Anda di halaman 1dari 7

PPPM3243

ADAB AL-IKHTILAF

Dakwah Publisiti Media Baharu

Pensyarah:
Dr. Mohamad Zulkifli Bin Abdul Ghani

Nama Pelajar:

Amirul Syafiq Bin Shaiful Hisham (A172406)


1.0 Pengenalan

Dunia hari ini berkembang maju dengan pantas dari semasa ke semasa. Begitu
juga dengan perkembangan dakwah yang semakin mengikut aliran zaman. Tidak
seperti zaman dahulu di mana usaha dakwah kebanyakannya berpusat di masjid. Bagi
mereka yang tidak biasa menjejakkan kaki ke masjid sudah semestinya mewujudkan
satu jurang antara pendakwah dan masyarakat. Selain itu, dipengaruhi pula dengan
faktor seperti malu dan malas sudah semestinya membesarkan lagi jurang ini.

Namun begitu, hal ini tidak lagi menjadi masalah bagi mereka yang ingin
mempelajari ilmu agama tetapi dihalangi oleh faktor yang disebutkan tadi. Hal ini
kerana, dakwah zaman kini boleh didapati di pelbagai saluran atas talian dan mudah
dilayari hanya degan menggunakan peranti pintar sahaja.

Akan tetapi satu perkara yang menjadi pertanyaan ialah kredibiliti pendakwah
atas talian ini adakah mampu untuk menjadi figura awam pada masyarakat. Dakwah
publisiti ini juga menimbulkan persoalan sama ada dakwah yang disampaikan itu sesuai
atau tidak memandangkan cara penyampaian dan isi kandungan yang disampaikan
boleh ditatap oleh orang ramai.

Publisiti menurut Siti Zobaidah dan Hasnah (2013) boleh ditakrifkan sebagai
penyebaran maklumat atau mesej secara sengaja dan strategik kepada orang ramai
dengan tujuan untuk mempengaruhi pendapat orang awam, mencipta kesedaran,
promosi atau menubuhkan imej dan reputasi bagi individu, organisasi mahupun entiti.
Publisiti ini melibatkan saluran media massa, media baharu dan acara awam dengan
tujuan mendapatkan perhatian orang awam.

Dakwah dari sudut istilahnya pula merujuk kepada tindakan mengajak dan
menyampaikan ajaran Islam kepada orang lain dengan tujuan mereka taat kepada
perintah Allah dan menjauhi daripada larangan Allah. (Abdul Rahman, 2010).

Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa penulisan dakwah publisiti media baharu
ini ingin membincangkan dakwah yang dilakukan secara atas talian yang melibatkan
media baharu dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat. Penulisan ini juga
bertujuan menjawab persoalan kajian iaitu sejauh mana kualiti dakwah dan kredibiliti
pendakwah yang dijalankan secara atas talian di dalam media baharu.
2.0 Dakwah Publisiti

Dakwah publisiti ini dilihat sudah menjadi satu cabang dakwah yang diperlukan
pada hari ini. Namun begitu, dalam cabang ini boleh diceburi oleh sesiapa sahaja
walaupun oleh individu yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.
Antara ajaran makrifat yang pernah hangat suatu ketika dahulu ialah ajaran batiniah
yang dibawa oleh Ismail Bin Ariffin atau lebih dikenali sebagai Lepat. Ajarannya
disiarkan dalam platform atas talian dan mendapat ramai pengikut tegar.

Berdasarkan sebuah laporan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal


Agama Malaysia (MKI) kali ke 120 pada tahun 2022 telah menyimpulkan bahawa
ajaran yang dibawa oleh Lepat ini adalah ajaran sesat. Ajarannya telah menimbulkan
kekeliruan dan penyelewengan dari segi akidah, syariah, tasawuf dan tafsiran Al-Quran
dan hadis.

Selain itu, ramai lagi pendakwah yang tidak bertanggungjawab terutamanya


menggunakan agama sebagai tiket kemenangan dalam sesebuah perdebatan. Justifikasi
yang salah, lontaran hujah yang tidak berasas, penggunaan hadis palsu dan kurangnya
didikan agama merupakan punca pendakwah atas talian pada hari ini dipandang sebelah
mata. Tindakan mereka ini juga disokong dengan ego yang tinggi menyebabkan mereka
tetap menegakkan benang yang basah dalam apa jua keadaan.

Namun begitu, tidak dilupakan juga pendakwah yang menggunakan publisiti


yang diterima sebagai senjata untuk menyampaikan dakwah dengan lebih berkesan.
Antara nama yang sering didengari adalah seperti Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Azhar
Idrus, Ustaz Don dan juga beberapa contoh yang lain. Mereka menggunakan publisiti
yang mereka peroleh sebagai satu medium untuk melaksanakan dakwah dengan lebih
berkesan.

3.0 Kredibiliti Pendakwah

Kredibiliti ini merujuk kepada kebolehpercayaan dalam kepakaran individu


tersebut dalam sesuatu bidang. (A. Schouten et, al. 2019) Kredibiliti yang tinggi akan
meningkatkan keberkesanan penyampaian dakwah. Hal ini kerana mereka mempunyai
nilai pemujukan yang lebih tinggi lebih-lebih lagi di media sosial. Kredibiliti
penyampai dan sumber mesej adalah sangat penting bagi memastikan maklumat yang
dibawa tersebut boleh dipercayai. Sebagai lanjutan daripada masyarakat hari ini yang
juga mampu mencari maklumat dengan lebih mudah hal berkaitan agama.

Dalam erti kata lain, kredibiliti pendakwah ditentukan oleh pengetahuan dan
kepakaran mereka dalam agama dan bidang yang berkaitan. Sebagai contoh, seorang
pendakwah yang memiliki ijazah dalam ilmu agama dan pengalaman dalam berkhidmat
dalam masyarakat Islam akan meningkatkan kredibilitinya. Kejujuran dan integriti juga
penting dalam menilai kredibiliti seorang pendakwah. Pendakwah yang hidup mengikut
nilai-nilai yang mereka dakwahkan dan tidak terlibat dalam amalan atau tindakan yang
tidak bermoral akan mendapatkan kepercayaan dari masyarakat. Hal ini merujuk
kepada firman Allah dalam kitabnya surah al-Ahzab ayat ke 70 :

‫اّللَ َوقُ ْولُ ْوا قَ ْواًل َس ِديْ ادا‬ ِ


ٰٓ ‫ٓاٰيَيُّ َها الَّذيْ َن آ َمنُوا اتَّ ُقوا‬
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah
perkataan yang benar,
Selain itu, sokongan dan pengiktirafan dari badan-badan atau institusi agama
yang berpengaruh juga dapat memperkuat kredibiliti pendakwah. Apabila seorang
pendakwah diiktiraf atau disokong oleh badan agama yang dihormati, ini
mencerminkan kepercayaan dalam kualiti dakwah mereka. Salah satu perbadanan yang
memberi pengaruh yang kuat seperti Jabatan Mufti. Reputasi dan pengaruh positif juga
memainkan peranan penting dalam kredibiliti pendakwah. Jika seorang pendakwah
mempunyai rekod yang baik dalam memberikan ceramah yang memberi impak positif
dalam masyarakat, ia akan meningkatkan kredibilitinya serta mampu untuk
memberikan kesan kepada sasaran dakwah. Seperti mana yang dinyatakan dalam surah
An-Nisa ayat 63 :
ٰۤ
ِ ِ ِ ِ َّ ِ ِ ِِ ِ ِ َّ ٓ
‫ِف اَنْ ُفسه ْم قَ ْواًل ۢ بَلْي غاا‬
‫ض َعْن ُه ْم َوعظْ ُه ْم َوقُ ْل َّلُْم ْا‬
ْ ‫ِف قُلُ ْوِب ْم فَاَ ْعر‬ ٰٓ ‫ك الذيْ َن يَ ْعلَ ُم‬
ْ ‫اّللُ َما‬ َ ‫اُول ِٕى‬
Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) Allah mengetahui apa yang ada
di dalam hatinya. Karena itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka
nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang memberi kesan pada jiwanya.

Akhir sekali, tanggungjawab dan kesedaran sosial juga menjadi faktor penting
dalam menilai kredibiliti pendakwah. Seorang pendakwah yang peka terhadap isu-isu
sosial dan aktif dalam menyumbang kepada kebaikan masyarakat akan menunjukkan
dedikasi mereka dalam menjalankan tugas sebagai pendakwah.
4.0 Panduan Dakwah Media Sosial

Berdakwah di media sosial seharusnya mempunyai strategi dan uslub yang betul
agar penyampaian dakwah lebih berkesan dan mampu mencapai sasaran dakwah yang
sesuai. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Nurain (2022) mendapati terdapat
beberapa isu yang digariskan berkenaan dakwah melalui media sosial ini. Disertakan
juga penyelesaian bagi masalah ini agar penambahbaikan dapat dilakukan bagi
melahirkan pendakwah yang lebih berkaliber.

Antara masalah yang digariskan adalah kurang keyakinan dalam


menyampaikan dakwah. Hal ini disebabkan oleh kurangnya ilmu seseorang pendakwah
tersebut dan mengakibatkan sasaran dakwah meragui kredibiliti mereka sebagai
pendakwah. Penyelesaian bagi masalah ini sudah semestinya memantapkan lagi diri
dengan ilmu dan meningkatkan lagi kualiti ilmu agar pendakwah sendiri tidak meragui
ilmu yang ditimba.

Selain itu, sudah menjadi tanggungjawab pendakwah menyebarkan ilmu yang


benar dan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Ini bertujuan agar masyarakat tidak
keliru dengan agama. Penyampaian dakwah juga haruslah disampaikan secara
berhikmah dan tidak menyentuh mana-mana isu sensitif. Terutamanya isu berkenaan
akidah dan hukum hakam dalam agama. Pendakwah haruslah menuntut ilmu dari guru
yang sahih dan tidak berpaksikan buku semata. Menuntut ilmu dari lutut ke lutut ini
bagi mengelakkan pendakwah tersesat atau terpesong fahamannya daripada ajaran
Islam yang sebenar. Secara tidak langsung mengelak daripada menyampaikan
maklumat yang tidak tepat pada sasaran dakwah.

Pada sudut yang lain, ada juga pendakwah di media sosial hari ini menggunakan
kata-kata yang kasar dan tidak sedap didengar oleh masyarakat dan mengguris hati
mereka. Dakwah ini dipanggil dengan “dakwah sentap”. Pada asasnya dakwah ini boleh
dilakukan kepada mereka yang sudah mempunyai kefahaman agama yang agak
mendalam dan terhad kepada kenalan rapat sahaja. Namun begitu, sekiranya cara ini
digunakan kepada masyarakat awam, implikasi buruk lebih besar seperti sasaran
dakwah tidak lagi menunjukkan minat dalam mempelajari dan mengenal Islam.

Akhir sekali, menyampaikan ilmu yang tidak benar. Hal ini sudah
sememangnya berlaku dari dahulu lagi apabila pendakwah menyampaikan ilmu yang
tidak sahih kepada masyarakat. Sehinggakan masih lagi wujudnya hadis-hadis palsu
berlegar dimulut masyarakat umum. Antaranya seperti hadis payung emas bagi isteri
yang membenarkan suami bernikah satu lagi, bercakap ketika azan berkumandang akan
menyukarkan mereka mengucap syahadah ketika sakaratul maut dan banyak lagi
contoh yang boleh diambil. Jelas sekali fahaman ini dibawa oleh pendakwah atau guru
terdahulu yang hanya menyampaikan dakwah tetapi tidak mengetahui kesahihan. Hal
ini boleh ditangani dengan memeriksa semula maklumat yang tidak pasti sebelum
dikongsikan kepada masyarakat.

5.0 Kesimpulan

Perkembangan teknologi hari ini sudah semestinya membuka peluang capaian


dakwah dengan lebih luas dan berkesan. Namun begitu, setiap usaha dakwah itu
haruslah berlandaskan etika dan adab berdakwah yang betul agar lebih mudah difahami
dan dicerna oleh masyarakat sekeliling dan tidak menyentuh isu sensitif dikalangan
masyarakat luar. Seharusnya kita menunjukkan taknik dan etika yang berkesan kepada
masyarakat. Pendakwah juga seharusnya menimba ilmu dalam pengurusan media sosial
agar penyampaian dakwah dapat disampaikan dengan mudah, padat dan berkesan.
Menurut Noradilah Wahab (2020), pendekatan dakwah melalui media sosial pada hari
ini dilihat lebih berkesan dan efektif kerana dapat mencapai sasaran dakwah yang lebih
meluas tanpa mengira masa dan tempat. Pendakwah hari ini juga haruslah berfikiran
lebih kreatif dan lebih fleksibel agar mesej muda diterima oleh masyarakat.

Islam menggalakkan segala bentuk kemajuan yang diterajui oleh hambanya.


Namun haruslah berlandaskan syariat agama tanpa melampaui batas. Dakwah dalam
media sosial dilihat sebagai bentuk dakwah yang baru dalam era perkembangan pesat
sains dan teknologi informasi saat ini. Keberkesanan dakwah media sosial telah
menunjukkan perkembangan yang positif dan menjadi salah satu media dakwah yang
sangat efektif. Namun demikian, pendakwah perlu menjaga etika dan akhlak yang
sesuai untuk mencerminkan keindahan Islam dan memastikan keberkesanan dakwah
tersebut. Oleh karena itu, beberapa prinsip etika dan akhlak yang telah ditetapkan harus
dijadikan panduan bagi pendakwah dalam dunia maya saat ini, agar usaha dakwah ini
tidak tercemar oleh unsur-unsur negatif, dan media sosial dapat dimanfaatkan sebaik
mungkin dalam menyebarkan agama Islam, sehingga syariat Islam dapat ditegakkan
dan disebarkan ke seluruh dunia saat ini. (Asyraf Termimi & Rushdi Ramli & Khairul
Meerangani, 2013).
6.0 Rujukan

Anon. (2022). Hukum Ajaran Makrifat Oleh Ismail Bin Ariffin @ Lepat dan Ajaran-
Ajaran Yang Seumpama Dengannya. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.
A. Schouten, Loes Janssen, Maegan Verspaget. (2019). Celebrity vs Influencer
Endorsement in Advertising: The Role of Identification, Credibility and
Product-Endorser Fit. International Journal of Advertising.
Asyaraf Termimi, Khairul Azhar Meeranghani, Dr. Rushdi Ramli. (2013). Dakwah
Siber: Etika dan Akhlak. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA.
Haque, M. (2017). Pendakwah dan Kredibiliti dalam Masyarakat Islam. Jurnal
Dakwah dan Komunikasi, 7(2), 165-179.
Jalal, B. (2012). Meningkatkan Kredibiliti Pendakwah.
Nabilah, O. K. (2022). Etika Berdakwah Melalui Media Sosial. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhamad, Mohd Sani Ismail. (2019). Media Sosial
Sebagai Medium Dakwah Masa Kini . International Social Science and
Humanities Journal, 2(1)-14-23.
Omar, S. Z. (2013). Public Relation: A Malaysian Approach. Kuala Lumpur: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Rahman, A. (Konsep dan Cabaran Penterjemahan Istilah Dakwah: Kajian Kes di
Malaysia). 2010. Jurnal Pengajian Melayu, 21(1), 1-18.
Wawarah Saipudin, Normazaini Saleh, Nursyamimi Harun, Marhainni Abdul Ghani,
Nur Hazwani Ahmad Damanhuri. (2021). Membina Kredibiliti Pendakwah
Selebriti: Panduan berdakwah Melalui Media Sosial. Journal of Contemporary
Islamic Communication and Media, 1(2), 23-40.
Wibowo, A. (2019). Penggunaan Media Sosial Sebagai Trend Media Dakwah
Pendidikan Islam di Era Digital. Nurnal Islam Nusantara, 3(2), 339-356.

Anda mungkin juga menyukai