Anda di halaman 1dari 14

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL


AIL2006: POLITIK, PERDAGANGAN DAN DIPLOMASI DI
NEGERI-NEGERI MELAYU, 1700-1800

Bincangkan situasi di negeri Perak dan Selangor ekoran


penglibatan Belanda dalam perdagangan bijih timah.

NAMA NOR NAZIHAH BINTI YUSOFF

NO MATRIK 17203448/1

SESI / SEMESTER 2020/2021 / 2

HARI ISNIN

MASA 11:00-12:00 PM

KUMPULAN 1

NO. SOALAN 5

NAMA TUTOR DR. MARDIANA BINTI NORDIN


PENGENALAN
Kedatangan Belanda ke Kepulauan Melayu bermula pada tahun 1559 lagi yang

bertujuan untuk menguasai perdagangan di alam Melayu. Belanda juga telah membentuk

Syarikat Bersatu Hindia-Timur (VOC) iaitu gabungan pedagang-pedagang Belanda yang

bersatu bagi menguasai monopoli hasil perdagangan kepulauan Melayu. Dalam menjayakan

misi Belanda untuk menguasai perdagangan alam Melayu, belanda juga telah bersaing dengan

Portugis dan akhirnya berjaya menundukkan Portugis di Melaka pada tahun 1641M hasil

daripada bantuan kerajaan Johor. Kejayaan yang berpihak kepada Belanda ini menyebabkan

penguasaan Belanda di Alam Melayu dalam menguasai perdagangan semakin kukuh kerana

kurang persaiangan dari pihak luar dan ianya merupakan kemuncak penguasaan Belanda di

Kepulauan Melayu. Penguasaan Belanda di Melaka selepas memperoleh kemenangan dalam

persaiangannya dengan portugis telah menyebabkan penguasaan pengaruhnya semaakin

meluas sehinggan ke negeri-negeri melayu yang lain terutamanya yang tertumpu di Perak dan

Selangor dalam perdagangan bijih timah. Tambahan lagi, kejayaan belanda menguasai melaka

adalah untuk dijadikan sebagai sebuah pengkalan pada awalnya yang mana hanyalah untuk

memenuhi keperluan perdagangannya di Betawi. Belanda memerlukan penguasaan bahan

mentah yang secukupnya untuk menjalankan kegiatan perdagangannya sehingga menyababkan

Belanda menjalankan dasar monopoli perdagangan terhadap bijih timah. Tujuan Belanda

memonopoli bijih timah ini adalah disebabkan untuk mendapatkan harga timah dengan harga

yang murah dengan menenukan sendiri harga bijih timah dan beli dengan kadar harga yang

murah serta melalui perdagangan ini hanya belanda sahaja dapat menguasai jual beli bijih timah

tampa sekatan dan campurtangan kuasa lain. Tambaahan lagi, disebabkan berlakunya revolusi

industry Eropah telah memaksa Belanda untuk melakukan penguasaan sepenuhnya terhadap

sumber bijih timah untuk kepentingan perdagangannya dan memenuhi permintaan industry

Eropah.

1
Kedatangan kuasa belanda di alam Melayu telah meninggalkan impak yang besar dalam

perkembangan ekonomi perdagangan Tanah Melayu dalam kegiatan perlombangan bijih

timah. Seperti yang kita tahu, Perak dan Selangor menjadi tumpuan utama Belanda untuk

menguagasi hasil bijih timah di Tanah Melayu. Perak merupakan antara negeri yang terkaya

dengan sumber bijih timah di Alam Melayu.1 Ini dapat dikukuhkan lagi apabila Portugis sendiri

yang telah memberikan gambaran yang jelas tentang kegiatan perlombongan bijih timah Perak

yang menjadi pembekal bijih timah utama kepada Melaka pada setiap tahun. Menurut Barreto

de Rasende, Perak telah membekalkan dan menghantar sejumlah 400 kati bijih timah kepada

Melaka setiap tahun.2 Kegiatan bijih timah Belanda ke atas Perak berlaku selepas berjaya

menduduki Melaka dan berusaha untuk memonopoli perdagangan bijih timah di perak.

