Anda di halaman 1dari 6

2 年级国语

Pemahaman : Guan Hong Yang


Berjimat Cermat
1) Baca dan hafal petikan di bawah.
2) Jawab semua soalan yang diberi.

Guan Hong seorang yang berjimat cermat. Dia mengurus wang


menggunakan jadual kewangannya sendiri.

Baki wang saku yang diterimanya akan disimpan di dalam tabung.


Selain tabung, dia juga menyimpan wang di bank. Menyimpan wang di
bank lebih selamat. Dia percaya, jika dia berhemat, tentu masa
depannya selamat.

Guan Hong menjadi contoh kepada adiknya, Guan Meng. Adiknya


juga sudah mempunyai akaun bank. Sekali sebulan mereka akan ke bank
bersama-sama.

1) Apakah sikap Guan Hong?


A. rajin
B. lalai
C. berjimat cermat
D. bertanggungjawab

2) Bagaimanakah dia mengurus wang?


A. menggunakan jadual kewangannya sendiri
B. menggunakan akaun bank
C. menyimpan wang di dalam bank

3) Di manakah dia menyimpan wang?


A. Amanah Saham Nasional
B. pada adiknya
C. bank
D. akaun
4) Mengapakah Guan Hong menyimpan wang di bank?
A. mempunyai akaun di bank
B. ikut jadual kawangannya
C. tabungnya sudah penuh
D. lebih selamat

5) Guan Hong menjadi contoh kepada .


A. ibunya
B. adiknya
C. bapanya
D. abangnya
Pemahaman : Lawatan
1) Baca dan hafal petikan di bawah.
2) Jawab semua soalan yang diberi.

Sekolah Aliya telah mengadakan lawatan ke Cameron Highlands.


Seramai 20 orang murid dan tiga orang guru telah mengikuti lawatan itu.
Mereka pergi dengan menaiki bas.

Jalan ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. Aliya dan kawan-


kawannya berasa pening-pening lalat. Namun, mereka berasa seronok
melihat keindahan flora dan fauna.

Aliya dan kawan-kawannya melawat banyak tempat. Selain ladang


teh, mereka juga pergi ke kebun buah-buahan. Mereka dapat merasa
buah-buahan seperti strawberi yang segar dan enak. Ada yang
membelinya untuk dibawa pulang.

1) Ke manakah sekolah Aliya membuat lawatan?


A. Bukit Fraser
B. Cameron Highlands
C. Gunung Angsi

2) Berapa orangkah yang mengikuti lawatan itu?


A. 33 orang
B. 40 orang
C. 25 orang
D. 23 orang

3) Bagaimanakah keadaan jalan ke Cameron Highlands?


A. bengkang-bengkok
B. pening-pening lalat
C. banyak selekoh

4) Apakah tempat yang mereka lawati?


A. zoo
B. kebun pisang
C. ladang teh
5) Mereka membeli untuk dibawa pulang.
A. bunga-bungaan
B. sayur-sayuran
C. buah-buahan
Pemahaman : Maria
1) Baca dan hafal petikan di bawah.
2) Jawab semua soalan yang diberi.

Sejak kecil lagi Maria suka memasak. Dia rajin membantu dan kakaknya
memasak di dapur.

Selain itu, Maria gemar membaca buku-buku masakan. Dia juga


mengumpul resipi dan mencubanya. Ibu dan kakaknya akan memuji
masakan Maria. Mereka mengatakan bahawa Maria boleh menjadi
tukang masak yang berjaya.

Setelah dewasa, Maria berjaya menjadi seorang tukang masak. Dia


bekerja keras kerana bercita-cita untuk mempunyai restorannya sendiri.

1) Sejak bilakah Maria gemar memasak?


A. sejak sekolah rendah
B. sejak sekolah menengah
C. sejak kecil lagi

2) Maria rajin membantu ibu dan kakaknya .


A. memasak
B. membaca
C. mengumpul resipi

3) Siapakah yang memuji Maria?


A. pelanggannya
B. ibu dan kakaknya
C. guru-gurunya
D. rakan-rakannya Bahasa Melayu

4) Apakah pekerjaan Maria setelah dewasa?


A. saintis
B. pengurus
C. jururawat
D. tukang masak
5) Mengapakah Maria bekerja keras?
A. Untuk membantu ibu dan kakaknya
B. Untuk mempunyai restorannya sendiri
C. Untuk mendapat pujian daripada orang lain

Anda mungkin juga menyukai