Anda di halaman 1dari 28

TOPIK 4

PAPER 2016
SOALAN 1 [20 markah] - TOPIK 4

Konsep Pengurusan Kualiti Keseluruhan (TQM) merupakan satu proses


penambahbaikan berterusan dalam sebuah organisasi. Ia melibatkan
keseluruhaan kualiti sesebuah organisasi termasuk pekerja, mesin, pembekal,
bahan mentah, barang siap bina, prosedur serta pelangan.

(a) Nyata dan jelaskan Tujuh (7) konsep program TQM yang berkesan. (14
markah)

1. Peningkatan berterusan

- dicapai sekiranya organisasi mengambil usaha untuk mempertingkatkan


proses dan operasi syarikat dengan meningkatkan dan menghapuskan aktiviti
yang tidak mendatangkan manfaat (nonvalue added).

- Melalui 4 aktiviti - Aktiviti Pertama: Peningkatan Proses atau Kaizen, Aktiviti Kedua:
Pusingan Deming, Aktiviti Ketiga: Kumpulan Kualiti (Aktiviti Kumpulan Kecil),
Aktiviti Keempat: Sistem Cadangan

2. 6 sigma
- enam sisihan piawai
- cara yang berkesan dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah
statistik
- membantu dari segi: Mengurangkan jumlah kerosakan barangan atau perkhidmatan,
Meningkatkan pendapatan atau hasil, menghasilkan tahap kepuasan pelanggan yang
lebih tinggi.
- DMAIC \
3. memberi kuasa kepada pekerja bawahan

- memberi pekerja kuasa autonomi dan tanggungjawab tertentu untuk membuat


keputusan dalam menjalankan tugas mereka.

4. penanda aras

- sebagai satu proses pengukuran yang sistematik dan berterusan dalam membuat
perbandingan antara proses perniagaan sesebuah organisasi dengan proses
perniagaan yang dipunyai oleh organisasi besar dan berjaya.

- Tujuannya - mendapatkan maklumat bagi membantu organisasi tersebut dalam


mempertingkatkan prestasi seperti peningkatan dalam pemahaman mengenai
pelanggan dan pesaing, pengurangan aduan, reputasi syarikat yang lebih kuat dan
yang paling penting ialah peningkatan dalam keuntungan dan jualan.

5. just-in-time
- satu falsafah pengurusan keseluruhan dalam operasi di mana semua sumber,
termasuk bahan-bahan mentah dan alat ganti, kakitangan, dan kemudahan yang
digunakan setakat yang diperlukan. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan
produktiviti dan mengurangkan pembaziran

6. konsep taguchi

- Konsep Taguchi - kebanyakan masalah kualiti adalah disebabkan produk yang


kurang memuaskan dari segi reka bentuk atau proses pembuatan.

7. pengetahuan tentang alat PKM

check sheet (lembaran semakan) - scatter diagram - gambarajah sebab-akibat – (cause and
effect diagram) - carta pareto - flow charts - histogram - kawalan proses statistik – statistical
process control (spc)
(b) Jelaskan dengan gambarajah Tiga (3) alat TQM yang sering digunakan serta
peranan alat ini dalam sesebuah organisasi. (6 markah)
PAPER 2018

SOALAN 2 (20 markah) - TOPIK 4

(a) Peningkatan berterusan merupakan antara konsep penting dalam


Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Cadangkan EMPAT (4) aktiviti berkaitan
konsep ini yang boleh anda jalankan dalam sesebuah organisasi. (12 markah)

Aktiviti Pertama: Peningkatan Proses atau Kaizen

Kaizen atau peningkatan proses merupakan kejayaan daya saing syarikat Jepun.
Perkataan kaizen diperkenalkan oleh Masaaki Imai yang bermaksud langkah demi
langkah dalarn peningkatan kualiti. Ia merupakan peningkatan berterusan dengan
penambahan inovasi.

Aktiviti Kedua: Pusingan Deming mengandungi empat peringkat utama iaitu


rancang, buat, periksa dan bertindak (Plan, Do, Check, Act).

Aktiviti Ketiga: Kumpulan Kualiti (Aktiviti Kumpulan Kecil)

Kumpulan kualiti atau lebih dikenali sebagai QCC (Quality Control Circle). Ia
merupakan aktiviti kumpulan tidak formal iaitu ahli-ahli berjumpa untuk menyelesaikan
masalah. Kumpulan ini terdiri daripada pihak pengurusan, tenaga kerja, pembekal dan
sub-kontraktor dan mengandungi enam hingga sepuluh ahli.

Aktiviti Keempat: Sistem Cadangan


Sistem cadangan merupakan satu sumber bagi organisasi untuk memastikan
peningkatan kualiti akan terus berlaku. Pekerja dikehendaki memberi
sekurang kurangnya sepuluh cadangan setahun dan cadangan terbaik akan
diberikan hadiah wang tunai. Dengan cara ini, organisasi dapat meningkatkan
komunikasi dua hala dan pada masa yang sarna, dapat menjimatkan kos tenaga dan
sumber.
(b) Pemilihan lokasi perniagaan merupakan satu keputusan jangka panjang dan
melibatkan kos yang tinggi. Bagaimanakah faktor kos dan produktiviti buruh
mempengaruhi keputusan pemilihan lokasi perniagaan? Jelaskan. (8 markah)

Produktiviti buruh - Buruh merupakan input penting kerana ia dapat mempengaruhi


tingkat produktiviti bagi sesebuah firma - Pengurusan operasi perlu mengambilkira
tentang kewujudan perbezaan produktiviti di pelbagai negara apabila membuat
keputusan lokasi yang berdasarkan kepada kadar upah yang rendah. - Produktiviti
perlulah dikaitkan dengan kadar upah kerana kadar upah yang rendah tidak menjamin
kos pengeluaran yang rendah.

Kos - Secara amnya, pengurus operasi akan cuba meminimumkan kos-kos yang
terlibat dalam pengeluran dan kos-kos lain seperti kos pengangkutan dan
penghantaran. Dua jenis yang terlibat berkaitan lokasi:

- Kos ketara kos yang boleh dikenalpasti dan diukur dengan tepat contohnya
kos utiliti, buruh, bahan mentah, cukai, susut nilai dan lain-lain kos yang boleh
dikenalpasti oleh jabatan akaun dan pengurusan
- Kos tak ketara - kos yang tidak boleh diambilkira, tidak boleh dikenalpasti dan
diukur. - kos-kos tersebut ialah kos pendidikan kualiti, fasiliti pengangkutan
awam, sikap komunti terhadap industri dan syarikat, kualiti, pendidikan dan
sikap pekerja masa hadapan.
PAPER 2019

SOALAN 2 (20 markah) - TOPIK 4

(a). Huraikan EMPAT (4)kos yang terlibat dalam memastikan produk dapat
memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. (16 markah)

• kos pencegahan kos untuk mengurangkan potensi defek bagi sesuatu penghasilan
produk, contohnya latihan, program untuk penambahbaikan kualiti
• Kos penilaian kos berkaitan penilaian produk, proses dan sebagainya contohnya
makmal, uji bahan produk dan sebagainya
• Kos kegagalan dalaman kos yang perlu ditanggung untuk sebelum produk sampai
kepada pelanggan dalam keadaan sempurna, contohnya pembungkusan khusus atau
tambahan
• kos kegagalan luaran Kos yang perlu ditanggung selepas barangan sampai kepada
pengguna, contohnya perkhidmatan selepas jualan, barangan dipulangkan, hilang
kepercayaan pelanggan dan kos kepada masyarakat

(b). Terangkan DUA (2)kebaikan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM). (4


markah)
- pengurangan dalam kerja semula; kesilapan; penangguhan; kos dan pusing ganti
pekerja

- peningkatan dalam kadar kepuasan pelanggan dalaman dan luaran; keuntungan dan
kecekapan, penggunaan mesin dan bahan mentah yang lebih baik

- kualiti produk yang lebih baik pada harga yang lebih rendah, syarikat dapat
mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan hasilnya

- Selain itu, terdapat faedah-faedah tidak nampak (intangible) seperti peningkatan imej
syarikat, kemahiran berkomunikasi, pengetahuan mengenai pekerjaan dan produk,
hubungan pelanggan dan pembekal, pengurusan data serta kemahiran pengurusan
proaktif.
MINGGU INTENSIF

PAPER 2019

SOALAN 1 (20 markah) - INTENSIF

(a). Huraikan TIGA (3) kepentingan kaedah peramalan permintaan dalam


pengurusan dan operasi.(12 markah)

(b). Ramalan kualitatif mengambilkira faktor utama seperti membuat keputusan


mengikut intuisi, emosi, pengalaman individu dan sistem penilaian dalam
mencapai membuat ramalan.Jelaskan teknik pendekatan kualitatif berikut:

(i). Komposit pasukan jualan(sales force composite) (4 markah)

(ii). Kajian pasaran (consumer market survey) (4 markah)


SOALAN 3 (20 markah) - INTENSIF

Terangkan faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi seperti berikut:


(a). Produktiviti Buruh (4 markah)

Produktiviti buruh - Buruh merupakan input penting kerana ia dapat mempengaruhi


tingkat produktiviti bagi sesebuah firma - Pengurusan operasi perlu mengambilkira
tentang kewujudan perbezaan produktiviti di pelbagai negara apabila membuat
keputusan lokasi yang berdasarkan kepada kadar upah yang rendah. - Produktiviti
perlulah dikaitkan dengan kadar upah kerana kadar upah yang rendah tidak menjamin
kos pengeluaran yang rendah.

(b). Risiko Tukaran Mata Wang Asing (4 markah)


- Walaupun negara lain menawarkan kadar upah yang lebih rendah, tetapi risiko
tukaran perubahan matawang boleh menyebabkan kos upah tinggi. - Kadang-kadang
firma dapat mengambil keuntungan dari nilai tukaran yang menguntungkan dengan
memindahkan lokasi atau mengeksport produknya ke negara lain. - Oleh itu firma
perlu mengambilkira risiko perubahan matawang jika mendirikan kilang di luar negara
atau mengeksport barang ke luar negara.

(c). Risiko Politik, Nilai dan Budaya (4 markah)


- Risiko politik berkaitan dengan perubahan pemerintahan dan undang-undang
sesebuah negara terhadap pemilikan swasta dan operasi perniagaan. Perubahan
undang-undang turut mempengaruhi pentadbiran seperti perubahan tariff, duti import
dan undang-undang buruh luar dan sebagainya. - Nilai dan budaya berbeza antara
sebuah dengan negara lain dan menyebabkan produktiviti berbeza.

(d). Berhampiran dengan Pasaran (4 markah)


- Operasi perkhidmatan pelanggan atau pengeluaran barangan perlu membuat
keputusan tentang lokasi yang berhampiran dengan tumpuan pasaran mereka -
Perkhidmatan pelanggan seperti restoran, kedai runcit, pejabat pos dan kedai farmasi
perlulah di kawasan yang berhampiran dengan tempat tumpuan pelanggan seperti
berhampiran dengan kawasan perumahan, pejabat dan tempat letak kereta.
(e). Berhampiran dengan Pembekal (4 markah)
- Syarikat juga perlu mengambilkira sumber bahan mentah dan pembekal kerana kos
pengangkutan, jumlah muatan yang banyak dan ketahanan daripada busuk/rosak. -
Contohnya, pengeluar susu segar dan hasilan tenusu banyak berurusan dengan
bahan mentah yang tidak tahan lama, jadi mereka perlu beroperasi di lokasi yang
berhampiran dengan pembekal bahan mentah. Begitu juga dengan Syarikat Perabot
Malaysia yang sangat bergantung kepada bahan mentah yang berat seperti kayu
balak. - Jadi kos pengangkutan yang tinggi adalah menjadi faktor utama untuk
membuat keputusan lokasi
TOPIK 5

PAPER 2017

SOALAN 1 [20 markah] - TOPIK 5

(a) Model Kuantiti Pesanan Ekonomi (Economic Order Quantity Model)


merupakan satu kaedah yang popular dan mudah digunakan oleh pengurus
operasi bagi menentukan jumlah pesanan barang yang diperlukan. Apakah
andaian utama yang perlu diambilkira oleh pengurus operasi bagi memastikan
kuantiti pesanan dibuat adalah tepat? Jelaskan. (12 markah)

Andaian dalam EOQ


▪ Kadar penggunaan diketahui dan permintaan yang konsisten.
▪ Kos bahan tidak berubah mengikut jumlah pesanan dan tiada diskaun.
▪ Masa menunggu diketahui dengan pasti dan bersifat malar.
▪ Segala pesanan dihantar pada masa yang sama/ tiada pesanan tertangguh.
▪ Harga belian seunit adalah sama.
▪ Hanya dua kos relevan iaitu kos pesanan dan kos pegangan/penyimpanan

(b) Jelaskan input utama dalam sistem Material Requirements Planning (MRP).
(8 markah)

1. Jadual utama pengeluaran - Jadual yang menentukan apa yang akan dibuat dan
bila aktiviti pengeluaran akan dibuat - Berdasarkan pesanan pelanggan sebenar
dengan permintaan - Jadual ini menunjukkan apabila setiap item yang dipesan dapat
dihasilkan mengikut pesanan pelanggan

2. Spesifikasi bahan-bahan yang diperlukan - Menunjukkan semua bahan-bahan


mentah yang diperlukan, sub-pemasangan, dan gabungan semua yang diperlukan
untuk menghasilkan output Menyediakan struktur produk : Item paling utama,
sederhana dan jarang-jarang digunakan
3. Kesediaan inventori berapakah jumlah inventori yang tersedia untuk dijual.

4. Pesanan belian tertunggak Pesanan pembelian yang belum dilakukan

5. Lead time - merupakan waktu yang diperlukan untuk membeli, waktu menunggu
untuk menerima bahan, waktu memproses bahan tersebut dan waktu menghantar
pesanan kepada pelanggan
SOALAN 5 [20 markah] - TOPIK 5
(a) Terdapat pelbagai cabaran politik, ekonomi dan persaingan yang boleh
memberi kesan jangka panjang kepada keputusan pemilihan lokasi untuk
mengembangkan syarikat. Apakah kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk
membuat keputusan tentang pemilihan lokasi? Jelaskan.

Kaedah faktor rating - mengambilkira faktor kualitatif (budaya,iklim, sumber bahan mentah)
dan kuantitatif (kos buruh, kos pengangkutan, perubahan tukaran matas wang asing, intensif
dari kerajaan). - Kemudian faktor ini diberikan rating atau dibuat pemeringkatan sebelum
keputusan lokasi dibuat.

Kaedah titik pulang modal - Analisis tentang perhubungan antara kos, volum (kuantiti jualan)
dan untung bagi sesuatu aktiviti atau operasi pengeluaran sesebuah syarikat. - Satu tahap
kuantiti pengeluaran apabila jumlah hasil jualan sama dengan jumlah kos. - Volum pengeluaran
yang tidak memberi sebarang untung atau rugi. Untung adalah sifar.Jumlah hasil hanya cukup
untuk menampung jumlah kos.

Kaedah graviti-pusat satu kaedah memilih lokasi yang dapat meminimakan kos agihan
dengan mengambilkira jarak lokasi pasaran pelanggan syarikat, kos penghantaran dan kuantiti
barang yang akan dihantar.

Kaedah pengangkutan teknik untuk menyelesaikan masalah lokasi dengan menentukan


titik/tempat asal atau bekalan yang akan ke titik/tempat permintaan. Tujuan dapat
meminimakan kos penghantaran.
(10 markah)
(b) Berikan maksud ergonomik. Terangkan faktor-faktor yang boleh
menyebabkan risiko ergonomik di tempat kerja.

ERGONOMIK - cara bagaimana untuk menyesuaikan keperluan kerja kepada


kebolehan dan keupayaan manusia. - ia merupakan hubung kait di antara manusia
dengan reka bentuk peralatan dan persekitaran kerjanya - untuk memastikan sesuatu
peralatan ,kemudahan, proses dan sistem yang digunakan oleh manusia didalam
melakukan sesuatu aktiviti sesuai dan serasi dengan mereka. Ini bertujuan bagi
memastikan setiap kerja boleh dilakukan dengan selesa, selamat, dan berkesan.

faktor-faktor yang boleh menyebabkan risiko ergonomik di tempat kerja.

1. Posisi yang salah melakukan kerja pada kedudukan badan yang tidak sesuai
2. Berulangan Kerja yang sama dilakukan dalam jangkamasa yang panjang.
Menjalankan kerja atau tugasan yang berulangan untuk beberapa jam menggunakan
otot yang sama dan cara yang sama.
3. Tekanan tempat kerja tekanan ditempat kerja seperti ketidaksesuaian fizikal
tempat kerja, ganjaran atau orang yang tidak sesuai dengan kehendak seseorang.
Manakala tekanan yang berlebihan akan menyebabkan pekerja mengalami stres. Hal
ini boleh menyebabkan timbulnya keletihan pada otot dan ketegangan pada otak
4. Daya berlebihan Penggunaan daya yang banyak untuk melakukan sesuatu kerja
yang tidak sesuai dengan kemampuan individu.
5. Posisi Statik Otot-otot hanya berada pada posisi yang sama dalam jangka masa
yang lama. Tiada pergerakan akan mengurangkan peredaran darah dan
menyebabkan ketegangan otot yang boleh menyumbang kepada kecederaan.
6. Persekitaran –Pencahayaan, suhu, kebisingan Percahayaan yang tidak sesuai di
dalam pejabat/tempat kerja, boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada diri pekerja
seperti kekeringan mata, sakit kepala, dan hilang tumpuan kerja. Pengudaraan yang
tiada aliran udara boleh mengakibatkan kita menghirup udara kotor dan pelbagai lagi
bau-bauan yang kurang menyenangkan, pencemaran bahan kimia mesin yang
menghasilkan bunyi bising
PAPER 2018
SOALAN 5 (20 markah) - TOPIK 5

(a) Syarikat peruncitan XX mengalami penurunan jualan disebabkan masalah


pengurusan inventori seperti kecurian barang, pesanan tertangguh dan
penyimpanan inventori berlebihan. Bagaimanakah Sistem ABC dapat
membantu menguruskan masalah inventori ini? Jelaskan. (10 markah)

Pengurusan inventori melalui analisis ABC/ penjelasan ABC


- merupakan suatu sistem mudah yang digunakan untuk mengelaskan item- item
inventori kepada tiga kelas,iaitu A,B,dan C berdasarkan jumlah nilai ringgit
penggunaan
- pengawalan pelbagai jenis item inventori berdasarkan item yang amat murah
hinggalah yang sungguh mahal
- Pihak pengurus perlu mengenal pasti item-item yang penting dari segi kos modal
agar item-item ini dapat diberi perhatian dan dikawal dengan ketat.

Dengan menggunakan analisis ABC, pengurusan operasi dapat:


a. mengklasifikasikan inventori
b. rekod berkenaan pergerakan inventori dapat dilakukan dengan lebih tepat

Sistem ABC ini mengelaskan item-item inventori kepada tiga kelas iaitu A,B,dan C
berdasarkan jumlah nilai ringgit penggunaan.
❑ Kelas A terdiri daripada 20% item inventori tetapi menyumbangkan 70%-80%
daripada nilai ringgit penggunaan. Inventori ini memerlukan penjagaan yang rapi
kerana amat bernilai
❑ Kelas B terdiri daripada 30% item inventori tetapi menyumbangkan 15%-25%
daripada nilai ringgit penggunaan. Inventori ini memerlukan penjagaan yang
sederhana.
❑ Kelas C terdiri daripada 50% item inventori tetapi menyumbangkan 5% daripada
nilai ringgit penggunaan. Inventori ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi kerana
nilai inventori adalah rendah. Semakin tinggi nilai ringgit penggunaan, semakin tinggi
ketat kawalan inventori. Ini menunjukkan kos suatu barang adalah tinggi, nilai
penggunaan ringgit adalah tinggi

(b) Terangkan input utama yang diperlukan bagi menjalankan Perancangan


Keperluan Bahan dengan berkesan. (10 markah)

1. Jadual utama pengeluaran - Jadual yang menentukan apa yang akan dibuat dan
bila aktiviti pengeluaran akan dibuat - Berdasarkan pesanan pelanggan sebenar
dengan permintaan - Jadual ini menunjukkan apabila setiap item yang dipesan dapat
dihasilkan mengikut pesanan pelanggan

2. Spesifikasi bahan-bahan yang diperlukan - Menunjukkan semua bahan-bahan


mentah yang diperlukan, sub-pemasangan, dan gabungan semua yang diperlukan
untuk menghasilkan output Menyediakan struktur produk : Item paling utama,
sederhana dan jarang-jarang digunakan

3. Kesediaan inventori berapakah jumlah inventori yang tersedia untuk dijual.

4. Pesanan belian tertunggak Pesanan pembelian yang belum dilakukan

5. Lead time - merupakan waktu yang diperlukan untuk membeli, waktu menunggu
untuk menerima bahan, waktu memproses bahan tersebut dan waktu menghantar
pesanan kepada pelanggan
PAPER 2019
SOALAN 5 (20 markah) - TOPIK 5

(a). Huraikan spesifikasi kerja yang boleh diubahsuai dengan cara berikut:

(i). Job Enlargement (4 markah)


Rekabentuk kerja di mana beberapa tugasan yang berkaitan dengan kerja yang
dilaksanakan oleh pekerja telah ditambah (setelah latihan yang berkaitan diberikan),
untuk memberikan kepelbagaian aktiviti dalam kerja di samping dapat mengurangkan
kebosanan

(ii). Job Rotation (4 markah)


Melibatkan perpindahan pekerja ke bahagian-bahagian lain (di dalam skop atau
bidang yang sama) supaya pekerja tidak merasa jemu atau meluahkan rasa bosan
terhadap kerja Contoh: Pusingan kerja kepada kakitangan yang berjawatan kerani di
bahagian kewangan yang mengendalikan kerja penerimaan dan pembayaran
(juruwang) dipindahkan secara pusingan (bergilir) untuk memproses bil dan invois
pada minggu atau bulan yang berikutnya. Kaedah ini membolehkan kerani tersebut
mempelajari kerja baru serta melatih beliau supaya cekap dan mahir di dalam tugas
yang berlainan di bahagian kewangan

(iii). Job Enrichment (4 markah)


Proses mengembangkan tanggungjawab pekerja supaya pekerjaan tersebut lebih
mencabar dan memberi kepuasan di mana pekerja diberi kuasa dan tanggungjawab
untuk membuat keputusan dan kawalan. Satu cara untuk memotivasikan pekerja
dengan memberikan mereka peluang menggunakan kebolehan dan kepakaran
mereka dalam melaksanakan tugas yang diberikan Ia juga memberikan autoriti dan
tanggungjawab kepada pekerja untuk menjalankan perancangan tugas mereka dan
mengawalnya hingga selesai.
(b). Jelaskan DUA (2) ciri kerja dalam mereka bentuk semula kerja melalui model
ciri kerja oleh Hackman dan Oldham (1970). (8 markah)

1) Pelbagai kemahiran Dalam membantu proses merekabentuk semula kerja tahap


kemahiran pekerja mestilah pelbagai. Biasanya seorang pekerja mempunyai tingkat
kemahiran yang berlainan antara satu dengan yang lain.

2) Mengenalpasti tugas Untuk menghasilkan keluaran kerja yang baik dan berkualiti
keupayaan dan prestasi pekerja perlu dikenalpasti dan disesuaikan dengan tugas
yang dilakukan. Ini kerana kebolehan seseorang tidak sama dan penetapan tugas
perlulah sesuai dengan ciri-ciri pekerja.

3) Kepentingan tugas Ia merujuk sejauh mana kepentingan tugas yang boleh


memberi kesan ke atas pekerja lain samada di dalam atau di luar organisasi.
Pergantungan tugas amat penting dalam menentukan sesuatu proses pengeluaran
berjalan lancar di kalangan para pekerja.

4) Autonomi Autonomi merujuk kepada sejauh mana seseorang itu boleh


menggunakan kuasanya untuk mengarah dalam membuat pemilihan latihan
berdasarkan kerja yang dilakukan.

5) Maklum balas daripada pekerja Pekerja seharusnya mempunyai maklumat yang


jelas tentang kerja yang dilakukan. Dengan ini segala kerumitan dan masalah yang
dihadapi daripada kerja yang dilakukan perlu disampaikan kepada pihak pengurus.
TOPIK 6
PAPER 2017

SOALAN 4 [20 markah] - TOPIK 6


Pengurusan risiko rantaian bekalan (supply chain) bagi McDonald’s, Walmart,
Toyota dan restoran Darden berbeza antara satu sama lain kerana operasi
perniagaan yang berbeza. Bagi setiap syarikat ini, terangkan risiko utama
rangkaian bekalan yang dihadapi dan teknik yang digunakan untuk mengatasi
risiko tersebut.
PAPER 2018
SOALAN 4 (20 markah) - TOPIK 6

(a) Pengurusan rantaian bekalan melibatkan dua keputusan penting sama ada
buat-atau- beli (make-or-buy) atau penyumbeluaran (outsource). Berikan LIMA
(5) sebab pengurus operasi lebih memilih keputusan buat-atau-beli berbanding
penyumbeluaran. (10 markah)

Antara sebab make-or-buy:


1. untuk kekalkan daya saing produk dan kualiti
2. dapat menghasilkan produk pada kos yang murah memastikan konsisten
pengeluaran
3. mempunyai buruh dan bekalan bahan mentah yang mencukupi
4. elakkan kebergantungan kepada produk dari pembekal
5. pembekal sedia ada tidak bersesuaian
6. Mendapatkan barangan unik yang akan melibatkan komitmen yang terlalu tinggi
untuk pembekal

(b) Nyatakan LIMA (5) jenis pembaziran operasi yang boleh dikurangkan melalui
amalan Sistem Pengeluaran Toyota. (10 markah) – topik 7 tak masuk
TOPIK 8

PAPER 2017

SOALAN 2 [20 markah] - TOPIK 8


Penyusunan perkakasan di kilang atau di pejabat adalah berbeza bergantung
kepada jenis operasi perniagaan bagi meningkatkan kecekapan operasi
pengeluaran. Terangkan jenis-jenis susun atur dan berikan contoh syarikat
yang mempraktikkan jenis susun atur tersebut.

Susunatur Kedudukan Tetap (setempat) (fixed position layout) - Susunatur


kedudukan tetap biasanya digunakan untuk produk yang tidak mudah dialihkan iaitu
ia perlu berada di suatu tempat yang tetap dan barangan yang hendak dibuat terlalu
besar dan berat. Saiz, bentuk ataupun sebarang ciri lain yang memperbataskan
pergerakan produk. - Pekerja, bahan dan peralatan yang diperlukan untuk
melaksanan kerja akan di bawa ke stesen tersebut. - Secara am, pengurus operasi
bagi susunatur ini perlu ke tempat kerja tersebut bagi mengurus dan menyediakan
segala keperluan. - Contoh: pembinaan rumah, bangunan, jalanraya, jejantas dan
hal-hal yang melibatkan projek yang besar. - Biasanya peralatan-peralatan di
susunatur kedudukan tetap di sewa kerana penggunaan mereka adalah dalam satu
tempoh masa yang terhad sahaja. - Pekerja-pekerja yang diambil bekerja adalah
pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dan upah yang diberi adalah tinggi. - Oleh
itu kos tetap untuk susunatur kedudukan tetap adalah rendah kerana peralatan-
peralatan kebanyakkannya di sewa oleh syarikat. - Manakala kos berubah adalah
tinggi kerana kadar kos buruh, penyewaan dan pergerakan peralatan yang tinggi.

Susunatur proses - Susunatur proses biasa digunakan bagi menyusun proses-


proses pengeluaran yang pelbagai produk atau perkhidmatan. - Susunatur ini
digunakan kerana produk yang ditawarkan berbeza demi memenuhi keperluan
pelanggan yang berbeza. - Contoh: hospital, bank

Susunatur Pejabat Pekerja, peralatan, perabot dan ruang pejabat di susunatur


dengan baik bagi menyediakan keselesaan ditempat kerja, keselamatan dan
kemudahan aliran maklumat. Contoh: syarikat sekuriti kewangan. - Perubahan
teknologi telah banyak mengubah cara merekabentuk susunatur pejabat - Pengurus
operasi perlu memaksimumkan keanjalan susunatur pejabat di samping mengekalkan
kepentingan asas bagi susunatur. - Keputusan strategi susunatur pejabat adalah satu
gabungan seni dan sains di mana bahagian sains sahaja di analisis mengikut aliran
susunatur proses.

Susunatur runcit Susunatur Runcit adalah berasaskan kepada konsep jualan dan
keuntungan, di mana semakin tinggi pendedahan pelanggan kepada semua produk
yang mungkin. Susun atur runcit ini digunakan bagi menjual barangan pelbagai jenis
barang siap
PAPER 2018

SOALAN 3 (20 markah) - TOPIK 8

Syarikat JJJ Stores merupakan sebuah syarikat peruncitan terkemuka di Jepun.


Syarikat ini ingin membuka sebuah pasaraya di Malaysia dan melantik anda
sebagai pengurus operasi untuk membentuk susun atur yang strategik. Anda
perlu,

(a) Berikan lakaran yang bersesuaian bagi susun atur ini. (2 markah)

(b) Cadangkan strategi yang bersesuaian untuk membentuk susun atur yang
berkesan bagi pasaraya tersebut. (18 markah)

i. Menempatkan item yang kerap peralihannya berhampiran dengan stor seperti susu
segar, ikan, daging dan sayur-sayuran. Barang-barang yang mudah rosak perlu
disusunatur berhampiran dengan stor.

ii. Menggunakan lokasi yang tetap untuk item-item yang tinggi permintaan dan
marginnya seperti barang barang dapur, keperluan harian dan peribaDI

iii. Mempamerkan item-item yang sering dibeli pengguna berdekatan dengan item-
item yang berdekatan supaya dapat meningkatkan pendedahan barangan tersebut
kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan jualan.
iv. Menggunakan kedudukan lorong yang terakhir di mana kadar pendedahan kepada
pelanggan adalah tinggi terutama ketika menunggu giliran untuk membuat
pembayaran.
v. Menunjukkan objektif atau imej sesuatu pasaraya atau kedai dengan menempatkan
di bahagian hadapan pintu masuk
PAPER 2019

SOALAN 4 (20 markah) - TOPIK 8

(a). Terangkan LIMA (5) panduan yang digunakan oleh pengurus operasi untuk
menentukan susun atur runcit yang berkesan. (10 markah)

i. Menempatkan item yang kerap peralihannya berhampiran dengan stor seperti susu
segar, ikan, daging dan sayur-sayuran. Barang-barang yang mudah rosak perlu
disusunatur berhampiran dengan stor.

ii. Menggunakan lokasi yang tetap untuk item-item yang tinggi permintaan dan
marginnya seperti barang barang dapur, keperluan harian dan peribaDI

iii. Mempamerkan item-item yang sering dibeli pengguna berdekatan dengan item-
item yang berdekatan supaya dapat meningkatkan pendedahan barangan tersebut
kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan jualan.
iv. Menggunakan kedudukan lorong yang terakhir di mana kadar pendedahan kepada
pelanggan adalah tinggi terutama ketika menunggu giliran untuk membuat
pembayaran.
v. Menunjukkan objektif atau imej sesuatu pasaraya atau kedai dengan menempatkan
di bahagian hadapan pintu masuk
(b). Jelaskan susun atur proses di bank dengan melukis gambar rajah. (10
markah)

Anda mungkin juga menyukai