Anda di halaman 1dari 3

Terdapat pelbagai punca berlakunya pencemaran alam.

Namun, adakah manusia sahaja yang


bertanggungjawab bagi semua pencemaran alam yang berlaku? Pencemaran alam boleh
ditakrifkan sebagai kotoran sekeliling yang menjejas kualiti kebersihan air, udara dan bumi.
Sepatutnya, manusia harus bertanggungjawab untuk menjaga flora dan fauna yang
mengelilingi mereka kerana tiada tempat yang lain  lagi di cakerawala yang sama seperti
bumi ini. Arus pembangunan ke arah menjadikan negara-negara di dunia ini serba maju telah
mencetuskan pelbagai masalah. Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian telah
memberikan taraf hidup yang selesa dan ini telah menaikkan imej negara tersebut di kaca
mata dunia. Namun begitu, manusia alpa bahawa dibalik keselesaan dan pembangunan yang
mereka miliki ada kesan yang boleh memudaratkan hidupan sekeliling mereka. Oleh itu,
tidak dapat dinafikan bahawa manusia adalah punca utama berlakunya pencemaran alam.

Kesan pencemaran alam sekitar yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh
seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan bumi yang disebabkan
komposisi gas-gas rumah hijau meningkat melebihi tahap kebiasaan. Kenaikan suhu bumi
dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan
oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas
karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Kilang-kilang yang memproses dan
membakar minyak untuk menjana elektrik supaya manusia dapat membuat aktiviti-aktiviti
seharian mereka akan mengeluarkan gas-gas toksik dan gas rumah hijau. Gas karbon dioksida
yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi
meningkat , persekitarannya menjadi panas.

Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global
menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap
dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Penipisan lapisan ozon bumi yang
melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran matahari. Pembebasan gas
klorofluorokarbon atau CFC berlaku melalui aktiviti manusia yang menggunakan alat-alat
seperti semburan aerosol dan varnis telah menyebabkan lapisan ozon untuk menipis hari demi
hari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang
amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga
menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan
menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini. Sebagai
contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa
manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi
kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

Selain pencemaran udara, terdapat beberapa perbuatan manusia yang juga menyebabkan air
tidak terkecuali daripada dicemar. Antaranya tumpahan minyak, dan pembuangan sampah
secara sembarangan. Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah sarap  daripada
kawasan perumahan atau kilang-kilang ke tepi tasik dan laut. Bahan yang dibuang seperti
sampah, minyak dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan kualiti kebersihan air
terjejas.  Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab
membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air.
Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul
apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan
toksik yang mencemarkan air sungai. Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh
pelanggaran kapal atau kebocoran dalam paip saluran minyak turut menyebabkan berlakunya
pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan
menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Pencemaran air akan
memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia
seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia.
Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian. Tumpahan
minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh
mengancam kehidupan lautan.Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati
disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air
yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan
laut.

Pencemaran tanah atau bumi dapat kita ketahui dengan  mudah kerana ia dapat dikesan
melalui 5 deria kita. Adapun beberapa faktor penyebabnya antaranya pembuangan sampah
berbahan sintetik seperti plastik,tin,dan kaca.Seperti semua yang sedia maklum, bahan-bahan
tersebut tidak boleh biodegredasi oleh mikroorganisme,menyebabkan gas oksigen tidak dapat
meresap ke dalam tanah. Di beberapa daerah pencemaran tanah akan menurunkan kualiti
kesuburan tanah itu sendiri. Tanaman tidak akan mudah hidup di tanah yang tercemar dan
meskipun hidup ia akan menghasilkan produk yang belum tentu selamat untuk diambil atau
dimakan. Selain itu, fauna tanah yang selama ini tinggal pasti juga akan terusik
keberadaannya. Kesan pencemaran tanah selanjutnya adalah penyebaran wabak penyakit
berbahaya. Tanah yang tercemar merupakan kondisi yang amat sesuai untuk bakteria
merebak. Sampah-sampah yang ada di atas permukaan tanah juga menjadi habitat bagi
haiwan haiwan dan serangga seperti lipas berternak. Lantas sikap sambil lewa manusia
membuang sampah sarap sembarangan juga dapat membawa pelbagai implikasi selain
daripada pencemaran bumi.

Secara kesimpulan, masalah pencemaran alam sekitar adalah daripada kita sendiri. Kita
haruslah mempunyai kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Melalui mengenali punca-punca
pencemaran kita dapat mengambil langkah-langkah pembetulan dan mengelak daripada
terlibat dalam golongan yang merosakkan alam sekitar. Ia  penting  demi  memastikan 
kehidupan  dibumi  ini  terjamin  dan  terhindar  dari  masalah  pencemaran  yang 
semestinya  membahayakan  dan  mengancam  kesihatan  serta  kehidupan  flora  dan  fauna.
Apabila alam sekitar kita bersih dan bebas daripada segala pencemaran, ia akan menjaminkan
generasi yang akan datang keindahan alam semula jadi yang boleh mereka nikmati bersama.

Anda mungkin juga menyukai