Anda di halaman 1dari 22

Teknik KaJuRa DALAM MENGUASAI NILAI TEMPAT

NOMBOR SEHINGGA RATUS JUTA

Oleh

Zahari Bin Mohamad

mzahari1977@gmail.com

Abstrak
Penyelidikan Tindakan ini bertujuan membantu bekas murid pemulihan khususnya
di tahap II mengenal dan menguasai asas dan nilai tempat nombor. Dalam
penyelidikan ini, saya menggunakan kaedah pemerhatian yang memfokuskan
tingkah laku serta cara murid menjawab soalan serta menganalisis lembaran kerja
murid untuk melihat tahap penguasaan murid terhadap nilai tempat nombor.
Saya mengambil masa selama 4 minggu untuk melaksanakan penyelidikan ini.
Respondan menunjukkan perubahan yang sangat positif terhadap penggunaan
Teknik/Kaedah KaJuRa semasa menjawab soalan berkaitan nilai tempat nombor.
Melalui kaedah ini murid-murid saya dapat menyebut dan menulis nilai tempat
sehingga 9 digit iaitu Ratus Juta dengan cepat dan betul. Kesimpulannya,
penyelidikan ini memberikan motivasi kepada diri saya untuk terus melaksanakan
penyelidikan dalam mencari kaedah yang terbaik untuk membantu bekas murid
pemulihan saya dan kemudian mereka dapat mengikuti pembelajaran di kelas
perdana. Selain itu juga penyelidikan ini mampu membantu murid-murid saya dalam
menyelesaikan soalan yang berkaitan Nilai Tempat dan Nilai Digit, Bundar dan
Cerakinkan

Kata kunci : Kaedah KaJuRa, Nilai Tempat Nombor, Bundar, Cerakinkan

Abstrack
This Action research was to aims for the former remedial class especially the pupils
in Level II in order to learn and master the basic numbers and value place in
numbers. In this research, I use verities of methods that give more focus to human
behavioral via observation and how the pupils answer each questions. Apart of that,
its also help to analyze the students' worksheets in order to see the pupils' level of
mastery for the topic place numbers. My research has been ongoing for 4 weeks to
be completed. My research instruments, which was my own pupils showed a very
positive changes towards the uses of KaJuRa method while answering the questions
related to the topic. Through this method, my pupils can call and write the position of
numbers up to 9 digits of Hundred Million is easily and accurate. In conclusion, this
research motivate myself to continue with the next one that identify best ways to
help the former remedial pupils so they can be put to the premier class. In addition,
this research will also help my pupils to solve questions related to Value Place and
Value Digit, Round and how to separate or beak down it into the nearest digit.

Key Word: KaJuRa method, place numbers, Value Place and Value Digit, Round

1
PENGENALAN

Konteks

Saya merupakan seorang guru pemulihan yang memegang Diploma Pendidikan

Pemulihan Khas daripada Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) Kedah,

pengkhususan dalam bidang Matematik dan Bahasa Melayu. Saya juga memiliki

Diploma Dalam Pengurusan Murid Berkeperluan Khas- Nortingham Universiti

Cawangan Malaysia tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kumpulan Sasar

Penyelidikan Tindakan ini melibatkan 6 orang murid bekas murid pemulihan saya

iaitu 3 orang murid dari tahun 4 dan 3 orang murid dari tahun 5. Saya menggunakan

singkatan huruf bagi mewakili nama mereka dan ianya bukan nama sebenar. 3

orang murid tahun 3 iaitu Herdon (M1), Rahul Jonis Jaff (M2) dan Fenilis St. John

(M3). 3 orang dari tahun 4 ialah Lorona Donold (M4), Jarhan Jamis (M5) dan Jeffry

Jounis Osima (M6). Peserta kajian ini tidak terlibat dengan Pemulihan Bahasa

Melayu. Ini Bermakna mereka tiada masalah dalam menulis dan memahami arahan

guru.

Latang Belakang

Pengalaman mengajar program pendidikan pemulihan khas selama 8 tahun telah

banyak membantu saya dalam menyiapkan penyelidikan ini. Saya juga terlibat

secara tidak langsung mengajar matematik aliran perdana di tahap I dan II. Saya

dapati permasalahan yang sama dialami oleh murid-murid saya baik di tahap I dan

di tahap II mahupun di aliran perdana iaitu mereka keliru nilai tempat bila mana

melibatkan angka yang besar seperti puluh ribu dan ke atas. Sebagai contoh soalan

2
ini, 403987 tulis dalam perkatan. Ada yang tulis, empat puluh ratus…ada yang

tulis empat puluh juta….empat puluh tiga ratus…. dan pelbagai variasi jawapan

yang saya ketemui. Mereka tidak ada satu teori atau cara khas untuk menentukan

nilai tempat. Ada yang akan tulis apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka apabila

menjawab soalan yang diberikan. Oleh yang demikian, saya terfikir untuk mencipta

satu kaedah yang dapat menyelesaikan permasalah ini

Rasional Kajian

Kebanyakan inovasi yang telah dihasilkan atau berada di pasaran berbentuk

sesuatu nama atau akronim, contohnya Bacalah Anakku, Cepat Baca, Kaedah

Sikuda, Kaedah Kasdam dan banyak lagi. Namun saya tampil dengan satu kelaian

dengan nama Kaedah KaJuRa dalam menyelesaikan permasalahan tidak kenal,

tidak ingat nilai tempat. Saya memperkenalkan kaedah ini melalui teknik

penceritaan. Nama KaJuRa adalah akronim daripada KATIL, JURISA DAN

RAPUSA. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kaitan cerita ini dan cara

menyelesaikan masalah ini. Itulah satu strategi yang saya telah atur untuk menarik

minat murid-murid dan para pendidik yang lain dalam menyelesaikan isu ini. Ianya

berbentuk cerita yang mengandungi unsur-unsur moral atau nilai-nilai murni dan

sekali gus dapat memperkenalkan kaedah untuk menyelesaikan atau mengenali nilai

tempat.

3
Perincian Akiviti

Dalam kaedah ini saya akan menampilkan 3 watak utama iaitu JuRiSa iaitu Abang,

RaPuSa iaitu adik dan Ayah ( Tidak bernama). Kisah adik beradik ini yang suka

bersaing atau berlumba-lumba dalam apa jua keadaan. Masing-masing tidak mahu

mengalah dan mahu terkehadapan. Suatu hari mereka bermain teka-teki berkaitan

dengan nombor. Si adik ( RaPuSa) memberi sebaris nombor dan meminta abangnya

(JuRiSa) menyebutnya dalam perkataan. Abangnya tidak dapat menjawab sebab

melibatkan nombor enam angka. Maka bergembiralah si adik sebab si abang tidak

dapat menjawabnya. Maka abang juga memberi sebaris nombor 8 angka dan minta

adiknya menyebut dalam perkataan. Ternyata adiknya juga gagal menyebut nombor

tadi dalam perkataan dengan betul. Kedua-dua mereka gagal menjawab dengan

betul. Keadaan menjadi agak tegang apabila masing-masing tidak mahu mengaku

kalah dan saling tuduh menuduh.

Si ayah datang dan meleraikan pergaduhan lisan mereka dengan menceritakan

keadaan kehidupan mereka dua beradik. Ayah memuji kedua anak ini, anak yang

baik dan senantiasa nak bersaing antara satu sama lain. Ayah mengaitkan keadaan

bilik tidur mereka yang ada katil dua tingkat (Double Decker ). Si adik tidur di atas

dan si abang tidur di bawah. Setiap tingkat katil mereka ada tertulis nama mereka

iaitu JuRiSa dan RaPuSa agar mereka tertukar tempat tidur. Jadi ayah mengambil

kisah cerita katil mereka itu untuk menyelesaikan masalah mereka seperti ilustrasi di

bawah :

