Anda di halaman 1dari 10

SGDU5074

STRATEGIC MANAGEMENT IN EDUCATION

ARTICLE REVIEW

KECERDASAN EMOSI PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN EFIKASI

KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH

DISEDIAKAN OLEH:

NORFATIMAH BT AHMAD TARMIZI

860327296182

NO. MATRIK : 822231

UNTUK PERHATIAN

DR. SITI NOOR BT ISMAIL


1.0 PENGENALAN

Artikel ini bertajuk ‘Kecerdasan Emosi Pengetua Dan Hubungannya Dengan Efikasi

Kendiri Guru Sekolah Menengah’ dan ditulis oleh Shafinaz A. Maulod daripada Institut

Kepimpinan Pendidikan Universiti Malaya. Artikel ini telah dicetak dalam Jurnal

Kepimpinan Pendidikan bilangan 3 isu 3 pada Julai 2016 di halaman 54-75. Penulis telah

menjalankan kajian di beberapa buah sekolah yang terletak di Negeri Sembilan dan 500

borang soal selidik telah diedarkan. Sebanyak 369 soal selidik yang lengkap telah digunakan

sebagai data kajian.

Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik inferensi

menggunakan ‘Statistical Package For The Sosial Sciences’ (SPSS) dan ‘Anylsis of Moments

Structures’ (AMOS) melalui ‘Structural Equation Modeling’ (SEM). Ujian Korelasi Pearson

(Pearson Product-moment) digunakan untuk menganalisis hubungan antara kecerdasan emosi

pengetua dan efikasi kendiri guru.

Tujuan ujikaji ini dijalankan adalah untuk membuktikan tahap kecerdasan emosi

pengetua boleh mempengaruhi tahap efikasi kendiri guru dibawah pimpinannya. Penulis juga

menyatakan bahawa pengetua sebagai pemimpin di sekolah perlu mengenal pasti emosi

dirinya dan guru di bawah pimpinannya bagi mewujudkan situasi saling percaya antara satu

sama lain dan sikap keterbukaan dalam hubungan. Ini membolehkan warga sekolah saling

bekerjasama untuk mencapai matlamat sekolah yang telah dibina. Ini selaras dengan

matlamat utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang ingin

memastikan setiap sekolah diterajui oleh pemimpin yang berprestasi tinggi bagi memastikan

keberkesanan dan kelestarian transformasi pendidikan. Dalam konteks pendidikan,

kepimpinan merangkumi empat dimensi iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan

emosi dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan (PPPM 2013-2025).


Kecerdasan emosi (EQ) adalah kemampuan untuk mengenali perasaan diri sendiri dan

perasaan orang lain, kemampuan untuk memotivasikan diri sendiri dan kemampuan untuk

mengelola emosi diri sendiri dan orang lain dengan baik (Goleman, 2001) dan ianya

terbahagi kepada kepentingan dari aspek sosial, pendidikan dan kepimpinan. Kecerdasan

emosi mempunyai empat dimensi yang utama dan lapan belas sub-demensi iaitu

i. Kompetensi kesedaran kendiri (self-awareness)

 Kesedaran emosi kendiri

 Penilaian kendiri

 Keyakinan kendiri

ii. Kompetensi pengurusan kendiri (self-management)

 Kawalan diri

 Ketulusan

 Kebolehsuaian

 Orientasi kejayaan

 Inisiatif

 Optimis

iii. Kompetensi kesedaran social (social awareness)

 Empati

 Orientasi perkhidmatan

 Kesedaran organisasi

iv. Kompetensi pengurusan perhubungan (relationship management)

 Pengaruh

 Kepimpinan inspirasi

 Membangungkan orang lain


 Pengurusan konflik

 Kerja berpasukan

 Pemangkin perubahan

Kecerdasan emosi pemimpin seperti keyakinan diri, orientasi diri, berinisiatif, empati, kerja

berpasukan dan bekerjasama memberikan impak yang positif terhadap iklim dan prestasi

sesebuah organisasi. Oleh itu, pemimpin yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi

dapat membawa mewujudkan hubungan yang baik antara individu kerana mereka dapat

mengurus perasaan negatif yang wujud dalam diri mereka.

Efikasi kendiri guru pula adalah keyakinan yang ada pada seorang guru terhadap

kebolehan dan latar belakang keluarga pelajar, serta kepercayaan guru pada keupayaan diri

untuk menyusun atur serta melakukan satu siri tindakan yang diperlukan bagi

menyempurnakan tugasan pengajaran dalam konteks yang lebih positif dan ianya dikaitkan

dengan sikap positif guru (Tschannen-Moran, et al, 2001). Ianya mempunyai tiga dimensi

iaitu

i. Dimensi strategi pengajaran

ii. Dimensi pengurusan bilik darjah

iii. Dimensi penglibatan pelajar

Menurut Norita Ismail (2012) efikasi kendiri guru mampu menghasilkan tingkah laku

pengajaran yang berkesan dan menggalakkan pencapaian cemerlang pelajar.

Tahap kecerdasan emosi pengetua mempengaruhi tahap efikasi kendiri guru. pengetua

seharusnya mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi bagi menghasilkan guru yang

mempunyai tahap efikasi kendiri yang tinggi untuk menjana situasi dan persekitaran sekolah

yang harmoni. Dengan adanya keharmonian dan perhubungan yang baik dalam persekitaran

sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik untuk

menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan sahsiah
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Untuk

mendapatkan generasi yang cemerlang, kita memerlukan sekolah yang juga cemerlang dari

segi pentadbiran, dan untuk menghasilkan sekolah yang cemerlang, ianya perlu dipimpin oleh

seorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi.

RESPONDEN

Penulis menggunakan kaedah kuantitatif secara inferensi – korelasi dengan

menggunakan pendekatan tinjauan (survey) melalui soal selidik bagi mengumpul maklumat

di kalangan guru sekolah menengah di Negeri Sembilan. Guru merupakan golongan yang

paling tepat untuk menilai kepimpinan seseorang pengetua. Pemilihan sampel untuk kajian

ini adalah berdasarkan persampelan rawak berstrata (Stratified random sampling). Kaedah

persampelan ini didapati sesuai untuk memperoleh sampel dari jumlah populasi yang besar

dan luas (Babbie, 2014).

Sebanyak 500 borang soal selidik telah diedarkan oleh penulis dan sebanyak 369

(79.2%) boring soal selidik yang lengkap digunakan sebagai data kajian untuk dianalisis oleh

penulis. 369 soal selidik yang lengkap ini telah mencukupi untuk dianalisis dan menepati

cadangan oleh Chua (2006) di mana kadar pemulangan soal selidik yang mencukupi untuk

dianalisis ialah sebanyak 60% dari jumlah sampel yang diambil.

Penulis melibatkan semua guru yang terdiri daripada lelaki dan perempuan,

kepelbagaian umur, pengalaman mengajar yang berbeza dan kategori perkhidmatan yang

bermula dari DG41 hingga DG54.

INSTRUMEN KAJIAN

Penulis menggunakan dua instrumen kajian. Instrumen yang pertama adalah

instrument yang digunakan bagi mengukur kecerdasan emosi pengetua yang telah diubahsuai

dari instrument ‘Emotional Competencies Invebtory’ (ECI-V2). Intrumen yang kedua adalah
efikasi kendiri guru dan diubahsuai dari ‘Teacher Sense of Efficacy Scale’ .Penulis telah

memecahkan soal selidik yang ingin dijalankan kepada tiga bahagian iaitu

i. Bahagian A : Demografi responden

ii. Bahagian B : Soal selidik kecerdasan emosi pengetua (ECI-V2) , 72 item.

iii. Bahagian C : Soal selidik efikasi kendiri guru , 24 item.

Setiap item yang di soal mempunyai sebelas pilihan jawapan skala yang berbentuk

‘numerical rating’ yang bermula dari skala 0 yang menunjukkan tingkah laku yang tidak

langsung dipamerkan sehingga ke skala 10 iaitu tingkah laku yang paling kerap diamalkan

seperti yang dinyatakan dalam soal selidik.

