Anda di halaman 1dari 4

Bahagian B

1. a)

Umumnya kita mengetahu bahawa konsep dakwah merupakan satu perbuatan menyeru
kepada sasaran individu atau kelompok tertentu untuk memeluk Agama Islam. Namun
dakwah itu sendiri memiliki pengertian yang lebih luas mencangkupi hubungan kehidupan
sesama umat. Hukum berdakwah pula boleh dipecahkan kepada dua. Iaitu fardhu ain dan
fardhu kifayah. Ianya juga bergantung kepada sesuatu keadaan tertentu bagi menentukan
hukum berdakwah.

Berdasarkan soalan ,jawapannya sangat subjektif, bagi menentukan hukum situasi Jumanah
yang merupakan lepasan graduasi bidang psikologi, malah seorang suri rumah sepenuh masa
yang menuggu untuk mendapat pekerjaan, terdapat beberapa keadaan yang perlu dilihat:

1) Secara umum berdasarkan situasi tersebut,adalah menjadi fardhu kifayah bagi


Jumanah berdakwah. Ini kerana kekangan dari sudut pengetahuan dalam selok belok
keagamaan memandangkan dia hanya graduasi dari bidang psikologi yang melibatkan
kajian minda,tingkah laku,emosi dan lain-lain. Dengan erti kata bukan bidang yang
mendalami ilmu keagamaan seperti usuluddin,syariah,lughah yang mana bidang
keagamaan ini merupakan ilmu asas bagi seseorang pendakwah. Logiknya,
bagaimana seseorang pendakwah ingin menyeru orang lain mengikutinya sedangkan
dia sendiri tidak mahir dalam perkara yang diserunya.
2) Dari sudut yang lain, bagi situasi Jumanah ini, berdakwah boleh juga menjadi fardhu
ain bagi dirinya. Terdapat banyak medium yang boleh digunakan bagi menyampaikan
dakwah kepada orang lain. Khususnya kepada ahli keluarga terdekat. Misalnya dalam
perkara-perkara amalan seharian, yang mudah seperti adab makan dan
minum,tidur,cara bersolat dan amalan-amalan kewajipan yang lain. Jumanah boleh
berdakwah dengan cara mengajar secara lisan atau mempamerkan kepada ahli
keluarga keperibadian agama islam yang sebenar.
Firman Allah SWT :
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar
merekalah orang-orang yang beruntung” (Surah Al-Imran: 104)
Begitu juga sabda Nabi SAW: Sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat
(Hadis riwayat Bukhari, No. 3461)

b) berdasarkan soalan berkenaan kebaikan atau keburukan Jumanah melakukan dakwah


secara khusus

Kebaikannya dakwah secara khusus dapat menghadirkan hati manusia yang berpaling
daripada perintah Allah SWT dengan menyeru mereka kembali kepada ajaran al-Quran dan
hadis, melaksanakan perintah serta meninggalkan larangan-Nya. Pengukuhan iman
sebahagian daripada dakwah mengajak manusia dekat dengan Allah SWT yang Maha
Pencipta. Dakwah dapat meningkatkan iman. Dengan keimanan mampu mencegah
kemungkaran . Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kamu adalah umat terbaik yang
dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang
mungkar, dan kamu pula beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah itu
lebih baik bagi mereka, antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah
orang yang fasik." (Surah Ali-Imran, ayat 110)

Walaubagaimanapun berdakwah itu terdapat cabaran tersendiri lebih-lebih lagi


membawa kepada keburukan. Bagi situasi Jumanah yang ingin membuat dakwah secara
khusus akan menimbulkan kekeliruan atau kekaburan. Ini kerana maklumat yang
disampaikan boleh jadi betul atau sebaliknya memandangkan dirinya berstatus bidang
psikologi . ini kerana masyarakat atau madh’u biasa mempertikai autoriti seseorang
pendakwah bagi mempercayai sesuatu perkara yang disampaikan.

2.a)

Berdasarkan soalan, terdapat pelbagai medium penyampaian dakwah yang menjadi sambutan
masyarakat, khususnya program yang melibatkan kaca televisyen. Program reality
berkonsepkan pertandingan akan melahirkan pemenang. Boleh dikatakan kesemua pemenang
ini ditabal sebagai pendakwah selebriti kerana terdapat peminat masing-masing dikalangan
masyarakat.
Apabila sudah bergelar pendakwah selebriti ini, sudah tentu menjadi tarikan peminat
tersendiri yang sentiasa mengikuti pekembangan kehidupan mereka di alam maya.
Terutamanya apabila berlaku apa-apa isu yang tidak baik. Tambahan lagi sikap atau
pendekatan pendakwah itu sendiri yang sering menggunakan medium maya sebagai alat
berdakwah secara lansung sangat memberi impak kepada agama islam.

Masyarakat yang pelbagai latar belakang pengetahuan ,amalan, sikap dan kekeluargaan akan
memberi pelbagai reaksi . Tidak kira positif mahu pun negative masyarakat akan mengulas
sesuatu isu tanpa memikirkan kesan khususnya terhadap agama islam itu sendiri. Ini akan
mencemarkan imej penganut agama islam lain malah boleh membawa kepada kerosakan.

Kes jenayah membabitkan golongan pendakwah selebriti pasti akan mendapat liputan meluas
di media. Para pendakwah selebriti juga perlu saling nasihat menasihati antara satu sama lain
bagi mengelakan impak negatif dari masyarakat bukan Islam.

b) Berdasarkan soalan cadangan bagi memantapkan keperibadian pendakwah mengharungi


cabaran semasa, bagi saya ada beberapa perkara perlu diutamakan iaitu:

1) Latar Belakang Akademik Dan Kerjaya

Latar belakang akademik dan kerjaya bagi seseorang pendakwah sangat menjadi telitian para
masyarakat. Lebih-lebih lagi masyarakat yang sudah terdedah dengan ilmu semudah hujung
jari. Oleh demikian latar belakang akademik dan kerjaya seseorang pendakwah menjadi
pengukur kebolehpercayaan sesuatu penyampaian.

2) Kemahiran bertutur

Kemahiran ini juga menjadi keutamaan dalam penyampaian. Selain pengisian penyampaian
yang menarik hati memerlukan kefasihan pertuturan. Misalnya apabila memperdengarkan
dalil-dalil dari al-quran atau hadis semasa sesi penyampaian dakwah perlulah memiliki lajah
kearaban. Ini dapat menarik minat serta menambah keyakinan pendengar.

3) Amalan Keimanan

Ini pada dasarnya adalah perkara paling utama dari yang lain bagi seseorang pendakwah
untuk memantapkan diri di medan dakwah bagi menghadapai cabaran semasa. Pendakwah
orang yang berilmu dan banyak menyampaikan ilmu. Namun persoalannya setinggi mana
pengamalan dan penghayatan ilmu yang disampaikan itu sendiri?Misalnya dari sudut pakaian
berapa ramai pendakwah tinggalkan pakaian sunnah sekali pun dimomok pakaian adat.
Bagaimana amalan solat,puasa sunnah yang menjadi faktur pengukuhan iman. Segala amalan
yang dilakukan setulus ikhlas, akan membenih dari dalam sehingga tumbuh keluar
menzahirkan peribadi pendakwah seperti baginda nabi SAW. Setulus hati bagi diri saya ,
sangat berbeza pendakwah yang hanya fasih berpidato di pentas seolah-olah hanya mengejar
populariti,nama dan kemasyhuran berbanding pendakwah yang sebenar-benar ikhlas,
menyampaikan ilmu tanpa menetapkan bayaran,susuk badan ,percakapan dan perbuatan yang
menepati sunnah SAW.

Anda mungkin juga menyukai