4
Katil SaPuRa

Sa Katil JuRiSa
Rajah 1 : Kedudukan Katil Si JuRiSa & Si RaPuSa

Berdasarkan rajah 1 di atas, Si Ayah menerangkan kepada anak-anak mereka cara

untuk selesaikan atau nak tulis dalam perkataan nombor di atas. Mula dari kanan

dengan kiraan tiga buat garisan menegak, ulang lagi kiraan tiga dan buat garisan,

ulang seperti rajah 1 di atas..Buat garisan melintang atas setiap digit dan tulis

Ra(Ratus), Pu (Puluh) dan Sa (sa) ulang lagi proses ini sehinggalah semua digit ada

namanya. Kemudian buat garisan melintang di bawah digit dan tulis tulis Ju (Juta),

Ri (Ribu) dan Sa seperti rajah 1 di atas. Mulakan menyebut atau membaca dari digit

paling kiri, naik ke atas sebut nilai rumah, turun ke bawah sebut digit, naik ke atas

semula sebut nilai rumah dan turun ke bawah dan sebut digit. Sebagai contoh, cara

menyebut nombor di atas ialah , 1 Ra (ratus) 9 Pu (puluh) 2 Ju (Juta), 8 Ra ( Ratus)

4 Pu (Puluh) 6 Ri (Ribu) 2 Ra (Ratus) 7 Pu (Puluh) 4 Sa. Maka di sini Si Ayah

menerangkan konsep saling berkerjasama dan saling melengkapi antara mereka.

Selepas digit 2, 6 dan 5 ada satu garisan menegak yang menggambarkan

penghalang dan si adik terpaksa ke bawah dan bertanyakan si abang. Ini

menggambarkan jika adik hadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan, maka

rujuklah abang atau kakak sebelum merujuk kepada yang lebih tua seperti ayah dan

ibu.

5
TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Perancangan Tindakan
Dalam kajian ini saya telah menggunakan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946)
apabila masalah kajian telah dikenalpasti. Kurt Lewin menyatakan bahawa
penyelidikan tindakan mengandungi empat peringkat dalam lingkaran iaitu bermula
dengan perancangan dikuti tindakan, pemerhatian dan refleksi. Lingkaran berkenaan
boleh berulang ke lingkaran kedua, ketiga dan seterusnya sehingga masalah yang
dihadapi dapat diselesaikan. Pendekatan kajian tindakan dikatakan paling berkesan
apabila perancangan itu diaplikasikan dalam situasi yang sebenar (Dick, 1995).
Penyelidikan tindakan bersifat tidak formal, kualitatif, formatif, subjektif, intepretatif,
reflektif dan merupakan model inkuiri pengalaman (Hopkins, 1993). Berikut
merupakan gambaran visual berkaitan dengan perancangan tindakan bagi kajian
saya ini:
1.1.1 Tinjauan Awal

Lingkaran Pertama
(tinjauan awal)

6
Plan (merancang)
Pada peringkat merancang bagi tinjauan awal ini saya telah mengenalpasti masalah
murid dalam mata pelajaran Matematik berdasarkan kepada lembaran kerja yang
dijawab oleh murid dan pengalaman semasa PdP dijalankann di kelas pemulihan
mahupun di aliran perdana. Jadi saya berpendapat masalah tidak mengenal nilai
tempat nombor merupakan satu masalah yang perlu diberi perhatian yang serius.
Justeru itu, saya perlu melakukan kajian berdasarkan kepada masalah ini.

Act (bertindak)
Setelah mengenalpasti masalah, saya terus melakukan tinjauan bagi memilih
sampel kajian saya. Kelas yang menjadi sasaran saya adalah kelas Tahun 4 Aktif
dan 5 Dinamik.Saya telah menyemak buku latihan matematik mereka bagi melihat
perkembangan mereka dalam tajuk nilai tempat dan tajuk lain yang berkaitan
dengan nilai tempat nombor seperti Bundarkan, Cerakinkan .Saya juga telah
melakukan satu ujian Diagnostik dalam tajuk nilai tempat sehingg nilai tempat ratus
juta (100 000 000). Seramai 6 orang murid telah mengambil ujian tersebut. Saya
telah menyediakankan 3 set soalan yang berlainan dan mengandungi 8 peringkat.
Murid-murid yang telah dipilih ini tidak menghadapi masalah di dalam Matapelajaran
Bahasa Melayu.

Pencapaian 6 orang murid yang telah dipilih sebagai sampel kajian adalah seperti
yang berikut:
Data Ujian Diagnostik

7
Gambarajah di bawah menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh murid semasa
menjawab soalan nilai tempat

Rajah 2 : Kesalahan murid pada nilai tempat

Gambarajah 2 menunjukkan murid salah menamakan tempat dengan nilai yang


betul.

Observe (memerhati)
Bagi tinjauan awal ini, saya telah membuat pemerhatian dari segi tingkah laku murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya melihat kepada
kesungguhan mereka dalam pembelajaran. Murid yang telah saya pilih sebagai
sampel kajian ini dilihat kurang bersemangat dan kurang berminat untuk belajar
matematik.Soalan yang diberikan dianggap amat sukar untuk dijawab apabila
melibatkan angka yang besar.Ini kerana mereka tidak kenal, tidak tahu dan tidak
faham konsep nilai tempat.

Reflect (mereflek)
Berdasarkan kepada data yang didapati. Saya yakin bahawa muri-murid ini
mengalami masalah dalam menguasai nilai tempat nombor. Saya juga yakin dan
percaya bahawa masalah tidak menguasai nilai tempat nombor ini berlaku di
kalangan murid-murid lain di setiap sekolah rendah. Masalah ini jika tidak
diselesaikan dengan kadar yang segera akan menganggu proses pdp di dalam

8
kelas.. Jadi saya memutuskan untuk menggunakan kaedah KaJuRa sebagai
intervensi bagi menyelesaikan masalah nilai tempat ini.
1.1.2 Fasa Awal

Lingkaran kedua
(fasa awal)

Plan (merancang)
Setelah mengenalpasti masalah, memilih sampel kajian dan memilih intervensi yang
sesuai pada tinjauan awal maka untuk fasa awal ini pula saya akan merancang satu
rancangan pengajaran harian (RPH) dengan menggunakan Teknik/ Kaedah KaJuRa
untuk dilaksanakan kepada 6 orang murid yang telah dipilih berdasarkan kepada
ujian yang dilakukan pada tinjauan awal.

Act (bertindak)
Melalui RPH yang akan saya rangka dengan menggunakan intervensi yang dipilih
saya akan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
pemulihan saya. Saya akan mengfokuskan kepada 6 orang murid yang telah dipilih
sebagai sampel bagi kajian ini. Setelah dua minggu pdp dilaksanakan dengan
menggunakan Teknik KaJuRa ini, saya akan membuat satu ujian yang dipanggil
Post Test 1, bagi melihat keberkesanan penggunaan teknik ini di dalam pdp.

9
Observe (memerhati)
Saya akan merekodkan segala dapatan yang diperolehi semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan bagi bagi melihat keberkesanan intervensi yang telah
dipilih. Saya juga akan menjalankan satu sesi temu bual kepada semua sampel
kajian saya. Temu bual yang dijalankan ini adalah berbentuk berstruktur yang mana
soalan-soalan temu bual telah disediakan. Selain itu, saya juga akan melakukan
pemerhatian berstruktur serta menulis jurnal.

Reflect (mereflek)
Hasil ujian Post Test 1 akan dinilai dan dikaji bagi mengenalpasti punca-punca
penguasaan murid. Saya juga akan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada peringkat Act (tindakan)
yang telah menggunakan intervensi kaedah KaJuRa. Saya akan bawa data yang
dikumpul dalam fasa ini kepada fasa yang seterusnya iaitu fasa akhir.

1.1.3 Fasa Akhir

Lingkaran ketiga
(fasa akhir)

Plan (merancang)

10
Pada fasa akhir ini saya akan menggunakan semua data dan maklumat yang telah
saya perolehi pada fasa awal sebelum ini. Data dan maklumat yang saya perolehi ini
akan saya selidiki dan kaji secara mendalam bagi merangka satu lagi rancangan
pengajaran harian yang lebih sesuai dan lebih berpusatkan murid dengan
menggunakan intervensi yang sama iaitu nilai tempat dengan kaedah KaJuRa.
Beberapa pendekatan akan diambil bagi memastikan murid dapat kuasai teknik ini
dengan baik.

Act (bertindak)
Saya akan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirangka
rancangan pengajaran hariannya pada peringkat Plan (merancang) kepada kelas
pemulihan saya dengan berfokus kepada sampel kajian yang telah dipilih dengan
menggunakan beberapa alat atau bahan bantu belajar yang telah dicipta . Alat bantu
belajar yang dimaksudkan ialah Kad KaJuRa dan Kad Sorek. Kedua-dua bahan
maujud ini diyakini dapat membantu dan memudahkan murid menguasai topik ini
dengan mudah. Di akhir minggu ke empat (4) saya akan melaksanakan satu ujian
Post Test Dua (2) berkaitan tajuk yang diajar dengan menggunakan intervensi yang
diajar bagi melihat keberkesanan intervensi yang telah dipilih.

Observe (memerhati)
Saya akan mencatat dan merekod segala temu bual dan pemerhatian berstruktur
yang telah dijalankan dalam fasa akhir ini. Saya juga akan mencatatkan setiap
tingkah laku sampel kajian selama berada dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Reflect (mereflek)
Saya akan melaksanakan satu huraian berkaitan dengan intervensi yang telah dipilih
berdasarkan kepada data dan maklumat yang telah diperolehi. Ini penting bagi
menentukan sejauh Kaedah KaJuRa ini berjaya membantu murid dalam
meningkatkan kemahiran mereka bagi tajuk nilai tempat nombor.

11
Perancangan Cara Mengumpul Data
Bagi mengumpul data saya akan menggunakan cara atau kaedah pemerhatian,
temu bual dan ujian. Definisi dan huraian bagi setiap kaedah pengumpulan data ini
adalah seperti yang berikut:

Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu proses pengumpulan maklumat secara terbuka dan
secara langsung dengan memerhatikan orang ramai dan tempat-tempat di tapak
pemerhatian (Creswell, 2005).

Terdapat dua jenis pemerhatian iaitu pemerhatian mengikut struktur am dan


pemerhatian mengikut peranan penyelidik. Pemerhatian mengikut peranan
penyelidik ini pula dibahagikan pula kepada 3 kategori iaitu pemerhati penuh,
pemerhatian peserta dan pemerhati-peserta. Saya telah memilih untuk menjadi
pemerhati penuh dimana sampel kajian tidak tahu mereka dikaji dan saya boleh
memerhatikan tingkah laku mereka didalam kelas semasa tinjauan awal dilakukan.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori


tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan
penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut
memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Bagi merekodkan pemerhatian tingkah laku didalam kelas, saya telah menggunakan
borang pemerhatian. Borang ini akan membantu saya merekod tingkah laku murid di
dalam kelas dengan lebih sistematik dan teratur. Aspek-aspek yang tertentu akan
direkodkan dengan menggunakan borang pemerhatian ini. Contoh borang
pemerhatian yang digunakan adalah seperti yang berikut:

Bil. Kelakuan No. meja


1 Berbual dengan rakan
2 Mengganggu pelajar lain
3 Menjawab soalan yang diajukan.
4 Bertanya soalan diluar topik yang diajar

12
5 Tidur
6 Termenung

Selain itu saya juga akan menggunakan rakaman video bagi membantu saya dalam
pemerhatian. Rakaman video ini akan merekod pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran saya ketika saya mengajar mereka nilai tempat dengan menggunakan
Kaedah KaJuRa

Temu Bual
Temu bual ialah situasi di mana penemu bual akan bertanya soalan kepada
sesorang atau lebih responden secara bersemuka (Sabitha, 2009). Temu bual ini
penting bagi saya untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam daripada sampel
kajian saya berkaitan dengan intervensi yang telah saya jalankan. Ini kerana kaedah
pemerhatian sahaja tidak mampu untuk memberikan saya maklumat yang terperinci.
Jadi kaedah temu bual ini diperlukan dalam pelaksanaan kajian ini.

Menurut Sabitha (2009) terdapat dua jenis temu bual yang utama iaitu temu bual
berstruktur dan temu bual tidak berstuktur. Temu bual berstuktur merupakan aktiviti
perbualan dan soal jawab yang mana bentuk dan kandungan soalan-soalan yang
hendak ditanya adalah terhad kepada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu
sahaja. Manakala temu bual tidak berstruktur pula merupakan aktiviti perbualan dan
soal jawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada
mendapat fakta-fakta tertentu.

Saya memilih untuk menggunakan temu bual jenis berstruktur kerana temu bual
jenis ini membantu saya mendapatkan maklumat yang saya inginkan dengan cepat,
tepat dan berfokus kepada kajian yang saya jalankan.

Bagi temu bual saya akan merangka soalan temu bual bagi fasa sebelum intervensi
dijalankan dan fasa selepas intervensi dijalankan. Temu bual ini akan dijalankan
dengan mengikut giliran setiap orang secara bersemuka dengan saya.

13
Ujian
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang
diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan (Raminah,1991).Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat
persediaan, diikuti pelaksanaan ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip
jawapan.Terdapat dua jenis ujian yang saya gunakan dalam kajian ini iaitu ujian
Diagnostik dan ujian Penilaian.

Ujian Diagnostik merupakan ujian yang pertama sekali dilakukan bertujuan bagi
mengesan kawasan kelemahan murid bagi tajuk yang telah dipilih. Ujian Diagnostik
ini saya lakukan semasa tinjauan awal. Ujian ini diberikan kepada 6 orang murid
iaitu sampel kajian yang akan diambil melalui ujian ini. Ujian ini terdiri daripada 3 set
soalan nilai tempat sehinggalah nilai tempat ratus juta ( 100 000 000).

Ujian Penilaian atau Ujian Post pula akan dilaksanakan selepas intervensi yang
dirancang berjaya diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ujian
Penilaian ini bertujuan bagi melihat sejauh mana intervensi Kaedah KaJuRa dapat
meningkatkan kemahiran murid dalam soalan nilai tempat.

Melalui ujian yang dijalankan saya berupaya untuk mendapatkan maklumat sama
ada kumpulan sasaran yang telah dipilih telah menguasai pengetahuan, kemahiran
atau sikap yang ingin disampaikan dalam kajian ini. Soalan-soalan ujian Diagnostik
dan ujian Penilaian adalah pada lampiran 3 dan lampiran 4.

Perancangan Cara Menganalisis Data

Pemerhatian
Data daripada borang pemerhatian dan rakaman video akan dianalisis dengan
menggunakan kaedah analisis kualitatif. Huraian terperinci akan dibuat berdasarkan
kepada data yang telah dikumpul.

14
Temu Bual
Daripada maklumat dan data yang telah saya perolehi melalui sesi temu bual pada
dua fasa iaitu fasa sebelum intervensi dijalankan dan fasa selepas intervensi
dijalankan akan dianalisis melalui transkrip temu bual. Rakaman audio yang diambil
akan memudahkan saya untuk menulis transkrip temu bual yang akan dilaksanakan.
Hasil temu bual akan dihuraikan secara terperinci.

Ujian
Ujian yang terlibat adalah dua jenis ujian iaitu ujian Diagnotstik dan ujian Penilaian.
Bagi ujian Diagnotstik saya akan menggunakan jadual di bawah bagi menganalisis
kumpulan sasaran saya.

Bagi ujian Pelepasan pula iaitu ujian yang dijalankan selepas Kaedah KaJuRa
diperkenalkan dan diajar kepada murid, Saya telah menjalankan 2 kali ujian
pelepasan untuk mengukur kefahaman mereka. Ujian pelesan 1 dibuat 2 minggu
selepas PdP dibuat dan Ujian Pelepasan 2 dibuat pada minggu terakhir iaitu minggu
ke 4 PdP menggunakan kaedah Kaedah KaJuRa

Data Ujian Pelepasan 1

15
Data Ujian Pelepasan 2

saya akan menganalisis markah yang diperolehi oleh kumpulan sasaran saya ini
dengan menggunakan kriteria yang berikut:

Markah Pencapaian Catatan


90 – 100 Cemerlang Objektif kajian tercapai dengan cemerlang
60 – 80 Baik Objektif kajian tercapai dengan baik
30 – 50 Sederhana Tidak mencapai objektif
0 – 20 Lemah Tidak mencapai objektif

16
Data Ujian Pra (Dianostik), Post 1 dan 2

17
1.2 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Jadual pelaksanaan / carta GANTT

Bil. Perkara Tarikh


1 Mengenalpasti masalah dan
pemgumpulan data tinjauan awal
2 Menulis kertas cadangan kajian
3 Merancang tindakan
4 Melaksanakan tindakan
5 Mengumpul data
6 Menganalisis data
7 Refleksi kajian
8 Menulis laporan kajian
9 Pembentangan dapatan kajian/seminar
10 Menulis artikel bagi prosiding
11 Menerbitkan prosiding
12 Menjilid laporan kajian

Kaedah Pentaksiran semasa P&P

Kaedah pentaksiran yang saya gunakan ialah kaedah pentafsiran lisan dan tulisan.

Ada kalanya kaedah ini boleh digunakan secara bersama dan secara berasingan.

Sebagai contoh murid yang agak pandai dan cepat faham, maka dia dapat baca

semula dan tulis nilai rumah nombor yang diberikan dengan cepat. Bagi murid-murid

yang agak lemah ia dapat faham dan dapat baca nilai tempat dengan betul tetapi

belum tentu ia dapat tulis dengan betul dan sebaliknya. Oleh itu pentafsiran semasa

P&P adalah berbeza antara murid mengikut kemampuan mereka.

18
Nilai Murni Yang Diterapkan

Nilai murni yang ingin diterapkan oleh saya melalui kaedah ini ialah semangat

berkerjasama antara satu sama lain, mendengar nasihat dan pesanan orang yang

lebih tua. Sebagai contoh kita merujuk kepada jadual 1 di atas, selepas digit 2, 6 dan

5 ada satu garisan menegak seolah-oleh tiang penghalang. Dalam kontek ini,

seolah-olah abang membiarkan adiknya menyelesaikan masalahnya sendirian

sehinggalah dia tidak boleh selesaikan barulah dia membantu adiknya. Di sini saya

nak ketengahkan nilai berdikari, kerjasama, bantu membantu serta saling

melengkapi.

Kekuatan Kaedah yang dipilh

Setiap inovasi yang dihasilkan mestilah mempunyai kekuatan dan kelebihan yang

tersendiri. Unsur ini membuatkan sesuatu inovasi itu mempunyai nilai yang tinggi.

Kaedah yang saya ciptakan ini mempunyai nilai dan kelebihan yang tersendiri

bermula dengan gaya persembahan dengan mengguna teknik penceritaan dan jalan

ceritanya yang penuh dengan nilai murni dan pengajaran. Teknik penceritaan ini

membolehkan murid-murid senang faham dan mudah ingat. Teknik atau kaedah ini

bukan setakat untuk mengenali nilai tempat sehingga ratus juta malah ianya dapat

menyelesaikan beberapa persoalan di dalam matematik seperti Nilai Tempat dan

Nilai Digit, Cerakinkan dan Bundarkan

Impak

Impak atau kesan daripada kaedah ini ialah ianya telah memberi satu jalan

penyelesaian kepada permasalah mengenal nilai tempat. Kebiasannya murid-murid

akan menghadapi masalah untuk mengenalpasti nilai tempat bila melibatkan angka

19
yang banyak atau besar. Murid-murid mungkin boleh dan mudah mengenalpasti nilai

yang kecil seperti ribu dan puluh ribu, bila mana masuk nilai juta dan ke atas,

mereka mulai keliru, bertukar-tukar dan berulang-ulang. Tetapi melalui kaedah ini

murid akan dapat kenalpasti dengan tepat nilai tempat atau rumah dengan mudah

dan cepat tanpa keliru lagi

Selain itu juga kaedah ini dapat digunakan untuk menyelesaikan soalan cerakin,

Bundar, Nilai Tempat dan Nilai Digit. Sebagai contoh:

Kaedah KaJuRa

sa

1. Apakah nilai Tempat yang bergaris. Dengan cepat murid akan kata Pu Ju.

Puluh Juta

2. Apakah nilai Digit yang bergaris. Murid-murid akan tulis digit 9 dan letakkan 7

sifar dibelakangnya 90 000 000

3. Bundarkan kepada Puluh Ribu Yang Terdekat. Murid-murid akan gariskan

digit PuRi (Puluh Ribu) dan lihat nombor selepasnya iaitu digit 2. Dalam

pelajaran yang lepas mahupun di kelas perdana telah diajar, jika nombor itu

berada antara 0 hingga 4 maka kita hampirkan kepada sifar dan jika nombor

yang dicari itu berada antara 5 hingga 9 maka kita ken tambah 1 kepada digit

yang bergaris. Dalam kes ini, digit 2 yang dicari, maka ia akan dihampirkan

kepada sifar. Bermakna selepas digit yang bergaris semua digit akan menjadi

sifar, 190 000 00.

20
4. Cerakinkan nombor di atas. Murid-murid akan tulis digit yang paling kiri dan

diikuti dengan digit sifar. Contohnya

100 000 000 + 90 000 000 + 2 000 000 + 800 000 + 40 000 + 6 000 + 2 00 +

70 + 4

Kesimpulan

Kaedah KaJuRa ini dapat membantu bekas murid pemulihan yang telah

kembali ke kelas perdana khususnya dan murid di aliran perdana amnya

untuk mengenali, tahu dan faham konsep nilai tempat nombor. Kaedah ini

juga dapat membantu murid-murid menyelesaikan atau menjawab soalan-

soalan yang berkaitan dengan nilai tempat nombor seperti Tulis dalam

perkataan, tulis dalan angka, nilai tempat, nilai digit, cerakinkan dan

bundarkan. Saya juga berharap ada pihak yang dapat membuat inovasi

bahan ini ke dalam bentuk animasi dan bahan interaktif selari dengan

perkembangan dunia IT.

21
Rujukan

Mohd Zain Mokmin (1984). Strategi Pengajaran dan Aktiviti Matematik Untuk
Kanak-Kanak Pemulihan.Jurnal Iktisas. 4.12-14.
Mook Soon Sang (1985). Pengajaran Matematik KBSR. Jurnal Iktisas.2. 59-
61. Mook Soon Sang dan Siew F.C (1986). Siri Maktab Perguruan-
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur: Heinemann (M) Sdn. Bhd.
Wan Mohamad Seridan Wan Hassan, Liew Su Tim (1992), Ke arah
Memahami Dan Mengurangkan Kesukaran Pembelajaran Matematik.
Skudai.Universiti Teknologi Malaysia

22

Anda mungkin juga menyukai