Anda di halaman 1dari 5

4.

0 TEORI DAN FUNGSI OTAK KIRI DAN OTAK KANAN

Teori Otak Kiri dan Otak Kanan

Sejak Prof Roger Sperry, penerima Nobel tahun 1981 melalui penelitian panjangnya

bertahun-tahun, mengungkapkan hasil penemuannya tentang gelombang otak, maka

paradigma baru muncul dan berkembang. Hipotesisnya telah dibuktikannya sendiri

bahawa setiap aktiviti yang berbeza menjadikan gelombang otak yang berbeza pula.

Penemuan ini telah mengubah cara pandangan tentang potensi dan kreativiti otak

manusia.

Tugas otak di sebelah kanan berhubungan dengan sifat keseluruhan, intuitif, sintesis,

integrasi, emosi, interpersonal, perasaan, kinestetik. Pembagian aktiviti ini melahirkan

label bahawa seniman merupakan orang berotak kanan sedangkan ilmuwan adalah orang

berotak kiri. Maka manusia pun seolah terbahagi dikotomis, orang otak kiri dan orang

otak kanan.

Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua

hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap

manusia. Terdapat individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak

kanan dan terdapat juga individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak

kiri. Gaya pemikiran otak kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh

(holistik), intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak.

Gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik, rasional, analitik, objektif,

berturutan dan spesifik. Ilmu yang mudah dilihat banyak menggunakan otak kiri

contohnya ialah ilmu matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah ilmu

seni muzik, sastera dan lukisan. Walau bagaimanapun, terdapat juga ilmu-ilmu yang

This study source was downloaded by 100000812963324 from CourseHero.com on 07-15-2021 11:21:53 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/16292806/TEORI-DANFUNGSI-OTAK-KIRI-DAN-OTAK-KANAN/
menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmu-ilmu sains fizik, kimia,

astronomi dan falsa

Berbeza daripada corak pemikiran otak kiri, dalam gaya pemikiran otak kanan, logik

dan rasional akan menyokong imaginasi bukan imaginasi menyokong logik dan rasional.

Di dalam ilmu teknik berfikir, gaya pemikiran otak kanan ini dikenali sebagai gaya

pemikiran lateral. Jika gaya pemikiran ini diterapkan dengan lebih sistematik di sekolah-

sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi, maka kemajuan teknologi sudah pasti

akan lebih terkehadapan daripada yang kita lihat hari ini.Hal yang mengejutkan, rata-rata

otak membahagi kegiatannya secara jelas ke dalam kegiatan "otak belahan kiri" (korteks

kiri) dan kegiatan.

Fungsi Otak Kiri

Pengetahuan kita tentang fungsi otak sepenuhnya bergantung besar pada Roger

Sperry (1913-1994). Sperry merupakan seorang pakar neuropsikologi yang menemukan

bahawa akal manusia terdiri daripada dua bahagian. Menurutnya, kedua-dua bahagian

otak memiliki fungsi spesifik tanpa bergantung satu dengan yang lainnya.

Bahagian otak kanan mengawal otot-otot di bahagian kiri tubuh, dan sebaliknya,

bahagian otak bahagian kiri mengawal otot-otot di bahagian kanan tubuh. Bila kita

mengelipkan mata kanan, itu bermakna otak kiri yang bekerja. Oleh sebab itu, jika ada

kerosakan pada satu sisi otak, akan mempengaruhi fungsi tubuh yang berlawanan.

Otak kiri merupakan otak yang secara anatomi terletak pada bahagian kiri yang berfungsi

dan bertanggungjawab dalamkecergasan intelek (intelligence quotient (IQ)), berfikir

secara sistematik berstruktur, berfikir secara rasional dan logikal, kemampuan bahasa
secara verbal, berfikir secara analitik sesuai dengan prosedur dan juga semua aktivitinya

merupakan short term memory (memory jangka pendek)oleh karana itu fungsi

matematikal, berbicara dan bahasa akan terganggu jika otak kiri bermasalah.

DePorter (2004:36) mengungkapkan bahawa proses berfikir otak kiri bersifat logik,

sekuensial, linear, dan rasional. Otak kiri berdasarkan realiti mampu melakukan

penafsiran abstrak dan simbolik. Cara berfikir sesuai untuk tugas-tugas teratur, ekspresi

verbal, menulis, membaca, asosiasi audiotorial, menempatkan butiran fakta, fonetik, serta

simbolisme. Untuk bahagian otak kanan cara berfikirnya bersifat rawak, tidak teratur,

intuitif, dan holistik. Cara berfikirnya sesuai dengan cara-cara untuk mengetahui yang

bersifat nonverbal, seperti perasaan dan emosi, kesadaran yang berkenaan dengan

perasaan (merasakan kehadiran suatu benda atau orang, kesadaran spasial, pengenalan

bentuk dan pola, musik, seni, kepekaan warna, kreativiti dan visualisasi.

Selanjutnya, Restak (2004:97) juga mengemukakan bahawa otak kiri berfungsi

menjelaskan sesuatu secara verbal atau berulis. bahagian otak kiri cenderung memecah

segala sesuatu ke dalam bahagian-bahagian dan lebih mengenali perbezaan dari pada

menemukan kesamaan ciri. Di samping itu menurut Restak, bahagian otak kiri

memproses dunia dengan cara yang linear. Sebaliknya, bahagian otak kanan kurang

mengendalikan kata-kata dan bahasa, bahagian otak kanan lebih kepada melihat gambar

secara keseluruhan dengan memperhatikan dan menggabungkan menjadi sebuah

gambaran umum. bahagian otak kanan terlibat dalam proses yang melibatkan banyak

operasi sekaligus. Hal yang sama tentang fungsi otak kiri juga dikemukakan oleh Maksan

(1993:55) bahawa tugas-tugas kebahasaan dikoordinasikan oleh otak kiri.


Secara umum, otak kiri dominan dalam bahasa; meliputi proses pengolahan apa yang kita

dengar dan menangani sebahagian besar tugas berbicara. Otak kiri juga bertugas soal

logikal dan pengiraan matematik. Jika kita ingin mengungkapkan sebuah fakta, otak kiri

akan menariknya dari memori kita.

Fungsi Otak Kanan

Berbeza dengan fungsi otak kiri, otak kanan mengawal segala kerja yang sebalik

daripada rasional dan logik. Otak kanan berfungsi untuk kerja kreativiti, konseptual,

inovasi, gagasan, gambar, warna, musik, irama, melodi, dan bermimpi. Fungsi yang

dikawal oleh otak kanan biasanya tidak berstruktur dan cenderung tidak memikirkan

perkara-perkara yang terlalu khusus. Menurut Nunuy( ), otak kanan tergolong dalam

long term memory iaitu memori jangka panjang.

Kebanyakkan orang yang menggunakan otak kanan bersifat artistik. Hal ini adalah

kerana unsur kreativiti di dalam fungsi otak kanan. Seseorang yang dominan otak kanan

mudah dapat mencari ilham berbanding dengan yang dominan otak kiri. Selain itu, orang

yang dominan otak kanan akan berfikir secara kreatif. Kebanyakkannya seniman, pelukis

dan penyanyi. Mereka akan mudah mendapat idea-idea yang unik dan baru yang tidak

akan didapati daripada orang dominan otak kiri.

Selain daripada itu, orang yang dominan otak kanan akan dapat imaginasi situasi

yang telah dibagikan. Sebagai contoh, soalan matematik yang berkaitan dengan bentuk-

bentuk 3D. Walaupun orang yang dominan otak kiri lebih pandai dalam matematik tetapi

mereka tidak dapat mengimaginasikan bentuk geometrik dalam 3D. Orang yang dominan
otak kanan juga pandai dalam perlakonan disebabkan mereka dapat mengimaginasikan

situasi itu.

Di samping itu, otak kanan juga berfungsi untuk mengawal segala aktiviti yang

berkaitan dengan musik, irama, melodi. Orang yang dominan otak kanan mudah

mendapat rentak musik dan lebih pandai dalam menari. Selain itu, mereka juga lebih

pandai dalam menghayati irama lagu. Komposer lagu kebanyakkan orang yang dominan

otak kanan kerana mereka dapat menghasilkan lagu-lagu yang sedap.

Kerja otak kanan juga termasuk mengawal emosi dan perasan oleh itu orang yang

dominan kanan adalah seorang yang lebih beremosi berbanding dengan orang yang

dominan otak kiri. Mereka lebih sensitif dengan kata-kata orang dan angin bertukar-tukar.

Anda mungkin juga menyukai