Anda di halaman 1dari 3

TERANGKAN CARA-CARA GURU BOLEH MELAKSANAKAN SESUATU

KURIKULUM SESUAI DENGAN KEPELBAGAIAN TAHAP DAN POTENSI MURID

Berdasarkan perkembangan kurikulum pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan


sebahagian daripada komponen yang menggerakkan proses pendidikan itu. Keadaan ini
bukan sahaja kepentingan guru dapat dijaga, kepentingan pendidikan nasional juga dapat
dipelihara dan ditingkatkan kualitinya dari semasa ke semasa (Abdul Rahim Hamdan, 2007).
Kefahaman tentang kurikulum akan memberi kelebihan kepada golongan pendidik untuk
melaksanakan program pendidikan dengan lebih berkesan. Kurikulum berkembang
mengikut keperluan dan kesesuaiannya dari semasa ke semasa. Oleh itu, guru-guru perlu
menguasai aspek-aspek yang berkaitan kurikulum, peranan sebagai pelaksana kurikulum
yang cekap dan pemberi sumbagan dalam perkembangan kurikulum dapat dilaksanakan
dengan berkesan pada masa akan datang. Pelaksanaan suatu perubahan kurikulum
mestilah diuruskan secara sistematik dan terancang. Pihak pengurusan sekolah juga perlu
peka dan jelas dengan nilai dan aspirasi yang hendak dicapai, maka barulah sebarang
perubahan yang diharapkan akan tercapai. Contohnya, pihak pengurusan sekolah
memainkan peranan penting dalam memberi penjelasan kepada ahli-ahlinya tentang
kepentingan perubahan dan pembaharuan yang perlu dilaksanakan. Oleh kerana kurikulum
merupakan nadi kepada sesebuah sekolah, maka pengurusan kurikulum dilihat sebagai
suatu bidang yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak.

Seterusnya, kaedah pengajaran disesuaikan sesuatu yang dirancang dan


dilaksanakan itu pasti mempunyai tujuan atau matlamatnya agar dapat menghasilkan impak
yang diingini. Goetsch (2002), menyatakan kepentingan latihan ialah dapat melatih pekerja
supaya mempunyai kemahiran kerja yang mantap, peningkatan pengetahuan kerja yang
luas, kompetitif, sentiasa tip top dengan sebarang perubahan dan memastikan pekerja
mengikut peredaran masa. Maka jelaslah, jika guru diberi latihan yang bersesuaian maka
tahap pengetahuan berkaitan KBAT akan meningkat. Selain daripada menumpukan
pengajaran berunsurkan KBAT dalam bilik darjah, guru juga boleh membina item-item
soalan berunsurkan KBAT seterusnya melaksanakan pentaksiran yang berkesan terhadap
murid mereka. Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang
disediakan kepada murid dengan tujuan untuk menghasilkan suatu perubahan yang kekal
melalui penglibatan dan pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh
dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk mereka berfungsi dengan baik. Mengikut Slavin (2005),
pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada
pengalaman. Pengajaran dan pembelajaran dalam kajian ini merujuk kepada bagaimana
KBAT diaplikasikan agar dapat melahirkan pelajar berfikiran aras tinggi.

Selain itu, merancang pengajaran sesuai tahap, pendekatan kontekstual menyedari


hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang
menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.
Menurut Rosnah Selamat (1995), proses merancang bermula dengan menentukan apa, bila,
siapa dan bagaimana hendak dibuat Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran
hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan
cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka
rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka
sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan
mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran
semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan
kelihatan bermakna. Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi
pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang
dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat
perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai
ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Ini dapat membantu dalam menghadapi
pelajar dari kelas yang pada peringkat sederhana dimana pelajar dalam kelas ini berpotensi
namun kurang motivasi.

Berikutnya, bahan pengajaran disesuaikan dengan tahap murid yang dapat menarik
perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran dimana aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah
yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan
konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Hubungan guru dengan pelajar adalah
sangat rapat dan hubungan ini merupakan peranan yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran (Kamaruddin Hussin, 1995). Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek,
emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-
aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi
kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang
mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan
terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru
untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan
bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah
dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin
kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Ciri-ciri Strategi pengajaran berpusatkan murid atau Pemusatan Pelajar antaranya
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid memainkan peranan yang penting perlu
kenalpasti tahap dan potensi, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang
membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Menurut Rosnah Selamat (1995),
memimpin terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan,
memperkenalkan dan memberikan kepimpinan dalam pelaksanaan perancangan dengan
cara membuat keputusan, seterusnya mengeluarkan arahan-arahan tertentu. Selain itu,
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru
menggunakan kaedah menyoal dan membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas
dengan memberi jawapan kepada mereka. Dari aspek kepimpinan dalam bilik darjah
menekankan ciri kempimpinan guru bersifat demokratik dimana murid-murid sentiasa
digalakan memberi pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah berbincang
dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, dalam strategi ini, pengajaran dan
pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.

Anda mungkin juga menyukai