Anda di halaman 1dari 3

Cara untuk Mengatasi Masalah Bongkok

(Kyphosis)
Leave a Comment / IFIX Physiotherapy Blog / By ifixphysiotherapy

Masalah bongkok adalah sangat common dalam masyarakat Malaysia. Kebanyakan


masalah bongkok ini selalu ada pada orang dewasa dan orang yang sudah berumur.
Tetapi ini tidak bermakna masalah bongkok tiada pada kanak-kanak atau yang usia
lingkungan 20an kerana masalah ini melibatkan postur badan yang salah, dan
kesalahan ini dibuat rata-rata hampir seluruh rakyat Malaysia.
Apa Itu Bongkok?
Bongkok atau ‘kyphosis’ adalah kondisi di mana terlebih lengkungan di bahagian
tulang belakang atau dengan lebih terperinci lagi di bahagian (thoracic). Selalunya
kondisi ini terjadi kepada golongan wanita terutamanya selepas menopaus.
Jenis-jenis Kyphosis
1. Structural Kyphosis
Structural kyphosis terbahagi kepada dua jenis iaitu congenital
kyphosis dan juvenile kyphosis (Scheuermann‘s).
Congenital kyphosis terjadi apabila pertumbuhan tidak normal pada tulang
belakang sejak lahir.
Juvenile kyphosis biasanya terjadi di usia remaja apabila kadar pertumbuhan
tulang belakang tidak sama yang menyebabkan lebih lengkungan pada bahagian
belakang.
2. Postural Kyphosis
Postural kyphosis terjadi apabila seseorang itu mengamalkan postur badan yang
tidak betul. Sebagai contoh, seseorang itu duduk tidak menegak sewaktu bekerja
dalam tempoh masa yang lama atau seseorang itu membawa beg yang terlalu berat
dan ditanggung oleh badannya melebihi kemampuan tubuh.
Cara-cara Mengatasi Kyphosis
1. Kesedaran Postur (Posture Awareness)
Postur adalah posisi badan yang dikekalkan ketika melakukan berdiri, duduk atau
melakukan aktiviti. Kesedaran postur yang betul dalam aktiviti seharian kita amat
penting untuk mengelakkan kyphosis. Berikut adalah panduan postur berdiri dan
duduk yang betul.

Postur berdiri yang salah

Postur berdiri yang betul

Postur duduk yang salah

Postur duduk yang betul


2. Senaman

Amalan postur yang tidak betul akan mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan


otot di sekitar atas belakang dan dada. Otot di sekitar bahagian dada menjadi ketat
manakala otot di sekitar bahagian atas belakang lemah. Bagi mendapatkan kembali
kekuatan otot yang lemah dan melenturkan otot yang ketat, senaman kekuatan dan
regangan yang betul harus dilakukan seperti yang dicadangkan dalam pautan klip di
bawah. Senaman tersebut haruslah di pantau oleh ahli fisioterapi anda untuk
mengelakkan salah teknik atau kecederaan yang tidak diingini berlaku.
Sila rujuk kepada pusat fisioterapi yang berdekatan dengan anda masalah kyphosis
anda berlanjutan dan menganggu aktiviti seharian anda.

Anda mungkin juga menyukai