Tambahan lagi, disebabkan keakraban hubungan Perak dengan Kesultanan Melaka telah

memberi peluang yang luas kepada Belanda menjalankan kegiatan perdagangan bijih timah di

Perak. Pada tahun 1642M, Sultan Muzaffar Syah telah melakukan satu perjanjian dengan

Belanda untuk membebaskan Perak daripada kekuasaan Acheh dan ancaman Siam. Bermula

dari itu, Belanda mula melakukan kegiatan monopolinya dalam pengeluaran bijih timah di

Perak sebagai bayaran Perak bagi mendapat perlindungan Belanda. Kegiatan monopoli

perdagangan bijih timah yang dilakukan oleh Belanda ke atas Perak juga menyebabkan

hubungan anrata Perak dengan belanda tidak begitu baik kerana sering berlaku permasalahan

dan tentangan daripada pemerintah dan rakyat Perak sendiri sehingga tetubuhnya perjanjian

Perak dengan Belanda bagi meredakan situasi yang berlaku di Perak. Walau bagaimanapun,

penguasaan Belanda terhadap bijih timah berubah-ubah mengikut pemerintah yang menerajui

perak.

1
Megat Zulrushdi Fahimudin, Mohd Samsudin, Suffian Mansor, Perak Sebagai Pusat Perdagangan di Alam
Melayu sehingga abad ke-19, Journal of Sciences and Humanities, Jil. 17, No. 8, 2020, hlm. 247.
2
Ibid., hlm. 251.

2
Bagi Selangor pula, Selangor merupakan sebuah negeri baru yang muncul pada 1766

M selepas bebas daripada naugan kerajaan Johor apabila Raja Lumu berjaya menaiki takhta

kerajaan Selangor yang diberikan gelaran sebagai Sultan Salehuddin. Kedudukan Selangor

juga telah diperkukuhkan lagi apabila mendapat pengiktirafan sebagai sultan yang sah oleh

Sultan Perak iaitu Sultan Mahmud (Raja Kimas) kerana kesultanan Perak yang juga merupakan

pewaris daripada kesultanan Melayu Melaka. Keadaan ini juga menyebabkan pengaruh Bugis

bertambah kuat di Selangor disamping sejumlah bangsa Bugis yang telah mendiami di

beberapa kawasan di wilayah di Selangor yang memperkukuhkan kegiatan Bugis. Keadaan ini

telah mendorong kegiatan perdagangan bijih timah Belanda berlaku dengan rancak di Selangor.

Walau bagaimanapun, kedatangan belanda ke Selangor dan melibatkan diri dalam kegiatan

perlombongan bijih timah sebelum Raja Lumu dilantik menjadi sultan Selangor lagi apabila

Sultan Sulaiman (Raja Johor) sendiri telah memberikan kebenaran menjalankan kegiatan

perdagangan bijih timah kepada Belanda sebagai penghargaan kerana telah membantu Raja

Mahmud dalam pertempuran mengalahkan saudaranya iaitu Raja Ali di Siak. Bermula dari itu

dapat dilihat kegiatan perdagangan bijih timah semakin berkembanag di Selangor.

Walaupun kegiatan ekonomi perdagangan bijih timah rancak berlaku di Perak dan

Selangor, namun dapat dilihat pelbagai situasi dan permasalahan telah berlaku di negeri

tersebut ekoran penglibatan Belanda yang ingin menjalankan dasar monopoli penuh terhadap

perdagangan bijih timah di Perak dan Selangor.

SITUASI DI PERAK SELEBUM ABAD KE-18


Penguasaan Belanda terhadap kegiatan perdaganagn bijih timah di Perak telah

menimbulkan banyak ketengangan sehingga mendatangkan kesengsaraan di Perak. Pelbagai

situasi juga dapat dilihat berlaku diantara Belanda dengan pemerintah dan penduduk Perak

sebelum Belanda berjaya menguasai dan menjalankan dasar monopolinya terhadap bijih timah

di Perak. Bermula semasa pemerintahan Perak diambil alih oleh Multan Muzaffar Shah II (Raja

3
Sulong) (1636-1653) yang telah menimbulkan pelbagai situasi di Perak berkaitan dengan

perniagaan bijih timah sehingga membawa kepada pembaharuan dan perkembangan

perusahaan bijih timah. Pada awalnya, hasrat Belanda untuk menjalankan monopoli

perdaganagn bijih timah tidak dipersetujui oleh Sultan Muzaffar Shah II dan menyebabkan

Belanda mengepung Kuala Sungai Perak.3 Pada ketika itu, Perak merupakan negeri dibawah

taklukan Kerajaan Acheh selepas berjaya menawan Perak dan menjadikan pengaruh

Kesultanan Aceh sangat kuat di Perak. Oleh itu, Kompeni Belanda telah berangkat ke Acheh

pada tahun 1639 untuk meminta kebenaran membeli bijih timah dari Sultan Iskandar Thani.

Selain itu, Belanda turut meminta bantuan Sultanah Acheh iaitu Tajul Alam Safiatuddin Shah

(1641-1675) bagi memdapatkan kebenaran membeli bijih timah di Perak.4 Pada tahun 1650,

Gabenor Jeneral Kompeni Belanda di Betawi telah menghantar wakilnya iaitu Johan Truijtman

ke Aceh untuk berunding dengan Sultanah Tajul Alam Safiatudin untuk mendapatkan

persetujuan dan membuat perjanjian dengan Belanda untuk menetapkan supaya Belanda dan

Aceh sahaja yang dibenarkan membeli timah di negeri Perak. Dengan itu, Sultanah terpaksa

bersetuju dan menghantar utusan baginda bersama Truijtman ke Perak. Dengan adanya campur

tangan Acheh ini telah memaksa Sultan Muzaffar Shah akur dengan menandatangani perjanjian

dengan Belanda pada 15 Ogos 1650 bertujuan untuk mendapatkan perlindungan daripada

Acheh dan situasi ini sekaligua membuka ruang kepada Belanda menjalankan kegiatan

perdagangan bijih timah di Perak melalui Perjanjian Perak-Belanda ini. Hal ini kerana Perak

pada ketika itu kekurangan pertahanan untuk menghadapi sebarang ancaman daripada kuasa

luar. Jika dilihat sebelum ini juga hubungan Perak dengan Belanda sangat rapat dan telah

memberi ruang yang luas kepada Belanda menjalankan kegiatan perdaganagn bijih timah di

3
Ibid., hlm. 252.
4
Abdullah Zakaria Ghazali, “Perak, Selangor dan Johor: Politik, Perdagangan dan Diplomasi Negeri Melayu
Dengan Belanda Pada Abad Ke-17 dan Ke-18”, dalam Arbai'yah Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman,
Suffian Mansor & Salina Zainol (ed.),Persada Jauhari: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk
Wira Dr. Mohd Yusof B. Haji Hashim, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2012, hlm. 18.

4
perak. Walaupun begitu, hubungan mereka akhirnya berlaku ketengangan apabila mendapat

tentangan daripada pembesara tempatan sendiri yang menyebabakan kedudukan Belanda di

Perak tidak kukuh dan telah memaksa Belanda untuk bertindak melakukan pelbagai strategi

bagi mengaut keuntungan dalam perdagangan bijih timah di Perak. Selepas itu, Belanda mula

mendirikan loji pertamanya di Kuala Perak sebagai tempat penyimpanan bijih timah bagi

menjalankan kegiatan perdagangan bijih timahdan sejak dari itu juga loji tersebut telah dibuka

untuk perdagangan timah. Pembinaan loji tersebut tidak disenangi oleh kebanayakkan

penduduk Perak serta kehadirannya juga menimbulkan kegusaran penduduk Perak. Keadaan

ini menyebabkan mereka bertindak menyerang Belanda dengan memusnahkan loji di Kuala

Perak serta menyebabkan beberapa orang terbunuh dalam serangan tersebut.

Selepas pemerintahan Perak diambil alih oleh Sultan Mahmud Iskandar Shah tahun

1653-1720, perjanjian Belanda-Perak (perjanjian 1650) yang sebelum ini telah diperbaharui.

Pembaharuan ini dilakukan dalam satu rundingan yang mana Joan Truijtman telah dihantar

oleh Jeneral Betawi untuk menjadi wakil Belanda yang berlansung pada tahun 1655. Dalam

rundiagan ini, belanda telah menuntut ganti rugi sebanyak 50000 rial disebabkan oleh

kemuasnahan logi Belanda yang di serang sebelum ini serta menuntut agar mereka yang terlibat

dalam serangan tersebut dikenakan hukuman.5 Belanda juga telah menuntut monopoli

perniagaan bijih timah di Perak dan melarang Perak untuk menjualnya kepada saudagar lain

serta kegiatan penyeludupan juga dilarang.6 Walaupun pelbagai tuntutan telah dilakukan oleh

British terhadap perdagangan bijih timah Perak tidak dilayan dan kegiatan jual beli bijih timah

kepada saudagar lain seperti India, Acheh dan China masih berlaku. Keadaan ini menyebabkan

Belanda menghadapi masalah besar untuk mendapatkan bekalan bijih timah. Perak yang tidak

mematuhi perjanjian ini menyebabkan kemarahan Belanda terhadap Perak semakin meningkat

5
Winstedt, R. J. Wilkinson, A history of Perak, Kuala Lumpur: Perchetakan MAS Sdn. Bhd, 1974, hlm. 28.
6
Ibid., hlm. 32.

5
dan pada tahun 1656 Belanda bertindak menghantar Joan Truitman bersama kapal Domburg

dan Concordia untuk mengepung Perak.7 Tindakan yang di lakukan oleh belanda ini juga

membangkitkan kemarahan Perak dan pada Mei 1658, pasukan Perak bersepakat berkumpul

melakukan serangan mengejut ke atas Belanda. Pasukan Perak bersama dengan bantuan Aceh

dan Ujong Salang menyerang Belanda yang terdiri daripada tujuh buah perahu perang dari

pasukan Perak dan 30 buah perahu Acheh dan Ujung Salang. Serangan ini juga telah

menyebabkan markas Belanda musnah terbakar serta beberapa pihak Belanda telah mengalami

kecederaan sehingga ada yang terbunuh.

Selepas itu, kejadian ini tidak mematahkan semangat Belanda untuk memonopoli

perdaganagn bijih timah di Perak. Sekali lagi pada tahun 1659, Belanda membina loji di Perak

sebagai tempat penyimpanan bijih timah. Walaupun begitu, impian Belanda untuk

menjalankan monopoli terhadap bijih timah Perak masih belum berjaya kerana Perak terus

menjualnya kepada saudagar dari China, India dan Acheh secara sulit. Hal ini berlaku

disebabkan oleh Belanda tetap menawarkan harga yang rendah terhadap bijih timah. Keadaan

ini menyebabkan Belanda terpaksa menutup lojinya di Sungai Perak pada 1663 dan berundur

buat sementara. Kemudian Belanda mara Kembali ke Perak dengan melakukan kelengkapan

kuat untuk menyerang Perak serta membina kota Kayu di Pulau Pangkor pada tahun 1670 yang

berhadapan dengan Sungai Dinding.8 Kemaraan ini sekali lagi mencetuskan tentangan daripada

penduduk Perak dan bertindak melancarkan serangan pada tahun 1676 dan 1677.9 Tentangan

daripada Perak ini berterusan kerana tidak bersetuju dan berpuas hati dengan pihak Belanda

yang ingin memonopoli bijih timah perak serta mengenakan harga yang murah terhadap bijih

7
Ibid., hlm. 29.
8
Abdullah Zakaria Ghazali, “Perak, Selangor dan Johor: Politik, Perdagangan dan Diplomasi Negeri Melayu
Dengan Belanda Pada Abad Ke-17 dan Ke-18”, dalam Arbai'yah Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman,
Suffian Mansor & Salina Zainol (ed.),Persada Jauhari: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk
Wira Dr. Mohd Yusof B. Haji Hashim, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2012, hlm. 19. R. O.
9
Megat Zulrushdi Fahimudin, Mohd Samsudin, Suffian Mansor, Perak Sebagai Pusat Perdagangan di Alam
Melayu sehingga abad ke-19, Journal of Sciences and Humanities, Jil. 17, No. 8, 2020, hlm. 253

6
timah. Pada tahun 1680, orang-orang belanda telah membina sebuah Gedung atau Kota

Belanda di Pulau Pangkor.10 Walaupun begitu, Belanda terus mendapat tentangan daripada

orang Perak sehingga 2 Disember 1690, berlaku peperangan diantara mereka. Kira-kira 300

orang dalam kalangan Panglima Kulup Ali telah menyerang kota Belanda di Pulau Pangkor

dan menyebabkan Belanda tewas dalam serangan tersebut. Situasi ini menyebabkan Belanda

terpaksa mengundurkan diri meninggalkan kota tersebut dan menutup lojinya pada tahun 1690.

SITUASI DI PERAK SELEPAS ABAD KE-18

Pada abad ke-18, penglibatan Belanda dalam kegiatan perdagangan bijih timah di Perak

semakin rancak. Situasi ini dapat dilihat pada 20 November 1745 apabila Gabenor Janeral

Betawi iaitu Baron Gustaaf Van Imhoff mengarahkan Gabenor Melaka, Wilhelm Albinus

membina semula Kota di Pulau Pangkor.11 Pada tahun 1746, pihak Belanda iaitu Arry

Verbrugge datang ke Perak dan melakukan beberapa rundingan dengan Sultan Muzaffar Shah

III. Rundingan yang dilakukan termasuklah untuk memberi jaminan perlindungan kepada

Perak daripada ancaman Bugis dan mengenai perniagaan bijih timah. Hasil rundingan tersebut,

satu perjanjian Belanda dengan Sultan Muzaffar Shah III berjaya ditandatangani pada 25 Jun

1747. Perjanjian ini telah membuka kebebasan kepada Belanda dalam perniagaan bijih timah

di Perak dan sekali gus Belanda bertindak membina loji di pengkalan Halban di Tanjung Putus.

Pembinaan loji baru ini adalah bagi untuk menggantikan pengkalan Belanda sebelum ini yang

dibina di Dinding. Dalam perniagaan bijih timah, Belanda juga telah bersetuju untuk

menetapkan kadar jual beli bijih timah dengan kadar 30 rial satu bahara. Selepas pemerintahan

Perak di ambil alih oleh Raja Kimas atau Sultan Mahmud Shah, satu perjanjian baru telah

ditandatangani. Perjanjian Perak Belanda ini ditandatangani pada 17 Oktober 1765 yang

10
Ibid.
11
Abdullah Zakaria Ghazali, “Perak, Selangor dan Johor: Politik, Perdagangan dan Diplomasi Negeri Melayu
Dengan Belanda Pada Abad Ke-17 dan Ke-18”, dalam Arbai'yah Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman,
Suffian Mansor & Salina Zainol (ed.), Persada Jauhari: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk
Wira Dr. Mohd Yusof B. Haji Hashim, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2012, hlm. 19.

7
bertujuan untuk menurunkan harga timah dengan kadar yang lebih murah. Namun begitu,

tindakan Belanda tidak berjaya untuk menurunkan harga timah. Harga bijih timah yang telah

ditetapkan oleh Sultan Mahmud Shah ialah pada kadar 34 rial. Semasa dibawah

pemerintahannya juga kegiatan jual beli bijih timah secara sembunyi tidak berlaku kerana

sultan Mahmud sangat berperanan dalam mengawal kegiatan perdagangan bijih timah ini agar

hanya menjualnya kepada pihak Belanda sahaja. Walaupun begitu, Belanda terus berusaha

untuk mendapatkan harga yang lebih rendah melalui residennya di Perak iaitu Jihan Hensel.

Cubaan Belanda yang terus mengadakan rundingan dengan Sultan Mahmud untuk

mendapatkan harga 30 rial tidak berjaya. Kegagalan ini tidak mematahkan semangat Belanda

malah menyebabkan mereka terus berusaha untuk mempengaruhi sultan-sultan Perak yang lain

bagi mendapatkan harga timah dengan kadar yang murah. Pada tahun 1773 iaitu semasa Perak

dibawah pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Shah, Belanda berjaya mempengaruhi baginda

untuk menurunkan harga timah dan menetapkan harga timah pada kadar 32 rial sebahara.

Walaupun berjaya menurunkan kadar harga timah, namun pungutan cukai sultan masih dituntut

oleh sultan dan ianya dikekalkan sebanyak dua rial bagi setiap bahara. Disebabkan harga yang

ditawarkan oleh Belanda sangat murah menyebabkan berlakunya penjualan bijih timah secara

rahsia kepada saudagar lain terus berlaku. Keadaan ini tidak menyenangkan Sultan Alauddin

dan menyebabkan beliau mendesak Belanda supaya menaikkan harga bijih timah tetapi ianya

tidak berjaya. Ketika pemerintahan Perak digantikan oleh Sultan Ahmaddin Syah, harga bijih

timah telah dinaikkan kembali kepada 34 rial sebahara. Namun, keadaan Belanda semakin

tertekan apabila pentadbiran Perak dipangku oleh Raja Muda menggantikan Sultan Ahmaddin

yang tidak sihat. Raja Muda telah menaikkan harga timah kepada 44 rial satu bahara kerana

British di Pulau Pinang menawarkan 48 rial satu bahara pada ketika itu. Keadaan ini

menyebabkan Belanda tertekan dengan kadar harga yang semakin meningkat dan mengalami

kerugian yang besar. Yang menyedihkan lagi apabila Belanda terpaksa menutup lojinya di

8
Tanjung Putus pada tahun 1795 akibat surat-surat Kew. Maka dengan itu berakhirlah kegiatan

VOC di Perak dalam kegiatan perdagangan bijih timah.

SITUASI DI SELANGOR

Di Selangor pula, ekoran penglibatan Belanda dalam perdagangan bijih timah turut

menimbulkan pelbagai situasi ketegangan di Selangor. Pada awalnya, Belanda menjalankan

penguasaan dan memonopoli perdagangan bijih timah di Selat Melaka. Namun apabila

kegiatan perdagangan bijih timah di Selangor pada kurun ke-18 giat dijalankan menyebabkan

Belanda lebih berminat untuk melibatkan diri dan menjalankan kegiatan perdagangan bijih

timah di Selangor. Pada tahun 1757, dapat dilihat berlaku ketegangan di antara Bugis-Belanda

dalam satu pergaduhan yang telah tercetus apabila Belanda telah melancarkan serangan balas

keatas Bugis ekoran daripada pergaduhan yang berlaku pada tahun 1756. Situasi ini

menyebabkan Belanda menyerang Bugis di Linggi dan menyebabakan Bugis kalah dalam

pergaduhan tersebut.12 Ekoran daripada itu, telah termeterai satu perjanjian di antara Belanda

dengan Linggi dan Rembau yang mana menurut perjanjian tersebut, Linggi dan Rembau perlu

menjual bijih timah kepada Belanda dengan harga yang ditetapkan oleh mereka. Perdagangan

bijih timah yang dijalankan oleh Belanda ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam

kalangan pembesar tempatan Linggi, Perak dan Rembau kerana kadar harga bijih timah yang

ditawarkan oleh Belanda sangat rendah. Kesan dari itu telah menyebabkan ketegangan berlaku

diantara Selangor dan Belanda ekoran dasar monopoli perdagangan Belanda.

Dapat dilihat telah berlakunya kegiatan penyeludupan bijih timah yang dilakukan

dalam kalangan pembesar tempatan yang mana pembesar-pembesar tempatan tersebut telah

bertindak membawa bijih timah ke Selangor dan menjalankan kegiatan perdagangan di sana

kerana kadar harganya yang lebih tinggi. Hal ini kerana harga bijih timah yang ditawarkan di

12
Ibid., hlm. 21.

9
Selangor iaitu 400 paun bersamaan satu bahara dibeli dengan harga 38 rial Sepanyol

berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh Belanda yang jauh lebuh murah iaitu hanya 34

rial Sepanyol. Situasi yang berlaku ini menyebabkan Belanda telah bertindak dengan

mengambil langkah meningkatkan tawaran harga bijih timah kepada 36 rial Sepanyol bagi

sebahara. Namun begitu, dilihat harga bijih timah yang ditawarkan di Selangor turut

mengalami peningkatan yang mana Selangor telah meningkatkan lagi kepada 39 rial Sepanyol

bagi satu bahara. Peningkatan harga ini menyebabkan kegiatan penyeludupan bijih timah giat

dijalankan dan pengeluaran bijih timah semakin meningkat.13 Keadaan ini telah menyebabkan

kedudukan Belanda tergugat dalam kegiatan perdagangan timah dan menyebabkan Belanda

tidak berpuas hati dengan Selangor. Dengan itu, Belanda telah menuduh Selangor terlibat

dalam kegiatan penyeludupan timah dengan menuduh Selangor menghantar wakil ke Perak,

Rembau dan Linggi untuk membelin bijih timah dan kemudiananya membawa pulang ke

Selangor.14 Ekoran daripada situasi ini turut menyebabkan bekalan bijih timah di Melaka

semakin berkurangan dan Belanda bertindak memberi amaran kepada Linggi dan Rembau

berkaitan dengan kandungan perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak

tersebut berkaitan dengan penjualan bijih timah hanya boleh dijalankan di Melaka.

Seterusnya, situasi ketegangan diantara Belanda dengan Selangor dilihat semakin

tegang semasa Selangor dibawah pemerintahan Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim telah

meneruskan kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Sultan Sallehuddin sebelum ini serta

menjalinkan hubungan yang baik British. Keadaan ini telah meninbulkan kegusaran bagi pihak

Belanda kerana semakin sukar untuk mengawasi kegiatan yang berlakau di Selangor.

13
J. M. Gullick, A History of Selangor 1766-1939, Kuala Lumpur: Falcon Press Sdn. Bhd. 1998, hlm. 12.
14
Abdullah Zakaria Ghazali, “Perak, Selangor dan Johor: Politik, Perdagangan dan Diplomasi Negeri Melayu
Dengan Belanda Pada Abad Ke-17 dan Ke-18”, dalam Arbai'yah Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman,
Suffian Mansor & Salina Zainol (ed.),Persada Jauhari: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk
Wira Dr. Mohd Yusof B. Haji Hashim, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2012, hlm. 22.

10
Tambahan lagi, dengan kemasukan Saudagar British melalui kapal iaitu Junk Selang yang

dinahkodai James Scott dan The Bloome yang diketuai Fancis Light ke Kuala Selangor

membeli bijih timah. Keadaan ini telah mengancam kegiatan Belanda dalam memonopoli

perdagangan bijih timah di Selangor dan menyebabkan berlakunya persengketaan diantara

Belanda dengan Sultan Ibrahim. Hubungan yang keruh yang berlaku diantara Johor dan

Selangor turut menyebabkan Selangor terlibat dalam beberapa siri peperangan diantara Johor

dan Belanda. Pada tahun 1782, Sultan Ibrahim bersama pengikutnya bersama dengan bantuan

Rembau telah melancarkan serangan ke atas Belanda yang bermula di Sungai Baru, Melaka

kemudiannya ke Batang Tiga.15 Serangan yang belaku ini telah menyebabkan pasukan Belanda

kalah lalu berundur ke Bandar Melaka. Pada tahun 1784, turut berlaku serangan ke atas

Belanda di bawah pimpinan Sultan Ibrahim dan Raja Haji dan Belanda telah dibantu oleh Raja

Muhammad Ali bin Raja Alam dan Syed Ali serta meminta bantuan dari Betawi. Dalam

peperang ini telah menyebabkan Yamtuan Muda Raja Haji telah terkorban di Teluk Ketapang,

Melaka. Dalam tahun yang sama, Belanda telah menyerang Kuala Selangor dan berjaya

menawan Kuala Selangor. Keadaan ini telah menyebabkan Sultan Ibrahim melancarkan

serangan semula ke atas Belanda dan akhirnya berjaya menawan kembali Kuala Selangor.

Kesan daripada beberapa siri peperangan tersebut telah menyebabkan Belanda dan Selangor

berdamai dan satu perjanjian telah ditandatangani pada 29 Julai 1786 yang bagi mengekalkan

Sultan Ibrahim sebagai Sultan Selangor serta mengakui kekuasaan Belanda serta menjual bijih

timah kepada Belanda sehingga tahun 1795 mengikut perjanjian Kew.

KESIMPULAN

Kegiatan ekonomi perdagangan bijih timah di Perak dan Selangor menunjukkan

perubahan yang ketara berlaku selepas kedatangan Belanda. Bermula dengana penguasaan

15
Ibid.

11
Belanda ke atas kota Melaka pada 1641 M yang menjadi titik permulaan kepada keadaaan

kegiatan ekonomi bijih timah di tanah melayu pada abad ke-18. Ini dapat dilihat melalui corak

perdagangan bijih timah di Perak dan Selangor yang menjadi focus utama belanda dalam

memonopli perdagangan bijih timah. Pelbagai situasi dapat dilihat yang berlaku ekoran

daripada usaha Belanda untuk menguasai monopoli perdagangan bagi menentukan sendiri

kadar harga bijih timah di Perak dan Selangor sehingga mengebabkan berlakunya peperangan

dan termeterainya perjanjian diantara mereka. Keadaan ini telah membuka peluang kepada

Belanda untuk menjalankan kegiatan perdagangan bijih Timah di Selangor dan Perak. Walau

bagaimanapun, usaha yang dilakukan oleh Belanda tidak berjaya sepenuhnya disebabkan oleh

kebijaksanaan para pemerintah Perak dan Selangor serta peranaan yang dimainkan oleh rakyat

mereka sendiri. Di Perak, para pemerintahnya sendiri yang bijak dalam dalam diplomasi

menentukan harga bijih timah telah menyebabkan Belanda terpaksa akur dengan permintaan

tersebut bagi menjaga hubungan baik mereka. Peranan yang dimainkan oleh rakyat juga dalam

menentang tindakan Belanda dengan melancarkan serangan sehingga menyebabkan kerosakan

pertahanan Belanda sehingga belanda terpaksa mengundurkan diri buat seketika. Di Selangor

pula, kadap penetapkan harga bijih timah yang lebih mahal menyebabkan Belanda tidak puas

hati serta serangan-serangan yang yang berlaku diantara mereka sehingga akhirnya

termeterainya perjanjian damai yang telah mengukuhkan kedudukan Sultan Selangor dan

Belanda dapat menjalankan perdagangan bijih timah di Selangor.

12
BIBLIOGRAFI
Abdullah Zakaria Ghazali, “Perak, Selangor dan Johor: Politik, Perdagangan dan Diplomasi
Negeri Melayu Dengan Belanda Pada Abad Ke-17 dan Ke-18”, dalam Arbai'yah
Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman, Suffian Mansor & Salina Zainol (ed.),
Persada Jauhari: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk Wira Dr.
Mohd Yusof B. Haji Hashim, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Universiti Malaya,
2012.
J. M. Gullick, A History of Selangor 1766-1939, Kuala Lumpur: Falcon Press Sdn. Bhd.
1998.
Muhammad Yusoff Hashim, Masyarakat Perak abad ke-18 Interpretasi Historis daripada
Misa Melayu, Jurnal Sejarah, Jil. 2, No. 2, 2017.
Megat Zulrushdi Fahimudin, Mohd Samsudin, Suffian Mansor, Perak Sebagai Pusat
Perdagangan di Alam Melayu sehingga abad ke-19, Journal of Sciences and
Humanities, Jil. 17, No. 8, 2020.
R. O. Winstedt, R. J. Wilkinson, A history of Perak, Kuala Lumpur: Perchetakan MAS Sdn.
Bhd, 1974.

13

Anda mungkin juga menyukai