2016 Majlis Penutup Parenthon Menyampaikan skim galakkan.


Surat-surat penghargaan dan terima kasih.
SENARAI SEMAK KERJA
PROJEK PARENTHON SKRCB 2016
BIL PERKARA / TUGASAN JK TARIKH MULA TARIKH SIAP

1. Kertas kerja
2. Mesyuarat JK Pelaksana 1
3. Mesyuarat JK Pelaksana 2
4. Borang permit dilengkapkan
5. Kad Parenthon dicetak
6. Surat Kebenaran JPM
7. Surat Penaung
8. Mesyuarat Ajk PIBG 1
9. Mesyuarat AJK PIBG 2
10. Sijil Akta Pertubuhan ( PIBG)
11. Perlembagaan PIBG
12. Senarai nama murid dan ibubapa
13. Mesyuarat JK Kerja 1
14. Mesyuarat JK Kerja 2
15. Mesyuarat JK Kerja 3
16. Cop kad Parenthon di IPK Melaka
17. Surat jemputan pelancaran
18. Majlis Pelancaran
19. Surat kebenaran mengutip wang
20. Borang-borang rekod kutipan Parenthon
21. Publisiti / hebahan
22. Surat dan borang akuan menerima kad
Parenthon oleh ibubapa
23. Surat penghargaan / terima kasih
24. Mesyuarat post mortem

Anda mungkin juga menyukai