Anda di halaman 1dari 6

1

ISTILAH-ISTILAH DALAM ILMU TASAWUF

1. Ittihad
Suatu fahaman dalam bidang tasawwuf iaitu, kesatuan di antara Allah dengan
makhluk.

2. Ihsan

Sebagaimana di dalam sebuah hadith yang panjang dari Abu Hurairah ra.,
dimana Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi saw dan disana ada
menyebut mengenai maksud ihsan :-

َ‫ فَإ ِ إن لَ إم ت َ ُك إن ت ََراهُ فَإِنههُ يَ َراك‬، ُ‫َّللاَ َكأَنهكَ ت ََراه‬


‫ أ َ إن ت َ إعبُدَ ه‬: ‫سانُ ؟ قَا َل‬ ِ ‫َما إ‬
َ ‫اْلحإ‬

“Apakah itu Ihsan? Baginda menjawab : Sesungguhnya kamu beribadat


kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya,
akan tetapi Allah melihat kamu” [Hadith Riwayat Bukhari , Muslim].

Mereka yang dikatakan telah memperolehi Ihsan dikatakan telah mencapai


kenikmatan ibadat seolah-olah dia melihat Allah ketika melakukan.

Ibn Rajab rh menyatakan bahawa hadith ini menunjukkan bahawa seseorang


itu hendaklah beribadat seperti cara ini, menggambarkan dia hampir dengan
Tuhannya, Ia memerlukan sifat takut, gerun dan tunduk kepada Allah swt.
Sifat ini juga akan menimbulkan rasa ikhlas di dalam beribadat, dan seseorang
itu akan cuba memperbaiki lagi ibadatnya agar ia menjadi lengkap dan
sempurna (Jami’ al-Ulum, 1/35).

3. Ahli Khalwah
Orang sufi yang berkhalwah untuk mendampingi Allah.

4. Ahli Dwazq
Orang Sufi yang sampai ke tahap tertinggi sambil merasai dan mengenali
hakikat kebahagiaan rohani.

5. Ahli Suluk
Orang yang mengikut sesuatu amalan tasawwuf untuk mencapai
kesempurnaan batin.

6. Ahli Suffah
Para sahabat yang menumpang tinggal di serambi masjid Rasulluah saw
semata-mata untuk beribadat.

7. Al-Ahwal
Jamak dari kalimah (hal). Iaitu keadaan yang dirasai oleh seseorang sufi ketika
berada dalam sesuatu maqam.
2

8. Haqq al-Yakin
Kefanaan seseorang hamba dalam Allah

9. Al-Hal
Keadaan yang dirasai oleh seseorang sufi ketika berada dalam sesuatu maqam.

Al Hal atau Hal (keadaan) menurut kaum sufi adalah makna ,nilai atau rasa
yang hadir dalam hati secara optimis ,tanpa unsur kesengajaan,upaya,latihan
dan permaksaan ,seperti rasa gembira,sedih,lapang,sempit
,rindu,gelisah,takut,gementar, dan lain-lainya.

Keadaaan-keadaan tersebut merupakan pemberian,sedangkan maqam adalah


hasil usaha.Hal (keadaan) datang dari yang ada dengan sendirinya,sementara
maqam terjadi kerana pencurahan perjuangan yang terus-menerus; pemilik
maqam memungkinkan menduduki maqamnya secara konsisten,sementara
pemilik hal mengalami naik-turun (berubah-ubah) keadaan hatinya.

10. Harakah Syawqiyah


Dorongan kepada seseorang yang menjalani atau memasuki sesuatu amalan
rohani untuk sampai kepada yang dicintainya.

11. Hudur
Kehadiran hati seseorang sufi ketika mengingati Allah seola-olah Allah berada
di hadapan-Nya.

12. Lintasan hati


Gerakan halus di hati yang tidak jelas diketahui sumbernya dan terbahagi
kepada empat :

a) Rabbani – lintasan tepat.


b) Malaki- dorongan kepada sesuatu yang baik (ilham)
c) Nafsani – hajisan (gerak hati)
d) Syaitani – sesuatu yang menentang kebenaran.

13. Khalwah
Munajat bersunyi-sunyian dengan Allah.

Khalwah merupakan sifat ahli sufi.Sedangkan ‘uzlah merupakan bagian dari


tanda bahwa seseorang bersambung dengan Allah swt.Seharusnya bagi murid
(orang yang hendak menuju Allah swt).Pemula agar ‘uszlah (mengasingkan
diri) dari bentuk khalwah (menyepi) sehingga sikap lemah lembut dapat
tercapai.

Hakikat khalwah adalah permutusan hubungan dengan Al-Haqq.Hal ini


dikarenakan khalwah adlah permutusan hubungan dengan makhluk menuju
penyambungan hubungan dengan Al-Haqq.

Abu Muhammad Al-Jariri ditanya tentang ‘uzlah.Dia menjawab,’uzlah adalah


masuk ke tempat yang sempit,menjaga rahasia agar tidak terjadi gesek-
3

menggesek dan meninggalkan keinginan hawa nafsu sehingga hatimu terkait


dengan kebenaran.

Menurut Sahal,Khalwah tidak dapat dibenarkan kecuali dengan melaksanakan


hak Allah SWT.

14. Khawf
Salah satu maqam yang terdapat dalam tasawwuf. Ahli-ahlinya malu dan takut
melakukan maksiat dan kemungkaran serta menderita kalau melakukannya
maksiat dan kemungkaran serta menderita kalau melakukannya kerana takut
kepada Allah.

15. Syeikh
a) Orang yang telah sampai pada peringkat yang membolehkannya
mengendalikan pengajaran dan membuat arahan kepada muridnya.

b) Orang yang telah menyempurnakan ilmu syariat,tariqat dan hakikat.

16. Murid
Seseorang yang telah mula menceburkan dirinya dalam sesuatu tarikat tertentu
dan diperakui oleh sheikh atau mursyid tentang kebenaran, kehendak dan
azamnya.

17. Ilmu syuhud


Makrifat penyaksian ahli sufi terhadap keagungan Allah.

18. Ain al-Yaqin


Ilmu yang berasaskan musyahadah dan kashaf.

19. Abid
Orang yang kuat beribadat atau mengabdikan diri kepada Allah, tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran daripada-Nya.

20. Arif billah


Orang yang sampai ke peringkat kashaf dan mengenal Allah menerusi rasaan
rohani setelah melalui displin tasawwuf.

21. Rasaan rohani


Pencapaian makrifat ketuhanan seseorang sufi menerusi rasaan rohani tanpa
usaha.

22. Sakinah
Ketenangan seseorang sufi hasil daripada pancaran cahaya ilahi ke hatinya.

23. Suluk
Displin rohani yang ditentukan oleh sesuatu tariqat untuk mencapai matlamat
sufi.
4

24. Syatahat
Perkataan ganjil yang terkeluar dari kata-kata orang sufi semasa mereka
berada dalam keadaan jazab (dalam keaadan yang tidak sedarkan diri)

Dari segi bahasa ertinya “gerakan”.Bagi Ibnu ‘Arabi beliau menjelaskan


bahawa syatahah merupakan ungkapan kata-kata atau kalimat-kalimat yang
keluar dari sebahagian orang-orang sufi dalam keadaan atau ‘hal’ yang
tertentu.

At-Thusi menjelaskan erti “Syatahah”,sebagai ungkapan kata-kata yang asing


,yang jarang didengari orang, ia mengambarkan isi kandungan perasaan yang
halus dalam diri seorang sufi,ia jadi melimpah-limpah dengan sangat kuatnya.

25. Syuhud
Penyaksian ahli sufi kepada Allah menerusi rasaan rohani setelah
menghilangkan sifat kemanusiaan (tabii) yang ada padanya.

26. A’syiq
Tahap yang paling tinggi dalam kasih dan rindu sehingga seseorang itu
melupakan dirinya dan segala sesuatu di sekelilingnya kerana mengingati
kekasihnya (Allah).

27. Ilmu yakin


Ilmu yang diterima menerusi akal dan syariaat.

Yakin adalah sesuatu pengetahuan yang pemiliknya tidak akan dimasuki


keraguan secara mutlak.

Keyakinan tidak akan diucapkan dalam penggambaran sifat Al-Haqq kerana


ketiadaan taufik.Ilmu yakin adalah yakin,demikian juga dengan ainul yakin
dan haqqul yakin.
Ilmu yakin dalam pengertian istilah mereka adalah sesuatu yang adanya
disertai dengan syarat bukti (argument atau dalil) Ainul yakin adalah sesuatau
yang adanya dengan hukum bayan (penjelasan).Haqqun yakin adalah sesuatu
yang adanya dengan sifat terang.

28. Fana’
Hilang sifat makhluk dan tenggelam dalam sifat ketuhanan

Istilah fana’ oleh kaum sufi dipakai untuk menunjukkan keguguran sifat-sifat
tercela. Barangsiapa kosong (fana’) dari sifat-sifat tercela,maka sifat-sifat
terpuji mengada.Barangsiapa dirinya dikalahkan oleh sifat tercela,maka sifat-
sifat terpuji tertutupinya.

Ibnu’ arabi pernah menyatakan:


5

“Fana itu adalah binasanya segala ciri-ciri atau sifat-sifat yang mazmummah
(keji) dari seseorang dan baqa itu adalah kekalnya ciri-ciri atau sifat-sifat yang
mahmudah (yang terpuji),pada diri seseorang.Orang-orang yang menjalani
jalan tasawuf berbeza pada darjat “fana” dan “baqa”.Ada di antara mereka
telah binasa nafsu syahawat keduniaanya sehingga kekal keikhlasanya dalam
ibadahnya.Ada di antara mereka telah binasa sifat-sifat buruknya seperti
hasad,sombong,kebencian dan sebagainya kekal akhlaknya yang baik seperti
tawakkal ,sabar dan sebagainya.

29. Fana dalam tauhid


Hilang diri dalam pengesaan terhadap Allah hingga mencapai ke tahap ittihad.

30. Fana dalam hakikat


Hilang diri dalam hakikat ketuhanan.

31. Kasyaf
Penyingkapan rahsia – rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati.

Dari segi bahasa ertinya “singkapan” ia adalah kebaikan atau lawannya


“hijab”,kalau hijab menutupi sesuatu,kasyaf menyingkap dan membukakakn
sesuatu.Kasyaf adalah singkapan terhadap apa yang tertutup atau terhijab
sehingga dengan kasyaf ini terdedahlah makna-makna,pengertian-pengertian
dan rahsia-rahsia sesuatu perkara.

32. Munajat
Ibadat kepada Allah dengan mengheningkan diri dan hati menerusi zikir dan
amalan- amalan taat dengan penuh takut dan harapan.

33. Mubtadi’
Orang yang berazam untuk menceburkan dirinya dalam tariqat tertentu.

34. Mahw
Fana perbuatan hamba dalam perbuatan Allah.

Mahwu adalah keterangkatan (tercabut) sifat-sifat yang telah menjadi


kebiasaan.

Mahwu dibahagi menjadi mahwu Zillah (lenyap),mahwu ghaflah(lupa),dan


mahwu’ illah (sebab).
Yang pertama merupakan kelenyapan dari sesuatu yang bersifat zhahir.
Yang kedua merupakan kelupaan dari yang bersifat batin.
Dan yang ketiga keterhapusan pangkal dan sebab dari segala bersifat
sirri(rahasia). Di dalam mahwu Zillah terdapat penetapan perilaku.Di dalam
mafwu ghaflah terdapat penetapan manazilat (kedududkan atau pos-pos
pencapaian spiritual).Dan di dalam mahwu ‘illah terdapat penetapan
keberlangsungan.

35. Mukasyafah
Singkapan hijab bagi seorang sufi atau salik hingga dapat menyaksikan
hakikat ketuhanan dengan mata hati seolah-olah melihat dengan mata kasar.
6

36. Hulul
Dari segi bahasa ertinya turun dari tempat yang tinggi lalu masuk ke dalam
sesuatu tempat yang rendah dan menetap disitu.Hulul juga membawa maksud
bersatunya dua jasad sehingga satu dari kedua jasad ini menunjuki yang lain.

Dari istilah membawa erti satu aliran kefahaman yang menyatakan bahawa
Allah swt telah memasuki ke dalam setiap sesuatu.

37. Makrifah
Keadaan atau sifat seseorang arif yang mengenal Allah dari segi zat,sifat dan
asma’- Nya sehingga akhirnya dapat mengetahui rahsia – rahsia ketuhanan.

Al-Qusyairi menjelaskan bahawa ma’rifat menurut bahasa ulama adalah ilmu.


Maka setiap ilmu adalah ma’arifat dan setiap ma’arifat adalam ilmu. Setiap
orang yang berma’arifat kepada Allah adalah arif (orang yang bijak yang
banyak pengetahuannya) Setiap orang arif adalah alim.

Menurut sebahagian ulama,maarifat adalah sifat orang-orang yang mengenal


Allah dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya,kemudian ia membenarkan Allah
dengan melaksanakan ajaran-Nya dalam segala perbuatan.

Anda mungkin juga menyukai