Anda di halaman 1dari 17

Pengenalan

Dari dahulu sehingga kini pelbagai pihak memperkatakan tentang kemerosotan mutu
alam sekitar yang menjejaskan kehidupan sekiranya tindakan yang sewajarnya tidak diambil
untuk mengatasi masalah ini (West, 2010; Abdullah, 1998).Kesedaran orang ramai tentang
kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar serta kepentingan pembangunan
mapan perlu dipertingkatkan lagi.Pembangunan mapan telah menjadi perkara penting dan
penyebaran maklumat mengenainya adalah melalui Program Pendidikan Alam Sekitar
(Ahmad, 2009;Ibrahim, 1998).
Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan menyebabkan
keseimbangan ekosistem terganggu. Keadaan ini menimbulkan pelbagai isu seperti
pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan
kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam sekitar
merentas kurikulum. Sehubungan itu, Deklarasi Langkawi telah dimeterai yang bertujuan
untuk merancang dan melaksanakan satu program pendidikan yang berkesan bagi
meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).
UNESCO dalam Agenda 21 Bab 36 yang amat prihatin terhadap isu-isu alam sekitar
dan kepentingan Pendidikan Alam Sekitar serta peranan pendidik dalam usaha meningkatkan
keupayaan manusia untuk menangani isu-isu tentang persekitaran dan pembangunan.
(UNESCO, 2002). Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal
alam sekitar dan juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun 1977.
Sekolah pula menjadi salah satu cara utama untuk menangani masalah-masalah yang
berkaitan dengan alam sekitar.
Guru juga sepatutnya menggunakan segala peluang yang ada untuk menyemai,
memupuk dan melestarikan pendidikan alam sekitar melalui aktiviti di sekolah sama ada di
dalam atau di luar bilik darjah. Untuk tujuan itu guru perlu mempunyai pengetahuan yang
cukup tentang alam sekitar, juga memegang nilai dan memiliki sikap yang sewajarnya.
Kurikulum dan kaedah pengajaran perlulah memberi lebih penekanan kepada aktiviti-aktiviti
yang berasaskan penyelesaian masalah. Pelajar-pelajar harus diberi peluang untuk membuat
penilaian dan mengambil tindakan yang sesuai dalam menyelesaikan isu yang benar-benar
wujud di alam sekitar kita (Ismail, 2008).
Sehubungan itu, wajarlah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengorak langkah
menyediakan program Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum untuk dilaksanakan di
semua sekolah. Matlamat Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk membentuk pelajar yang
lebih peka dan prihatin terhadap isu – isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan,
kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke
arah penyelesaian isu-isu alam sekitar. Perancangan jangka panjang yang diambil oleh
kerajaan dalam usaha mendidik masyarakat agar lebih peka dan bertanggungjawab terhadap
isu-isu alam sekitar adalah dengan memastikan semua pelajar didedahkan kepada program
Pendidikan Alam Sekitar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999).
1.0 Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan


mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling
dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang
membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung
terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam
sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk
masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada
pencemaran alam sekitar.

Antara punca yang telah dapat dikenal pasti yang membawa kepada masalah
pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk
menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-
wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran
dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan
secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada
seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan
menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti
kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam
penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah
mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika
kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan
pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara
akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan
pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil
dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri.

Selain itu, antara punca lain ialah pembangunan secara tidak sistematik.
Apabila pihak kerajaan atau pihak swasta merancang untuk membangunkan sesuatu
kawasan, mereka seharusnya memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang
akan timbul terutama yang melibatkan alam sekitar dan bukan tertumpu kepada
kebaikan dan keuntungan pembangunan semata-mata kerana akibat dari pembangunan
yang akan dijalankan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air, udara, tanah dan
bunyi yang akan dihasilkan. Mungkin disebabkan penggunaan jentera yang terlalu
banyak akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-jentera
berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada
projek-projek pembangunan itu, ia juga boleh terjadinya pencemaran air terutama pada
waktu hujan jika tanah lapang yang telah dibersihkan untuk projek pembangunan itu
iaitu tanah merah mengalir terus ke dalam sungai atau laut yang berdekatan . Hal ini
boleh menjejaskan tahap kebersihan kualiti air dan boleh mengancam kehidupan
ekosistem dalam air yang seterusnya membawa kepada pencemaran alam sekitar.

Di samping itu, penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori


dan kapal terbang juga merupakan salah satu dari penyumbang kepada berlakunya
pencemaran alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Hal ini
kerana setiap kenderaan akan melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas yang
berbahaya. Hal ini jika peningkatan taraf hidup masyarakat terus meningkat pada
zaman sekarang maka tahap pencemaran juga akan turut meningkat berikutan semakin
bertambah jumlah penggunaan bilangan pengguna jalan raya yang selesa menggunakan
kenderaan mereka sendiri untuk bergerak ke destinasi yang ingin dituju berbanding
beramai-ramai menggunakan kenderaan awam yang semestinya dapat mengurangkan
bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini akan menyebabkan pencemaran udara dan
seterusnya menjejaskan sistem pernafasan dan daya penglihatan manusia serta
pencemaran bunyi yang terhasil oleh kapal terbang yang berlepas atau mendarat
terutama dikawasan perumahan yang berhampiran dengan lapangan terbang boleh
menjejaskan daya pendengaran manusia. Hal ini jelas menerangkan bahawa penggunaan
kenderaan bermotor juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam
sekitar.

Antara punca lain penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah


pembakaran secara terbuka. Hal ini jelas dapat dilihat berikutan pembakaran pokok-
pokok tua di kawasan ladang dan hutan untuk tujuan penanaman semula. Jika dilihat
dari satu sudut, penanaman semula sememangnya sangat baik tetapi akibat daripada
pembakaran secara terbuka yang dilakukan oleh sesetengah pihak sebenarnya boleh
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Di samping turut memusnahkan kehidupan
flora dan fauna disekitarnya. Disebabkan pembakaran secara terbuka ini jugalah suhu
bumi menjadi semakin meningkat dan keadaan cuaca di bumi semakin panas. Inilah
sebenarnya akibat daripada pembakaran secara terbuka yang dijalankan yang akhirnya
membawa kepada pencemaran alam sekitar serta sekali gus turut menjejaskan
kehidupan dan kesihatan manusia.

Tambahan pula, kurangnya peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan juga
menjadi salah satu punca terus berlakunya pencemaran alam sekitar pada masa ini.
Pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan lebih peka terhadap pembangunan yang
dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira masalah pencemaran yang bakal
terjadi dari setiap projek pembangunan tersebut dan bukan hanya melihat kepada
peningkatan taraf hidup masyarakat sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu
mengurangkan pencemaran udara, air, tanah dan bunyi, hasil daripada pembangunan
pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah organisasi dan masyarakat
yang kurang kesedaran sivik. Oleh disebabkan kerajaan kurang memainkan peranan
dalam menilai aspek-aspek inilah yang menyebabkan masalah pencemaran berada
ditahap yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Kesan-kesan pencemaran udara kepada kanak - kanak adalah seperti menjejaskan sistem
pernafasan . Mereka sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara
telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan
tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan
fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan
sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga
kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan
kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan
pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana
udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar. Kesan-
kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan
di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam
sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila
memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat
penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air
yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga
menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di
dalam air mahupun kepada manusia sendiri.
Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan menjadi tempat
pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan perosak yang lain akan
tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain.
Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh kanak - kanak akan
menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Sekiranya
serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya
seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira
bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau,
udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana
terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti
pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam
sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang
tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan
kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.


Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar .
Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu
pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana
televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau
individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu
perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula
adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak
berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-
jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut
berbanding media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar.
Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen
kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan
didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar
seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam
sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula
bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat
dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga,
aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan
yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan
alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat
tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah
dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran
sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan
Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan
bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah.
Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan
tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi,
pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan
hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar
akan dapat dipupuk dalam diri pelajar .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan


teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting.
Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih
cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih
mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan
menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan
buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan
plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis
udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian
telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut


pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran
tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini
dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak
kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan
penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa
mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.
Senarai semak keberkesanan program alam sekitar sebelum, semasa dan selepas
aktiviti atau program dijalankan.

SENARAI SEMAK

BIL PERKARA CATATAN

1.0 PENGENALAN
2.0 PERANCANGAN DAN PENGURUSAN
2.1 Kenyataan iltizam Program Sekolah Lestari – VISI & MISI

2.2 Organisasi Pelaksanaan Program SERASI

2.3 Objektif Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar

2.4 Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan

2.5 Elemen Khas Pengurusan

3.0 PENGHIJAUAN
3.1 Strategi dan Pelan Tindakan Penghijauan

3.2 Sistem Pengurusan Taman

3.3 Rekabentuk Taman

3.4 Proses Implementasi Penghijauan

3.5 Pengurusan sumber ke arah meningkatkan kecekapan dan


penjimatan
3.6 Pemantapan sikap guru, pelajar dan kakitangan sekolah

3.7 Penggunaan produk dan teknologi hijau

4.0 AKTIVITI KESEDARAN ALAM SEKITAR


4.1 Aktiviti dan Projek Penghijauan oleh kelab dan persatuan

4.2 Projek kesedaran

4.3 Pembangunan Sebaran maklumat

4.4 Jaringan

4.5 Pembangunan Keupayaan

4.6 Sistem pelaporan

5.0 KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN SEKOLAH

5.1 Kesihatan & Kebersihan Kantin serta persekitaran sekolah

5.2 Pengurusan Sampah


5.3 Kecerian Sekolah

5.4 Keselamatan Sekolah

6.0 TANDAS BERSIH DAN CERIA

6.1 Penjagaan Kebersihan tandas

6.2 Keceriaan Tandas

6.3 Penjimatan air Dalam Tandas

6.4 Kelengkapan Tandas

6.5 Pengurusan tandas secara keseluruhan

7.0 INOVASI ALAM SEKITAR

7.1 Menghasilkan barangan Hiasan dengan bahan kitar semula.

7.2 Menghasilkan alat Membantu Pembelajaran (P&P) dari sisa

7.3 Menghasilkan inovasi (peralatan) untuk Menyelesaikan Masalah


Alam Sekitar (memulihara alam sekitar)
7.4 Projek Inovasi Penjimatan penggunaan sumber

7.5 Melaksanakan program inovasi

8.0 KEJAYAAN DAN PENGIKTIRAFAN (Markah Bonus)

Kesimpulan

Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam
keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan
menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai
rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup
bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh
timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk
hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia
mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan
lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya
tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan
air yang bersih.

Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting


yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul
dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-
agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini
bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh
berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan
oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi
maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di
laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya
tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada
manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi
menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.

Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan


kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.
Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat
bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita


mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita
melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera "delicate" yang
pernah diciptakan.
 

 2728 patah perkataan

Lampiran

1. Gambar pembuangan sampah


2. Pencemaran udara
3. Pembakaran terbuka
4. Aktiviti pertanian

5. Sisa toksik
Rujukan

Abdullah, A.S. (1998). “Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum KBSM”.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modul Bina Insan Guru. (2000). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Ford, P. (1981). Principles and practices of outdoor/environmental education.

New York:Wiley.

Rimba Hijau. (2000). Jabatan Perhutanan Malaysia.

Modul Pendidikan Luar. (1993). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai