Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2013

SK ST MARTIN MERDANG, SAMARAHAN


  
TARIKH
29 Oktober 2012
Masa : 0715 hingga 1230
TEMPAT
Kawasan Sekolah

1.0            Pengenalan

Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab
untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian
disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga
sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk
bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka
memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan
bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada
mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka
serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda
adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0            Objektif

2.1            Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:


2.1.1       Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
2.1.2       Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.1.3       Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
2.1.4       Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
2.1.5       meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
2.1.6       Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.1.7       Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.
2.1.8       Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

3.0            Tarikh dilaksanakan
3.1            29 Oktober  2012 (Isnin)

4.0            AJK Pelaksana
4.1            Rujuk Lampiran A

5.0            Tempat
5.1            Kawasan Sekolah

6.0            Aktiviti
6.1            Rujuk Lampiran B

7.0            Anggaran Perbelanjaan
No Perkara Anggaran Jumlah
1. Makan
Minum Pagi RM 4 x 59 RM 236.00
Makan Tengahari RM 4 x 59 RM 236.00
Jumlah Keseluruhan RM 472.00

Sumber Kewangan
1.     PCG Ko-Kurikulum (Melibatkan Kursus Kepimpinan)

  
8.0            Penutup

Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk
meningkatkan keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu guru.
Disamping itu, program ini banyak membantu murid untuk menjadi seorang pemimpin yang
berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam mengawal murid-murid sekolah.
Disediakan oleh,

___________________
(JABIT BIN SOPINING)
Setiausaha
Program Kepimpinan 2012
Sk. St Martin
 

___________________
(RASHDI BIN SAPAEE)
Penyelaras,
Program Kepimpinan 2012
Sk. St Martin                                                                                

Diluluskan oleh,

___________________
(RICKY AK GUNDAH)
Guru Besar
Sk. St. Martin, Merdang

  

Lampiran A

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi                    : En Ricky Anak Gundah (Guru Besar)


Naib Pengerusi           : 1. Pn. Suraya Binti Abdulah (PK 1)
                                      2. En. Sapri Bin Ali (PK HEM)
  3. Puan Katina Ak Manchal (PK KK)
Penyelaras                  : En. Rahsdi Bin Sapaee
Setiausaha                   : En. Jabit Bin Sopining        
Bendahari                   : Puan Siti Afzan Binti Khalik
ICT                              : 1. En. Dantes Ak Din
                                      2. En. Jabit bin Sopining
Ajk Siaraya                 : Encik Lee Ak Giyang
Keselamatan dan                   
Disiplin                       : 1. Puan Connie ak Achen
                                      2. En. Hamden Bin Glass
Peralatan                     : 1. En. Rashdi Bin Sapee
                                      2. En. Dantes Ak Din
Kebersihan dan                      
Hadiah & Sijil                        : 1. Puan Siti Afzan Binti Khalik
                                      2. En. Kalana Bin Suhaili
Ajk Makanan/Kenderaan                   : Guru Jawatankuasa Disiplin dan Guru Kelas
                                     

Lampiran B

Jadual Aktiviti

Masa Akitviti Tindakan


0700 Ketibaan di Sekolah
0800-0830 Taklimat Guru Bimbingan GBK
0830-0900 Taklimat Tugas-Tugas Pengawas Guru Disiplin (Penyelaras)
0900-1000 Ceramah kepimpinan Penceramah Jemputan
1000-1030 LDK 1 / Pengucapan Awam GBK
Guru Disiplin
AJK Peralatan
AJK Keselamatan dan
Disiplin
ICT
1030-1200 -Penyampaian sijil dan Watikah AJK Kebersihan, hadiah, dan
Kepada Pengawas 2013 sijil
-Makan tengah hari AJK Makanan
-Bersurai Ajk Keselamatan Dan
disiplin

                      

Pelan Tindakan

Tarikh Aktiviti Tindakan


11 Januari 2012 Menghantar kertas kerja GBK (setiausaha)
kepada Guru Penolong
Kanan HEM (Penyelaras
untuk Disemak)
12 Januari 2012 Memurnikan Kertas Kerja. GBK dan Guru Penolong
Menghantar Kertas Kerja Kanan HEM
Kepada Guru Besar Untuk
Kelulusan.
12 Januari 2012 Menghantar surat jemputan Setiausaha (GBK)
mesyuarat
13 Januari 2012 Mesyuarat Perlantikan Ajk Penyelaras
dan Hal-hal Berkaitan. Semua AJK
17 Januari 2012 Menghantar dan menerima Penyelaras dan Setiausaha
surat kebenaran ibu bapa
02 Febuari 2012 Persiapan Akhir Semua Ajk Berkaitan
03 Febuari 2012 Kem Kepimpinan Pengawas Semua AJK
dan Ketua serta penolong
ketua kelas

                                    

Anda mungkin juga menyukai