Anda di halaman 1dari 2

PERANAN IKM DALAM MEMASYARAKATKAN KOPERASI

Oleh : Syarifah Rohaya Wan Idris

Sektor koperasi di Malaysia kini telah mengorak langkah kehadapan dengan menyertai pelbagai bidang
komersil berimpak tinggi dan kompetitif. Transformasi dalam gerakan koperasi telah menunjukkan
bahawa masyarakat bertambah yakin dengan kemampuan gerakan koperasi untuk menjana
pertumbuhan ekonomi Negara. Usaha- usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan sektor
koperasi terus kompetitif dan berdaya saing. Selain itu, pembangunan modal insan dalam gerakan
koperasi perlu dibangunkan secara lebih terancang dan berterusan.

Justeru itu, Institut Koperasi Malaysia yang merupakan satu-satunya institusi pendidikan dan latihan
untuk gerakan koperasi di Malaysia saban tahun akan merangka pelbagai program pembangunan modal
insan dan memberi pelbagai maklumat yang bermanfaat dan dapat dijadikan panduan yang berguna
kepada para peserta dalam membantu meningkatkan pencapaian gerakan koperasi pada masa depan.

Beberapa program pembangunan kapasiti modal insan yang bersesuaian dengan tren masa kini telah
dirangka sepanjang tahun di dalam usaha IKM menyalurkan ilmu dan mendorong koperasi
meningkatkan kemahiran dan kepakaran modal insan. Sebanyak 5 teras focus dipegang IKM bermula
tahun 2020 dalam melaksanakan program sepanjang tahun iaitu Liga Koop Jutaan Ringgit (MIRICLE),
Keusahawanan Koperasi, Membudayakan Aplikasi IR 4.0, Keusahawanan Sosial (SE) / Sustainable
Development Goals (SDG) dan Rejuvenasi Koperasi.
Pelan pelaksanaan untuk kelima-lima teras utama di atas telah dirangka dan pasukan IKM akan bergerak
secara dinamik dan kreatif melalui pendekatan secara turun padang untuk membantu koperasi-
koperasi. Selain merapatkan hubungan dengan koperasi, ianya juga bertujuan untuk melihat dengan
lebih dekat aktiviti-aktiviti sesebuah koperasi. Secara tidak langsung IKM dapat memberi pandangan
kepada koperasi untuk melahirkan komuniti dan usahawan koperasi yang berilmu, berintegriti dan
profesional melalui program latihan dan pendidikan yang berkesan selaras dengan dasar yang
ditetapkan di peringkat Kementerian iaitu Dasar Keusahawanan Negara (DKN2030) dan Pelan
Transformasi Koperasi Malaysia (TransKom 2021-2025).

Anda mungkin juga menyukai