Anda di halaman 1dari 4

ISU-ISU SEMASA LGBT & AMP; KAITANNYA DENGAN AKIDAH MUSLIM DI

MALAYSIA

PENULIS : AMALIA HUDA

Kementerian Pelajaran diminta memantau sekolah-sekolah berasrama penuh yang


dilihat berpotensi melahirkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).Ini
kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof.
Dr. Azizan Baharuddin, homoseksualiti sementara (transient homosexuality) yang wujud
dalam kalangan remaja tidak kira lelaki atau perempuan merupakan fenomena biasa.Ujarnya,
remaja yang bersekolah asrama lebih-lebih lagi yang berasingan jantina lebih terdedah
kepada perasaan tersebut kerana secara rutin mereka berhadapan dengan rakan-rakan
daripada jantina yang sama.Memang terdapat banyak kes homoseksual di sekolah asrama,
pelajar senior tertarik dengan pelajar junior yang jambu. Malah perkara ini juga berlaku di
sekolah-sekolah berteraskan agama seperti maahad tahfiz.Walaupun ia normal,namun perkara
itu jika tidak dipantau boleh menyebabkan orientasi seksual bersifat sementara itu menjadi
kekal lebih-lebih lagi kepada remaja yang pernah terlibat secara langsung dengan sentuhan
fizikal,” katanya.Islam dan semua mazhab yang diiktiraf mengharamkan lesbian, gay
biseksual dan Transeksual (LGBT). LGBT suatu perlakuan dalam kategori mungkar dan dosa
besar seperti perbuatan zina, lacur, arak, dan judi. Pengharamannya jelas disabitkan melalui
sumber ilmu (epistemologi) Islam.Di dalam al-Qur’an pengharamannya secara jelas
disebutkan antaranya di dalam Surah Al-Isra’: 17-32, Surah Al-Nur: 24-2, Surah Al-A’raf:
80-84, Surah Al-Naml : 54-58, Surah Al-Nisa: 15-16 dan Surah dan Surah Al-Ankabut: 28-
35.Begitu juga banyak Hadis Rasulullah juga mengharamkan perbuatan-perbuatan
tersebut.Ijmak Ulama’ sependapat bahawa perlakuan zina, liwat dan musahaqah yang
dikaitkan dengan amalan lesbian, gay dan biseksual termasuk dalam dosa besar dan
pelakunya wajib bertaubat dan dikenakan hukuman berdasarkan hukum Syariah yang telah
ditetapkan. Kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter memudahkan lagi
golongan ini berkomunikasi dalam kelompok mereka.Lesbian, Gay, Biseksual, dan
Transgender atau akronimnya sebagai LGBT ini juga dianggap sebagai satu penyakit mental,
kerana telah melawan fitrah. Fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang-
pasangan. Sebagaimana telah diciptakan oleh ALLAH, lelaki pasangannya adalah
perempuan, begitu juga dengan haiwan, jantan pasangannya adalah betina, baik pasangannya
jahat, cantik pasangannya ialah huduh.

FAKTOR BERLAKUNYA LGBT

1. KURANG PENGHAYATAN AGAMA

-Golongan yang terlibat dengan gejala LGBT tidak ini tidak dapat membezakan antara
perkara yang baik mahupun buruk atau perkara yang haram mahupun halal.Mereka mudah
terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan dan faktor sekeliling yang mendedahkan golongan ini
kepada gejala LGBT.

2. PENGARUH MEDIA MASSA

- Media massa seperti internet merupakan medium yang memudahkan golongan LGBT
mendapatkan maklumat tentang gejala tidak sihat mereka.

USAHA MENANGANI GEJALA LGBT INI

1. PERANAN KERAJAAN DENGAN KERJASAMA ORGANISASI AGAMA

- Kerajaan dengan kerjasama organisasi agama perlu merangka strategik yang berkesan bagi
memulihkan golongan LGBT.

