Anda di halaman 1dari 2

Rancang beberapa aktiviti berdasarkan Seni Visual dan nyatakan kebaikan daripada

aktiviti tersebut.

Secara umumnya, seni dalam pendidikan ini menjurus kepada seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan. Oleh itu, guru perlulah kreatif dalam memberikan aktiviti kepada murid-murid
agar dapat menyentuh daya imaginasi, emosi, ekspresi dan kreativiti mereka di sekolah. Aktiviti
yang diberikan juga haruslah berjaya menarik minat murid-murid demi mencapai hasil
pembelajaran yang efektif, optimum dan menyeronokkan. Berikut adalah beberapa aktiviti
berdasarkan seni visual yang boleh diberikan kepada murid-murid.

Aktiviti berdasarkan seni visual yang boleh dirancang oleh guru ialah aktiviti melukis.
Guru boleh membenarkan murid-murid untuk melukis secara bebas iaitu apa sahaja yang
terlintas dalam fikiran mereka pada pad lukisan. Alat dan bahan yang diperlukan hanyalah
pensel, pemadam dan pad lukisan. Aktiviti tersebut terbukti sangat efektif bagi meningkatkan
daya imaginasi murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana proses imaginasi ini melibatkan
pemikiran dan perkara yang mereka pernah lihat atau dengar. Oleh itu, murid-murid perlu
menggunakan minda mereka sepenuhnya untuk membayangkan sesuatu lalu ditafsirkan ke
atas pad lukisan. Selain itu, aktiviti melukis juga dapat menjadi medium bagi murid-murid untuk
mengekspresikan diri mereka. Maksudnya, murid-murid dapat meluahkan apa sahaja yang
dirasainya atau apa sahaja perkara yang ada di dalam dirinya seperti perasaan, emosi,
pendapat, dan kreativiti dalam bentuk lukisan.

Aktiviti berdasarkan seni visual kedua yang boleh dirancang oleh guru ialah aktiviti
membuat corak warna pada kertas dengan menggunakan teknik tiupan. Teknik tiupan ni
merupakan salah satu daripada cara untuk menghasilkan corak tidak terancang iaitu hanya
meniup warna pada kertas kosong dengan menggunakan straw. Guru boleh membenarkan
murid-murid untuk meniup pelbagai warna pada kertas kosong agar dapat menghasilkan corak
mengikut kreativiti mereka. Alat dan bahan yang diperlukan ialah satu set cat air, berus cat air,
straw dan kertas kosong. Aktiviti tersebut dapat memberi kesan yang sangat positif iaitu dapat
mengembangkan kreativiti murid-murid. Kreativiti merupakan keupayaan mencipta atau
mengembangkan sesuatu kepada yang baru. Aktiviti meniup warna pada kertas kosong ini
dapat melatih daya kognitif murid-murid kerana mereka perlu memerah idea dan berfikir bagi
menghasilkan corak yang cantik. Selain itu, aktiviti tersebut juga dapat mempengaruhi emosi
dan daya fokus murid-murid. Hal ini demikian kerana aktiviti tersebut banyak menggunakan
warna yang pelbagai. Penggunaan warna yang pelbagai akan dapat menstabilkan emosi
kanak-kanak atau dalam erti kata lain, murid-murid akan seronok dan tidak akan bosan dalam
melakukan aktiviti tersebut.

Aktiviti berdasarkan seni visual seterusnya yang boleh dirancang oleh guru ialah aktiviti
membentuk tanah liat. Tanah liat merupakan salah satu alat permainan yang sangat digemari
oleh kanak-kanak. Aktiviti membentuk tanah liat ini bukan sahaja menyeronokkan, malah dapat
memberi banyak kesan positif terhadap diri murid-murid. Guru boleh mengarahkan murid-murid
untuk membentuk tanah liat kepada apa sahaja bentuk yang mereka mahukan. Bahan yang
diperlukan semestinya hanya satu set tanah liat yang berwarna-warni. Antara kebaikan aktiviti
tersebut kepada murid-murid ialah murid-murid dapat meningkatkan kemahiran motor halus
mereka. Dalam erti kata lain, deria sentuh murid-murid akan dapat dikembangkan. Hal ini
demikian kerana murid-murid akan menggunakan keseluruhan otot pada jari mereka ketika
melakukan aktiviti tersebut dan secara tidak langsung akan dapat menambah kekuatan serta
ketangkasan pada otot tangan mereka. Selain itu, murid-murid juga akan dapat meningkatkan
daya kreatif mereka dalam melakukan aktiviti tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana
murid-murid akan menggunakan daya pemikiran mereka untuk membayangkan, mencipta dan
menghasilkan bentuk-bentuk tanah liat yang menarik. Kesannya, murid-murid akan bertindak
kreatif dalam apa jua situasi yang dihadapi oleh mereka.

Anda mungkin juga menyukai