Anda di halaman 1dari 20

PENGENALAN

Definisi pengurusan kesihatan diri ialah kesihatan fizikal yang


optimum yang dapat diperolehi melalui penjagaan kebersihan
persekitaran, amalan asas kesihatan dan penjagaan pakaian dan
alatan keperluan diri. Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi
kebersihan tubuh badan, pakaian dan peralatan yang digunakan,
pengurusan pemakanan yang betul, pengurusan berat badan,
pengurusan tekanan dan pemeriksaan kesihatan. Kesihatan diri yang
sejahtera akan memastikan setiap individu menjalankan fungsi sosial
mereka dengan berkesan. Lelaki dan perempuan dapat memainkan
peranan masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat
dan negara.
Definisi Pendidikan kesihatan keluarga berkaitan dengan definisi
Pendidikan kesihatan. Daripada definisi tersebut, kita boleh
membuat kesimpulan bahawa pendidikan kesihatan adalah proses
perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan
komuniti. Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan untuk
meningkatkan status kesihatan ke peringkat yangoptimum melalui
usaha dan kemampuan setiap ahlinya. Dalam konteks pendidikan
kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai suatu matlamat
yang ingin dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan
seharian. Pendek kata, ia melibatkan usaha-usaha setiap ahli dalam
keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik demi untuk
kesejahteraan mereka.Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara
hidup sihat adalah satu aset untuk kehidupanseharian. Kita perlu
mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita dapat
menjalanikehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik
mengikut kemampuan kita.Oleh itu,pendidikan kesihatan keluarga
bukan setakat melihat kepada aspek kesihatan sahaja tetapi
perlumelihat kepada aspek ekonomi dan sosial.
FAKTOR DAN KESAN BURUK

1) MASALAH TIDUR

i.Obstructive Sleep Apnea atau henti nafas semasa tidur


Permasalahan Pernafasan Semasa Tidur yang juga dipanggil
“sleep apnoea”. Ada dua terma yang biasa digunakan apabila
membincangkan Permasalahan Pernafasan Semasa Tidur, ia
adalah “apnoea”, iaitu saluran pernafasan di bahagian atas
tersumbat secara keseluruhan dan “hypopnoea” apabila
saluran pernafasan bahagian atas tersumbat secara separa
semasa seseorang itu tidur.
ii.Insomnia
Insomnia adalah sesuatu gangguan tidur dengan gejala-gejala
seperti selalu berasa letih dan penat sepanjang hari, mengalami
kesulitan untuk tidur atau selalu terbangun di tengah malam
dan tidak dapat kembali tidur dan hal ini berterusan.
iii.Hipersomnia
Hypersomnia adalah keadaan yang menyebabkan seseorang
menjadi terlalu mengantuk pada waktu siang atau
menghabiskan masa terlalu lama untuk tidur. Individu yang
mengalami hypersomnia boleh tidur pada bila-bila masa
walaupun melakukan aktiviti yang memerlukan tumpuan,
seperti semasa bekerja atau memandu kenderaan.
iv.Penyakit tidur berjalan
Ketika seseorang mengalami tidur berjalan, dia mungkin duduk,
berjalan-jalan dan melakukan aktiviti-aktiviti biasa dalam
keadaan tidur. Mata seseorang itu mungkin terbuka, tetapi
sebenarnya mereka masih dalam keadaan tidur nyenyak. 
2) OBESITI

i.Umur
Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma
menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun
tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat
pemakanan dalam aspek jumlah jenis dan kekerapan.
ii.Gender
Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi
obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita
mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar
metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki
iii.Faktor hormon
Terdapat sejenis hormon dalam tubuh manusia yang dikenali
sebagai leptin. Terdapat banyak perkara yang boleh
menyebabkan hormon ini terganggu seperti berada dalam
keadaan stres, kurang tidur dan juga variasi genetik manusia.
Jika isyarat hormon ini terjejas, ia boleh menyebabkan kita
makan secara berlebihan walaupun perut kita sebenarnya
sudah kenyang.
iv.Penyakit
Walaupun tidak kerap,obesiti boleh berlaku kepada pesakit
yang mempunyai penyakit hypothyroidism,kemurungan atau
penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makanan
berlebihan.
3) MASALAH FIZIKAL

