Anda di halaman 1dari 14

Penghargaan

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Hjh Yusmarini binti Yusoff selaku
pensyarah LASS3013 Pendidikan Lestari Alam Sekitar. Beliau telah banyak
membantu dan membimbing kami sekelas dalam proses penghasilan kerja kursus
ini. Tanpa bantuan dan bimbingannya yang tidak terhingga nescaya kami dapat
menghasilkan penulisan ini dengan lancar.
Saya amat berterima kasih kepada kawan sekelas saya yang menghulurkan
bantuan kepada saya dalam proses penghasilan saya ini. Hal ini adalah disebabkan
saya selalu menanya soalan dan membincang perkara yang tidak memahami
dengan kawan saya. Mereka tidak jemu menjawab soalan saya dan memberi banyak
cadangan kepada saya dapat menyempurnakan saya ini.

Akhir sekali, saya merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam kerja kursus ini secara langsung atau tidak langsung.

1
Tugasan 2- Penulisan Laporan Projek

Dengan merujuk kepada satu lokasi spesifik yang telah tercemar dan terjejas,
cadangkan satu tindakan penyelesaiaan yang boleh diaplikasikan bagi
menanggani kesan isu alam sekitar berkenaan dengan menggunakan pelbagai
sumber maklumat yang sesuai.

Laporan Pencemaran Sungai Di Pulau Pinang

1.0 Pengenalan

Alam sekitar bermaksud segala benda hidup dan bukan hidup yang terdapat
di bumi secara alam sekitar. Antaranya, ia merupakan suatu unit landskap yang
berperanan sebagai sistem semula jadi tanpa perbuatan manusia, contohnya flora
dan fauna serta fenomena semula jadi seperti gempa bumi, letupan gunung api,
tsunami dan sebagainya. Alam sekitar juga ialah sumber semula jadi dan fenomena
fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti iklim, air, udara, sinaran, cas
elektrik, kemagnetan dan tenaga yang tidak terlibat hasil aktiviti manusia.

Laporan ini adalah berkaitan dengan satu sungai di Malaysia yang telah
tercemar. Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu berfikir dan bertindak secara
langsung untuk menjaga sungai kita. Hal ini sangat penting kerana sungai
merupakan ciptaan-Nya dan sungai telah banyak memberi faedah dalam kehidupan
harian manusia. Perhubungan manusia dengan alam sekitar adalah saling
bergantung. Sebagai contoh, jika alam sekitar dijaga dalam keadaan yang baik,
ekosistem akan menjadi stabil serta menjamin sumber air.

Salah satu kedatangan sumber air adalah daripada sungai. Sungai berfungsi
sebagai sumber air utama di Malaysia. Walau bagaimanapun, kebanyakan sungai
Malaysia telah tercemar kerana proses pembandaran yang pesat. Salah satu sungai
Malaysia yang telah tercemar ialah Sungai Pinang.

2.0 Sungai Pinang

Sungai Pinang ialah sungai yang berliku-liku di sebelah selatan George


Town, Pulau Pinang. Ia merupakan sungai utama di Pulau Pinang. Arah pengaliran
Sungai Pinang dibahagikan kepada dua, satu mengalir ke timur, manakala satu lagi
mengalir ke barat . Nama Sungai Pinang telah menandakan kejiranan antara Pinang

2
Road dan Pinang River, termasuklah Kampung Rawa . Sungai Pinang bukan sahaja
berguna dalam membekalkan sumber air, malah Sungai Pinang juga digunakan
untuk menentukan hujung selatan George Town.

Sungai Pinang terletak di Daerah Timur Laut, berhampiran dengan Jelutong,


Pulau Pinang, Malaysia. Sungai ini merupakan salah satu sungai yang tercemar di
Pulau Pinang. Pencemaran sungai merupakan satu isu yang serius dan perlu diatasi
dengan secepat mungkin. Kualiti air Sungai Pinang semakin terancam dengan
pencemaran. Pada umumnya, setiap sungai di negara dikategorikan kepada lima
kelas.

KELAS I Bersih untuk terus diminum.


KELAS II Bersih tetapi perlu dirawat sebelum diminum.
KELAS III Tidak bersih dan memerlukan rawatan yang rapi sebelum diminum.
KELAS IV Hanya sesuai untuk pengairan pertanian.
KELAS V Tidak sesuai untuk sebarang kegunaan.
Jadual 1: Klasifikasi Kualiti Sungai

Sejak tahun 2014, pihak kerajaan telah menggunakan suatu teknologi hijau,
iaitu IQPR (Infinitesima Quantum Persistent Reflection) untuk menambahbaikkan
kelas Sungai Pinang daripada Kelas IV kepada Kelas II dan III. Pada tahun 2016,
sungai Pulau Pinang telah berjaya ditambakbaikkan kepada Kelas II (malaymail,
2016). Walaupun keadaan kelas Sungai Pinang berjaya ditambahbaikkan, namun
jika manusia masih tidak mengubah sikap yang mencemar sungai, keadaan Sungai
Pinang akan terus menjadi teruk.

3.0 Punca Dan Akibat Sugai Pinang Tercemar

Terdapat beberapa punca Sungai Pinang tercemar dan pencemaran ini akan
mendatangai pelbagai kesan. Antaranya, pembuangan sisa domestik, iaitu sampah
sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai. Walaupun panjang sungai Pinang
adalah hanya kira-kira 3.1 km, namun banyak sampah sarah boleh ternampak dalam
sungai akibat aktiviti manusia di sekitar sungai. Pada tahun 2015, bilangan sampah
yang dikutip dari Sungai Pinang telah meningkat tiga kali ganda sejak pada tahun
2013 (The Sun Daily, 2015).

Selain sampah sarap, sisa-sisa industri juga merupakan salah satu


pembuangan sisa domestik yang menyebabkan sungai tercemar. Kawasan
perindustri yang terdiri berhampiran dengan Sungai Pinang telah mengeluarkan
bahan buangan toksik ke dalam sungai. Oleh sebab tidak mempunyai tangki

3
pembentungan yang sistematik, sisa-sisa industrik tersebut yang dikeluarkan telah
mencemarkan sungai.

Gambar-gambar di bawah telah menunjukkan keadaan Sungai Pinang yang


telah tercemar:

Gambar 1

Gambar 2

Kesannya aktiviti pembuangan kedua-dua sisa domestik ini telah mendatangi


kesan yang buruk kepada sungai. Antaranya, masalah banjir akan berlaku. Hal ini
kerana apabila hujan turun dengan lebat dan tidak berhenti, air akan mengalir deras
dan menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya, tanah tebing sungai akan runtuh dan
membentuk satu mendapan di dasar sungai dan seterusnya sungai akan menjadi
cetek. Jika kita membuang sampah sarah dan sisa-sisa industri sewenang-
wenangnya ke dalam sungai akan menyebabkan sungai menjadi cetek dan
pengaliran air tersekat. Apabila hujan turun dengan lebat, air sungai akan melimpah

4
ke tebing dan menyebabkan banjir berlaku. Buktinya, kawasan Jelutong akan
berhadapan masalah banjir yang teruk pada musim hujan kerana kecemaran Sungai
Pinang.

Gambar 3: Banjir di Pulau Pinang

Aktiviti pembuangan sisa domestik juga akan menyebabkan sungai menjadi


kotor, berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang busuk. Kehidupan dalam sungai
seperti ikan dan udang-udang akan mati kerana sungai telah tersumbat dengan
sampah sarah dan sisa minyak. Kesihatan penduduk yang di kawasan tersebut akan
menjadi teruk. Hal ini kerana sumber air yang tidak bersih akan menyebabkan kulit
kita menjadi gatal-gatal dan mendapat pelbagai penyakit, seperti cirit-birit, sakit perut
dan muntah.

Secara ringkasnya, keutamaan pencemaran Sungai Pinang adalah berpunca


daripada premis perniagaan, kediaman dan tapak pembinaan di kawasan
berhampiran. Ini semua adalah daripada sifat dan keinginan manusia yang
mementingkan diri sendiri. Perlakuan manusia yang tidak bertanggungjawab ini telah
menyebabkan pencemaran sungai.

Selain itu, pembinaan perumahan di kawasan bukit (Paya Terubong) juga


merupakan salah satu punca menyebabkan pencemaran Sungai Pinang. Hal ini
kerana air dari bukit akan turun ke kawasan rendah dan memasuki ke Sungai
Dondang serta seterusnya mengalir laju ke Sungai Pinang.

5
Gambar 4: Pembinaan Perumahan di Kawasan Bukit

Kesan aktiviti pembinaan tersebut adalah menyebabkan hakisan tanah.


Semasa tanah meruntuh, tanah akan bersama dengan air mengalir ke sungai. Ini
merupakan tanaman tanpa tutup bumi akan menyebabkan lumpur dan lumpur
tersebut akan dibawa ke sungai serta menjadikan sungai cetek serta tercemar.
Masalah banjir juga akan berlaku semasa hujan turun dengan lebat. Selain itu, tanah
yang mengalir ke sungai akan menyebabkan sungai yang yang jenih menjadi keruh.
Ini adalah satu sebabnya warna Sungai Pinang menjadi warna kuning.

Dalam proses menjalankan pembinaan, penyemburan racun serangga dan


penggunaan baja kimia juga akan mengakibatkan pencemaran air. Hal ini kerana
bahan kimia akan serap ke dalam tanah sepanjang proses pimbinaan perumahan.
Semasa hujuan, bahan kimia ini akan bersama dengan air dan tanah mengalir ke
sungai dan ini boleh memudaratkan alam sekitar seperti mencemarkan kebersihan
sungai. 

Selain itu, racun kimia jika tidak dilupus dengan betul akan menyebabkan
sisa racun atau baja kimia ini mengalir masuk ke punca air seperti sungai atau parit.
Ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air bersih. Begitu juga jika sisa racun
ini diserap oleh tanah akan menyebabkan kandungan air bawah tanah akan
tercemar dengan sisa kimia. Akhirnya, kualiti air akan menjadi semakin teruk dan
mengancam hidupan akuatik dalam sungai. Sumber air yang didapati oleh penduduk
adalah tidak bersih dan akan menjejaskan kesihatan mereka.

6
Gambar 5: Sungai Pinang Menjadi Kotor Sebab Air Dari Kawasan Bukit

Selain daripada bahan yang daripada bukit tersebut akan menyebabkan


pencemaran air sungai, kolam tadahan (takungan) atau retention pond yang terdapat
di Paya Terunbong tidak dapat diurus dengan betul telah menyebabkan air melimpah
dan tidak mampu menahan air yang banyak turun ke kawasan Sungai Dondang
seterusnya ke Sungai Pinang (PenangKini, 2017). Hal merupakan satu masalah
yang besar kerana ini akan menyebabkan ketinggian air Sungai Pinang meningkat
dan berlakunya banjir semasa hujan.

Daripada keseluruhan sebab dan akibat Sungai Pinang tercemar, kita perlu
mengambil berat dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah pencemaran
Sungai Pinang. Jika tidak, pencemaran ini akan menjadi semakin teruk dan akhirnya
mungkin akan menyebabkan tempat lain, seperti laut Pinang. Hal ini kerana air dari
Sungai Pinang akan mengalir ke laut Pinang. Jika air dari Sungai Pinang telah
tercemar, pastilah menyebabkan laut Pinang menjadi kotor dan berwarna hitam.

4.0 Tindakan Mengatasi Isu Pencemaran Sungai Di Pulau Pinang

Sebab pencemaran Sungai Pinang yang paling utama adalah kekurangan


pendidikan dan prihatin golongan masyarakat terhadap alam sekitar. Mereka tidak
menyedari perlakuan mereka telah mengancam persekitaran sungai serta membawa
kesan yang buruk kepada alam sekitar dan diri sendiri. Oleh itu, salah satu tindakan
penyelesaian yang boleh diaplikasikan bagi menanggani kesan isu pencemaran
Sungai Pinang ialah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang perlu
menjalankan pameran mengenai menjaga kebersihan Sungai Pinang sekurang-
kurangnya dua kali setahun. Melalui pameran ini dapat membantu golongan
masyarakat lebih memahami keadaab Sungai Pinang dan mendapat pengetahuan
terhadap alam sekitar.

7
Pameran ini perlu merangkumi isu-isu sungai di Pulau Pinang, sebab-sebab
pencemaran, kesan-kesannya dan langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan
kadar pencemaran. Antaranya, pihak perlu menerangkan isu-isu sungai di Pulau
Pinang dan kesan-kesannya dengan menunjukkan gambar supaya golongan
masyarakat dapat melihat dan mengalami suatu benda yang benar dan sedang
berlaku.

Semasa menunjukkan gambar, pihak boleh memberi penerangan tentang


kepentingan sungai kepada golongan masyarakat. Sebagai contoh, kepentingan
sungai yang utama ialah membekalkan sumber air bersih kepada kita untuk
keperluan seharian, seperti membasuh, memasak, mandi dan sebagai sumber
minuman. Sungai berfungsi sebagai kawasan habitat semula jadi akuatik seperti ikan
dan udang. Kewujudan hidupan tersebut dapat membantu mengekalkan ekosistem
alam sekitar dan mengekalkan rantaian makanan semula jadi.

Pihak perlu memberitahu golongan masyarakat bahawa kesan pencemaran


sungai dan cara menjaga sungai seperti tidak membuang sisa domestik ke dalam
sungai dan mengurangkan aktiviti yang boleh mencemarkan sungai. Dengan ini,
golongan masyarakat akan menyedari tanggungjawab sendiri sangat penting dalam
menjaga alam sekitar. Hal ini kerana jika sesetengah daripada mereka tidak
mempunyai pengetahuan mengenai kepentingan dan cara menjaga sungai, mereka
akan terus melakukan aktiviti yang mencemarkan sungai kerana mereka tidak tahu
dan tidak sedar perlakuan ini akan membawa kesan yang buruk kepada sungai dan
juga diri sendiri.

Di samping itu, tayangan video boleh disediakan untuk mempengaruhi emosi


golongan masyarakat agar dapat menyedarkan mereka tentang penjagaan sungai
yang sistematik. Hal ini kerana semasa menengok video, golongan masyarakat mesti
mempunyai perasaan terhadap isi kandungan video tersebut. Sebagai contoh,
apabila video sedang ditayang tentang orang yang membuang sampah ke dalam
sungai dan menyebabkan sungai tersebut tersekat, pastilah golongan masyarakat
akan berasa marah pada perlakuan orang tersebut yang membuang sampah ke
dalam sungai.

Sesetengah golongan masyarakat lebih suka benda kesenian. Oleh itu, untuk
menarik lagi golongan masyarakat, bahan-bahan yang menarik seperti carta, poster
dan keratan akbar yang tentang isu dan cara menjaga sungai boleh disediakan
dalam pameran.

8
Untuk membiarkan golongan masyarakat mengetahui pencemaran Sungai
Pinang semakin teruk, suatu uji kaji boleh dilakukan sepanjang pameran dijalankan.
Misalnya, uji kaji tentang pH Sungai Pinang boleh ditunjukkan. Semasa melakukan
uji kaji terhadap pH air dari Sungai Pinang, pihak perlu menerangkan tujuan dan cara
menggunakan pH. Penerangan sangat penting supaya golongan masyarakat
mengetahui bahawa pH digunakan untuk menentukan kepekatan ion hidrogen (H+)
dalam air. Skala pH ialah antara 0 hingga 14 bagi menentukan keadaan asidik,
neutral atau alkali. Cara penggunaan pH ialah yang pertama, masukan tabung
dengan 10 ml sample air. Yang kedua, tambah satu pH Wide range Test Tablet.
Yang ketiga, tutup dan goncang hingga tablet larut. Akhirnya, tunggu lima minit dan
bandingkan warna sample dengan carta warna pH.

Melalui uji kaji pH, golongan masyarakat boleh mendapati dan mengetahui
keaadaan Sungai Pinang sekarang. Contohya, air sungai dalam kondisi alami yang
belum tercemar memiliki rentangan pH 6.5 hingga 8.5. Jika air sungai mengalami
pencemaran, pH air akan menjadi lebih rendah dari 6.5 atau lebih tinggi dari 8.5.
Bahan-bahan organik biasanya menyebabkan kondisi air menjadi lebih neutral,
manakala kapur akan menyebabkan kondisi air menjadi lebih acid atau lebih alkali.
Jadi, perubahan pH air tergantung kepada bahan pencemarnya. Secara ringkasnya,
dengan uji kaji, golongan masyarakat lebih memahami keadaan air Sungai Pinang
serta mendorong mereka untuk menjaga sungai.

Dalam pameran, pihak boleh memperkenalkan produk yang berkesan dalam


membersihkan dan menjaga sungai, seperti eko enzim. Eco enzim berkesan
memecahkan gris dan bahan cemar kimia tiruan. Dengan menuang eco enzim yang
dicairkan ke dalam sungai atau saliran boleh membersihkan air sisa. Surfactant
detergent biasa akan mengemulsikan lemak gris dan mengalirkan keluar dengan air,
ini akan membuat air sisa tercemar. Tetapi di sebaliknya, Detergent eco enzim
berkesan pemangkin dan akan memecahkan gris ke dalam molekul-molekul kecil
dan membuat proses pembersihan dan menjadi air lebih bersih.

Terdapat satu kajian tentang membersihkan tasik kampus di Sichuan


Nanchong. Pihak menuang eco enzim sebanyak enam kali ke dalam tasik (kira-kira
100 kilogram sekali). Pada akhirnya, tasik tersebut mula berubah dalam 20 hari
daripada keruh kepada jenih.

9
Gambar 6: Tasik Sebelum Dituang Eco Enzim

Gambar 7: Tasik Selepas Dituang Eco Enzim

Dengan merujuk gambar di atas yang berkaitan dengan sebelum dan selepas
penggunaan eco enzim, kita boleh mengetahui eco enzim merupakan sesuatu bahan
semula jadi yang boleh membersihkan kekotoran, terutamanya, air sungai. Oleh itu,
sepanjang pameran dijalankan, produk yang semula jadi seperti eco enzim perlu
diperkenalkan kepada rakyat dan menggalakkan mereka menggunakannya.

Pertandingan soal jawab juga boleh diadakan dalam pameran. Jika golongan
masyarakat telah menjawab dengan betul, pihak boleh menyediakan hadiah kepada
mereka. Ini merupakan salah satu cara untuk menarik golongan masyarakat
melibatkan diri dalam pertandingan tersebut dan lebih memahami alam sekitar,
terutamnya pengetahuan tentang sungai.

Sepanjang pameran dilaksanakan, pihak juga boleh menyediakan satu


ceramah yang tentang isu Sungai Pinang untuk golongan masyarakat. Melalui
ceramah, golongan masyarakat akan diberi motivasi untuk menjaga sungai. Hal ini
kerana apabila penceramah yang sedang memberi ucapan, golongan masyarakat
boleh berasa iklas penceramah yang sedang mendorong aktiviti menjaga sungai.
Fikiran golongan masyarakat dapat dipengaruhi serta dapat diberi galakkan dalam
mengambil tindakan untuk menjaga kebersihan sungai.

10
Menjaga kebersihan bukan sahaja tanggungjawab orang dewasa, tetapi juga
tanggungjawab kanak-kanak. Kita perlu menyampaikan pendidikan tentang menjaga
kebersihan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.
Dengan ini, pihak boleh mejalankan pertandingan mengenai menyayangi sungai dan
menjadinya sabagai salah satu aktiviti pameran, contohnya, pertandingan melukis
poster, pertandingan mewarna dan pertandingan mencipta sajak. Melalui aktiviti ini,
kanak-kanak akan dipupuk sifat menyayangi sungai apabila mereka sedang melukis,
mewarna dan mengarang suatu benda yang berkaitan dengan menyayangi sungai.

Selain itu, persembahan yang berkaitan dengan isu Sungai Pinang boleh
disediakan sepangjang pameran dijalankan. Sebagai contoh, pihak boleh berlakon
tentang keadaan Sungai Pinang dahulu, sekarang dan masa akan datang. Melalui
perlakonan tersebut, golongan masyarakat akan menunjukkan perasaan terhadap
perubahan Sungai Pinang dari keadaan yang baik kepada yang buruk. Mereka akan
nampak perlakuan sendiri yang tidak baik dan menyedari kesalahan sendiri yang
mencemarkan sungai. Pada akhirnya, mereka akan mempunyai suatu dorongan
untuk menjaga sungai.

Secara ringkasnya, pameran merupakan salah satu tindakan untuk


meningkatkan kesedaran dalam kalangan golongan masyarakat tentang kepentingan
menyayangi Sungai Pinang. Melalui pameran yang berkenaan dengan sungai,
golongan masyarakat akan mempunyai kesedaran menjaga Sungai Pinang.
Golongan masyarakat akan sedar kepentingan sungai seterusnya dapat
membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan Sungai Pinang dapat
dijaga.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Sungai Pulau Pinang memainkan peranan yang penting


dalam kehidupan golongan masyarakat. Jika Sungai Pulau Pinang tercemar,
golongan masyarakat akan mengalami masalah seperti banjir, tidak mendapati
sumber air yang bersih dan menghadpi penyakit. Sungai Pinang yang tercemar
bukan sahaja akan memudaratkan kehidupan, malah akan menjejaskan imej Pulau
Pinang apabila kedatangan pelancong dari luar negara. Oleh itu, Sungai Pinang
perlu dipelihara supaya generasi sekarang dan akan datang mempunyai keadaan
yang bersih dan selasa. Yang pentingnya, dengan menjaga kebersihan sungai akan
juga dapat menjamin kesinambungan kehidupan di muka bumi ini.

11
Oleh itu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang dan golongan
masyarakat perlu berganding bahu untuk memastikan Sungai Pinang sentiasa dalam
keadaan yang bersih. Sehubung dengan ini, pihak perlu memelihara sungai dengan
mengkaji, merancang dan melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan
Sungai Pinang dengan mengadakan pameran yang berkenaan dengan menyayangi
sungai, manakala golongan masyarakat perlu melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti yang disediakan oleh pihak.

Untuk memupuk sifat dan tanggungjawab golongan masyarakat menjaga dan


menyayangi sungai, pameran merupakan salah satu cara yang sangat berguna dan
berkesan. Hal ini kerana melalui pameran, golongan masyarakat dapat melihat,
mendengar dan melakukan. Perlakuan ini mungkin tidak dapat dialami oleh
masyarakt dalam kehidupan seharian kerana mereka sibuk membuat kerja sendiri.
Melalui pameran, mereka dapat meletakkan kerja sementara serta memberikan
prihatin terhadap isu Sungai Pinang yang sedang berlaku.

12
Rujukan

Sikap tidak prihatin punca masih berlaku pencemaran sungai di Pulau Pinang. (2016,
07 02). Retrieved 09 02, 2018, from The Malaysia Times:
http://www.themalaysiantimes.com.my/sikap-tidak-prihatin-punca-masih-
berlaku-pencemaran-sungai-di-pulau-pinang/

Sungai Pinang goes green with the help of technology. (2016, 07 05). Retrieved 09
02, 2018, from malaymail: https://www.malaymail.com/s/1156025/sungai-
pinang-goes-green-with-the-help-of-technology

Banjir Pulau Pinang terburuk dalam sejarah. (2017, 11 05). Retrieved 09 05, 2018,
from Sinar Harian: http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/banjir-
pulau-pinang-terburuk-dalam-sejarah-1.752651

Lihat sendiri apa sudah jadi dengan Paya Terubong. (2017, 10 01). Retrieved 09 05,
2018, from PenangKini: http://www.penangkini.com/2017/10/lihat-sendiri-apa-
sudah-jadi-dengan.html?m=0

Chamhuri Siwar, R. G. (n.d.). Pembangunan lestari di malaysia: harapan dan


kenyataan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hajah Rosnani Ibrahim. (2010). Secebis Harapan dari Ketua Pengarah Alam Sekitar.
EraHijau, 2.

Kegunaan Eco Enzim. (n.d.). Retrieved 09 11, 2018, from enzymesos:


http://www.enzymesos.com/439-2/kegunaan-eco-enzim

Lai, C. H. (2016, 05 16). Hentikan Pencemaran di Punca Untuk Sungai Pinang Yang
Lebih Sihat dan Bersih. Retrieved 09 03, 2018, from Buletin Mutiara:
https://www.buletinmutiara.com/hentikan-pencemaran-di-punca-untuk-sungai-
pinang-yang-lebih-sihat-dan-bersih/

Zaini Ujang. (2009). Minda lestari: pembangunan negara dan pemulihan alam
sekitar. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Press.

13
14

Anda mungkin juga menyukai