Anda di halaman 1dari 3

 

Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di


negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan
(obesiti). ”
KEBAIKAN PEMAKANAN SEIMBANG:
1.Pembesaran fizikal tubuh badan lebih sempurna.

Tubuh badan manusia memerlukan kesemua zat makanan yang diperlukan untuk
mendapat atau membina tubuh badan yang sihat dan cergas.

2. Mengawal kadar obesiti.

Pengawalan pengambilan makanan juga penting untuk mengelakkan tubuh badan


menjadi obesiti dengan mengambil makanan kuantiti yang sedikit tetapi cukup
khasiat untuk tubuh badan. Jom kita buat SENAMAN yang sesuai untuk obesiti.
3. Perkembangan mental seseorang tidak terganggu

Kekurangan zat makanan atau protein makanan boleh mengakibatkan seseorang itu
tidak cergas dan mudah letih bila seseorang individu tersebut melakukan aktiviti.
Maka keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu gagal berfikir dengan baik untuk
membuat keputusan. Jadi permakanan seimbang juga antara penyumbang gaya
hidup yang lebih sihat.

4. Memberikan vitamin kepada tubuh badan.

Badan manusia memerlukan vitamin untuk melawan penyakit yang ada didalam
badan manusia dan melindungi penyakit berjangkit. Maka manusia yang mengambil
makanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang optimum dan lebih baik.

MAKANAN YANG TIDAK BERKHASIAT.


1.Nugget

2.Pizza

3.Jajan/ Makanan ringan

4. Nasi putih atau tepung putih. Kenapa? Nasi ni apabila kita makan, kajian
menunjukkan karbohidrat yang kita ambil ini apabila masuk ke dalam sistem
tubuh badan kita, dia akan bertukar menjadi gula. Untuk bekalkan tenaga untuk
kita bekerja. Ye memang orang tua makan nasi tapi mereka bekerja di ladang,
kebun atau sawah yang memerlukan tenaga yang menggunakan seluruh tubuh
badan. Tetapi kita berbeza hanya berkerja menaip dengan jari dan duduk sahaja.
5. Gula putih

Ikut kajian 40% penyakit kanser boleh dicegah. Caranya MUDAH. JAUHI
gula putih. KANSER MEMBESAR dengan GULA PUTIH.
6. Organ dalaman

7. Air berkarbonat

8. Makanan deep fried

9. Margerin

10. Fast food seperti fries, burger dan sebagainya.

TIPS PEMAKANAN SEIMBANG UNTUK TUBUH BADAN:

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.


Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan
buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.


Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian
dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya
dengan protein tumbuhan.

3. Banyakkan minum air.


Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman,
penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan
bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan
kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing,
tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa
dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-
kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada
minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.


Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga
30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan
pengambilan lemak berlebihan dengan:
 Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
 Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
 Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam
masakan.
 Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh
(contoh: kulit ayam).
 Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin,
mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
 Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar,
menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan
beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna
anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain
yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang
akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang
mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Segera rujuk doktor atau pakar 
Dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan pakar pemakanan dan dapatkan
rawatan jika anda ada masalah kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai