Anda di halaman 1dari 3

NAMA TUGASAN : ULASAN BUKU ILMIAH

NAMA PELAJAR : 1.SOFEA NAJAH BINTI OTHMAN (I18203098)


2.NURUL SYUHADA BINTI BAZLI (I18203065)

NAMA PENSYARAH : SYED SHAHRIMAN BIN SYED ALI

KUMPULAN : 13

KOD SUBJEK : WKU6022

SEMESTER : 1
JUDUL : PEMIKIRAN HAMKA

PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

GENRE : BIOGRAFI

PENULIS : SIDEK BABA

ISBN : 978-983-62-9980-2

HARGA : -

TAHUN TERBITAN : 2008

JUMLAH HALAMAN : 175

Di sini saya ingin membuat ulasan secara keseluruhan tentang buku ini.Buku
yang bertajuk Pemikiran Hamka ini mengisahkan tentang perjalanan Hamka sebagai seorang
penulis yang sangat hebat,pemimpin yang sangat dihormati,dan beliau seorang pendakwah
yang gigih dan tekun.Kehidupan hamka bermula dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa
ada diceritakan di dalam buku ini.Ketika Hamka berusia belasan tahun,Hamka rajin membaca
karya-karya sastera,baik yang berbahasa Melayu ataupun bahasa Arab.Hamka juga selalu
mengembara untuk mencari pengalaman yang baru.Hamka mulai rajin menulis setelah
pulang dari Yogyakarta.Buku pertama yang ditulisnya berjudul Si Sabariyah manakala buku
kedua bertajuk Laila Majnun.Beliau bukan sahaja menjadi seorang penulis yang berjaya
malah beliau turut menjadi pemimpin dan tenaga pengajar di sekolah dibina olehnya iaitu
“Kulliyatul Muballighin”.Seterusnya,ketika Hamka berada dalam tahanan lebih kurang tiga
tahun,beliau banyak beribadah solat tahajud,membaca kitab-kitab dan menulis tafsir al-
Quran.Hamka sudah lama ingin menulis tafsir namun dia tidak berpeluang kerana kesibukan
menyebabkan hal itu sering terhalang.Ketika berada dalam tahanan itulah dia tekun menulis
tafsirnya dan diberi nama Tafsir al-Azhar.Tafsir al-Azhar merupakan satu gedung
pengetahuan secara berterusan menjadi sumber kepada pelajar-pelajar al-Quran dan sains
social.Anak-anak muda di Indonesia sangat berminat untuk mempelajari Islam,tetapi
terhalang disebabkan kurang pengetahuan dalam bahasa Arab.Maka,Hamka telah menulis
tafsirnya dalam bahasa Indonesia bagi memudahkan masyarakat Islam di Indonesia
terutamanya anak muda.Hamka telah menggunakan perumpamaan”rumah telah
kelihatan,jalan ke sana tidak tahu”bagi mengatakan pentingnya ulasan al-Quran dalam bahasa
Melayu.Pemikiran etika dalam karya sastera Hamka,boleh dikatakan keseluruhannya diambil
daripada pemikiran Islam.Istilah akhlak dalam Islam ialah satu kebiasaan yang dilakukan
oleh diri iaitu perbuatan baik dan buruk.”

KUTIPAN LANGSUNG : Mengambil pendapat (Syed Muhammad Naquib al-Attas,1997 :


70) “Bagi Islam pula,tujuan kita menuntut ilmu itu tiadalah lain melainkan bagi memupuk
serta menjelmakan insan yang sempurna.

KUTIPAN TIDAK LANGSUNG : Pentingnya etika dalam kehidupan seperti yang dikatakan
oleh (Shahnon Ahmad, 1981 : 93) iaitu etika menjadi tunjang bagi manusia untuk hidup dan
ia amat penting kerana kalu buruk etika ,maka buruklah orang itu,keluarganya
masyarakatnya,bangsanya dan seluruh masyarakat.Sebaliknya,jika baik etika seseorang
itu,maka baiklah semuanya.

Anda mungkin juga menyukai