i.Kurang upaya
-Menggangu pergerakan individu
-Kadang kala kerja-kerja harian seperti memakai
baju,makan,menulis dan berjalan terpaksa dibantu oleh orang
lain.
-Mempunyai peluang terhad untuk melibatkan diri dalam
aktiviti berbentuk fizikal.
-Kemalangan atau kecederaan seperti kecederaan fizikal,akibat
bahan kimia,akibat terbakar kepada tubuh badan.
ii.Keabnormalan postur
-Kerusakan otak atau tulang belakang. Jenis postur abnormal
yang dialami akan tergantung pada area spesifik otak atau
tulang belakang terpengaruh.
-Mmepunyai pergerakan terhad
-Kurang mempunyai kelenturan pada bahagian pinggang dan
belakang.
-Kurang aktif kerana mudah tercedera jika terlibat aktiviti lasak.
iii.Kebnormalan ortopedik
-Disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak normal pada tulang
dan otot kaki,sukar bergerak secara normal.
-Pergerakannya terhad kepada berjalan sahaja
-Kurang aktif dalam aktiviti fizikal.
CARA MENGATASI MASALAH

1) MASALAH TIDUR

i.Selarikan kitaran tidur semula jadi.


-Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Ia
membantu mengatur jam dalaman tubuh dan
mengoptimumkan kualiti tidur.
-Elakkan perubahan walaupun pada hujung minggu. Semakin
besar perubahan pada jadual tidur, mungkin akan mengalami
gejala teruk seperti jetlag.
ii.Kawal pendedahan kepada cahaya.
Waktu malam
-Elakkan skrin terang sekitar 1 atau 2 jam sebelum waktu tidur.
-Apabila tiba waktu tidur ,pastikan lampu bilik dimalapkan atau
dipadamkan.
Waktu siang
-Dedahkan diri kepada cahaya matahari terik pada waktu pagi.
-Luangkan lebih banyak masa di luar Ketika siang.
iii.Bersenam di siang hari
Individu yang kerap bersenam akan tidur lena dan lebih
nyenyak pada waktu malam,serta rasa kurang mengantuk pada
siang hari.Semakin kuat bersenam,semakin banyak manfaat
tidur yang diperolehi.
2) OBESITI

i.Makan protein untuk sarapan pagi.


Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal
hormon kelaparan dan memastikan kenyang selama beberapa
jam. Sumber protein berkualiti tinggi seperti telur, oat, kacang,
dan bubur adalah pilihan terbaik.
ii. Dapatkan tidur malam yang nyenyak.
Tidur yang kurang daripada 5 atau 6 jam sehari boleh dikaitkan
dengan peningkatan risiko obesiti. Kadar metabolism akan
terjejas dan menjadi perlahan jika tidur tidak mencukupi.
iii. Tingkatkan pengambilan serat.
Makanan berasaskan tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-
sayuran, bijirin dan roti gandum membuat berasa kenyang dan
membantu mengawal nafsu makan.
iv. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Senaman secara konsisten boleh mengekalkan kecergasan
kardiovaskular yang baik. Berat badan bergantung pada
beberapa faktor, seperti pengambilan makanan. Lakukan
senaman berintensiti sederhana selama 150 minit setiap
minggu boleh membantu menurunkan berat badan secara
menyeluruh.
V. Rancang dan beli makanan anda terlebih dahulu.
Cara ini boleh membantu menetapkan dan mengetahui
keperluan kalori. Tabiat ini menjadikan lebih berhati-hati
tentang makanan yang dimakan.
3) MASALAH FIZIKAL

i. Kurang upaya
-Amalkan cara hidup yang sihat. Elakkan mengambil dadah,
alkohol atau merokok.
-Elakkan dari terlibat dalam kemalangan atau kecederaan
-Dapatkan suntikan perlalian:
Setiap wanita perlu mendapatkan suntikan ‘rubella’ dan vaksin
‘tetanus’
Setiap kanak-kanak perlu mendapatkan suntikan mengikut
jadual perlalian yang terkini.
ii. Keabnormalan postur.
Perlu diketahui terlebih dahulu penyebab dari gangguan
postur. Misalnya bila gangguan postur disebabkan karena
kebiasaan yang salah (misalnya duduk membungkuk, kepala
terlalu maju ke depan, dan duduk terlalu lama), kebiasaan
tersebut perlu diperbaiki.Bila gangguan postur disebabkan oleh
adanya penyakit atau masalah tertentu, perlu diatasi sesuai
dengan penyakitnya. Misalnya pada kelainan tulang seperti
skoliosis, diperlukan pemakaian brace, atau korset.Bila
gangguan postur disebabkan oleh adanya patah tulang, perlu
diatasi terlebih dahulu tulang yang patah tersebut.Kemudian,
pasien dianjurkan untuk melakukan latihan-latihan untuk
menguatkan otot dan memperbaiki postur tubuhnya.

Anda mungkin juga menyukai