Anda di halaman 1dari 1

Pencemaran alam seperti pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi yang

membawa pelbagai akibat buruk  semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Hal ini bertambah parah
dari tahun ke tahun.

   Terdapat pelbagai punca berlakunya pencemaran alam. Sikap manusia yang gemar membuang
sampah-sarap  dan sisa toksik ke dalam sungai dan sumber air   menjadi punca kepada pencemaran
air. Rumah-rumah kediaman dan kilang-kilang yang terletak berhampiran sungai kebanyakannya
mengambil langkah mudah menyalurkan bahan buangan ke sungai-sungai.  Hal ini menyebabkan
berlakunya pencemaran air yang memusnahkan hidupan akuatik.

   Pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan dan asap kilang-kilang perusahaan pula menjadi
punca kepada pencemaran udara. Asap yang mengandungi karbon monoksida ini amat berbahaya
kepada hidupan. Sebagai contoh,  Saban tahun negara kita dilanda jerebu yang teruk berpunca
daripada sikap masyarakat yang gemar melakukan pembakaran terbuka.

     Penebangan hutan yang tidak terkawal untuk pembalakan dan penerokaan kawasan pertanian
juga  menjadi  punca  berlakunya pencemaran alam. Apabila pokok-pokok ditebang, maka banyak
kawasan tadahan musnah. Hal ini menyebabkan berlakunya pencemaran sungai apabila hujan turun
dengan lebat. Lumpur-lumpur daripada kawasan hutan yang telah ditebang akan mengalir ke sungai
dan seterusnya dibawa arus ke hilir sungai. Hal ini menyebabkan  sungai menjadi cetek dan tercemar
oleh lumpur. Banjir lumpur yang mengancam nyawa juga mudah berlaku.

   Selain itu, bunyi enjin  kenderaan dan jentera kilang juga menyumbang kepada pencemaran bunyi. 
Pertambahan bilangan kenderaan dan kilang-kilang perusahaan menyebabkan masalah pencemaran
bunyi semakin parah saban tahun. Keadaan ini boleh menyebabkan kita menghadapi masalah
pendengaran.

     Kesimpulannya, sikap manusialah yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang


membawa kesan yang buruk kepada hidupan. Semua anggota masyarakat perlu peka sekiranya ingin
mengatasi masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai