Anda di halaman 1dari 1

Simpulan Bahasa Maksud

kecil hati 1. tersinggung perasaan, marah sedikit


2. tawar hati
jauh hati merasa tersinggung
berat hati enggan, tidak sampai hati berbuat sesuatu
patah hati tawar hati, hilang keberanian (kemahuan)
darah muda semangat atau perasaan orang muda
darah dingin orang yang kejam
darah daging 1. anak kandung
2. kaum kerabat sendiri
darah gemuruh mudah gugup, lekas hilang ketenangan
mengambil berkat mengambil tuah atau pengaruh baik
(daripada orang tua, orang suci)
mengambil masa menggunakan (memerlukan, memakan)
masa
mengambil peluang menggunakan kesempatan (dengan sebaik-
baiknya)
mengambil langkah 1. mulai hendak berjalan ( berlari,
melompat )
2. mulai bertindak
jalan pintas jalan potong (yang lebih pendek) yang
merentasi atau memintas sesuatu kawasan
jalan tengah 1. jalan yang terletak di tengah
2. keputusan atau pendapat yang diambil
antara dua atau beberapa pendapat yang
berbeza
jalan keluar 1. jalan untuk keluar dari sesuatu tempat
2. cara untuk menyelesaikan sesuatu
perkara (masalah)
jalan belakang 1. jalan masuk melalui pintu belakang
2. cara melakukan sesuatu dengan tidak
mengikut peraturan yang ditentukan
pekak badak 1. pura-pura tidak mendengar, sengaja
tidak mahu mendengar
2. tidak mendengar bunyi atau suara yang
kuat tetapi boleh mendengar bunyi atau
suara yang lembut.
tidur mati tidur dengan sangat lenanya.
makan hati menderita kerana perbuatan orang lain yang
menyakitkan hati
lepas tangan tidak masik campur dalam sesuatu hal

Anda mungkin juga menyukai