Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN FIZIK

TOPIK: INERSIA

KITARAN KAJIAN TINDAKAN PERTAMA

PERANCANGAN
Saya akan menggunakan konsep ‘tulis dan cakap’ dan memberikan nota berkaitan inersia.

TINDAKAN
Saya mula mengajar topik tersebut secara lisan dengan memeperkenalkan contoh contoh
inersia dan mengedarkan nota berkaitan definisi dan contoh inersia.

PEMERHATIAN
Hal ini menyusahkan pelajar kerana mereka perlu menghafal definisi tanpa memahami
sepenuhnya maksud dan perkaitannya dengan kehidupan seharian.

REFLEKSI
Pendekatan ini adalah tidak sesuai untuk konsep abstrak.

ANALISIS KITARAN PENGAJARAN PERTAMA


Silibus dapat disiapkan tepat pada masanya.
Nota yang diberikan kepada pelajar adalah untuk mereka belajar dan menghafal bagi tujuan
peperiksaan.

KITARAN KAJIAN TINDAKAN KEDUA

PERANCANGAN
Saya akan menggunakan senario sebenar untuk menerangkan perkaitan antara jisim dan
inersia.

TINDAKAN
Saya membawa satu senario gajah dan tikus. Jika kedua dua haiwan ini terlibat dalam
perlumbaan, haiwan manakah yang akan memulakan perlumbaan dengan mudah dan
haiwan makanah akan menghadapi kesukaran untuk berhenti di garisan penamat.

PEMERHATIAN
Pelajar mendapati contoh ini sebagai menarik. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu
untuk membayangkan keadaan sebenar senario tersebut.

REFLEKSI
Walaupun pendekatan ini kelihatan menarik bagi pelajar, mereka kelihatan tidak memahami
dengan mendalam perkaitan jisim terhadap inersia.

ANALISIS BAGI KITARAN PENGAJARAN KEDUA


Tidak semua pelajar mampu memahami konsep inersia.
Guru berjaya menyelesaikan penerangan terhadap inersia dalam tempoh yang ditetapkan.
Aktiviti tanpa aktiviti lanjutan untuk memahami konsep tersebut.

KITARAN KAJIAN TINDAKAN KETIGA

PERANCANGAN
Saya merancang untuk menggunakan persembahan multimedia dari perisian Power Point.

TINDAKAN

1
Saya memulakan perbincangan mengenai konsep inersia diikuti dengan persembahan video
sebiji telur yang dijatukan pada ketinggian 3 kaki keatas permukaan berkapet. Prosedur
yang sama dilakukan dengan menjatuhkan sebiji telur keatas permukan simen pada
ketinggian yang sama.

PEMERHATIAN.
Pelajar mendapati hal ini menarik tetapi masih tidak dapat menangkap perkaitan antara
inersia dan daya impulse.

REFLEKSI
Pendekatan ini walaupun merangsang minat dan pehaman pelajar, ianya masih tidak cukup
untuk memberikan pemahaman yang mendalam kepada konsep dan perkaitannya denagn
konsep konsep yang berlainan.

PERUBAHAN
Aktiviti lanjutan telah direka dengan menggunakan 2 biji telur yang masak dan mentah.
Pelajar dikehendaki untuk memutarkan telur tersebut dan melihat perbezaannya. Pelajar
tertanya tanya apakah perkaitan antara penggunaan telur dengan konsep inersia.

REFLEKSI
Pelajar berupaya untuk memahami konsep kerana aktiviti tersebut melibatkan pembelajaran
eksperimen.

ANALISIS KITARAN KAJIAN KETIGA


Aktiviti tersebut dapat disiapkan dalam dua masa.
2 Pelajar dapat merasai pengalaman secara langsung.

Anda mungkin juga menyukai