Anda di halaman 1dari 5

PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BAHASA.

Berpusatkan murid.

Ciri-ciri utama KBSR dan KBSM adalah menjadikan pelajar sebagai pemain
utama dalam proses PnP. Pelajar lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
setiap sesi pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau
pemudahcara.

Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti
sesuatu mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan
kekecewaan dan kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya berpunca
daripa kurangnya penerapan pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih kepada
berpusatkan guru. Kaedah tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah
kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta
akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas.

Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/


syarahan). Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan
meminta pelajar membuat nota dan hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan
di kalangan pelajar digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran.
Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang
diajar Pengajaran kadang kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan
penglibatan aktif pelajar dibuat. Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari
segi nota yang lengkap dan kerja rumah/ latihan secara individu. Pengajaran guru
banyak bergantung kepada buku teks tanpa sebarang aktiviti yang menarik.

Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab


dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar.
Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat
memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara
guru dan pelajar dalam aktiviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat
tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru
dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis
serta kreatif.

Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar


akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut
tahap kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat
daripada pelbagai sumber untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan
tugasan, pelajar-pelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Dalam
perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang
perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses yang dilakukan oleh pelajar
sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah
memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan
untuk tujuan tersebut,

Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah


pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya
digalakkan memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan
menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.

Dalam proses pengaplikasian pembelajaran berpusatkan pelajar, masa banyak


diperuntukkan kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan masalah
pembelajaran dengan bantuan guru. Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini.

Guru mengamalkan corak kepimipinan demokratik di mana pelajar bebas untuk


bertanya dan memberikan pendapat mereka. Lebih diberi penekanan terhadap
pencapaian objektif pembelajaran . Teknik perbincangan dijalankan lebih banyak
untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar yang
mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.

Selain itu, guru berpeluang berinteraksi dengan pelajar dan boleh mengesan
kelemahan mereka di peringkat awal lagi. Masalah tersebut dapat diatasi lebih awal
lagi. Hasilnya, pelajar dapat berkembang mengikut kesediaan mereka.
Berpusatkan bahan

Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu(ABM) yang


digunakan bagi membantu pengajaran guru. Alat-alat bantu ini terbahagi kepada dua
iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah semua
bahan yang digunakan oleh guru. Bahan pembelajaran ialah semua bahan yang
disediakan oleh kegunaan pelajar. Bahan tersebut memudahkan guru untuk
membantu pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah.

Bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih


mudah dan berkesan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan
dapat meningkatkan minat dan kefahaman pelajar. Tidak semua sesi pengajaran
memerlukan bahan.

Penggunaan bahan yang berlebihan dalam satu-satu masa boleh


mengakibatkan masa terbuang dan isi pelajaran yang utama tidak dapat
disampaikan. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran menggunakan alat-
alat yang ada terutamanya alat-alat teknologi. Selain itu, bahan pengajaran yang
sistematik dapat membantu pelajar mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.

Peranan guru menjadi dominan apabila mengendalikan proses PnP. Pelajar


hanya perlu memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang diberikan. Dapat
memupuk sifat berdikari dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu menghasilkan
projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru. Dapat melatih diri menjadi satu pasukan
yang saling bekerjasama bagi memastikan sesuatu projek dapat disiapkan dengan
sempurna dalam masa yang ditetapkan.
Berasakan projek

1.Apakah itu pembelajaran berasaskan projek?


Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara sistematik/terancang
dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data
dan persediaan satu laporan yang betul.

2. Senaraikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek?


• Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.
• Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang
siap.
• Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
• Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap
proses.
• Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.
• Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat
dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri.
• Sesuai dengan murid dan kurikulum.
• Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

3. Mengapakah pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan


bestari?
• Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar
yang pelbagai.
• Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian
dalam proses P & P.
• Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
• Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan
masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
• Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
• Menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat.
• Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya
pembelajaran yang berbeza.
4. Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan
pembelajaran berasaskan projek?
• Memberi tugasan mengikut kurikulum.
• Tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat.
• Menentukan jadual kerja.
• Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil.
• Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan.
• Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek.
• Penilaian haruslah dilaksanakan sepanjang tempoh projek.
• Pelaksanaan dan perancangan projek haruslah berperingkat.
• Penyediaan JPT dan PMM
• Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek
• Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang
pelaksanaan projek

Berpusatkan masalah.

Dilaksanakan dengan penyeliaan guru. Boleh dilakukan secara kumpulan


atau individu. Pelajar harus dapat mengatasi rintangan untuk mencapai matlamat.
Memerlukan proses penakulan yang tinggi. Antara langkah yang perlu dipatuhi ialah
kenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat andaian(hipotesis), menguji
hipotesis, menilai dan membuat rumusan. Semasa proses penyelesaian dilakukan
pelajar boleh bertukar pendapat,bekerjasama, meningkatkan pemahaman dan
ingatan Penglibatan pelajar adalah dituntut sepenuhnya .

Anda mungkin juga menyukai