Anda di halaman 1dari 13

1

ISI KANDUNGAN

1.0 SINOPSIS…………………………………………………………………………………...…...3
2.0 DEFINISI QR CODE……………………………………………………………………….……3
3.0 KAEDAH PEMBINAAN QR CODE…………………………………………………………….4
4.0 APLIKASI QR CODE DI TELEFON PINTAR..……………………………….………………7
5.0 CARA MENGGUNAKAN QR CODE …………………………………………………….….10

2
1.0 SINOPSIS

Modul ini memperkenalkan kepada definisi QR Code, kaedah pembinaan QR Code, Aplikasi
yang digunakan untuk telefon pintar dan kaedah penggunaan QR Code. Secara
keseluruhannya modul ini akan membantu untuk membina secara kendiri QR Code dengan
mudah dengan berpandukan ilustrasi yang mudah difahami. Berikut merupakan beberapa
contoh QR Code yang telah dihasilkan:-

QR Code Youtube QR Code Facebook

2.0 DEFINISI QR CODE

QR Code bermaksud Quick Response Code yang merupakan sejenis kod bar generasi
kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi. QR Code dapat menyimpan
maklumat lebih banyak daripada Universal Product Code (UPC) biasa kerana ia
mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Penggunaan QR Code yang
membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih seperti telefon
pintar. Penggunaan QR Code ini dilihat lebih efisen dan mudah dikendalikan. Penggunaan
QR Code dapat membantu peserta untuk menghasilkan satu platform yang mudah untuk
diakses oleh orang ramai.

3
3.0 KAEDAH PEMBINAAN QR CODE

LANGKAH 1

 Pastikan perkara yang kita ingin kongsikan mempunyai URL. Kemudian salin
(copy) URL tersebut. Contohnya:-

LANGKAH 2

 Selepas salin (copy), buka laman web untuk menukar URL tersebut kepada bentuk
QR Code.
 Terdapat bermacam-macam lawan web yang membolehkan kita untuk
menukarnya sama ada berbayar mahupun percuma. Berikut laman web yang
mudah digunakan untuk menukar URL kepada QR Code.

Carian Google: https://www.qr-code-generator.com/

4
LANGKAH 3

 Letakkan URL yang telah di salin (copy) ke dalam ruang kotak yang disediakan.
 Kemudian, QR Code bagi URL tadi akan diproses dan akan muncul kotak
sebelah kanan.

2. QR Code yang
diproses muncul disini
1. Letakkan URL disini

LANGKAH 4
 Terdapat beberapa jenis pilihan design untuk mencantikkan QR Code. Anda
boleh memilih ikut kesukaan masing-masing. Namun tidak semuanya percuma
dan ada yang perlu dibayar.
 Selepas memilih design, tekan butang “download” dan tunggu seketika untuk
memberi web memproses QR Code.

Tekan butang download


Design yang boleh dipilih

5
LANGKAH 5
 Setelah itu, fail yang telah dimuat turun akan muncul dibawah skrin.
 Tekan fail tersebut, dan gambar QR Code yang dibuat akan muncul.
 QR Code yang telah terhasil boleh digunakan.

Fail yang telah siap di muat turun

Gambar QR Code yang telah siap dan sedia digunakan

6
4.0 APLIKASI QR CODE DI TELEFON PINTAR

Aplikasi QR Code di telefon pintar boleh dimuat naik melalui Google Play Store bagi
pengguna Android manakala bagi pengguna IOS boleh muat turun di Apple Store.

LANGKAH 1

 Buka Google Play Store atau Apple Store.


 Carian apliasi dengan menaip “ QR & BARCODE READER” dan tekan cari.

Taip carian dan tekan cari


Tempat carian aplikasi

7
LANGKAH 2

 Tekan aplikasi dan muat turun pada telefon pintar.


 Tunggu sehingga selesai muat turun.

Tekan “install”untuk
memuat turun aplikasi

8
LANGKAH 3

 Selepas selesai memuat turun, tekan buka untuk membuka perisian tersebut.
 Perisian dapat digunakan sepenuhnya.

Tekan buka untuk


membuka apliksi

Aplikasi yang telah dibuka

9
5.0 CARA MENGGUNAKAN QR CODE

LANGKAH 1

 Buka aplikasi QR Code yang telah di muat turun.


 Pilih “scan using the camera”
 Paparan utama aplikasi akan muncul.

Tekan untuk mengimbas


menggunakan kamera

Paparan utama aplikasi

10
LANGKAH 2

 Halakan kamera ke arah QR Code untuk mengimbasnya


 Pastikan QR Code masuk sepenuhnya ke dalam kotak pengimbas aplikasi
 Aplikasi akan memproses kod data pada QR Code

Kotak pengimbas Pastikan QR Code masuk


sepenuhnya kedalam
kotak pengimbas

11
LANGKAH 3

 Anda boleh memilih untuk melihat QR Code yang diimbas dengan menekan “view
code”
 Anda juga boleh terus akses kepada URL yang telah diset pada QR Code tersebut
dengan menekan “open website”.

12
13

Anda mungkin juga menyukai