Anda di halaman 1dari 3

...Teks Forum Remaja Sekolah...

kata Hisyam at 8:36 PM | Labels: ...koleksi remaja semi purba...


Teks ni saya buat sendiri tahun lalu(2006) untuk ULBS(Ujian Lisan Berasaskan Sekolah) untuk
Bahasa Melayu SPM...bertajuk "Rokok - Setiap Sedutan Membawa Padah"...kalau ada yang nak
ambik untuk teks sendiri...ambil aje...k...tapi kalu nak buat forum remaja sebenar untuk
pertandingan meme tak cukup...so bleh tambah teks atau ambil je lah template nya...

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Warga


dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini
”ROKOK-Setiap Sedutan Membawa Padah”. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak
asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para
jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di
sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli
panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat datang saudari. Dan di hujung sana,
nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (nama). Selamat datang juga buat saudari.
Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah
kandungan yang boleh kita dapati di dalam rokok?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang dinyalakan
akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa
maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap
rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam
cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun
anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi
pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting
adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada
menyatakan bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di dalam rokok iaitu tar, nikotin, dan
karbon monoksida. Bolehkah saudari panel kedua menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap
paling berbahaya?

Panel Kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu. Tar mengandungi
sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen).
Manakala Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam
otak dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan
ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya.Dan yang terakhir Karbon
Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini
menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa
rokok itu sendiri boleh membawa kemudaratan terhadap diri.Jika dua panel kita tadi
menerangkan tentang kandungan berbahaya yang terdapat di dalam rokok saya ingin meminta
panel ketiga kita untuk menghuraikan apakah kesan yang boleh disebabkan oleh asap rokok pada
perokok dan orang sekeliling?
Panel Ketiga : Terima kasih kerqna menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini,
antara kesan asap rokok kepada perokok dan orang sekeliling ialah kanser paru-paru, trakea,
bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru
berpunca daripada tabiat merokok.Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa terdapat lebih
empat ribu bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser.
Perokok pasif ialah orang yang tidak merokok namun diistilahkan sebagai perokok kerana
mereka menyedut asap rokok daripada perokok di sekeliling. Percaya atau tidak, risiko penyakit
yang dihadapi perokok pasif berkali ganda lebih daripada perokok.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan impak asap rokok pada perokok dan orang
sekeliling daripada sudut kesihatan. Soalan saya kembali kepada panel pertama, bolehkan
saudari jelaskan impak asap rokok atau rokok itu sendiri dari sudut ekonomi dan personaliti.

Panel Pertama:Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan wang lebih
kurang RM1,000 setiap tahun untuk merokok. Manakala rawatan perubatan dengan anggaran
RM240 setahun. Ini bermakna perokok membazirkan wang mereka dengan banyak sepanjang
hidup mereka. Oleh itu perbuatan merokok samalah seperti membakar duit sendiri. Kemudian
daripada sudut personaliti, asap rokok meninggalkan bau pada rambut, baju, bibir kering, gigi
berwarna kekuningan, manakala pernafasan yang berbau pula menjejaskan hubungan sosial.

Pengerusi: Pepatah Arab ada menyatakan bahawa tiada penyakit yang tidak boleh diubati
melainkan maut. Kepada panel kedua bolehkah saudari jelaskan tentang kaedah yang betul untuk
berhenti daripada tabiat merokok?

Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti
Merokok ialah pertama tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Anda juga mesti mengatakan
pada diri anda bahawa "Aku bukan perokok". Selain itu anda mesti menumpukan apa sahaja
yang anda lakukan untuk melupakan tabiat merokok. Sentiasa berfikiran positif juga penting.
Anda juga perlu mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.Yang paling penting
adalah melawan keinginan untuk merokok.

Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit apa yang
dikatakan saudari panel kedua.

Pengerusi: Silakan saudari.

Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa tabiat merokok dewasa ini bermula
dariapada usia remaja lagi. Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor terbaik kepada anak-anak yang
merokok. Jangan dibiarkan sahaja mereka dengan tabiat ini. Kata orang sayang isteri tinggal-
tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang tidak
terlalu tegas dan tidak pula terlalu lembut. Anak-anak ini jangan diberikan bunga sahaja, atau
hanya diberi rotan sahaja. Tetapi gunakan kedua-duanya, insyaallah akan berkesan pada jiwa
mereka.

Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang kaedah
berhenti merokok, saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya tentang apakah pula faedahnya
kepada seseorang individu walaupun saya rasa jawapannya sudah berlegar-legar di minda para
penonton. Untuk mengusaikan kekusutan ini saya minta panel kita yang ketiga untuk
menjelaskan faedah berhenti merokok.

Panel Ketiga : Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita insyaallah akan hidup lebih lama
selain itu kita juga dapat menghindari racun.Kemudian kita juga dapat melindungi diri, keluarga
dan orang lain daripada bahaya merokok.Keupayaan deria rasa dan bau kita juga akan
meningkat, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan terakhir dapat mengelakkan budaya
membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan
bermanfaat.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan
sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ”
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum
berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun
mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya tabiat merokok perlu
dihentikan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga orang lain.
”pengayuh sudah ditangan perahu sudah di air ” fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti
berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-
fikirkanlah!!rokok setiap sedutan membawa padah!!! Terimalah serangkap pantun indah
daripada saya

Tuailah padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,


Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

p/s : teks asalnya panjang sebenarnya...tapi saya dah trim2...dan jadilah pendek mcm ni sebab
tahun ni sepupu(perempuan) saya plak yang guna...ayat2 berbunga2 tu bukan ayat2 ciptaan saya
tp saya yg susun sendiri...hehe..k Assalamualaikum wbt...

Anda mungkin juga menyukai