Semua instrumen yang digunakan oleh penulis telah dibuat kajian rintis bagi menguji

kebolehpercayaan dan kesahan instrument yang dibentuk untuk mengelakkan kekeliruan dan

menilai kelemahan yang ada dalam setiap item. Pada keseluruhannya, nilai pekali alfa

cronbach bagi instrumen kecerdasan emosi yang mempunyai 72 item adalah α = .950

manakala instrument efikasi kendiri guru yang mempunyai 24 item pula adalah sebanyak α

= .919. kebolehpercayaan instrument kajian yang dinilai menggunakan pekali alfa cronbach

yang memiliki nilai alfa 0.65 sehingga 0.95 adalah memuaskan dan memadai (Chua, 2006).

DAPATAN KAJIAN

Penulis membuat kajian berdasarkan kepada tiga persoalan utama. Persoalan yang

telah dikemukakan oleh penulis telah diterangkan dengan cara yang jelas dan sistematik.

Penulis juga menggunakan jadual dan rajah yang mudah difahami oleh pembaca. Tiga soalan

yang dinyatakan oleh penulis adalah

i. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi pengetua

dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah Negeri Sembilan?


ii. Apakah dimensi peramal bagi konstruk kecerdasan emosi pengetua yang dominan

dalam menggalakkan efikasi kendiri guru sekolah menengah Negeri Sembilan?

iii. Apakah bentuk model yang boleh dibangunkan untuk meramal kesepadanan

hubungan antara kecerdasan emosi pengetua dan efikasi kendiri guru sekolah

menengah di Negeri Sembilan?

Ujian Kolerasi Pearson (Pearson Product-moment) telah digunakan oleh penulis

untuk menganalisis soalan yang pertama. Hasil analisis menunjukkan bahawa hubungan

antara kecerdasan emosi pengetua dan efikasi kendiri guru adalah signifikan secara statistik

dan positif (r = .560, p< .01). Nilai varian (r 2 = .314) telah menunjukkan bahawa 31.4%

daripada keseluruhan efikasi endiri guru adalah dipengaruhi oleh kecerdasan emosi pengetua.

Soalan yang kedua pula telah dijelaskan oleh penulis dengan menggunakan Analisis

regregasi pelabagai (Multiple Regression). Hasil analisis menunjukkan bahawa kecerdasan

emosi pengetua bagi dimensi pengurusan kendiri adalah faktor peramal utama yang

menyumbang sebanyak 31.6% kepada efikasi kendiri guru.

Persoalan yang ketiga telah dianalisis dengan menggunakan Analisis faktor

pengesahan (CFA). Tiga model telah dijana oleh penulis untuk menunjukkan hubungkait

antara setiap ciri yang dikaji. Setiap model ini berhubung kait antara satu sama lain dan

dengan adanya hubungan ini, kualiti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

berkesan bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang.

2.0 KEKUATAN ARTIKEL

Penulis menggunakan banyak rajah dan jadual untuk menjelaskan penulisan beliau

dengan lebih baik. Para pembaca akan lebih tertarik dan memahami isi kandungan yang ingin

disampaikan dengan lebih mudah apabila merujuk kepada rajah dan jadual yang disediakan.

Setiap jadual dan rajah yang disediakan adalah berkaitan dengan data dan dapatan yang
penulis ingin sampaikan. Ia juga telah disusun dengan baik bagi memudahkan pembaca

memahami apa yang ingin disampaikan.

Kekuatan yang kedua adalah, penulis banyak menggunakan sumber rujukan yang

mempunyai banyak fakta dan penulis menyatakan dari mana beliau mengambil atau memetik

info untuk kajian beliau. Secara tidak langsung penulis telah memudahkan urusan pengkaji

yang lain yang membaca untuk membuat kajian lanjutan tentang isu yang sama.

Pengkaji juga ada meminta kebenaran dari pihak Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (ERPD), memohon kebenaran secara bertulis dari Jabatan

Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) bagi membolehkan kajian ini berjalan dengan lancar.

Surat Kebenaran dari pihak JPNS telah diserahkan kepada pengetua sebelum pengkaji

menjalankan soal selidik. Pengkaji juga ada memberikan taklimat kepada responden untuk

memudahkan pemahaman responden dalam menjawab soal selidik yang dijalankan.

Kekuatan yang ketiga yang terdapat dalam artikel ini adalah pengkaji ada

menjalankan kajian rintis sebelum kajian sebenar ditadbir. Tujuan kajian rintis dijalankan

adalah untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dan mengenal pasti kelemahan atau

kelebihan item yang dibina. Ia juga dapat menguji kebolehpercayaan dan kesahan instrument

yang dibentuk (Creswell, 2014).

3.0 KELEMAHAN ARTIKEL

Artikel ini terdapat beberapa kelemahan yang boleh dibincang dan ditambah baik

pada masa hadapan. Artikel ini hanya menyediakan abstrak dalam Bahasa Inggeris dan tidak

disediakan abstrak dalam Bahasa Melayu. Penulisan artikel yang baik perlu membuat abstrak

dalam dwibahasa agar dapat memberi gambaran yang jelas dan memudahkan pembaca untuk

membuat pembacaan awal.


Pengkaji tidak menggunakan rujukan yang terkini, beliau hanya menggunakan

rujukan yang agak kebelakang dari segi tahun. Artikel ini ditulis pada tahun 2016 dan penulis

seharusnya menggunakan rujukan yang berusia lima tahun kebelakang seperti sumber dari

tahun 2015 hingga 2011.

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Saya mencadangkan agar penulis menyediakan abstrak dalam Bahasa Inggeris dan

juga Bahasa Malaysia. Abstrak merupakan bahagian penting dalam penulisan dan sering

dibaca terlebih dahulu oleh pembaca sebelum meneruskan bacaan pada bahagian yang lain.

Abstrak juga berfungsi sebagai petunjuk kepada isi keseluruhan kajian atau penulisan.

Dengan hanya membaca abstrak, pembaca dapat mengetahui cakupan isi dokumen yang

bersangkutan relevan atau tidak dengan apa yang diinginkan, dan pembaca dapat

memutuskan apakah mereka perlu atau tidak untuk meneruskan bacaan.

Walaupun penulis banyak membuat rujukan, tetapi penulis banyak menggunakan

rujukan yang agak kebelakang tahunnya. Oleh itu, penulis perlu menggunakan sumber

rujukan yang lebih terkini dari yang ada sekarang. Ini kerana, bahan rujukan yang terkini

adalah lebih releven untuk digunakan kerana ianya lebih sesuai dengan keadaan dan situasi

yang sedang dihadapi semasa jurnal ini di tulis. Bahan rujukan yang berusia lima tahun ke

belakang adalah tempoh yang sesuai untuk penulis membuat rujukan dan sesuai dengan

situasi dan keadaan semasa.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, artikel ini telah ditulis dan diolah dengan baik oleh penulis. Tahap

kecerdasan emosi pengetua sangat penting untuk meningkatkan tahap efikasi kendiri guru

dan dapat membantu mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif bagi pelajar dan guru.
Penulis juga menyatakan bahawa pengetua adalah pemimpin di sekolah dan seorang

pemimpin yang cemerlang perlu sentiasa memberikan sokongan dalam peningkatan efikasi

kendiri guru dibawah pimpinannya.

Saya juga bersetuju dengan pendapat penulis yang menyatakan pengetua yang

berkebolehan untuk mengenal pasti, mengurus dan mengawal emosi sendiri dan pengikut

membantu dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang dan sekolah yang berkesan.

Diharapkan dengan adanya artikel dan kajian ini, pengetua atau pemimpin yang lain dapat

menguasai kesemua ciri yang telah dinyatakan dalam artikel ini agar pengetua akan lebih

mudah untuk menguruskan pelbagai emosi dalam kalangan guru, pelajar dan warga sekolah

yang lain.

6.0 RUJUKAN

Babbie, E. (2014). The Basics of Social Research (6th Ed). USA: Wadsworth.

Chua, Y. P. (2006). Asas Statistik Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan : Buku 2.
Kuala Lumpur, Malaysia: McGraw Hill.

Creswell, J. W. (2014). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating


Quantitative and Qualitative Research (4th Ed). USA: Pearson.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM : 2013-2025. (2012). Kementerian


Pendidikan Malaysia.
http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025

Anda mungkin juga menyukai