Anda di halaman 1dari 14

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/311862547

MENILAI NIAT MENURUT NERACA SUNNAH

Conference Paper · December 2016

CITATIONS READS

0 512

1 author:

Mohd 'Adlan Mohd Shariffuddin


SMK Tengku Intan Zaharah, Malaysia, Dungun
14 PUBLICATIONS   1 CITATION   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mohd 'Adlan Mohd Shariffuddin on 24 December 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

MENILAI NIAT MENURUT NERACA SUNNAH

Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin1

‫حممد عدلـٰن بن حممد شريف الدين بن أمحد بن جعفر الد َيري‬


Abstrak

Niat ialah satu perkara yang sangat penting dalam Islam sehingga ia dibahaskan
dengan panjang lebar di dalam kitab-kitab para `ulama’ terutama kitab fiqh.
Kertas kerja ini menjelaskan beberapa sudut pandang yang berbeza dengan yang
biasa dibincangkan di dalam bidang fiqh dari beberapa aspek seperti kepentingan
perbuatan berbanding niat, keterbatalan lafaz di lidah, kepentingan berusaha
berbanding berniat, kepentingan azam, serta maksud niat daripada hadis.
Daripada perbincangan yang dibawakan, seseorang muslim dapat menilai niat
menurut neraca sunnah dan mendekatkan diri dengan kehendak agama dalam
persoalan agama.

Kata Kunci: niat, azam, usaha, hadis, sunnah

Pengenalan

Niat ialah satu perkara yang penting di dalam Islam. Imam Al-Bukhariy meletakkan
hadis tentang niat di awal kitab Sahihnya, sekali gus menunjukkan kepentingan niat. Kata
Imam Al-Bukhariy:
ٍ ‫ ح َّدثـَنا ََيَي بن سع‬:‫ قَ َال‬،‫ ح َّدثـَنا س ْفيا حن‬:‫ قَ َال‬،‫اَّلل بن الزبْي‬
‫يد‬ ْ ‫َح َّدثـَنَا‬
َ ‫َ َ َْ ْ ح‬ َ‫َ َ ح‬ َْ ‫الح َمْيدي َعْب حد َّ ْ ح‬
،‫اص اللَّْيث َّي‬
ٍ َّ‫ أَنَّهح ََس َع َع ْل َق َمةَ بْ َن َوق‬،‫َخ َََبِن ححمَ َّم حد بْ حن إبْـَراه َيم التـَّْيمي‬
ْ ‫ أ‬:‫ قَ َال‬،‫صاري‬ َ ْ‫ْالَن‬
‫صلَّى‬َ ‫اَّلل‬ َّ ‫ول‬
َ ‫ت َر حس‬ ‫ ََس ْع ح‬:‫ قَ َال‬،‫اَّللح َعْنهح َعلَى الْمْن ََب‬َّ ‫ت عح َمَر بْ َن اخلَطَّاب َرض َي‬ ‫ ََس ْع ح‬:‫ول‬ ‫يَـ حق ح‬
‫ت‬ْ َ‫ فَ َم ْن َكان‬،‫ َوإََّّنَا ل حكل ْامر ٍئ َما نَـ َوى‬،‫ال ِبلنيَّات‬ ‫ «إََّّنَا ال َْع َم ح‬:‫ول‬ ‫ يَـ حق ح‬،‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
َّ
.»‫اجَر إلَْيه‬ ٍ
َ ‫ فَه ْجَرتحهح إ ََل َما َه‬،‫ أ َْو إ ََل ْامَرأَة يَـْنك حح َها‬،‫ه ْجَرتحهح إ ََل حدنْـيَا يحصيبحـ َها‬
Telah bercerita kepada kami Al-Humaydiy `Abdu Llah bin Az-Zubayr, dia
berkata: Telah bercerita kepada kami Sufyan, dia berkata: Telah bercerita
kepada kami Yahya bin Sa`id Al-Ansariy, dia berkata: Telah memberitahu saya
Muhammad bin Ibrahim At-Taymiy, bahawasanya dia telah mendengar
`Alqamah bin Waqqas Al-Laysiy, dia berkata: Saya telah mendengar `Umar bin
Al-Khattab di atas minbar, dia berkata: Saya telah mendengar Rasula Llah, dia
berkata: «Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat-niat. Dan
sesungguhnya bagi setiap individu apa-apa yang dia telah niatkan. Maka
sesiapa yang hijrahnya adalah kepada dunia yang dia inginkan, atau kepada

1 Guru Bahasa Jepun, SMK Tengku Intan Zaharah, 23000 Dungun, Terengganu. E-mel/ Facebook:
Adou_Fr@yahoo.com. Telefon: 017-6192624.

1
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

perempuan yang akan dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa-apa


yang dia telah berhijrah kepadanya». [Al-Bukhariy/ 1]

Di dalam bidang fiqh, niat dibahaskan dengan panjang lebar. Al-Qarafiy menyebut
berkenaan hakikat niat:
‫يدهح بف ْعله‬
‫ص حد ْاْلنْ َسان ب َق ْلبه َما يحر ح‬
ْ َ‫َوه َي ق‬
Dan ia ialah kehendak insan dengan hatinya, apa yang dikehendakinya untuk
melakukannya.2

Seterusnya, Al-Qarafiy menyebut hikmah diwajibkannya:

‫س لَهح‬
َ ‫َوه َي َتَْي حيز الْعبَ َادات َعن الْ َع َادات ليتميز َما هلل َعن َما لَْي‬
Dan ia membezakan `ibadah daripada `adat untuk ia membezakan apa yang
untuk Allah daripada apa yang bukan bagi-Nya. 3

Dengan kesedaran terhadap perbincangan fiqh yang panjang lebar tentang niat, kertas
kerja ini mengambil pendekatan berlainan untuk menyatakan bahawa niat itu ialah sesuatu
yang hanya dapat dinilai oleh Allah iaitu ketika Dia menghisab dan membalas amalan manusia.

Allah Melihat Kepada Hati Dan Amal

Abu Hurayrah yang menyebut bahawa Nabi berkata:


‫ َولَك ْن يَـْنظححر إ ََل قحـلحوب حك ْم َوأ َْع َمال حك ْم‬،‫ص َورحك ْم َوأ َْم َوال حك ْم‬ َّ ‫إ َّن‬
‫اَّللَ ََل يَـْنظححر إ ََل ح‬
Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk tubuh kamu dan harta-
harta kamu, tetapi Dia memandang kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan
kamu. [Muslim/ 2564]

Berikut ialah syarah bagi hadis ini:


‫اَّلل ورؤيته حميطة بكل‬
َّ ‫ ونظر‬،‫اَّلل لذلك ليجازى عليه ويثيبه‬
َّ ‫ هو رؤية‬:‫اَّلل هنا‬
َّ ‫نظر‬
‫ فكل هذا‬،‫ وإَّنا املراد من ذلك هنا ِبلتخصيص ما يثيب عليه وجيازى من ذلك‬،‫شيء‬
‫ وأن اجملازى عليه ما كان للقلب فيه عمل من قصد ونية‬،‫إشارة إَل النيات واملقاصد‬
.‫وذكر‬
Pemandangan Allah di sini: ia ialah pelihatan Allah kepada hal itu untuk Dia
membalas ke atasnya dan mengganjarnya. Dan pemandangan Allah dan
pelihatan-Nya meliputi segala sesuatu. Dan sesungguhnya yang dikehendaki
daripada hal itu di sini dengan pengkhususan apa yang diganjar ke atasnya dan
yang dihukum daripada hal itu, maka setiap ini adalah isyarat kepada niat-niat

.)240/1( ،‫الذخْية‬ 2

.)242/1( ،‫الذخْية‬ 3

2
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

dan tujuan-tujuan. Dan bahawa yang dibalas ke atasnya ialah apa yang untuk
hati, di dalamnya terdapat amalan daripada kehendak dan niat dan ingatan.4

Hadis Abi Hurayrah di atas juga disyarahkan seperti berikut:


ٍ
‫ أ َْو رَي َسةٌ ِف الدنْـيَا قَـ ْلبحهح‬،ٌ‫ أ َْو َجاه‬،‫ال‬ ٌ ‫ أ َْو َم‬،ٌ‫ص َورةٌ َح َسنَة‬‫َوحينَئذ فَـ َق ْد يَ حكو حن َكثْيٌ ِم َّْن لَهح ح‬
‫ فَـيَ حكو حن‬،‫ك قَـ ْلبحهح ِمَْلحوءاا م َن التَّـ ْق َوى‬
َ ‫س لَهح َش ْيءٌ م ْن َذل‬ َ ‫ َويَ حكو حن َم ْن لَْي‬،‫َخَر ااِب م َن التَّـ ْق َوى‬
‫وعا‬
‫ك حه َو ْالَ ْكثَـ حر حوقح ا‬ َّ ‫أَ ْكَرَم عْن َد‬
َ ‫ بَ ْل َذل‬،‫اَّلل تَـ َع َاَل‬
Dan ketika itu, maka sesungguhnya terdapat banyak daripada mereka yang
baginya bentuk tubuh yang baik, atau harta, atau kemasyhuran, atau
pemerintahan di dunia, hatinya rosak daripada taqwa, dan terdapat mereka
yang tiada baginya sesuatu pun daripada hal itu, hatinya dipenuhi dengan taqwa,
dan menjadi paling mulia di sisi Allah, bahkan hal itu, ia adalah yang paling
banyak berlaku.5

َّ ‫َح ٌد َعلَى َحقي َقت َها إََّل‬


‫اَّللح َعَّز َو َج َّل‬ َ ‫ فَ ََل يَطَّل حع أ‬،‫َص حل التَّـ ْق َوى ِف الْ حقلحوب‬
ْ ‫َوإ َذا َكا َن أ‬
Dan apabila asal taqwa adalah di dalam hati, maka hakikatnya tidak dimaklumi
oleh sesiapa melainkan Allah.6

Dapat difahami bahawa Allah melihat kepada isi hati seseorang iaitu di akhirat dan juga
kepada amalan-amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia. Tiada siapa yang mengetahuï
apa yang ada di dalam hati manusia, iaitu hakikatnya tidak diketahuï oleh sesiapa melainkan
Allah. Lisan manusia tidak dapat menutup atau menzahirkan apa yang ada di dalam hati.
Justeru, ketika Allah membalas setiap amalan manusia di akhirat, Dia akan melihat ke dalam
hati manusia, dan membaca apa yang terdapat di dalam hati itu.
Daripada perbahasan ini, hadis «Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat-niat»
dapat difahami bahawa pembalasan bagi sesuatu amalan itu adalah berdasarkan niat, dan niat
itu hanya diketahuï hakikatnya oleh Allah.
Justeru, adalah menjadi suatu kekeliruan dan kesilapan apabila ada sesetengah pihak
yang menekankan tentang lafaz bagi berniat atau menyebut niat sebelum melakukan sesuatu.
Ini kerana apa-apa yang dilafazkan di lisan, ia akan dicatat oleh mala’ikat dan kemudian dihisab
di akhirat. Ini berbeza dengan niat yang berada di dalam hati, yang tidak diketahuï oleh sesiapa
melainkan Allah sahaja.
Kata Allah:
ٍ
ٌ ‫ظ من قَـ ْول إََّل لَ َديْه َرق‬
‫يب َعتي ٌد‬ ‫َما يَـ ْلف ح‬

.)31/8( ،‫ال الْ حم ْعلم ب َف َوائد حم ْسلم‬


‫كم ح‬
َ ‫إ‬
4

.)276/2( ،‫ جامع العلوم والكم ِف شرح مخسني حديثا من جوامع الكلم‬5


.)276/2( ،‫ جامع العلوم والكم ِف شرح مخسني حديثا من جوامع الكلم‬6
3
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

Tidaklah ia melafazkan sesuatu kata-kata melainkan padanya yang mengawasi,


yang bersedia [Qaf: 18]

Melafazkan sesuatu kata-kata, ia tidak menjadi niat. Malah kata-kata itu boleh menjadi
hujah ke atas orang itu dan terbatal.

Nabi Tidak Mengajarkan Niat

Haruslah diketahuï bahawa tiada hadis diriwayatkan berkenaan Nabi menyuruh berniat,
atau menghuraikan tentang niat, atau menekankan tentang niat, walaupun dalam hal `ibadah.
Malah, yang dapat dilihat ialah sebaliknya, iaitu Nabi menekankan tentang amal – dan amal itu
hendaklah dengan ikhlas –, tanpa menyentuh apa-apa tentang niat.
`Aisyah berkata:

‫ « َه ْل عْن َد حك ْم طَ َع ٌام؟» فَـ حق ْل ح‬:‫ فَـ َق َال‬،‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم أ َََت َها‬
:‫ قَ َال‬،‫ ََل‬:‫ت‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫اَّلل‬
َّ ‫ول‬ َّ ‫أ‬
َ ‫َن َر حس‬
،‫س‬ َ ‫ إ ََّّن قَ ْد أ ْحهد‬،‫اَّلل‬
ٌ ‫ي لَنَا َحْي‬ َّ ‫ول‬ َ ‫ َي َر حس‬:‫ت َعائ َشةح‬ ْ َ‫ فَـ َقال‬،‫آخَر‬ َ ‫ حُثَّ َجاءَ يَـ ْواما‬،»‫صائ ٌم‬
َ ‫«إِن‬
.‫ فَأَ َك َل‬،»‫صائ اما‬َ ‫ت‬ ‫َصبَ ْح ح‬ ْ ‫ «أ ََما إِن قَ ْد أ‬:‫ فَـ َق َال‬،‫فَ َد َعا به‬
Bahawa Rasula Llah telah mendatanginya dan berkata: «Adakah kamu ada
makanan?». Maka saya berkata: Tidak. Dia berkata: «Sesungguhnya saya
berpuasa». Kemudian dia datang pada hari yang lain, maka berkata `A’isyah:
Ya Rasula Llah, sesungguhnya kita, telah dihadiahkan untuk kita hays. Maka dia
meminta dengannya dan dia berkata: «Adapun sesungguhnya saya telah bangun
pagi dalam keadaan berpuasa», kemudian dia makan. [An-Nasa’iy/ 2328] Al-Albaniy
menghukum: Hasan sahih.

Melihat hadis di atas, dapat dilihat bahawa Nabi tidak berniat untuk berpuasa, dan tidak
juga tidak menyebut lafaz niat seperti yang biasa diamalkan. Bahkan, apa yang dilakukan oleh
Nabi ialah perbuatan puasa, iaitu menahan diri daripada makan, minum dan jima`.
Lafaz «Sesungguhnya saya berpuasa» merupakan suatu pemberitahuan, daripada Nabi
kepada isterinya `A’isyah, sama seperti dalam hadis:
‫صائ ٌم َمَّرتَ ْني‬
َ ‫ إِن‬:‫ َوإن ْام حرٌؤ قَاتَـلَهح أ َْو َشاََتَهح فَـ ْليَـ حق ْل‬،‫ث َوَلَ َْجي َه ْل‬
ْ ‫الصيَ حام حجنَّةٌ فََلَ يَـ ْرفح‬
Puasa itu ialah satu perisai, maka janganlah dia berkata kesat, dan janganlah
dia berlaku bodoh, dan jika seseorang memeranginya atau menyumpahnya,
maka hendaklah dia berkata, “Sesungguhnya saya orang yang berpuasa” dua
kali. [Al-Bukhariy/ 1894]

Begitu juga dalam peristiwa puasa `Asyura’, Nabi hanya menyuruh berpuasa tanpa
menyebut apa-apa tentang niat. Salamah bin Al-Akwa` berkata:
َّ ‫َسلَ َم أَ ْن أَذ ْن ِف النَّاس أ‬
‫َن َم ْن َكا َن أَ َك َل فَـ ْليَ ح‬
‫ص ْم‬ ْ ‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم َر حج اَل م ْن أ‬
َّ ‫صلَّى‬ َ ‫أ ََمَر النَِّب‬
‫ فَإ َّن اليَـ ْوَم يَـ ْوحم َع ح‬،‫ص ْم‬
َ‫اش َوراء‬ ‫ َوَم ْن ََلْ يَ حك ْن أَ َك َل فَـ ْليَ ح‬،‫بَقيَّةَ يَـ ْومه‬
Nabi memerintahkan seorang lelaki daripada Aslam untuk menyeru dalam
kalangan manusia bahawa sesiapa yang telah makan, maka hendaklah dia
berpuasa baki harinya, dan sesiapa yang belum makan, maka hendaklah dia
berpuasa. Maka sesungguhnya hari ini ialah hari `Asyura’. [Al-Bukhariy/ 2007]

4
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

Bayangkan jika seseorang pada hari ini ingin menyeru atau menyuruh manusia
berpuasa, tidakkah yang lebih dipentingkan ialah niat? Kata-kata seperti, “Jangan lupa niat
puasa”, “Sudah berniat untuk puasa?”, dan sebagainya, akan menjadi ucapan utama kita.
Namun, di dalam dua hadis di atas, tiada langsung sebutan tentang niat, sama ada
mengajar, atau mengingatkan tentang niat. Yang ada hanya suruhan, dan para sahabat akan
terus melaksanakan suruhan Nabi tanpa berdolak-dalik atau bertanya panjang.
Justeru, dapat disimpulkan bahawa yang penting ialah perbuatan seseorang manusia,
bukan berniat atau melafazkan niat.

Kepentingan Perbuatan Berbanding Berniat

Di dalam satu hadis disebut bahawa Nabi meminta seorang sahabat bersalat bersama
seseorang yang baru tiba di masjid, kerana ketika itu mereka sudah habis bersalat berjama`ah,
Nabi tidak menyebutkan bahawa itu ialah salat sunat, dan Nabi tidak menyebut bahawa dia
perlu berniat untuk bersalat sunat.
Abi Sa`id Al-Khudriy berkata:
‫صلَّى‬
َ ‫اَّلل‬
َّ ‫ول‬‫ فَـ َق َال َر حس ح‬،‫صلَّى‬
َ ‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم قَ ْد‬
َّ ‫صلَّى‬َ ‫اَّلل‬
َّ ‫ول‬
‫َد َخ َل َر حج ٌل الْ َم ْسج َد َوَر حس ح‬
»‫صل َم َعهح‬ َ ‫َّق َعلَى َه َذا فَـ ْليح‬
‫صد ح‬َ َ‫ «أَََل َم ْن يَـت‬:‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
َّ
Telah masuk seorang lelaki ke masjid, dan Rasulu Llah telah bersalat. Maka
berkata Rasulu Llah: «Sungguh, siapa yang mahu bersadaqah ke atas (orang)
ini, maka dia bersalat bersamanya». [Ibnu Hibban/ 2397]

Sangat menghairankan apabila Nabi mempunyaï peluang yang sangat baik untuk
mengajar tentang niat, tetapi dia tidak menyebut apa-apa langsung tentang niat. Daripada Abi
Hurayrah:
‫ فَ َسلَّ َم َعلَى‬،‫صلَّى‬ َ َ‫ فَ َد َخ َل َر حج ٌل ف‬،‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم َد َخ َل الْ َم ْسج َد‬ َّ ‫صلَّى‬ َ ‫اَّلل‬َّ ‫ول‬ َّ ‫أ‬
َ ‫َن َر حس‬
‫صلي َك َما‬ َ ‫ فَـَر َج َع يح‬،»‫صل‬ َ ‫َّك ََلْ تح‬
َ ‫ فَإن‬،‫صل‬ َ َ‫ « ْارج ْع ف‬:‫ فَـَرَّد َوقَ َال‬،‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم‬ َّ ‫صلَّى‬َ ‫النَِّب‬
ْ‫َّك ََل‬ َ ‫ فَإن‬،‫صل‬ َ َ‫ « ْارج ْع ف‬:‫ فَـ َق َال‬،‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫ فَ َسلَّ َم َعلَى النَِّب‬،َ‫ حُثَّ َجاء‬،‫صلَّى‬ َ
‫ت‬ َ ‫ «إذَا قح ْم‬:‫ فَـ َق َال‬،‫ فَـ َعل ْمِن‬،‫ححس حن َغ ْ َْيهح‬ ْ ‫ك ِب ْلَق َما أ‬ َ َ‫ َوالَّذي بَـ َعث‬:‫ فَـ َق َال‬،‫صل» ثََلَ اًث‬ َ ‫تح‬
َ ‫ حُثَّ اقْـَرأْ َما تَـيَ َّسَر َم َع‬،‫الصَلَة فَ َك َْب‬
‫ حُثَّ ْارفَ ْع‬،‫ حُثَّ ْارَك ْع َح ََّّت تَطْ َمئ َّن َراك اعا‬،‫ك م َن الْ حق ْرآن‬ َّ ‫إ ََل‬
‫ َوافْـ َع ْل‬،‫ حُثَّ ْارفَ ْع َح ََّّت تَطْ َمئ َّن َجال اسا‬،‫اس حج ْد َح ََّّت تَطْ َمئ َّن َساج ادا‬ ْ َّ‫ حُث‬،‫َح ََّّت تَـ ْعد َل قَائ اما‬
»‫ك حكل َها‬ َ ‫صَلَت‬ َ ‫ك ِف‬ َ ‫ذَل‬
Bahawa Rasula Llah telah masuk masjid, kemudian telah masuk seorang lelaki
dan dia telah bersalat dan bersalam ke atas Nabi. Kemudian dia membalas dan
berkata: «Kembalilah dan bersalatlah, maka sesungguhnya kamu belum
bersalat». Maka dia kembali bersalat sebagaimana dia telah bersalat, kemudian
dia telah datang dan bersalam ke atas Nabi. Kemudian dia berkata:
«Kembalilah dan bersalatlah, maka sesungguhnya kamu belum bersalat», tiga
kali. Kemudian dia berkata: Demi yang telah mengutuskan kamu dengan

5
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

kebenaran, saya tidak boleh membaiki selainnya, maka ajarkan saya. Maka dia
berkata: «Apabila kamu bangun untuk bersalat, maka bertakbirlah, kemudian
bacalah apa yang mudah yang ada bersama kamu daripada Al-Qur’an,
kemudian ruku`lah sehingga kamu tenang dalam keadaan ruku`, kemudian
bangkitlah sehingga kamu lurus berdiri, kemudian sujudlah sehingga kamu
tenang dalam keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga kamu tenang dalam
keadaan duduk, dan lakukanlah hal itu di dalam salat keseluruhannya». [Al-
Bukhariy/ 757]

Lihatlah dalam hadis di atas bahawa Nabi menyebut bahawa «Apabila kamu bangun
untuk bersalat, maka bertakbirlah». Langsung tidak disebut tentang berniat untuk bersalat, lafaz
niat, cara berniat, masa berniat dan sebagainya. Begitu juga, lelaki itu, dia langsung tidak
bertanya, sebaliknya hanya patuh dan kembali bersalat, sehingga dia pasrah dan bertanya
kerana tidak tahu bagaimana lagi yang dimaksudkan oleh Nabi.

Lafaz di Lidah Adalah Terbatal

Disebabkan hadis «Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat-niat», sesetengah


pihak sangat menekankan tentang berniat atau melafazkan niat. Namun, hadis berikut
menunjukkan bahawa lafaz di lidah adalah terbatal. Nabi berkata:
،ٌ‫ َوحكل أ َّحم ٍة َجاثيَة‬،‫اَّللَ تَـبَ َارَك َوتَـ َع َاَل إ َذا َكا َن يَـ ْوحم الْقيَ َامة نَـَزَل إ ََل الْعبَاد ليَـ ْقض َي بَـْيـنَـ حه ْم‬ َّ ‫إ َّن‬
،‫ َوَر حج ٌل َكثْيح الْ َمال‬،‫اَّلل‬ َّ ‫ َوَر حج ٌل يـح ْقتَ حل ِف َسبيل‬،‫فَأ ََّو حل َم ْن يَ ْدعحو به َر حج ٌل ََجَ َع الْ حق ْرآ َن‬
‫ «فَ َما َذا‬:‫ قَ َال‬.‫ بَـلَى َي َرب‬:‫ت َعلَى َر حسوِل؟» قَ َال‬ ‫ك َما أَنْـَزلْ ح‬ َ ‫ «أَََلْ أ َحعل ْم‬:‫ول ل ْل َقارئ‬ ‫فَـيَـ حق ح‬
:‫اَّللح لَهح‬
َّ ‫ول‬‫ فَـيَـ حق ح‬.‫َّهار‬ َ ‫وم به أَثْـنَاءَ اللَّْيل َو‬
َ ‫آَّنءَ النـ‬ ‫ت أَقح ح‬ ‫ حكْن ح‬:‫ت؟» قَ َال‬ َ ‫يما عحل ْم‬ َ‫تف‬ َ ‫َعم ْل‬
،‫ئ‬ ٌ ‫ فحََل ٌن قَار‬:‫ت أَ ْن يـح َق َال‬ َ ‫ «بَ ْل أ ََرْد‬:‫اَّللح‬
َّ ‫ول‬ ‫ َويَـ حق ح‬.‫ت‬ َ ْ‫ َك َذب‬:‫ول الْ َم ََلئ َكةح‬ ‫ َوتَـ حق ح‬.»‫ت‬ َ ْ‫« َك َذب‬
‫اج‬
‫ك ََْتتَ ح‬ َ ‫ك َح ََّّت ََلْ أ ََد ْع‬ َ ‫ «أَََلْ أ َحوس ْع َعلَْي‬:‫اَّللح‬َّ ‫ول‬ ‫ فَـيَـ حق ح‬،‫صاحب الْ َمال‬ َ ‫ َويـح ْؤتَى ب‬.»‫يل‬ َ ‫فَـ َق ْد ق‬
،‫الرح َم‬ َّ ‫ت أَص حل‬ ٍ ‫إ ََل أ‬
‫ حكْن ح‬:‫ك؟» قَ َال‬ َ ‫يما آتَـْيـتح‬
َ‫تف‬ َ ‫ «فَ َما َذا َعم ْل‬:‫ قَ َال‬.‫ بَـلَى‬:‫َحد؟» قَ َال‬ َ
‫ت‬َ ‫ «بَ ْل أ ََرْد‬:‫اَّللح‬ َّ ‫ول‬ ‫ فَـيَـ حق ح‬.‫ت‬ َ ْ‫ َك َذب‬:‫ول الْ َم ََلئ َكةح‬ ‫ َوتَـ حق ح‬.»‫ت‬ َ ْ‫ « َك َذب‬:‫اَّللح‬
َّ ‫ول‬ ‫ فَـيَـ حق ح‬.‫َّق‬‫صد ح‬ َ َ‫َوأَت‬
‫ «ف َيم‬:‫ال لَهح‬ َّ ‫ َويـح ْؤِت ِبلَّذي قحت َل ِف َسبيل‬.»‫يل ذَ َاك‬
‫ فَـيحـ َق ح‬،‫اَّلل‬ َ ‫ فَـ َق ْد ق‬.‫ فحََل ٌن َج َو ٌاد‬:‫أَ ْن يـح َق َال‬
.»‫ت‬ َ ْ‫ « َك َذب‬:‫اَّللح‬
َّ ‫ول‬ ‫ فَـيَـ حق ح‬.‫ت‬ ‫ت َح ََّّت قحت ْل ح‬ ‫ فَـ َقاتَـ ْل ح‬،‫ك‬َ ‫ت ِب ْْل َهاد ِف َسبيل‬ ‫ أحم ْر ح‬:‫ول‬ ‫ت؟» فَـيَـ حق ح‬ َ ‫قحت ْل‬
،ٌ‫ فحََل ٌن َجريء‬:‫ت أَ ْن يـح َق َال‬ َ ‫ «بَ ْل أ ََرْد‬:‫اَّللح َعَّز َو َج َّل لَهح‬َّ ‫ول‬ ‫ َويَـ حق ح‬.‫ت‬ َ ْ‫ َك َذب‬:‫ول الْ َم ََلئ َكةح لَهح‬ ‫َوتَـ حق ح‬
‫"ي أ ََِب‬
َ :‫ فَـ َق َال‬،‫َت‬ ََّ َ‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم َعلَى حرْكب‬ َّ ‫صلَّى‬ َ ‫اَّلل‬ َّ ‫ول‬ ‫ب َر حس ح‬ َ ‫ضَر‬َ َّ‫ حُث‬.»‫ك‬ َ ‫يل َذل‬ َ ‫فَـ َق ْد ق‬
."‫َّار يَـ ْوَم الْقيَ َامة‬
‫اَّلل تح َسعَّ حر ِب حم الن ح‬ َّ ‫ك الث َََّلثَةح أ ََّو حل َخ ْلق‬ َ ‫ أحولَئ‬،َ‫حهَريْـَرة‬
Sesungguhnya Allah – tabaraka wata`ala – apabila hari Qiyamah, Dia turun
kepada hamba untuk Dia menghukum antara mereka. Dan setiap umat melutut.
Maka yang pertama yang dipanggil dengannya ialah seorang lelaki yang
mengumpulkan Al-Qur’an, dan seorang lelaki yang dibunuh di jalan Allah, dan
6
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

seorang lelaki yang banyak harta. Maka Dia berkata kepada pembaca itu:
«Tidakkah Saya telah mengajar kamu apa yang Saya telah turunkan ke atas
Rasul Saya?». Dia berkata: Ya, wahai Tuan. Dia berkata: «Maka apakah yang
kamu telah lakukan pada apa yang Saya telah ajarkan kamu?». Dia berkata:
Saya telah berqiyam dengannya sepanjang malam dan sepanjang siang. Maka
berkata Allah kepadanya: «Kamu telah berbohong». Dan berkata para
mala’ikat: Kamu telah berbohong. Dan berkata Allah: «Bahkan kamu mahu
untuk disebut: Fulan seorang qari. Maka telah disebut». Dan dibawakan pemilik
harta, maka berkata Allah: «Tidakkah Saya telah luaskan ke atas kamu sehingga
Saya tidak membiarkan kamu memerlukan kepada seorang pun?». Dia berkata:
Ya. Dia berkata: «Maka apakah yang kamu telah lakukan pada apa yang Saya
telah berikan kepada kamu?». Dia berkata: Saya telah menyambungkan
kekeluargaan, dan saya telah bersadaqah. Maka berkata Allah: «Kamu telah
berbohong». Dan berkata para mala’ikat: Kamu telah berbohong. Maka berkata
Allah: «Bahkan kamu mahu untuk disebut: Fulan pemurah. Maka telah disebut
hal itu». Dan dibawakan dengan yang terbunuh di jalan Allah, maka dikatakan
kepadanya: «Pada apa kamu telah dibunuh?». Maka dia berkata: Saya
diperintahkan untuk berjihad pada jalan-Mu, maka saya telah berperang
sehingga saya telah terbunuh. Maka berkata Allah: «Kamu telah berbohong».
Dan berkata para mala’ikat kepadanya: Kamu telah berbohong. Dan berkata
Allah – `azza wajalla – kepadanya: «Bahkan kamu mahu untuk dikatakan: Fulan
berani. Maka telah disebut hal itu». Kemudian Rasulu Llah telah mengetuk ke
atas dua lutut saya, dan dia berkata: Ya Aba Hurayrah, mereka itulah tiga
ciptaan Allah yang pertama dibakar dengan mereka api neraka pada hari
Qiyamah. [Ibnu Khuzaymah/ 2482]

Tidakkah, jika difikirkan mengikut logik pemahaman biasa, lelaki pertama itu
seharusnya telah berniat sebelum dia bersalat dan membaca Al-Qur’an? Begitu juga seharusnya
lelaki kedua dan ketiga telah meniatkan amalan mereka? Namun, lihatlah di sini bahawa apa
yang disebut oleh ketiga-tiga orang lelaki itu langsung tidak laku dan tidak terpakai, sebaliknya
Allah membaca apa yang ada di dalam hati orang itu yang jelas bercanggah dengan apa yang
disebutnya. Justeru, Allah menyebut satu ucapan yang sangat mengejutkan: «Kamu telah
berbohong»!
Lihat juga hadis yang diriwayatkan oleh Abi Musa Al-Asy`ariy:
‫الر حج حل يـح َقات حل‬ َّ :‫ فَـ َق َال‬،‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
َّ ‫ َو‬،‫الر حج حل يـح َقات حل ل ْل َم ْغنَم‬ َّ ‫صلَّى‬َ ‫َجاءَ َر حج ٌل إ ََل النَِّب‬
‫اَّلل‬
َّ ‫ « َم ْن قَاتَ َل لتَ حكو َن َكل َمةح‬:‫اَّلل؟ قَ َال‬ َّ ‫ فَ َم ْن ِف َسبيل‬،‫الر حج حل يـح َقات حل ل حَْيى َم َكانحهح‬
َّ ‫ َو‬،‫للذ ْكر‬
»‫اَّلل‬
َّ ‫ه َي العحْليَا فَـ حه َو ِف َسبيل‬
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi, dan berkata: Seorang lelaki
berperang untuk harta rampasan, dan seorang lelaki berperang untuk diingati,
dan seorang lelaki berperang untuk dilihat kedudukannya, maka siapakah yang
di jalan Allah? dia berkata: «Sesiapa yang berperang untuk kalimah Allah agar
ia menjadi paling tinggi, maka dia di jalan Allah». [Al-Bukhariy/ 2810]

Yang penting apabila seseorang itu berperang, iaitu jika dia ingin berperang di jalan
Allah, maka hendaklah dia berperang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai yang paling
tinggi, bukan untuk tujuan lain. Dan untuk menjadikan kalimah Allah sebagai yang paling

7
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

tinggi bukan dinilai daripada lafaz di lidah, atau ucapan di lisan, sebaliknya apa yang
tersembunyi di dalam hati.

Kepentingan Berusaha

Dalam kisah berikut, keinginan untuk melakukan kebaikan atau azam sahaja tidak
mencukupi, sebaliknya ia perlu diusahakan untuk dilaksanakan. Usaha itu penting untuk
dimulakan, walaupun ia tidak sampai ke penghujung. Daripada Abi Sa`id Al-Khudriy, bahawa
Nabiyya Llah telah berkata:
‫ فَ َسأ ََل َع ْن أ َْعلَم أ َْهل ْال َْرض‬،‫ني نَـ ْف اسا‬ َ ‫يم ْن َكا َن قَـْبـلَ حك ْم َر حج ٌل قَـتَ َل ت ْس َعةا َوت ْسع‬ َ ‫َكا َن ف‬
:‫ فَـ َه ْل لَهح م ْن تَـ ْوبٍَة؟ فَـ َق َال‬،‫ني نَـ ْف اسا‬ َ ‫ إنَّهح قَـتَ َل ت ْس َعةا َوت ْسع‬:‫ فَأ َََتهح فَـ َق َال‬،‫ب‬ ٍ ‫فَ حد َّل َعلَى راه‬
َ
:‫ فَـ َق َال‬،‫ حُثَّ َسأ ََل َع ْن أ َْعلَم أ َْهل ْال َْرض فَ حد َّل َعلَى َر حج ٍل َع ٍاَل‬،‫ فَ َك َّم َل به مائَةا‬،‫ فَـ َقتَـلَهح‬،‫ََل‬
‫ني التـ َّْوبَة؟ انْطَل ْق‬ ‫ َوَم ْن ََيح ح‬،‫ نَـ َع ْم‬:‫ فَـ َه ْل لَهح م ْن تَـ ْوبٍَة؟ فَـ َق َال‬،‫س‬
َ َْ‫ول بَـْيـنَهح َوب‬ ٍ ‫إنَّهح قَـتَل مائَةَ نَـ ْف‬
َ
،‫ك‬ َ ‫ َوََل تَـ ْرج ْع إ ََل أ َْرض‬،‫اعبحد ا ََّّللَ َم َع حه ْم‬ َّ ‫ فَإ َّن ِبَا أح ََّن اسا يَـ ْعبح حدو َن‬،‫إ ََل أ َْرض َك َذا َوَك َذا‬
ْ َ‫اَّللَ ف‬
ٍ
‫ت فيه َم ََلئ َكةح‬ ْ ‫ص َم‬َ َ‫اخت‬ْ َ‫ ف‬،‫ت‬ َ ‫ف الطَّر‬
‫يق أ َََتهح الْ َم ْو ح‬ َ ‫ص‬َ َ‫ فَانْطَلَ َق َح ََّّت إذَا ن‬،‫ض َس ْوء‬ ‫فَإ ََّّنَا أ َْر ح‬
‫ت‬ْ َ‫ َوقَال‬،‫اَّلل‬ َّ ‫ َجاءَ ََتئباا حم ْقب اَل ب َق ْلبه إ ََل‬:‫الر ْمحَة‬ َّ ‫ت َم ََلئ َكةح‬ ْ َ‫ فَـ َقال‬،‫الر ْمحَة َوَم ََلئ َكةح الْ َع َذاب‬ َّ
،‫ فَ َج َعلحوهح بَـْيـنَـ حه ْم‬،‫آدم ٍي‬ َ ‫ص َورة‬ ‫ك ِف ح‬ ٌ َ‫ فَأ َََت حه ْم َمل‬،‫ إنَّهح ََلْ يَـ ْع َم ْل َخ ْ اْيا قَط‬:‫َم ََلئ َكةح الْ َع َذاب‬
‫اسوهح فَـ َو َج حدوهح أ َْد ََن إ ََل‬ ‫ فَـ َق ح‬،‫ فَإ ََل أَيَّته َما َكا َن أ َْد ََن فَـ حه َو لَهح‬،‫ض ْني‬ َ ‫ني ْال َْر‬َ َْ‫يسوا َما ب‬ ‫ ق ح‬:‫فَـ َق َال‬
.‫الر ْمحَة‬
َّ ‫ضْتهح َم ََلئ َكةح‬ َ َ‫ فَـ َقب‬،‫ْال َْرض الََّت أ ََر َاد‬
Dalam kalangan orang-orang sebelum kamu terdapat seorang lelaki yang telah
membunuh sembilan puluh sembilan jiwa. Maka dia telah bertanya tentang
penduduk bumi yang paling `alim, dan telah ditunjukkan ke atas seorang rahib.
Maka dia telah mendatanginya dan berkata: Sesungguhnya dia telah membunuh
sembilan puluh sembilan jiwa, maka adakah baginya daripada tawbat? Maka
dia berkata: Tidak. Kemudian dia telah membunuhnya, dan dia melengkapkan
dengannya seratus. Kemudian dia telah bertanya tentang penduduk bumi yang
paling `alim, dan telah ditunjukkan ke atas seorang lelaki yang `alim. Maka dia
berkata: Sesungguhnya dia telah membunuh seratus jiwa, maka adakah baginya
daripada tawbat? Maka dia berkata: Ya, dan siapakah yang menghalang
antaranya dan antara tawbat? Pergilah ke bumi begini dan begini, maka
sesungguhnya padanya terdapat manusia-manusia yang menyembah Allah,
maka sembahlah Allah bersama mereka, dan janganlah kembali ke bumi kamu,
kerana sesungguhnya ia bumi yang jahat. Maka dia telah bertolak sehingga
apabila jalan menjadi separuh, maut mendatanginya. Kemudian bertelingkah
padanya mala’ikat rahmat dan mala’ikat `azab, dan berkata mala’ikat rahmat:
Dia telah datang dalam keadaan bertawbat, menghadapkan hatinya kepada
Allah. Dan berkata mala’ikat `azab: Sesungguhnya dia tidak melakukan
kebaikan sedikit pun. Maka datanglah kepada mereka satu mala’ikat dalam
bentuk manusia, dan mereka menjadikannya di antara mereka. Maka dia

8
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

berkata: Ukurlah apa-apa di antara dua bumi itu, maka kepada yang mana satu
antara kedua-duanya yang lebih dekat, maka dia adalah kepunyaannya. Maka
mereka mengukurnya dan mereka mendapatinya lebih dekat kepada bumi yang
dia mahukan. Maka mala’ikat rahmat mengambilnya. [Muslim/ 2766]

Dalam lafaz yang lain, Nabi berkata:


ٍ َّ ‫أ‬
‫ فَ َسأَلَهح‬،‫ فَ َج َع َل يَ ْسأ حَل َه ْل لَهح م ْن تَـ ْوبَة؟ فَأَتَى َراهباا‬،‫ني نَـ ْف اسا‬ َ ‫َن َر حج اَل قَـتَ َل ت ْس َعةا َوت ْسع‬
‫ حُثَّ َخَر َج م ْن قَـ ْريٍَة إ ََل قَـ ْريٍَة ف َيها‬،‫ حُثَّ َج َع َل يَ ْسأ حَل‬،‫ب‬
َ ‫الراه‬
َّ ‫ فَـ َقتَ َل‬،ٌ‫ك تَـ ْوبَة‬
َ َ‫ت ل‬ْ ‫ لَْي َس‬:‫فَـ َق َال‬
،‫ات‬ َ ‫ حُثَّ َم‬،‫ص ْدره‬ َ ‫ت فَـنَأَى ب‬ ‫ فَـلَ َّما َكا َن ِف بَـ ْعض الطَّريق أ َْد َرَكهح الْ َم ْو ح‬،‫صالحو َن‬ َ ‫قَـ ْوٌم‬
‫ب مْنـ َها‬َ ‫الصالَة أَقْـَر‬ َّ ‫ فَ َكا َن إ ََل الْ َق ْريَة‬،‫الر ْمحَة َوَم ََلئ َكةح الْ َع َذاب‬
َّ ‫ت فيه َم ََلئ َكةح‬ ْ ‫ص َم‬ َ َ‫اخت‬
ْ َ‫ف‬
‫ فَ حجع َل م ْن أ َْهل َها‬،‫بش ٍَْب‬
Bahawa seorang lelaki telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa, maka
jadilah dia bertanya: Adalah baginya daripada tawbat? Maka dia telah
mendatangi seorang rahib dan dia telah bertanya kepadanya, maka dia berkata:
Tiadalah bagi kamu tawbat. Maka dia telah membunuh rahib itu. Kemudian,
jadilah dia bertanya, kemudian dia keluar daripada satu kampung ke satu
kampung yang di dalamnya terdapat kaum yang salihun. Maka ketika dia di
sebahagian jalan, maut mendatanginya, dan dia menjauhkan dadanya,
kemudian dia mati. Kemudian bertelingkah padanya mala’ikat rahmat dan
mala’ikat `azab, dan kepada kampung yang salihah dia lebih dekat daripadanya
dengan sejengkal, maka dia dijadikan dari kalangan penduduknya. [Muslim/ 2766]

Tidakkah, jika niat di hati sahaja sudah cukup, maka tidak perlu berlaku pertelingkahan
antara dua mala’ikat itu? Tidakkah lelaki itu memang mahu bertawbat, justeru dia bertanya
adakah dia mempunyaï peluang untuk bertawbat? Dan lebih lagi, dia telah keluar daripada
kampungnya menuju ke kampung orang-orang salih, dan itu pun masih tidak mencukupi
hingga dua mala’ikat itu bertelingkah.
Lihat juga hadis berikut. Nabi berkata:
‫ َي‬:‫يل‬
َ ‫ أ َْو ق‬:‫ت‬
‫ قَ َال فَـ حق ْل ح‬،»‫ول ِف النَّار‬ ‫ فَالْ َقات حل َوالْ َم ْقتح ح‬،‫اجهَ الْ حم ْسل َمان ب َسْيـ َفْيه َما‬
َ ‫«إذَا تَـ َو‬
»‫صاحبه‬ َ ‫ «إنَّهح قَ ْد أ ََر َاد قَـْت َل‬:‫ فَ َما َِب حل الْ َم ْقتحول؟ قَ َال‬،‫اَّلل َه َذا الْ َقات حل‬َّ ‫ول‬ َ ‫َر حس‬
«Apabila berdepan dua orang muslim dengan dua pedang mereka, maka
pembunuh dan yang dibunuh di dalam neraka». Dia berkata: Maka saya berkata
– atau dikatakan –: Ya Rasula Llah, ini ialah pembunuh, maka apakah sebabnya
yang dibunuh? Dia berkata: «Sesungguhnya dia telah mahu membunuh
sahabatnya». [Muslim/ 2888]

Mengapakah mangsa yang terbunuh itu turut dimasukkan ke dalam neraka? Tidakkah
dia tidak membunuh? Di sini Nabi menyebut «Sesungguhnya dia telah mahu membunuh
sahabatnya» iaitu dia telah berusaha untuk membunuh saudaranya dengan mengangkat pedang
dan menghayunkannya.
Maka diketahuï bahawa usaha adalah suatu yang penting dan akan dibalas, walaupun
ia tidak sempat disempurnakan.

9
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

Kepentingan Azam

Selain itu, azam juga adalah suatu yang penting dan akan dibalas. Abu Kabsyah Al-
Annamariy meriwayatkan bahawa Nabi berkata:
،‫ َويَص حل فيه َرمحَهح‬،‫اَّللح َماَلا َوع ْل اما فَـ حه َو يَـتَّقي فيه َربَّهح‬ َّ ‫ َعْب ٍد َرَزقَهح‬،‫إََّّنَا الدنْـيَا ل َْربَـ َعة نَـ َف ٍر‬
‫صاد حق‬ َّ ‫ َو َعْب ٍد َرَزقَهح‬،‫ضل الْ َمنَازل‬
َ ‫اَّللح ع ْل اما َوََلْ يَـ ْرحزقْهح َماَلا فَـ حه َو‬ َ ْ‫ فَـ َه َذا ِبَف‬،‫َويَـ ْعلَ حم ََّّلل فيه َحقًّا‬
َّ ‫ َو َعْب ٍد َرَزقَهح‬،ٌ‫َج حرحُهَا َس َواء‬
‫اَّللح‬
ٍ
ْ ‫ت ب َع َمل فحَلَن فَـ حه َو بنيَّته فَأ‬ ‫َن ِل َماَلا لَ َعم ْل ح‬ َّ ‫ لَ ْو أ‬:‫ول‬‫النيَّة يَـ حق ح‬
،‫ َوَلَ يَص حل فيه َرمحَهح‬،‫ط ِف َماله بغَ ْْي ع ْل ٍم َلَ يَـتَّقي فيه َربَّهح‬ ‫ فَـ حه َو ََيْب ح‬،‫َماَلا َوََلْ يَـ ْرحزقْهح ع ْل اما‬
:‫ول‬ َّ ‫ َو َعْب ٍد ََلْ يَـ ْرحزقْهح‬،‫َخبَث الْ َمنَازل‬
‫اَّللح َماَلا َوَلَ ع ْل اما فَـ حه َو يـَ حق ح‬ ْ ‫ فَـ َه َذا ِب‬،‫َوَلَ يَـ ْعلَ حم ََّّلل فيه َحقًّا‬
.ٌ‫ت فيه ب َع َمل فحَلَ ٍن فَـ حه َو بنيَّته فَوْزحرحُهَا َس َواء‬ ‫َن ِل َماَلا لَ َعم ْل ح‬ َّ ‫لَ ْو أ‬
Sesungguhnya dunia itu adalah untuk empat golongan. Seorang hamba yang
Allah rezekikannya harta dan ilmu, maka dia bertaqwa padanya kepada
Tuannya, dan dia menyambung padanya kekeluargaannya, dan dia mengetahuï
bagi Allah padanya terdapat haq, maka ini adalah kedudukan yang paling baik.
Dan seorang hamba yang Allah rezekikannya ilmu tetapi tidak direzekikannya
harta, maka dia ialah seorang yang tulus niatnya, dia berkata: Kalaulah saya
mempunyaï harta, pasti saya beramal dengan amalan si fulan, maka dia dengan
niatnya, dan ganjaran mereka berdua adalah sama. Dan seorang hamba yang
Allah rezekikannya harta tetapi tidak direzekikannya ilmu, maka dia
membelanjakan pada hartanya dengan tanpa ilmu, dia tidak bertaqwa padanya
kepada Tuannya, dan dia tidak menyambung padanya kekeluargaannya, dan dia
tidak mengetahuï bagi Allah padanya terdapat haq, maka ini ialah kedudukan
yang paling buruk. Dan seorang hamba yang Allah tidak rezekikannya dengan
harta dan tidak ilmu, maka dia berkata: Kalaulah saya mempunyaï harta, pasti
saya beramal padanya dengan amalan si fulan, maka dia dengan niatnya, dan
dosa mereka berdua adalah sama. [At-Tirmizi/ 2325, ini ialah hadis hasan sahih]

Hadis di atas menekankan bahawa seseorang yang berazam untuk melakukan sesuatu –
sama ada kebaikan atau kejahatan – maka dia akan dibalas berdasarkan keazamannya,
walaupun dia belum beramal atau tidak mampu beramal dengan hal itu.
Abu d-Darda’ meriwayatkan bahawa Nabi berkata:
‫ب لَهح َما‬ ْ ‫صلي ِبللَّْيل فَـغَلَبَـْتهح َعْيـنحهح َح ََّّت يح‬
َ ‫صب َح حكت‬ َ ‫وم يح‬َ ‫اشهح َوحه َو يَـْنوي أَ ْن يَـ حق‬
َ ‫َم ْن أَتَى فَر‬
‫ص َدقَةا َعلَْيه م ْن َربه‬َ ‫ َوَكا َن نَـ ْوحمهح‬،‫نَـ َوى‬
Sesiapa mendatangi tilamnya sedangkan dia berniat untuk bangun bersalat
ketika malam, kemudian matanya mengalahkannya sehingga dia bangun pagi,
dituliskan baginya apa yang dia niatkan, dan tidurnya adalah sadaqah ke
atasnya daripada Tuannya. [Ibnu Khuzaymah/ 1172]

Sangat menarik apabila hadis ini menyebut perkataan ‘niat’ tetapi, apabila kita lihat, ia
tidak sama dengan apa yang kita faham dengan perkataan ‘niat’. Di dalam hadis disebutkan

10
Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.
Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,
Shah Alam, 24 Disember 2016.

«sedangkan dia berniat untuk bangun bersalat», dan yang dimaksudkan dengan ‘berniat’ di sini
bukanlah menyebut lafaz niat iaitu (‫حصلي‬
َ ‫ )أ‬usalli, kerana dia belum bersedia untuk bersalat,
tetapi, ia ialah azam atau keinginan untuk bersalat.

Bilakah Berniat?

Abu l-Juwayriyah berkata:


‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم أَ ََّن‬
َّ ‫صلَّى‬ َ ‫اَّلل‬َّ ‫ول‬ َ ‫ت َر حس‬‫ َِبيَـ ْع ح‬:‫ قَ َال‬،‫اَّللح َعْنهح َح َّدثَهح‬
َّ ‫يد َرض َي‬ َّ ‫أ‬
َ ‫َن َم ْع َن بْ َن يَز‬
‫َخَر َج َد ََّنن َْي‬ْ ‫يد أ‬ ‫ َوَكا َن أَِب يَز ح‬،‫ت إلَْيه‬ ‫اص ْم ح‬َ ‫ َو َخ‬،‫ب َعلَ َّي فَأَنْ َك َحِن‬ َ َ‫ َو َخط‬،‫َوأَِب َو َجدي‬
‫اَّلل َما‬َّ ‫ َو‬:‫ فَأَتَـْيـتحهح ِبَا فَـ َق َال‬،‫َخ ْذ حُتَا‬
َ ‫ت فَأ‬‫ فَجْئ ح‬،‫ض َع َها عْن َد َر حج ٍل ِف املَ ْسجد‬ َ ‫ فَـ َو‬،‫َّق ِبَا‬
‫صد ح‬ َ َ‫يَـت‬
‫ت َي‬ َ ْ‫ك َما نَـ َوي‬ َ َ‫ «ل‬:‫ فَـ َق َال‬،‫اَّللح َعلَْيه َو َسلَّ َم‬َّ ‫صلَّى‬ َ ‫اَّلل‬
َّ ‫اص ْمتحهح إ ََل َر حسول‬ َ ‫ فَ َخ‬،‫ت‬ ‫إ َّي َك أ ََرْد ح‬
»‫ت َي َم ْع حن‬ َ ‫َخ ْذ‬
َ ‫ك َما أ‬ َ َ‫ َول‬،‫يد‬ ‫يَز ح‬
Bahawa Ma`n bin Yazid telah bercerita kepadanya, dia berkata: Saya telah
membay`ah Rasula Llah, saya dan bapa saya dan datuk saya, dan dia telah
menunangkan saya kemudian dia telah menikahkan saya. Dan saya telah
bersumpah setia kepadanya. Dan bapa saya Yazid telah mengeluarkan beberapa
dinar yang dia bersadaqah dengannya, dan dia telah meletakkannya di sisi
seorang lelaki di masjid. Kemudian, saya telah datang dan saya telah
mengambilnya, kemudian saya telah mendatanginya dengannya. Maka dia
berkata: Demi Allah, bukan kepada kamu saya inginkan. Maka saya telah
mengadukannya kepada Rasuli Llah, dan dia berkata: «Bagi kamu apa yang
kamu niatkan ya Yazid, dan bagi kamu apa yang kamu telah ambil ya Ma`n». [Al-
Bukhariy/ 1422]

Di dalam hadis di atas, Nabi menyebut «Bagi kamu apa yang kamu niatkan ya Yazid»,
iaitu apabila Yazid bersadaqah dengan beberapa dinar. Kita semua maklum bahawa kita tidak
diajar berniat ketika bersadaqah, juga tidak diajar lafaznya. Maka apakah yang dimaksudkan
dengan niat dalam hadis ini? Bilakah seseorang yang bersadaqah berniat? Sekali lagi, ‘niat’
dalam hadis di atas tidak bermaksud lafaz niat atau ucapan niat.

Penutup

Daripada perbincangan di atas, kertas kerja ini telah membentangkan beberapa sudut
pandang yang berbeza dengan yang biasa dibincangkan di dalam bidang fiqh. Niat ialah
perkara yang hanya dapat dinilai oleh Allah iaitu ketika Dia menghisab dan membalas amalan
manusia. Dalam nas, Nabi tidak mengajarkan tentang niat dalam mana-mana `ibadah,
sebaliknya Nabi menekankan tentang amal iaitu perbuatan. Di akhirat, apa yang diniatkan dan
disebut oleh manusia boleh jadi terbatal, kerana Allah mengetahuï apa yang ada di dalam dada.
Manusia perlu berusaha dan berazam untuk melakukan kebaikan, kerana usaha dan azam itu
akan dibalas, sama ada kebaikan atau kejahatan. Kertas kerja ini menjelaskan bahawa ‘niat’
yang disebut di dalam nas adalah berbeza dengan ‘niat’ yang biasa difahami oleh masyarakat.
Justeru, daripada perbincangan yang dibawakan, seseorang muslim dapat menilai niat menurut
neraca sunnah dan mendekatkan diri dengan kehendak agama dalam persoalan agama.

11
‫‪Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.‬‬
‫‪Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,‬‬
‫‪Shah Alam, 24 Disember 2016.‬‬

‫‪Rujukan‬‬

‫‪ .1‬القرآن الكرمي‪.‬‬
‫‪ .2‬أبو العباس‪ ،‬شهاب الدين أمحد بن إدريس بن عبد الرمحن املالكي الشهْي ِبلقراِف (ت‪684 :‬ه)‪.‬‬
‫الذخرية‪ .‬الطبعة الوَل‪ .‬بْيوت‪ :‬دار الغرب اْلسَلمي‪1994 .‬م‪.‬‬
‫صحيح‬‫ح َ‬ ‫‪ .3‬أبو الفضل‪ ،‬عياض بن موسى بن عياض بن عمرون اليحصِب السبَت (ت‪544 :‬ه)‪َ .‬ش ْر ح‬
‫ال ال ُمعلِ ِم ب َف َوائِ ِد ُمسلِم‪َ .‬تقيق‪ :‬الدكتور َْي ََي إ َْسَاعيل‪ .‬الطبعة‬ ‫حم ْسلم لل َقاضى عيَاض املسمى‪ :‬إِ َ‬
‫كم ُ‬
‫الوَل‪ .‬مصر‪ :‬دار الوفاء للطباعة والنشر والتوزيع‪1419 .‬هـ‪1998 /‬م‪.‬‬
‫‪ .4‬أبو بكر‪ ،‬حممد بن إسحاق بن خزمية بن املغْية (ت‪311 :‬ه)‪ .‬صحيح ابن خزمية‪َ .‬تقيق‪ :‬د‪.‬‬
‫حممد مصطفى العظمي‪ .‬بْيوت‪ :‬املكتب اْلسَلمي‪.‬‬
‫‪ .5‬أبو جعفر الطَبي‪ ،‬حممد بن جرير بن يزيد بن كثْي بن غالب اآلملي (ت‪310 :‬ه)‪ .‬جامع البيان‬
‫يف أتويل القرآن‪َ .‬تقيق‪ :‬أمحد حممد شاكر‪ .‬الطبعة الوَل‪ .‬بْيوت‪ :‬مكتبة دار السَلم‪1420 .‬هـ‪/‬‬
‫‪2000‬م‪.‬‬
‫‪ .6‬أبو عبد الرمحن أمحد بن شعيب بن علي اخلراساِن النسائي (ت‪303 :‬ه)‪ .‬اجملتىب من السنن‪.‬‬
‫َتقيق‪ :‬عبد الفتاح أبو غدة‪ .‬الطبعة الثانية‪ .‬حلب‪ :‬مكتب املطبوعات اْلسَلمية‪1409 .‬هـ‪/‬‬
‫‪1986‬م‪.‬‬
‫‪ .7‬زين الدين عبد الرمحن بن أمحد بن رجب بن السن (ت‪795 :‬ه)‪ .‬جامع العلوم واحلكم يف‬
‫شرح مخسني حديثا من جوامع الكلم‪َ .‬تقيق‪ :‬شعيب الرَّنؤوط وإبراهيم ِبجس‪ .‬الطبعة السابعة‪.‬‬
‫بْيوت‪ :‬مؤسسة الرسالة‪1422 .‬هـ‪2001 /‬م‪.‬‬
‫‪ .8‬شهاب الدين‪ ،‬أمحد بن حممد بن أىب بكر بن عبد امللك القسطَلِن (ت‪923 :‬ه)‪ .‬إرشاد الساري‬
‫لشرح صحيح البخاري‪ .‬الطبعة السابعة‪ .‬مصر‪ :‬املطبعة الكَبى المْيية‪1323 .‬هـ‪.‬‬
‫‪ .9‬حممد بن إَساعيل أبو عبد هللا البخاري‪ .‬اجلامع املسند الصحيح املختصر من أمور رسول هللا‬
‫صلى هللا عليه وسلم وسننه وأايمه‪َ .‬تقيق‪ :‬حممد زهْي بن َّنصر الناصر‪ .‬الطبعة الوَل‪ .‬دار طوق‬
‫النجاة‪1422 .‬ه‪.‬‬

‫‪12‬‬
‫‪Mohd ‘Adlan Bin Mohd Shariffuddin (2016), Menilai Niat Menurut Neraca Sunnah.‬‬
‫‪Konvensyen UiTO kali ke-2 2016, Dewan Bushra Al-Birr Training Centre Sdn. Bhd.,‬‬
‫‪Shah Alam, 24 Disember 2016.‬‬

‫بد (ت‪354 :‬ه)‪ .‬اإلحسان يف تقريب‬ ‫‪ .10‬حممد بن حبان بن أمحد بن حبان بن معاذ بن َم ْع َ‬
‫صحيح ابن حبان‪ .‬ترتيب‪ :‬المْي عَلء الدين علي بن بلبان الفارسي‪َ .‬تقيق‪ :‬شعيب الرنؤوط‪.‬‬
‫الطبعة الوَل‪ .‬بْيوت‪ :‬مؤسسة الرسالة‪1408 .‬هـ‪1988 /‬م‪.‬‬
‫‪ .11‬حممد بن عيسى بن َس ْورة (ت‪279 :‬ه)‪ .‬اجلامع الكبري‪َ .‬تقيق‪ :‬بشار عواد معروف‪ .‬بْيوت‪:‬‬
‫دار الغرب اْلسَلمي‪1998 .‬ه‪.‬‬
‫‪ .12‬مسلم بن الجاج (ت‪261 :‬ه)‪ .‬املسند الصحيح املختصر بنقل العدل عن العدل إىل‬
‫رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‪َ .‬تقيق‪ :‬حممد فؤاد عبد الباقي‪ .‬بْيوت‪ :‬دار إحياء الرتاث العرِب‪.‬‬

‫‪13‬‬

‫‪View publication stats‬‬

Anda mungkin juga menyukai