Anda di halaman 1dari 10

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

MENEMPA KEKUATAN, MENJALIN KEBERSAMAAN

Tarikh Dibaca :

12 Syaaban 1442H/
26 Mac 2021M

Disediakan oleh :
Cawangan Khutbah & Latihan
Bahagian Pengurusan Masjid
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Khutbah Jumaat Menempa Kekuatan, Menjalin Kebersamaan

MENEMPA KEKUATAN, MENJALIN KEBERSAMAAN


26 Mac 2021M/ 12 Syaaban 1442H

َّ ‫ أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإلََٰه َ ِإ َّلا‬،ِ ‫ُوب ِإلَي ْه‬


ُ ‫اللـه ُ وَحْد َه‬ ُ ‫ نَحْمَد ُه ُ وَنَسْت َع ِي ْنُه ُ وَنَسْتَغْف ِر ُه ُ وَن َت‬،ِ ‫ِإ َّن الحم َْد َ ل َِّلـه‬
‫َل وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ وَعَلَى‬
ِ ‫ الَ َّله َُّم ص‬،ُ ‫سو ْلُه‬
ُ َ ‫ وَأَ شْهَد ُ أَ َّن م ُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَر‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ْ ‫ل َا شَر ِي‬

.ِ‫آلِه ِ وَصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْن‬

‫اللـه ِ وَطَاع َتِه ِ لَع َ َّلـك ُ ْم‬


َّ ‫ي بتَِقْو َى‬
ْ ِ ‫صي ْك ُ ْم و َن َ ْفس‬ َّ ‫ ا َِّتقُو ْا‬،ِ ‫اللـه‬
ِ ‫ أ ْو‬،َ ‫اللـه‬ َّ َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫أَ َّما بَعْد‬

.َ‫تُفْلِحُون‬

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ ﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠﮡ ﮢ ﮣ‬
‫ﮤﮥ‬

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-
benar taqwa, lakukan segala suruhan-Nya dan tinggalkan segala tegahan-
Nya. Mudah-mudah kita beroleh kebahagiaan hakiki di dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari yang berbahagia ini akan menyampaikan khutbah


bertajuk : “Menempa Kekuatan, Menjalin Kebersamaan”.

1
Khutbah Jumaat Menempa Kekuatan, Menjalin Kebersamaan

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Dunia hari ini masih belum mampu menamatkan pandemik COVID-19 yang
masih belum menunjukkan pengakhirannya. Kerugian yang terpaksa
ditanggung oleh pihak kerajaan dan individu di seluruh dunia dan di negara
ini khususnya tidak pernah terjangkau oleh fikiran kita. Begitu juga kematian
demi kematian yang mengundang kesedihan dalam kalangan ahli keluarga.
Namun, sebagai umat Islam, kita hendaklah reda dan menerima bahawa ini
adalah ketentuan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-
Baqarah ayat 286 :

‫ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣﯤ‬
Bermaksud : “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia
juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”

Walaupun negara kita sedang menghadapi ujian pandemik ini, namun


kita akui bahawa kehidupan masyarakat di negara ini sentiasa terpelihara
daripada pergolakan, pertelingkahan, perpecahan dan huru-hara.
Keamanan dan keselamatan setiap lapisan masyarakat di negara ini adalah
berlandaskan konsep kedaulatan undang-undang. Negara kita pernah
dikejutkan dengan ancaman keselamatan seperti pencerobohan di Lahad
Datu. Sebenarnya peristiwa seperti ini telah memberi pengajaran yang amat
besar kepada kita bahawa kedaulatan dan keamanan merupakan perkara
yang mesti dipertahankan kerana ia melibatkan kesucian maruah tanah air
tercinta.

