Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN INTERAKTIF – IMBUHAN

1. Pengurus besar syarikat____Encik Jamil tugasan mengedit kertas kerja itu.


A. menyerahi
B. menyerahkan
C. menyerah
D. berserah

2. Ibu___________abang yang berada di luar negara surat tawaran kemasukan kolej.


A. mengirimkan
B. berkirim
C. berkirimkan
D. mengirimi

3. Kerajaan___________masyarakat supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan.

A. menasihatkan
B. dinasihatkan
C. dinasihati
D. menasihati

4. Profesion______dianggap sebagai kerjaya yang mulia dalam semua masyarakat.


A. guru
B. bergurukan
C. perguruan
D. keguruan

5. Usahanya untuk________ilmu kejuruteraan itu menemukan kegagalan.


A. mendalami
B. mendalamkan
C. mendalam
D. memperdalam

6. Potret yang cantik dari Istanbul itu______dinding ruang makan rumahnya.

A. menghias
B. menghiasi
C. menghiaskan
D. berhias

7. ____sungai di kawasan itu semakin meningkat akibat _____ yang dilakukan oleh
sebuah syarikat konsesi swasta.
A. pedalaman...pendalaman
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
B. pendalaman...pedalaman
C. kedalaman...pendalaman
D. dalaman...pendalaman

8. Encik Ariffin_________kerja pembacaan pruf buku baharunya kepada Encik Tan.


A. menugaskan
B. menugasi
C. bertugas
D. tugasan

9. Filem itu tidak dibenarkan untuk________umum.


A. tontonan
B. mempertontonkan
C. ditonton
D. tonton

10. Encik Latif melantik seorang juruukur untuk mengukur________tanah sawahnya.


A. perluasan
B. peluasan
C. keluasan
D. meluaskan

11. Puan Hashimah bersyukur apabila_______keuntungan yang berlipat ganda dalam


perniagaannya hasil usahanya yang tidak mengenal erti putus asa.
A. perolehan
B. beroleh
C. memperoleh
D. peroleh

12. Profesor Haikal membuat kajian lanjutan dengan berdasarkan________kajian yang


dilakukan_________50 orang responden.
A. dapatan...terhadap
B. pendapat...dengan
C. pendapatan...kepada
D. kedapatan...pada

13. Seorang penyelia luar dilantik oleh pihak universiti bagi


memantau________penuntut tahun akhir fakulti perubatan.
A. pengajian
B. pengkajian
C. kajian
D. mengkajikan

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
14. Setelah kematian suaminya, Puan Husna tidak mahu_________rumah pusaka itu
kerana anak-anaknya sudah_________di luar negara.

A. mendiamkan...berdiam
B. berdiam...berhuni
C. mendiami...bermastautin
D. mendiami...mendiang

15. Cerita seram yang disiarkan dalam televisyen itu_________cerita lama tentang
sebuah rumah usang yang tidak________.
A. berlandaskan...berpenghuni
B. berkonsepkan...berpenghuni
C. bertemakan...berpenghuni
D. berjudulkan...berpenghuni

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai