Anda di halaman 1dari 3

Anterior Talofibula Ligament (ATFL) Tear

Leave a Comment / IFIX Physiotherapy Blog / By ifixphysiotherapy

Terseliuh di buku lali adalah satu kondisi yang kerap dialami oleh semua golongan
tak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan mahupun aktif atau tidak aktif dalam
kehidupan seharian. Secara umumnya, buku lali dikelilingi dengan pelbagai struktur
yang membantu untuk menstabilkan bahagian tersebut. Terdapat banyak ligament
yang menyokong buku lali. Namun terdapat sejenis ligament yang kerap cedera,
dikenali sebagai anterior talofibula ligament (ATFL).
Ligament ini menggabungkan bahagian bawah tulang fibula dan bahagian leher
tulang halus. Apabila terdapat kelemahan pada ligament ini, ia akan menyebabkan
kaki tersebut hilang ataupun kurang stabil. Apabila ia tidak stabil, buku lali tersebut
akan menjadi senang untuk terseliuh ke dalam dan ini mengundang kecederaan
kepada bahagian buku lali.

SIMPTOM
1. Bengkak di bahagian buku lali.
2. Rasa sakit apabila disentuh pada bahagian buku lali.
3. Tidak boleh berdiri atau rasa tidak selesa untuk berjalan.
TAHAP KECEDERAAN ATFL
GRADE 1

1. ATFL terkoyak sedikit sahaja


2. Rasa sakit apabila disentuh pada bahagian sisi luar buku lali.
3. Masih stabil untuk menggunakan kaki tersebut.
4. Mampu untuk berjalan tanpa rasa sakit di bahagian buku lali.
GRADE 2

1. ATFL terkoyak besar tetapi tidak putus lagi.


2. Sakit apabila disentuh pada bahagian sisi luar buku lali.
3. Sakit apabila berjalan.
4. Lebam dan bengkak.
GRADE 3

1. ATFL putus sepenuhnya dan mungkin melibatkan ligament yang lain


seperti calcaneofibula ligament (CFL).
2. Bengkak dan lebam.
3. Sakit apabila disentuh pada bahagian sisi luar buku lali.
4. Tidak mampu untuk berdiri dan berjalan.
RAWATAN DAN SENAMAN
Terdapat 4 peringkat senaman untuk mengurangkan sakit pada bahagian buku lali
ataupun pemulihan untuk AFTL injury iaitu senaman pergerakan atau range of
motion exercise, senaman regangan, senaman kekuatan dan juga senaman
kesinambungan badan.
1. Pertama sekali iaitu senaman pergerakan. Apa yang anda boleh
lakukan adalah alphabet exercise. Untuk senaman ini, pesakit diminta
untuk duduk melunjur kaki dengan keadaan kaki tergantung sedikit di
hujung katil dan melukis alphabet menggunakan ibu jari kaki. Ulang
senaman ini selama 3 kali daripada huruf A hingga Z.

2. Seterusnya adalah senaman regangan. Terdapat dua senaman regangan yang


anda boleh lakukan di rumah.

Pertamanya ialah senaman regangan di atas katil menggunakan tuala. Posisi


pesakit adalah keadaan duduk melunjur dekat tuala dililit pada bahagian hujung kaki
seperti gambar dibawah. Tarik tuala sehingga terasa tegang pada bahagian betis
dan tahan selama 15 saat dan ulang sebanyak 4 kali.
Untuk senaman kekuatan pula, selalunya bila kecederaan ATFL ia disebabkan oleh
otot dibahagian luar kaki kita iaitu tibialis anterior jadi lemah. Jadi untuk
mengurangkan risiko kecederaan kedua senaman kekuatan adalah digalakkan.

Untuk senaman ini, theraband diperlukan.

Posisi pesakit dalam keadaan duduk di atas kerusi dan theraband dililitkan pada
bahagian tapak kaki. Pesakit menarik theraband tersebut daripada bahagian dalam
dan pesakit cuba menolak theraband tersebut ke arah luar. Tahan selama 10 saat
dan ulang selama 10 kali. Ulang sebanyak 3 set.

Untuk balance exercise pula senaman yang boleh dilakukan adalah dengan


merapatkan kedua-dua kaki dan berdiri selama 60 saat. Jika berasa terlalu senang
cuba untuk berdiri sebelah kaki dan tahan selama 60 saat. Anda boleh ulang
senaman ini sebanyak 10 kali di rumah.

Anda mungkin juga menyukai