Anda di halaman 1dari 2

Dengan menggunakan kreativiti anda, rancang aktiviti yang sesuai berdasarkan (i) irama,

(ii) warna dan (iii) ruang serta dapat diterapkan dalam salah satu kemahiran bahasa, seni
bahasa atau sistem bahasa.

i) irama

Muzik dan irama lagu begitu sinonim terutamanya pada peringkat kanak-kanak. Secara semula
jadi, kanak-kanak sangat menyukai muzik dan irama kerana dapat membuatkan mereka
terhibur. Oleh yang demikian, muzik dan nyanyian dapat dilihat menarik perhatian kanak-kanak
serta memberi kesan positif di dalam bilik darjah. Maka muzik dan irama dapat digunakan
secara kreatif dan efektif oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, aktiviti
yang sesuai dilakukan ialah guru boleh memperdengarkan kepada murid-murid lagu irama
klasik Melayu. Guru juga menyediakan lirik lagu tersebut dan dipaparkan di hadapan kelas bagi
memudahkan murid-murid menyebutnya. Akhir sekali, guru akan memainkan lagu itu semula
dan menyuruh murid-murid untuk menyanyi bersama-sama. Kesan bagi aktiviti tersebut ialah
murid-murid akan dapat membantu penguasaan mereka dalam kosa kata Bahasa Melayu.
Kepelbagaian kosa kata Bahasa Melayu ini dapat dilihat melalui perbendaharaan kata yang
digunakan melalui muzik dan nyanyian di dalam bilik darjah. Oleh itu, bukan sahaja murid-murid
dapat meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Melayu, malah dapat meningkatkan
kemahiran bertutur mereka.

ii) warna

Warna merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada kanak-kanak atau murid
sekolah rendah. Secara amnya, murid-murid amat menyukai benda atau sesuatu yang
berwarna-warni. Warna dapat memainkan peranan dalam mempengaruhi kecekapan, emosi
dan perhatian murid-murid dalam pembelajaran. Selain itu, warna-warna tertentu juga dapat
memberikan kesan kepada ingatan kita terhadap sesuatu yang pernah dilihat atau dipelajari, di
samping warna memudahkan kita untuk mengingati semula sesuatu, sama ada ingatan itu
disimpan dalam ingatan jangka pendek atau jangka panjang. Contoh aktiviti yang boleh
dilakukan ialah guru boleh menggunakan marker yang berwarna-warni ketika mengajar
perbezaan kata kerja transitif dan tak transitif. Guru perlulah menggunakan warna yang berbeza
ketika menulis tajuk, ciri-ciri kata kerja transitif dan ciri-ciri kata kerja tak transitif pada papan
putih. Selepas itu, guru akan mengarahkan murid-murid untuk menyebut dan membaca perkara
yang ada pada papan putih secara serentak. Penggunaan warna yang banyak akan membantu
murid-murid untuk lebih mudah mengingat secara terperinci bahan pembelajaran yang telah
dipelajari oleh mereka. Pada masa yang sama, kemahiran membaca murid-murid juga akan
dapat ditingkatkan

iii) ruang

Ruang bermaksud kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ruang ini
menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang ini boleh berada di luar,
di tepi, dia atas dan sebagainya. Dari segi aspek kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan
dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang ini dikaitkan
dengan garisan, perspektif dan warna bentuk. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah guru
boleh menyuruh murid-murid melukis keadaan persekitaran tempat yang mereka gemari
contohnya kawasan pantai, kawasan landskap rumah, kawasan air terjun dan sebagainya.
Dengan aktiviti tersebut, murid-murid akan mahir dalam menggunakan ruang di atas kertas
lukisan dengan sebaiknya. Kesannya, murid-murid juga akan mahir dalam kemahiran menulis
contohnya dalam menulis karangan. Murid-murid akan dapat menulis perkataan-perkataan
dengan kemas dan teratur dan tidak rapat antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana murid-
murid telah mahir menggunakan ruang dengan betul sama seperti ketika mereka melakukan
aktiviti melukis.

Anda mungkin juga menyukai