Anda di halaman 1dari 1

Matahari empat, bulan lima

Bintang tujuh ke mata aku

Bintang berayunke dagu aku

Bulan purnama ke kening aku

Semut beriring di bibir aku

Gajah sekawan di gigi aku

Ombak beralun di lidah aku

Suara aku seperti suara Nabi Daud

Rupa aku seperti rupa Nabi Yusuf

Cahaya aku seperti cahaya Nabi Muhammad

Berkat aku memakai pemanis Dengan berkat La ilaha illah 'llah.

(Senawi Ahmad : Alor Setar, Kedah)

Antara sebab mantera kurang digunakan pada masa kini adalah disebabkan
perkembangan ilmu perubatan yang semakin maju. Pada zaman dahulu, masyarakat sering
menggunakan mantera jika ditimpa penyakit kerana mempercayai bahawa mantera tersebut
berkuasa untuk menyembuhkan penyakit yang dialami. Berbeza dengan masyarakat pada
masa kini iaitu mereka lebih mempercayai perubatan moden sebagai usaha untuk
menyembuhkan penyakit yang dialami. Selain itu, kepercayaan masyarakat pada masa kini
terhadap ilmu ghaib semakin hilang disebabkan arus pemodenan. Secara amnya, seseorang
yang sedang membaca mantera perlulah mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang sangat
kuat agar mantera tersebut berkesan dan menjadi. Oleh itu, mantera kurang digunakan dalam
kalangan masyarakat kerana tiada lagi keyakinan terhadap keberkesanan mantera tersebut.

Anda mungkin juga menyukai