2. PERANAN IBU BAPA

- Ibu bapa perlu mengawasi keadaan anak-anak mereka pada setiap masa. Perubahan fizikal
dan emosi anak-anak juga perlu sentiasa di kawal agar kecenderungan mereka terhadap gejala
LGBT ini dapat di bendung.

3. KEMPEN

- Kempen boleh di anjurkan dengan giat oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk
membendung dan membanteras gejala ini.

KESAN LGBT TERHADAP AKIDAH MUSLIM DI MALAYSIA


Kita mempunyai ribuan ulama Islam lulusan dalam dan luar negara, terdiri dari mufti,
hakim syarie, kadi, pensyarah, guru agama dan sebagainya namun amat kurang sekali suara
yang berani menyatakan yang hak dari segi hukum dan akidah Islam dalam menghadapi
gejala LGBT ini.Justeru LGBT jika dibiarkan boleh menimbulkan bala kepada generasi umat
Islam dan negara kita suatu hari nanti, seperti yang berlaku ke atas umat terdahulu, jika ia
tidak ditangani dengan bijaksana oleh pihak berkuasa, khususnya pihak yang arif dalam
bidang agama termasuk Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.Ingatlah akan larangan keras Allah
kepada sesiapa yang terlibat dengan kumpulan yang dilaknat Allah kerana mengamalkan
sesuatu yang di luar tabii dan landasan ajaran agama. Kemurkaan Allah dengan balasan
neraka adalah jelas seperti maksud ayat 113, surah Hud (11) seperti berikut:"Dan janganlah
kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api
neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari
Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat
pertolongan."Kegiatan LGBT jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Agama-agama lain
juga sebenarnya melarang umatnya terlibat dengan aktiviti negatif ini. Namun begitu dengan
kerakusan nafsu manusia, apa yang dilarang itulah menjadi kegemaran mereka.

KESIMPULAN

Kesimpulannya,setiap makhluk yang diciptakan oleh ALLAH di muka bumi ini


berpasang-pasangan. Ini adalah fitrah setiap ciptaan Yang Maha Esa.Sebagai contoh, dari
sudut Syariah, ulama’ sependapat menyatakan homoseksualiti suatu jenayah yang boleh
dikenakan hukuman demi menjaga kepentingan diri dan masyarakat.Perbezaan pandangan
hanya timbul berkaitan bentuk hukuman sama ada dikenakan hukuman hudud atau takzir
seperti dipenjara atau dibuang negeri.Semua pihak harus bersatu padu bagi membendung
gejala LGBT ini.Sikap masyarakat yang memandang ringan isu ini haruslah dikikis agar
anggota masyarakat bebas daripada gejala LGBT dan akidah muslim terpelihara .Malaysia
telah dikejutkan dengan isu gerakan kemanusiaan yang ingin perjuangkan kebebasan di
Malaysia.Namun, gerakan ini juga mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. LGBT
dilihat begitu aktif dalam kalangan remaja kita, terutama remaja Islam. Fahaman atau ikutan
yang dibawa dari barat, berjaya menarik minat ramai individu di Malaysia.Individu yang
dikatakan aktif menuntut hak LGBT dalam negara kita ialah Ambiga Sreevanasan. Beliau
juga dikenali sebagai wanita besi kerana semangatnya berjuang menentang arus. Beliau
menuntut supaya LGBT mendapat pengiktirafan di Malaysia dan diberi hak kebebasan untuk
menjalankan aktiviti mereka. Beliau telah menerima kutukan dan kritikan daripada pelbagai
pihak. Namun, ada juga pihak-pihak yang memberikan sokongan kepada beliau. Ternyata
pengaruh beliau dalam menyuarakan hak LGBT amat kuat.Malaysia digesa untuk
mengiktiraf hak-hak “Sexual Orientation ang Gender Identity” (SOGI) terutamanya hak
lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Implikasi perkara ini akan membawa kepada
amalan kebebasan orientasi seksual songsang termasuk memberi kebenaran untuk
mengiktiraf perkahwinan sesama jenis

Anda mungkin juga menyukai