Anda di halaman 1dari 6

PENAMBAHBAIKAN DALAM MENJAWAB SOALAN KBAT

a. PERKARA YANG PERLU ADA DALAM JAWAPAN KBAT


a. ISI (I) jawapan kepada soalan yang dikemukakan
b. HURAIAN(H) sebab atau tujuan atau cara isi. Mulakan ayat dengan ini
kerana/ ini supaya/ ini dengan/ menyebabkan/dsb
c. HURAIAN LENGKAP(HL) kesan (H), atau contoh. Mulakan dengan ayat
kesannya, atau contohnya.
d. KESIMPULAN(K) = cadangan permulaan jawapan (kesimpulannya kita hendak
lah….. supaya….) * ingat!! Kesimpulan mestilah ayat 2 lapis.
b. Cara tulis atau menjawab soalan KBAT ditulis dalam esei atau karangan pendek.
DILARANG DALAM BENTUK POINT

Contoh cara menjawa kbat:

……………………………….ini kerana/supaya ……………..kesannya/contohnya


…………………………..kesimpulannya kita hendaklah…………………………. Supaya……………………

c. LARANGAN DALAM MENJAWAB KBAT


a. Tulis dalam point atau isi penting
b. JANGAN salin permulaan soalan atau stimulus kerana tiada markah dan dikira
ulang soalan atau ulang stimulus(us)
 Contoh: mengapakah kita perlu bersikap amanah dalam menjalankan
perniagaan.
 Jawapan: kita hendaklah bersikap amanah supaya disukai oleh
pelanggan.
 Disukai pelanggan adalah isi. Pendahuluan tiada markah.
 Jawpan sepatutnya :( disukai pelanggan) (isi) kerana…… (huraian)
c. JANGAN GUNA perkataan DAN, ATAU, SELAIN ITU, JUGA selepas isi.
Perkataan ini akan menyebabkan isi kedua, isi ke3 dan seterusnya.
 Contoh soalan: apakah tindakan sekiranya anda terjumpa duit di
tengah jalan.
 Contoh jawapan yang mesti dielak: saya akan melaporkan kepada
guru (isi 1) atau menyerahkan kepada pihak yang berwajib (isi 2).
 Sepatutnya: saya akan melaporkan kepada guru(isi) supaya
menyerahkan kepada pihak yang berwajib(huraian).

1 semoga berjaya
Ufby 2017
Cuba jawab soalan berikut:

a. Ramai remaja hari ini terjebak dengan pelbagai kes jenayah. Antara puncanya
mereka tidak mengamalkan nilai sebenar dalam islam seperti mengamalkan
pergaulan bebas. Berikan hujah anda apakah sepatutnya dilakukan bagi mengatasi
perkara berikut berleluasa. (4 markah)
Dengan… supaya…. Kesannya…kesimpulannya kita hendaklah
b. Umat Islam yang menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan akan menjadi
umat yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas( 4 markah)
Hal ini kerana… yang akan… contohnya…. kesimpulannya
c. Maksud Ayat :”Sesungguhnya solat itu mencegah kemungkaran”.

Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah ramai orang yang bersolat tetapi masih
melakukan kemungkaran? Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas

Hal ini kerana... menyebabkan... kesannya.... kesimpulannya

”Menuntut ilmu
difardukan kepada
setiap muslim”

Hadis Riwayat Ibnu Majah


d. Sebagai umat Islam, mengapakah ilmu sangat
penting dalam kehidupan. Berikan hujah anda.
Hal ini kerana.... agar/seperti... contohnya.... kesimpulannya
e. Ahmad menonton video lucah untuk mengisi masa lapang yang terluang di dalam
biliknya tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya. Pada pendapat anda apakah yang
akan berlaku kepada Ahmad sekiranya dia terus menerus melakukan perbuatan
tersebut.
Dia akan.....kerana/menyebabkan....kesannya... kesimpulannya....

Rasulullah SAW adalah rasul Ulul Azmi. Baginda sabar menghadapai pelbagai ujian dan
cubaan seperti ancaman bunuh, leher baginda dijerut dengan serban dan dilontar
dengan batu semasa berdakwah.

f. Berdasarkan pernyataan di atas,bagaimanakah anda boleh mengambil iktibar daripada


kesabaran Rasulullah SAW dalam perjuangan menuntut ilmu?

Saya akan... supaya... kesannya....oleh itu/kesimpulannya...

2 semoga berjaya
Ufby 2017
*JAWAPAN SELAMAT(boleh digunakan dalam banyak
bentuk soalan mengikut kesesuaian)
1. PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR/ ALASAN / MENGAPAKAH/ KENAPAKAH (positif)

a. Iman yang kukuh

b. Berpengetahuan agama yang mendalam

c. Terpengaruh unsur luar yang positif

d. Dapat mengawal hawa nafsu

e. Sering melakukan amal ibadah

f. Sering doa kepada Allah

g. Sering bertaubat

h. Mengelak dari melakukan maksiat

2. PUNCA/SEBAB/FAKTOR/KENAPAKAH
ALASAN / MENGAPAKAH/ Yang mendorong melakukan perkara buruk (negatif)

a. Iman tidak mantap

b. Kurang pendidikan agama

c. Terpengaruh rakan sebaya

d. Kurang kasih sayang ibu bapa

e. Masyarakat tidak prihatin

f. Pengaruh keduniaan/ kebendaan

g. Terpengaruh hawa nafsu

h. Terpengaruh dengan media massa

i. Tidak melakukan perintah Allah

j. Tidak membaca dan menghayati al-Quran

k. Tidak mendengar nasihat alim ulamak

l. makan makanan haram/ rasuah/ judi

3 semoga berjaya
Ufby 2017
3. KESAN/ AKIBAT/ AKIBAT BURUK/ KESAN BURUK/ IMPLIKASI/ SEBAB DILARANG
Jika melakukan perkara buruk atau negatif pada individu
a. Dimurkai Allah
b. Dibenci masyarakat/ hidup terasing
c. Jiwa tidak tenteram
d. Iman semakin kurang
e. Dihukum qisas/ hudud
f. Terlalu mengikut nafsu

4. KESAN/ AKIBAT/ AKIBAT BURUK/ KESAN BURUK/ IMPLIKASI/ SEBAB DILARANG


Jika melakukan perkara buruk atau negatif pada keluarga/ masyarakat
a. Keluarga / masyarakat akan porak peranda
b. Keluarga akan dipulaukan masyarakat
c. Keluarga / masyarakat dimurkai Allah
d. Keluarga / masyarakat sentiasa susah/
e. Maruah keluarga/ masyarakat tercemar
f. Anak-anak terbiar

5. KESAN/ AKIBAT/ AKIBAT BURUK/ KESAN BURUK/ IMPLIKASI/ SEBAB DILARANG


Jika melakukan perkara buruk atau negatif pada negara
a. Ekonomi negara terjejas/ miskin
b. Berlaku perpecahan kaum
c. Banyak berlaku pergaduhan/ permusuhan
d. Pembangunan terbantut
e. Negara akan dijajah oleh kuasa asing
f. Dilaknat/ mendapat bala dari Allah

6. KESAN POSITIF/ HIKMAH/ KEPENTINGAN/ KEBAIKAN / KESAN BAIK / KELEBIHAN


Sesuatu amalan baik kepada individu muslim
a. Dikasihi Allah kerana taat perintah Allah
b. Dihormati oleh masyarakat
c. Melahirkan individu yang berjiwa murni dan luhur
d. Jiwa tenang
e. Hidup diberkati
f. Maruah terjaga
g. Akidah terpelihara
h. Akan masuk syurga
i. Akan dapat pahala

4 semoga berjaya
Ufby 2017
7. KESAN/ AKIBAT/ AKIBAT BURUK/ KESAN BURUK/ IMPLIKASI/ SEBAB DILARANG
Jika melakukan perkara buruk atau negatif pada agama
a. maruah agama rosak
b. Sukar mengembangkan Islam
c. Maruah umat Islam tercemar
d. Orang bukan Islam akan menghina Islam
e. Berlaku perbuatan murtad
8. CARA MENCONTOHI SIKAP / SIFAT / AKHLAK TERPUJI
a. Sentiasa Bertawakkal setelah berusaha
b. Sentiasa Redha dengan ketentuan Allah
c. Sentiasa Sabar dengan ujian Allah
d. Sentiasa Qanaah berpada dengan apa yang ada
e. Sentiasa Amanah
f. Sentiasa Ikhlas melakukan sesuatu
g. Sentiasa rajin berusaha/ tidak putus asa
h. Sentiasa mengingati Allah
i. Sentiasa Menepati masa
j. Sentiasa Menjaga disiplin
k. Sentiasa berhati-hati
l. Sentiasa Takut melakukan maksiat
9. CONTOH AYAT HURAIAN
a. Agar bahagia dunia dan akhirat
b. Agar hidup diberkati Allah
c. Agar dapat pahala
d. Agar masuk syurga
e. Agar Allah redha
f. Agar masyarakat bersatu padu
g. Agar negara menjadi maju
h. Agar ibu bapa gembira
i. Agar lahir generasi cemerlang
j. Kerana hidup di dunia sementara
k. Kerana terpengaruh dengan rakan
l. Kerana suka kemewahan hidup
m. Kerana anak-anak aset berharga
n. Kerana iman tiada ternilai harganya
o. Kerana pendidikan akan mengubah hidup kita
p. Kerana mereka akan insaf
q. Dengan cara mengenakan hukuman berat
r. Dengan cara nasihat yang baik
s. Dengan cara mendengar kuliah agama
t. Dengan cara mendengar kata ibu bapa
5 semoga berjaya
Ufby 2017
u. Dengan cara belajar bersungguh-sungguh
v. Dengan cara hidup sederhana
w. Dengan cara belajar ilmu agama
x. Dengan cara jauhi tempat maksiat
y. Dengan cara jauhi rakan yang jahat
10. CONTOH HURAIAN LENGKAP
 Kesan baik
b. Perkara itu akan menyebabkan kita menjadi umat yang cemerlang
c. Perkara itu akan menyebabkan keluarga jadi bahagia
d. Perkara itu akan menyebabkan jiwa jadi tenang
e. Perkara itu akan menyebabkan negara menjadi maju
f. Perkara itu akan menyebabkan masyarakat hidup harmoni
 Kesan buruk
a. Perkara itu akan menyebabkan kita menjadi umat yang ketinggalan dalam
semua bidang
b. Perkara itu akan menyebabkan keluarga jadi porak-peranda
c. Perkara itu akan menyebabkan jiwa jadi kacau
d. Perkara itu akan menyebabkan negara menjadi mundur
e. Perkara itu akan menyebabkan masyarakat hidup dalam ketakutan

11.CONTOH KESIMPULAN (MESTI ADA CADANGAN DAN HURAIAN)


a. Kesimpulannya, kita hendaklah (pendahuluan) tekun menuntut ilmu
(cadangan) agar hidup bahagia (huraian)
b. Kesimpulannya, kita hendaklah mengeratkan silahturahim agar hidup
harmoni
c. Kesimpulannya, kita hendaklah mengeratkan silahturahim agar keluarga jadi
bahagia
d. Kesimpulannya, kita hendaklah menyumbang tenaga untuk kemajuan negara

6 semoga berjaya
Ufby 2017

Anda mungkin juga menyukai