Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AYER HITAM

SIMPANG EMPAT KERPAN


06150 AYER HITAM, KEDAH DARUL AMAN
Email : smkah.ppdkp@gmail.com Tel : 04-7940226

KERTAS KERJA
KEM KEPIMPINAN MURID
SMK AYER HITAM TAHUN 2020

Kem D Omland, Teluk Bayu, Sungai Petani,


Kedah Darul Aman.
24-26 Februari 2020
Kertas Kerja
Kem Kepimpinan Murid
SMK Ayer Hitam Tahun 2020

1.0 TAJUK
Kem Kepimpinan Murid SMK Ayer Hitam Tahun 2020

2.0 LATAR BELAKANG


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara."
--Falsafah Pendidikan Kebangsaan—
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan
seseorang murid tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata
bahkan murid juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan,
pekerti yang mulia dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Ciri-ciri
ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati
sepanjang kem ini. Di samping itu, semua peserta kem perlu sentiasa menjunjung nilai
permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai
kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat’.

3.0 TUJUAN
Kem Kepimpinan Murid merupakan suatu usaha untuk mendorong dan menghala
seseorang atau sesuatu kumpulan ke arah sasaran yang telah ditetapkan dan difahami
bersama dalam suasana kerjasama dan rangsangan untuk terus mencapai peralihan
tingkah laku ke arah kebaikan dan kejayaan dalam hidup. Nilai dan emosi , sama ada
terhadap diri sendiri seseorang individu atau sesuatu kumpulan sasar, memerlukan
ketajaman akal dan latihan yang berterusan, agar sesuatu sasaran yang telah ditetapkan
itu berjaya dicapai.

Kem Kepimpinan Murid ini akan menitikberatkan keperluan kepimpinan di kalangan


peserta melalui penerapan keupayaan dan bakat kepimpinan sebenar murid yang
tersembunyi dalam diri mereka. Murid akan diberikan pendedahan secara langsung dan
tidak langsung rangsangan untuk membina ketokohan dan keterampilan diri sebagai
pemimpin hebat. Mereka akan berkomunikasi dan menyatakan idea mereka dengan lebih
terbuka menggunakan pendekatan yang akan mengasah bakat mereka dalam segala aspek
berkaitan seperti kepimpinan, kerjasama dan kesungguhan.

Peserta akan lebih yakin dan percaya kepada diri mereka sendiri dengan berteraskan
kepada bakat kepimpinan masing-masing. Setiap perkara yang mereka akan lakukan
adalah berdasarkan kepada ketetapan yang lahir dalam diri mereka. Dengan itu, murid-
murid akan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan lebih berdisiplin. Impak yang
positif dibina melalui kaedah pendidikan iktiar hidup serta memacu masa hadapan
cemerlang.

Justeru itu, peserta kem ini telah dipilih di kalangan semua badan kepimpinan sekolah
SMK Ayer Hitam terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya,
Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Asrama dan Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Pusat
Sumber Sekolah. Diharapkan komitmen dan kerjasama di kalangan peserta ini akan
memberikan impak positif dan berkesan kepada badan kepimpinan masing-masing
setelah mereka menghadiri kem kepimpinan ini.

4.0 OBJEKTIF
Melalui ini, harapan melahirkan golongan peserta sebagai kepimpinan peringkat sekolah
yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin,tekun dan sentiasa berkesanggupan
membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan antaranya :
4.1 Melahirkan murid yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan
kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.

2
MUKA SURAT
4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid tentang aspek
ketahanan mental dan fizikal melalui pendidikan luar secara menyeluruh.
4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi
dan keyakinan diri setiap peserta.

5.0 KONSEP KEM KEPIMPINAN MURID

5.1 Motivasi intrinsik dan ektrinsik melalui aktiviti


5.2 Kepimpinan dalam pengurusan aktiviti
5.3 Kemahiran berkomunikasi dan penyelesaian masalah
5.4 Pembelajaran pendidikan luar
5.5 Kerohanian

6.0 TARIKH PELAKSANAAN DAN TEMPAT


Tarikh : 24, 25 Dan 26 Februari 2020
Tempoh : 3 Hari 2 Malam
Tempat : Kem D Omland, Teluk Bayu, Sungai Petani, Kedah Darul Aman

7.0 KUMPULAN SASARAN


7.1 Pengawas Sekolah
7.2 Pembimbing Rakan Sebaya
7.3 Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Asrama
7.4 Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Pusat Sumber Sekolah

8.0 ANGGARAN PESERTA


8.1 120 orang peserta terdiri daripada murid. ( Senarai Nama di Lampiran)
8.2 10 orang guru

9.0 PENGELOLA PROGRAM


9.1 Badan Pengawas dan Disiplin
9.2 Unit Bimbingan dan Kaunselin
9.3 Unit Pusat Sumber Sekolah
3
MUKA SURAT
9.4 Unit Asrama Sekolah

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Di Lampiran

11.0 TENTATIF PROGRAM


Di Lampiran

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Di Lampiran

13.0 SUMBER KEWANGAN


Di Lampiran

14.0 PENUTUP
Sebagai pelengkap proses dan pembelajaran, pendidikan luar memainkan peranan penting
dalam membentuk sahsiah murid melalui kegiatan sebenar. Nilai-nilai murni seperti
semangat kerjasama, tidak mudah putus asa dan meningkatkan keyakinan diri dapat
diterapkan melalui aktiviti ini.
Semoga usaha murni ini, dapat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk melahirkan
bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………… …………………………………..

( ) ( )

Setiausaha,
Jawatankuasa Pengawas Sekolah,
SMK Ayer Hitam, Kedah.

4
MUKA SURAT

Anda mungkin juga menyukai