Kita haruslah sedar bahawa suasana aman yang dinikmati hari ini
sebahagian besar datangnya daripada penat lelah usaha perjuangan dan
pengorbanan pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia.
Sememangnya kita amat bertuah kerana memiliki pasukan polis yang
2
Khutbah Jumaat Menempa Kekuatan, Menjalin Kebersamaan

sangat komited dalam memelihara kedaulatan negara daripada segala


ancaman yang boleh menggugat keselamatan seluruh warganegara tanpa
mengira bangsa, etnik dan budaya. Justeru, melalui tema sambutan
Peringatan Hari Polis yang ke-214 pada tahun ini iaitu “Polis dan
Masyarakat Berpisah Tiada”, adalah diharapkan ia dapat memupuk
komitmen masyarakat untuk sama-sama membantu dan menjaga
keamanan dan keselamatan negara. Jadilah mata dan telinga kepada pihak
polis supaya sebarang perlakuan jenayah dalam komuniti dapat segera
ditangani.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Sedar atau tidak, pandemik COVID-19 telah membuka mata semua pihak
mengenai kepentingan agensi-agensi tertentu yang terlibat secara langsung
dalam membendung penularan penyakit ini. Antaranya ialah Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia atau APM yang berperanan besar dalam
memberikan ilmu dan kemahiran kepada setiap lapisan masyarakat untuk
menghadapi situasi sukar dan tidak diduga yang boleh mengancam nyawa
manusia.

Ramai dalam kalangan kita yang tidak menyedari bahawa antara


fungsi dan peranan APM adalah untuk melatih dan melengkapkan rakyat
dengan ilmu kemahiran pertahanan awam merangkumi ilmu menyelamat,
rawatan kecemasan, kaedah memberi perlindungan dan menangani
sebarang ancaman kepada keselamatan nyawa, harta benda dan alam
sekitar. Ilmu dan kemahiran inilah yang perlu diterap dan dibudayakan
dalam diri setiap rakyat di samping memupuk sikap saling membantu
sesama kita. Hal ini selaras dengan ajaran Islam yang menyuruh manusia
untuk tolong menolong antara satu sama lain dalam kebaikan dan
menghindari daripada sebarang perkara mungkar dan permusuhan.

3
Khutbah Jumaat Menempa Kekuatan, Menjalin Kebersamaan

YAB Perdana Menteri dalam Mesyuarat Sidang Majlis Keselamatan


Negara Bilangan 11 Tahun 2021 pada 29 Januari 2021 telah bersetuju
bahawa APM, RELA dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah
(JPBD) yang dikenali sebagai Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) bersama-
sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia
untuk melaksanakan tindakan-tindakan pemerkasaan komuniti iaitu
pemantauan terhadap pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP);
memberi nasihat, peringatan, teguran dan panduan kepada ahli komuniti
tempatan dalam langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 dalam
komuniti; dan membuat hebahan pendidikan kesihatan tentang langkah-
langkah pencegahan penyakit ini.

Kesemua aktiviti ini merupakan salah satu daripada inisiatif Kerajaan


untuk bersama-sama dengan masyarakat supaya rantaian jangkitan
pandemik ini dapat diputuskan dan dileraikan agar krisis kesihatan dan krisis
ekonomi dapat kita sama-sama pulihkan. Sempena Sambutan Hari
Pertahanan Awam Sedunia yang ke-90 dan Hari Ulang Tahun Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia yang ke-69 pada tahun ini yang disambut pada
24 Mac, marilah kita berikan penghargaan terhadap pengorbanan warga
APM bersama-sama dan para anggota barisan hadapan negara yang tidak
pernah mengenal erti jemu berkorban demi keharmonian kita bersama.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Marilah kita menjadi anggota masyarakat dan warganegara prihatin dengan
sama-sama memainkan peranan dalam usaha membantu pihak kerajaan
khususnya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan
agensi-agensi lain yang sentiasa menunjukkan komitmen dan kesiapsiagaan
untuk memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan negara terus
terpelihara. Di samping itu, marilah kita mempamerkan sikap kesukarelawan

4
Khutbah Jumaat Menempa Kekuatan, Menjalin Kebersamaan

yang tinggi untuk membantu mereka yang menghadapi situasi sukar akibat
pandemik COVID-19.

Sebagai anak-anak kariah dan masyarakat bertanggungjawab, kita


mestilah membantu menjaga keamanan dalam komuniti kita dan mambantu
pihak berkuasa dalam usaha memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Kepada semua pihak Jawatankuasa Kariah, uruskanlah masjid, surau
Jumaat dan surau dengan baik semasa tempoh pandemik ini dengan
memastikan setiap SOP dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dapat dipatuhi sepenuhnya lebih-
lebih lagi dengan perluasan kapasiti jemaah bagi solat jumaat, solat fardu
dan solat sunat tarawih.

Mimbar ingin menarik perhatian para jemaah sekalian, marilah kita


sama-sama mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19 kerana
jumlah individu yang mendaftar masih lagi tidak mencapai sasaran. Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama agensi berkaitan
akan mengadakan Program Pendaftaran Vaksinasi melalui aplikasi My
Sejahtera di masjid-masjid dan Surau Jumaat terpilih di Wilayah
Persekutuan. Sesungguhnya kita sebagai rakyat bertanggungjawab untuk
membantu pihak kerajaan bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan dalam usaha membebaskan tanah air tercinta daripada
cengkaman pandemik COVID-19.

Mengakhiri khutbah, marilah kita sama-sama merenungi firman Allah


SWT di dalam surah surah at-Taubah, ayat 51:

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

5
Khutbah Jumaat Menempa Kekuatan, Menjalin Kebersamaan

‫ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ‬
‫ﮕ‬
Bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan
menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi
kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan
kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang
beriman bertawakal.”

ِ ‫ات و َالذِكْر‬ َ ِ ‫ن ال ْعَظِي ِْم وَنَف َعَنِي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م‬
ِ َ ‫ن الآي‬ َّ َ ‫ب َارَك‬
ِ ‫اللـه ُ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

َ ‫اللـه‬ َّ ُ ‫ل قَو ْل ِ ْي ه َذ َا وَأَ سْ تَغْف ِر‬ َّ ‫ل م ِنِي وَمِنْك ُ ْم تِلاوَتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ا‬


ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫لسمِي ُع الْعَلِي ْم‬ َ ‫كي ِْم وَتَق ََّب‬
ِ َ ‫الْح‬

‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِي ْنَ وَال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم وَلِسَا ئِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ وَال ْم ُ ْسل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫وَالأَ مْوَات فَاسْ تَغْف ِر ُْوه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ الْغَفُو ْر‬
ِ ‫الر‬

6
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Menempa Kekuatan, Menjalin Kebersamaan‬‬

‫خطبه كدوا‬
‫السلَام ُ عَلى َ سَي ِدِنَا مُح ََّمدِ ِن َّ‬
‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬وَعَلَى آلِه ِ‬ ‫الصلَاة ُ و َ َّ‬
‫ب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َ َّ‬
‫الحمْد ُ ل َِّلـه ِ ر َ ِ‬

‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬


‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاه ِرِي َ‬ ‫وَأَ ْ‬

‫سيِد َن َا مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬ ‫ك لَه ُ‪ ،‬وَأَ شْهَد ُ َّ‬
‫أن َ‬ ‫لا َّ‬
‫اللـه ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإل ٓه َ ِإ َّ‬

‫اللـه َ أَ مَرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ مَرَك ُ ْم‬ ‫اللـه ِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا َّ‬
‫اللـه َ ح ََّق ت ُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أ َّن َّ‬ ‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ َّ‬

‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ‬ ‫ِالصلَاة ِ و َ َّ‬


‫التسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ الـْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬ ‫ب َّ‬

‫ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ‬

‫ل سَي ِدِن َا م ُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ وَعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِنَا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َار َكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫آ ِ‬

‫مج ِي ْد‪.‬‬ ‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاه ِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬


‫ك حَمِي ْد َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى آ ِ‬

‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ وَتَابِع ِي‬ ‫ن و َ ع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ ْجم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬
‫الرا ِ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ض َّ‬‫ار َ‬
‫وَ ْ‬
‫ض ع َ َّنا مَعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْر َم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ار َ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َ ْ‬ ‫َّ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم وَالأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ وَالمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات وَالمُؤْم ِن ِينَ و َالمُؤ ْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬

‫الص َّحة ِ و َ َّ‬


‫السلَامَة ِ م َل ِـكَـن َا كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬ ‫ق وَال ْهِد َايَة ِ و َ ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِد َوَا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬

‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان عَبْد ُ َّ‬


‫اللـه رِعَايَة ُ الد ِي ْن الـم ُصْ طَفَى‬
‫ست َع ِي ْن ب َّ‬
‫اللـه‪.‬‬ ‫ب َِّاللـه شَاه ا ب ْ ِن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬
‫َاج أَ حْم َد شَاه الـم ُ ْ‬

‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Menempa Kekuatan, Menjalin Kebersamaan‬‬

‫ك كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل ِ َ‬

‫حو ْم الـم ُت َوَك ِلْ عَلَى‬


‫ْت الـمَر ْ ُ‬
‫تُونكو)‪ (Tunku‬حاجه عَزِي ْزَةْ أَ م ِي ْنَة ْ م َيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن ِ‬
‫َّ‬
‫اللـه سُلْطَان ِإسْ كَنْد َْر الحَاج‪.‬‬

‫ن وَأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬وَأَ ْم ٍ‬ ‫َّ‬

‫وَسَا ئ ِر َ بِلَادِ الْـمُسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ وَال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ ن َصَر َ الد ِينَ‪،‬‬
‫َّ‬

‫ك ِإلَى ي َو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬


‫ل كَل ِمَت َ َ‬
‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬وَأَ ع ْ ِ‬
‫وَاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬

‫ن الب َرَصِ‪ ،‬وَالْجن ُ ُونِ‪ ،‬وَالْجُذ َا ِم‪ ،‬و َم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪.‬‬ ‫الله َُّم ِإ َّنا ن َع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫ك مِ َ‬ ‫َّ‬

‫يا اللـه‪ ،‬جاديكنله كامي همبا‪-‬همبامو يڠ طاعة ملقساناكن كواجيڤن صالة‪ ،‬ممباير زكاة‬
‫كڤد ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان (‪ )PPZ-MAIWP‬دان‬
‫مڠينفاقكن هرتا ماللوءي عباده وقف‪ .‬بركتيله دان رحمتيله سڬاال اوسها كامي دالم‬
‫ممنوهي كواجيڤن زكاة دان وقف ڤد جالنمو‪ .‬جاديكنله هرتا زكاة دان وقف اين سباڬاي‬
‫ساهم كامي دأخيرة كلق‪.‬‬
‫يا اللـه‪ ،‬ڤرمودهكنله ‪ MAIWP‬دالم مڠاڬيهكن زكاة كڤد ڤارا اصناف دان مڠوروسكن‬
‫هرتا وقف دڠن سباءيق‪-‬باءيقڽ دمي منفعة اومت إسالم دواليه ڤرسكوتوان‪.‬‬
‫يا اللـه‪ ،‬كورنياكنله جوڬ كڤد كامي كسجهتراءن‪ ،‬كأمانن‪ ،‬كسالمتن سرتا ڤرليندوڠن درڤد‬
‫مصيبة‪ ،‬باال بنچان دان وابق ڤڽاكيت بربهاي خصوصڽ ‪.COVID-19‬‬

‫َاب َّ‬
‫النارِ‪.‬‬ ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َ‬
‫خرَة ِ َ‬ ‫ر َ َّبنَا آتنَِا فِي الدن ْيَا َ‬
‫حسَن َة ً وَفِي الْآ ِ‬

‫‪8‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Menempa Kekuatan, Menjalin Kebersamaan‬‬

‫عِبَاد َ َّ‬
‫اللـه ِ‪،‬‬

‫ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂﮃﮄ ﮅ ﮆ‬

‫ﮇﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ‬

‫اللـه َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬وَاشْ ك ُر ُوه ُ ع َلَى نِعَمِه ِ يَز ِ ْدكُمْ‪ ،‬وَاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ ي ُعْطِك ُ ْم‬
‫فَا ْذك ُر ُوا َّ‬

‫اللـه ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬و َ َّ‬


‫اللـه ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬ ‫وَلَذِك ْر ُ َّ‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai