Anda di halaman 1dari 3

UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

Bilangan Jurnal : Ke-4


Minggu Praktikum : Empat
Tarikh Peristiwa / : 28 Jun 2021
Kejadian : Masalah Mengikut arahan
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa

Setelah beberapa minggu pengedalian proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran


secara online, saya mendapati bahawa terdapat seglintir murid-murid yang sukar
mengikut arahan guru. Terdapat dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku
negatif iaitu bercakap sendiri dan tidak memberi respon kepada guru semasa nama
dipanggil. Percakapan sendiri murid-murid tersebut telah pun mengganggu rakan-rakan
yang lain yang sedang menyiapakan tugasan yang diberi. Oleh itu, saya telah telah
menegurkan mereka sekiranya mereka melakukan perkara ini dan off-kan mic mereka
pada masa yang sama.

2. Analisis

Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan sering kali
terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti bising,
perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang
kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah bising dalam
kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran.
Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada sikap
murid-murid yang tidak mengikut arahan dan sering membuat masalah tingkah laku
mempengaruhi rakan yang lain.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

36
UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

a.    Membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering
berbual dengan murid-murid tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka.
b.    Selalu berinteraksi dan berkomunikasi dengan bertanya khabar atau menegur
murid bila mana bertemu dengan mereka.
c.    Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia
rasa dihargai. Apabila mereka mesra dan baik dengan saya, mereka akan
merasa malu untuk berkelakuan yang negatif. Kebarangkalian untuk murid
tersebut bertingkah yang negatif pada masa hadapan akan berkurangan.
d.    Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan
berkongsi masalah yang mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat
menyelesaikan masalah tersebut/
e.    Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai kakak kepada
murid-murid supaya hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-
batas yang tertentu.
f.     Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi membantu
perkembangan kanak-kanak
g.    Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat,
mungkin dapat dikenal pasti punca mereka berkelakuan tertentu.
h.    Oleh itu, teguran dan nasihat yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut
tidak terus berkelakuan negatif.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan  kelancaran proses  pengajaran dan 
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi  secepat mungkin sudah tentu
-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

37
UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

38

Anda mungkin juga menyukai